Thursday, May 5, 2011

PELAKON NUR KASIH THE MOVIE @ JOM HEBOH

Kali ni saya sempat menyenap pic pelakon Nur Kasih. Punyalah ramai org berebut nak bergambar dgn Tiz Zaqyah, Remy Ishak & Fizz Fairuz.. Saya mmg duk dibelakang.. Ni dpt ambik pic pun sbb zoom.. Itu pon kualiti x ok, sbb bergoyang sbb dihimpit oleh peminat Nur Kasih y sgt obses.. Saya lah tu....

Couple dalam Nur Kasih

Remy y macho

putihnyer dia

Siyess.. Tizz mmg putih melepak & sgt cantik kat luar dari dlm TV.. 
x puas saya tgk muke dia.

Fizz yang sgt mesra peminat. Sempat lagi posing & buat lawak dgn peminat.
Dan.. dia mmg hensem kat luar.

kepanasan tuh

DEMI mengekalkan kejutan, barisan pelakon dan kru filem Nur Kasih membuat perjanjian dalam kontrak untuk tidak mendedahkan jalan ceritanya kepada wartawan apabila filem itu ditayangkan awal tahun depan.
Tiga bintang utamanya, Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz meminta maaf kerana tidak dapat bercerita lanjut mengenai watak mereka dalam filem itu kerana sudah membuat perjanjian. Apabila ditanya kru mengenai babak yang dijalankan pada hari itu, mereka menjawab tidak tahu dan minta ditanyakan saja kepada pengarahnya, Kabir Bhatia.
Dalam sidang media yang berlangsung di lokasi filem itu di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Selangor, Kabir mengakui tidak mahu bercerita lebih lanjut jalan cerita filem yang diangkat dari siri popular Nur Kasih yang mencatat fenonema ketika disiarkan di TV3 dengan 4.3 juta penonton. “Apa yang boleh saya katakan, filem ini jauh lebih besar berbanding drama dan bakal menyentap emosi penonton mengenai tragedi yang berlaku kepada watak utama, Adam, Nur Amina, Aidil dan ibunya.
“Ia mengisahkan cabaran ditempuh Adam dan Nur Amina dalam hidup dan juga cinta mereka. Kalau sebelum ini kisah cinta Laila Majnun dan Romeo & Juliet cukup dikenali, saya ingin paparkan kekuatan cinta Adam dan Nur Amina pula dalam filem ini.
“Emosi penonton akan ditarik sedikit demi sedikit dari awal hingga ke akhir cerita. Saya tidak mahu beritahu bagaimana penamat cerita apakah ‘happy ending’ atau sebaliknya.
“Mira Mustaffa mengambil masa enam bulan untuk menghasilkan skripnya kerana mahu memastikan benar-benar sempurna sebelum memulakan penggambaran. Penceritaan juga cara baru, tetapi tidak menghilangkan ciri-ciri pada drama siri,” katanya.
Kabir juga enggan mendedahkan nama dua pelakon baru yang menjayakan filem itu, tetapi sekadar memaklumkan watak mereka, Munif dan Sarah Ali yang hadir dalam hidup Adam dan Nur Amina sebagai satu lagi kejutan buat penonton.
Mengenai kehadiran dua pelakon kanak-kanak, Mohd Ilyas Suhaimi dan Miasara Nasuha, Kabir mengatakan mereka adalah anak Aidil dan Alia. Kata Kabir, filem berkenaan bermula kira-kira lapan tahun selepas drama siri.
Apabila ditanya mengapa Adam dan Nur Amina tidak mempunyai anak, Kabir sekadar tersenyum, tetapi mengatakan sesuatu berlaku dalam hidup mereka atau lebih tepat lagi tragedi besar.
“Cerita filem lebih berat mengenai pengorbanan Aidil sebagai abang diteruskan dalam filem ini dengan cabaran lebih besar dengan masalah sendiri, adik dan juga ibunya. “Nur Amina pula lebih tabah dan matang hingga meruntun jiwa penonton manakala ibunya tetap tabah berhadapan dengan masalah anak-anaknya,” katanya.
Filem Nur Kasih yang dihasilkan dengan bajet RM2 juta adalah kerjasama Primeworks Studios, Juita Viden Sdn Bhd dan Filmscape Sdn Bhd. I a dijangka untuk tayangan awal pada Februari atau Mac depan.
Penggambarannya bermula 20 Jun lalu di Tanjung Karang kerana mahu mengejar masa menuai untuk babak sawah padi menguning. Selepas empat hari penggambaran dan berehat sehari, mereka berlepas ke Jordan selama 11 hari dan kembali ke tanah air 5 Julai lalu.
Selepas itu penggambaran teruskan di sekitar Kuala Lumpur sejak 7 Julai lalu dan kembali ke Tanjung Karang pada 20 Julai lalu dan berakhir 24 Julai dan 25 kembali ke Kuala Lumpur untuk menyiapkan beberapa lagi babak. Keadaan sawah ketika ini ialah padi baru saja ditanam. Mengenai penggambaran di Jordan, Kabir mengakui cukup mencabar kerana membabitkan babak besar dan penting ditambah pula masalah bekerja di negara orang. “Kerja-kerja pro produksi dilakukan sebaik saja sampai bagi memastikan penggambaran berjalan lancar. “Kami tidak punya banyak masa menyebabkan waktu yang ada digunakan dengan sebaiknya. Paling mencabar, penggambaran selama tiga hari di tengah padang pasir kerana dilanda ribut pasir.
“Keadaan padang pasir yang panas dan kering menyebabkan ramai kru sakit, tetapi kami tetap bersemangat meneruskan kerja. Kami juga dibantu kru tempatan warga Palestin.
“Apa yang membanggakan, kami berpeluang mengadakan penggambaran di Petra yang mempunyai senario cantik dan eksotik serta pernah dipaparkan dalam filem Hollywood seperti Indiana Jones. Walaupun berhadapan masalah untuk sampai ke situ kerana berjalan kaki sejauh empat kilometer, kami berjaya melakukannya,” katanya.
Turut hadir, Pengurus Besar Filem dan Drama Primeworks Studios, Ahmad Puad Onah, Penolong Pengurus Besar Filmscape, Mohd Frank Lewis dan Pengarah Urusan Kumpulan Juita Viden, Leng Lai.
NUR KASIH THE MOVIE
DI PAWAGAM PADA
19 MEI 2011

