Friday, June 10, 2011

Kumbang Bukannya Seekor

Kumbang bukannya seekor & bunga juga bukannya sekuntum. Jadi sebelum menemui cinta sejati, sememangnya lumrah setiap orang akan merasai kelukaan akibat cinta.Saya??? Saya pun pernah mengalaminya sebelum menemui Fain .. Betul tak Fain??? hehhehehe.. Setiap orang diciptakan jodoh masing-masing, cuma siapa, bila & dimana kita menemuinya... Jadi jangan takut untuk jatuh cinta.. Dan jangan mengalah dengan Cinta sampai melakukan perkara di luar kawalan. Hidup ini terlalu indah untuk dinikmati.

 by lyafrina

Berikut panduan yang mungkin dapat membantu diri merawat kelukaan akibat perpisahan atau cinta terputus di tengah jalan:



Terima hakikat

Pertama sekali, perlu menerima hakikat si dia bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan seterusnya.



Melarikan diri

Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah? Memang melarikan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan. Cuba pergi ke tempat yang agak jauh dan rehatkan minda. Tetapi jangan pula berkunjung ke tempat di mana anda pernah pertama kali bertemu atau tempat anda selalu mengadakan janji temu kerana khuatir nostalgia lama berputar kembali. Ia tentu sukar bagi anda untuk melupakan si dia sedangkan tujuan sebenar anda adalah melenyapkannya terus kenangannya.




Luahkan perasaan

Luahkan segala resah yang terpendam atau duka yang sarat itu kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan, anda akan dapat menghilangkan tekanan.




Jatuh cinta lagi

Suburkan semula rasa cinta terhadap orang yang mungkin baru muncul dalam hidup anda. Apabila jatuh cinta pada seseorang sekali lagi, jangan menyeksa diri dengan menganggap cinta anda tidak diterima. Cinta itu tidak pernah ditolak kerana setiap insan memerlukan dan menginginkan untuk dicintai.Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharapkan sesuatu. Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna daripada kebahagiaan kerana menerima.




Cuba ingat orang lain

Setiap detik wajahnya masih membayangi dan terngiang-ngiang perbualan mesra dengannya. Sukarnya melenyapkan setiap inci kenangan memang tidak dinafikan. Kalau teringatkan si dia, mengapa anda tidak cuba dekat dengan orang lain misalnya ahli keluarga, bekas rakan sekolej yang pernah sama-sama bergiat aktif atau sesiapa saja yang mungkin membahagiakan. Mungkin dengan cara itu, ia akan membuatkan anda kembali bahagia walaupun ia mengambil masa. Yang pasti, belajarlah melupakannya secara perlahan-lahan.



Buang saja hadiah pemberiannya

Bunga, jam, penanda buku, baju, seluar, jaket, novel cinta, bunga, beruang kesayangan, cincin, rantai atau apa saja, jangan disimpan lagi. Ia kelihatan seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik atau pulangkan kembali hadiah itu kepadanya.




Berdoa dan bertawakal

Ini adalah cara terbaik dan penyelesaian bagi segala-galanya. Berdoalah kepada-Nya supaya diberi kekuatan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan serasi.


16 comments:

cikmOt said...

jatuh cinta berkali2 dah ni...hehehe

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

waaah lya..eheheh leh jd pakar motivasi ni..:-)

ya..Allah dah jadikan semua manusia itu berpasang-pasangan..cuma kene carila..bkn duk diam n datang jodoh tu kat kite..huhuhuhu

LiLy @ MumMyQiStInA said...

lily pun pernah juga merasa putus cinta..kiranye cinta terlaranglah..hehe..time tu masih muda remaja lg..pas putus tu..lily dpt tawaran smbng belajar..kat sinilah berjumpa dgn cinta sejati...

Setiap apa yg berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya..DIA lebih mengetahui apa yg terbaik buat hambanya..

cik husna said...

melarikan diri,
jatuh cinta lagi,
berdoa dan betawakal.
suke tiga tips nie..sebab?penah buat...hehe ;p

lia said...

akak suka satu quote ni, tp x ingt dari siapa...

'it is better to have love @ lost love, rather then never had love at all'

owww kalau ada grammar yg silap, maaf kan la he3....

eB ezrin said...

betoi, & gambar tuh sgt cantek... i lioke :)

ieda said...

thanx for sharing dik .. :)

daezan said...

yeap..kumbang bukan seekor!! lepas baca, sy trus create blog kurang daripada 24 jam..semata-mata nk follow panduan..ehe..sume 2 gara-gara si kumbang yg lupakan si bunga..huhu..likes u blog

Fieza79 said...

mmg sedih kalau bab2 ni kan..huhuu tp tu suma dh lepas...takmo ingat dh..

wahh nice foto...

dinor's family said...

klu bleh xmau ingat lg kisah silam,hidup mst d teruskn,pandang kedepan je....tp ibu byk cinta monyet la..sbb ngan ayah pun leh kata cinta ptama sbb kami bcinta sejak sek lagi, umur pun sama...bkwn 5thn, btunang stahun bkawin dah dkt 12thn semaga ke pintu syurga kasih kami btaut...semoga lya n fain pun bgitu...

Farra Dhelina said...

ape2 pun keadaan..kembali kepadanya kan..mmg kt akan rasa tenang.. :-)

etiey.com© said...

kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum hihi

munna said...

tak payahlah nak frust menonggeng klu putus cinta ye....

~izan~ said...

wah..sgt menarik ni bg org yg tgh frust...motivasi diri =D

fazilzura said...

emm zr ambik time jgk kalau nak lupe kan some one tu

Sofya said...

kdg2 Allah temukan kita dgn org salah sblm kita kenal cinta sejati..
walau apa pilihan kita, tapi Dia lebih tahu yg terbaik untuk kita..

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (136) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (97) MyHappyFamily (79) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Ramadhan (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (27) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (21) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) Mamalovefasyafrina (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1)