Sunday, May 29, 2011

Slot Samarinda : Sinopsis Annisa


Annisa merupakan drama terbaru  mengantikan drama Sahara yang mula ditayangkan pada 31 Mei 2011 dalam slot Samarinda di TV3.

ANNISSA mengisahkan Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.
Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.
Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.
Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.
Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?

1 comment:

ellis said...

lya, sinopsis Nora Elena tk der ke.. best tau citer dia...

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)