14 comments:

Ena said...

TAK SABAR NAK TENGOK.. :D

zaidah said...

rasa macam nak tengok aje.....

dakcik said...

ish harus tgk nie..

munna said...

cantiklah tizz zaqyah tu...

mamalieyna said...

dengar2 diorang nak turun mydinmall sabtu depan @ Subang USJ ni..macam nak terjah jer.. ^_^

Sofya said...

pergi tengok dulu ekk.. nt best bagitau k

♥MiZz-siHa♥ said...

cantek tiz nie..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Mesti Bestkan Citer ni..

Tiz ni mmg cantiklahkan..suke tgk dia berlakon..hidup jer watak dia..

nureen said...

susah tol nureen nk tgk crita melayu ni.. knape ya.. klau tgk pon sekerat jln ja..

Yan said...

Tak sabar nak tgk..

tgk kat u tube je promo dia..

Lynn Hamzah said...

lynn tunggu citer nie kuar kat astro first la...dah sarat mcm nie macam mana nak gie tgk wayang...

NM02 said...

wow... sexynya fizz fairus.. nak2 lagi masa dia tgh kepanasan tu.. geram ai... auummm..

upppssssssssss *_"

MamaYatie said...

mmg come lote tizz tu kan..tngk gambar masa sekolah lagi mmg dah come

ieda said...

syoknya .. kalau akak dpt amik satu pic pun jadi lah .. pastu .. lariiiiiiiii sbb panas ekkeke :)

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Tempat Makan Best Di Terengganu (28) mama+papa+fasya (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) fasyafrinatraveltales (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1) ma (1)