Wednesday, May 25, 2011

Sinopsis Novel Andai Itu Takdirnya

TAJUK NOVEL : ANDAI ITU TAKDIRNYA
PENGARANG: SITI ROSMIZAH

Lepas habis layan novel Kasih Yang Suci aka Nora Elena tu... sambung lak dengan novel air mata ni.. Start permulaan citer hingga nak ke ending penuh dengan air mata. Sampai mata ni naik bengkak. Apa yang pasti novel ni mmg sgt2 menyentuh kalbu & best!

Watak utama dalam novel ni ialah Syed Azril & Nur Aleya. 

Masih lagi berkisarkan perkahwinan paksa antara Aleya & Syed Azril. Aleya meminati Syed Azril dalam diam sejak dia study di oversea bersama. Tapi Azril ni seorang yang ego dan hanya memandang perempuan yang setaraf dengannya sahaja. Namun perkahwinan terjadi sebaik sahaja pulang ke Malaysia & ditakdirkan Aleeya bekerja di syarikat milik Azril, dimana sahabat Azril telah memerangkap Aleeya & Azril di apartment Azril sehingga di tangkap khalwat. Serius, cerita ni memang best sgt2 bermula dari awal cerita hingga ke endingnya. memang sepanjang membacanya air mata saya mengalir jer.. part y paling sedih bila syed azril ni sepak terajang aleeya y sedang sarat mengandung dalam hujang sampai terhantuk dinding & menyebabkan salah seorang bayi kembar y dikandungnya meningal.. 

SINOPSIS ANDAI ITU TAKDIRNYA

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya. 


"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri." 

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril. 

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling." 

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta. 

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji." 

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya. 

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika." 

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya? 

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris." 

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih. 

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil." 

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang. 

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang." 


Alhamdulillah dah selamat pon khatam, sampai bengkak2 mata nih.. 

Kalo citer ni di dramakan lagik best ni... Dan heroin pilihan Tiz Zaqyah & heronya kena carik y kulit putih & berbibir merah..mengikut watak dalam novel ni la... saper kah hero y sesuai agaknyer??? adoiii tinggi benor impian saya ni nak tgk novel ni di dramakan.

32 comments:

pena rozie said...

Novel ni memang best utk dilayan. Pinjam yg member punyer tak tau dah berape kali bace. ha...ha...ha....

LiLy @ MumMyQiStInA said...

kakak lily sampai skrg msh tercari2 novel ni..hingga dia suruh lily cari kat sini..tp lily pun x jumpa2 novel ni..mesti best ni kan Lya..lily dh lama x layan Novel semenjak dh kawin ni..

LYAfrina said...

pena rozie:

BETUL TU,, MMG PENUH DRAMA.. MMG SAMPAI MENANGIS-NANGIS BACA NOVEL NI.. BEGITU MDALAM.. DAN DPT RASAKAN BETAPA PAHITNYA HIDUP Y ALEYA LALUI,.. DAN SAMPAI JD SEBENCINYER KAT SYED AZRIL TU... WALAUPUN ENDING DIA ORG BERSATU.. TP RASA BENTI KAT AZRIL TU.. ISHHH..GERAM

LYAfrina said...

LiLy @ MumMyQiStInA:

LILY... BOLEH BELI MELALUI POS KAT PRIMA TU... ORDER DGN PENERBITNYER. MMG BEST SGT CITER NI LILY..

syaz@rozelt said...

best2..dah bace jugak..hehe

Zue AnnaLeeya said...

lya.... kak zue pon suker novel nih... dah 2 kali khatam... baca 2 kali pon tetap nangis smp bengkak2 mata.... huhuhu....

betul ckp lya... klu wat drama mesti best...

LYAfrina said...

syaz@rozelt :

HEHEHHE,,PEMINAT TEGAR NOVEL GAK YER..LPS NI BLH KONGSI2..

LYAfrina said...

Zue AnnaLeeya :

MMG CITER NI SGT2 BKESAN KAT HATI KAN.. MATA LYA NI SMPAI DH SEMBAB... DAH DR AWL HINGGA AKHIR ASYIK NANGIS JER,,, ERMM..KALO KITA BWK WATAK ALEYA PON BLH KAN???? SBB DH HAYATI WATAK..KIH..KIH

NM02 said...

pinjam.... *__"

mamalieyna said...

byk novel citer best2kan..kalau didramakan sure tangkap cintan semua orang..huuu~

mummy_ayu said...

ayu pun baru beli novel baru..lum baca lagi.. :-)

wanda arry said...

Novel..lamanya xbaca...dulu time stdy rajin giler baca novel

LYAfrina said...

NM02:

boleh :-)

LYAfrina said...

mamalieyna:

btl tu eina..tp kalo pelakon x dpt bwk watak cam dlm novel..citer tu jd x best plok kan

LYAfrina said...

mummy_ayu:

cpt khatam ayu

LYAfrina said...

wanda arry:

lya ni start gian balik dgn novel..bila dh start ni ssh nk bhenti

SyahNas80 @ Nana said...

hehe banyak yang best..cube baca 7 hari mencintaiku..siti rosmizah jugak.. sangat best.. hehe

kella said...

adoii.. lama tak layan novel.....

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

bagusla minat baca novel..sy tak suka..yela minat berbeza kan..:-D

makdara TERdiva said...

novel ni memang best!
dah khatam lama dah! sambil baca sambil kesat airmata..

memang terbaeklah!!

xanaHaydar said...

novel pertama karya SR mmg best of the best... dah baca semua karyanyer dan ini novel paling sedih antara keempat-empatnyer...

1)andai itu takdirnya: paling sedih dan menyayat hati
2)cinta kau dan aku: sempoi
3)lafazkan kalimah cintamu: heroin paling klaka..penuh dgn loyar buruk
4)7 hari mencintaiku: lain dr yg lain sket..sbb kali ni heroin yg kejam bebanding 3 novel sebelumnyer..

kalo buat adaptasi ke drama...rasanya nk cari heroin xde masalah...tp hero yg bermasalah sbb x ramai yg bleh bawak. Setakat ni hero novel yg paling sesuai hanyalah Aaron Aziz dan lately Adi Putra

budak hitam said...

Penah baca dlu.. tp dh lupe jln cite de... huhu.. 1st time n last time nangis baca novel.. hahaha

aiEn NaTaSya Nia said...

sAMe La kItE sMpai bENgkAk mATa ..bEsT nyE La ..ngAPe xdEx pENgAraH nAk bUaT dRaMa nOvEl niE

farraHALIM said...

huu. tau takpe. mmg best sgt2 novel nie. setiap kali baca mesti nak nangis jerk.. sungguh menyayat hati.. hhu

MoH@zL4n said...

sangat best novel ni..bru je abes bc..bengkak gak ar mate ni

Unknown said...

Dh bace Kea Alyissa tak?

HiRa said...

rsnya mcm dok tgh drama~~terlanjur cinta(slot ratu) tv9~~besss!!

Siti Mas Hidayu said...

Yup da dijadikan drama terlanjur cinta...hikhikhik bukan tiz zaqiyah tapi siti saleha :-)

Nurin Husna said...

Dh di jadikan drama terlanjur cinta .. tapi heroinnya siti saleha dn heronya aqasya .. :-)

Norlia Yusof said...

Salam ziarah..

Pamela Gan said...

cerita cinta yang menyeksakan..

Nuraini Luthfiah said...

Hai saya bru dapat bace tahun lepas pinjam member punya...Tapi saya bace takdir itu milik aku dulu..tapi jalan citer still sama...yang TIM ni penderitaaan dia lagi hebat but ending dia so sweeeeeeet .......