Thursday, June 9, 2011

Sinopsis Novel 7 Hari Mencintaiku

Novel seterusnya yang selamat dikhatamkan ialah 7 hari mencintaimu. Memang tebal giler novel ni.. Sampai 1000++ muka surat. Juga karya Siti Rosmizah. Saya cari novel ni gara mendapat komen dari entri--> Sinopsis Novel Andai Itu Takdirnya yang menyatakan novel ni pon best jugak.. Novel ni pon masih berkisarkan perkahwinan paksa seperti novel Kasih Yang Suci aka Nora Elena & Andai Itu Takdirnya. Cuma...kisah macamana perkahwinan paksa tu terjadi berbeza.

Macam dalam novel Kasih Yang Suci, perkahwinan paksa terjadi bila Nora ditinggalkan tunangnya yang ego, Andai Itu Takdirnya pula perkahwinan terjadi apabila Aleya & Syed Azril diperangkap sehingga ditangkap khalwat & untuk novel 7 hari mencintaimu pula terjadi apabila pada hari Mia patutnya berkahwin, tunangnyer terbang ke overseas demi kepentingan duit.

Novel ni pon best.. tapi memang tak leh lawan novel Andai Itu Takdirnya.


Kisahnya ialah melibatkan seorang gadis bandar bernama Mia Adriana, merupakan seorang yang ego serta moden yang berkahwin dengan seorang jejaka kampung bernama Khuzairi yang paling dibencinya. Khuzairi ni suka membela kambing, jadi mia ni selalu pangging khuzairi kambing.. Padahal hakikatnya, tanpa pengetahuan mia, khuzairi ni sebenarnya seorang doktor y memiliki klinik sendiri. Khuzairi sememangnya mencintai Mia dalam diam sejak di sekolah lagi dimana ketika itu Mia merupakan ank seorang terhormat di kampungnya..Kalo x silap lokasinya di Temerloh.. Tapi berpisah bila keluarga mia pindah ke bandar gara2 penceraian ayah & ibu mia. Perjumpaan semula antara mia & khuzairi terjadi bila khuzairi & ayahnya ke bandar utk ke pejabat peguam dimana Mia merupakan peguam di situ.

Dan perkahwinan antara mia & khuzairi terjadi pula apabila khalil y sepatutnya bernikah dgn mia x hadir & demi menutup malu, ayah mia memohon khuzairi agar mengantikan pengantin lelaki tu. Samapilah part mia terpaksa duduk di kampung bila ayah mia meninggal & keluarganya jatuh muflis gara2 x-tunang mia punya pasal... dan macam2 kejadian yang terjadi.. rasa Mia ni cam jahat pon ade...lucu sgt2 pon ada.. Mia ni pon x ngam dgn mak mentua dia.. Hari2 bergaduh, tp dgn pak mentua dia kacip molek. Kiranya jalan ceritanya best jugak la..Dan..yang bestnyer saat cinta mia pada khushairi mula bersemi.. Tapi geram sgt, lps ajer bersalinkan anknyer terus ditinggalakn ank & khushari.

Dan novel ni pon mengundangkan air mata esspecially part Buntat seorang kanak2 lembab y sgt dibenci Mia menyelamatkan mia daripada Khalil sehingga mengakibatkan kematiannya. Memang sedih part ni.. Dan selepas peristiwa tu mia mula berubah & tak lagi hina org kampung & ketika tu dia cuba kembali ke kampung utk menagih kembali cinta suaminya khushari dlm masa 7 hari sebelum khushari bernikah dgn syakila gedik tu... Dalam masa 7 hari tu la mia memohon khushari utk mencintainya. Sebab tu la tajuknya 7 hari mencintaiku. Tapi part time khushari nak nikah dgn syakila gedik tu pon sedih giler.

Dan... HAPPY ENDING :-)


SINOPSIS HASIL CARIAN GOOGLE :

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


So... biler lagik nak dramakan 7 Hari Mencintaimu ni???? Bagi saya yang sesuai bawak watak Mia Adriana ni Fasha Sandha kot... Dan watak Khushari lak...mesti kena dgn Ady Putra sebab watak Khushari digambarkan seorang jejaka hitam manis & handsome.. Kesimpulannya... masih tak dapat lawan novel Andai Itu Takdirnya sebab novel tu memang penuh emosi dari awal hingga ke akhir..boleh merasai kesakitan aleeya.. boleh merasai kejahatan syed azrail. Cam novel ni part pertengahan kot, baru lah meleleh air mata ni.

30 comments:

LiLy @ MumMyQiStInA said...

MCM BEST JER CITERNYE NI KAN LYA..
BIASA MMG CITER MCM TUKAN..BILA DIA BENCI LELAKI TU..LELAKI TULAH BAKAL JODOH DIA..tP X KENANG BUDILAH..SANGGUP PLAK DIA TINGGALKAN SUAMI & ANAK DIA..

cik dah ganu kiter said...

beshnyer citer dia..lya ni hantu novel gak ker..dah lama rasenyer idah x pegang novel2....dl pinjam ngan kawan...kih..kih..

Ena said...

rajin betul lya ni kan.. ena dah lama tak ada kesempatan nak baca novel2 gini dah.. kalo dapat mau hadap sampai tak tido2.. heheh..

bes gak citernyer tu..

zaidah said...

wah lya sekarang macam dah jadik novelis plak...rajin membaca novel...tak apelah at least zai bleh tumpang citer dalam novel tu bila lya buat n3 berkenaan....

cikmOt said...

mekasih lya...pasni leh buh novel ni dalam list...hehehe...mekasih sebab sudi berkongsi...

akak pun ada novel baru yang dibaca...

pena rozie said...

Is... Kene carik ni.

Mama Gee said...

tebalnyaaa....bagus gak kalo beli ni..bila Mr B asek main game dia...leh mama layan novel....

puteraduyong said...

tebal...tak sanggup...takut berakar...

anyway header kuala kmamang mmg cantik...

Sofya said...

rajinnya baca novel...

nureen said...

agak2 lya la kan, dah brapa ratus buah novel yg lya dh baca... nureen boleh kira je heheheh tue pon makan hari nk abes ;p

ieda said...

rajin lya ... akak x minat baca novel .. tgk tebal novel dah buat akak mengeluh panjang ekekke :)
ape2 pun kalau dah diadaptasi dlm cerita leh lah layan sesekali ..

!!- a.y.u -!! said...

erm nak tnye mne akak cari novel ni? huhu

Fieza79 said...

tebal nya novel...jalan cerita yg menarik tu...

etiey.com© said...

wah boleh tahan tebalnya!!! lama dah tingin nak baca novel tap aduhai... tak sempat. tunggu eysraf besar skit kot

eB ezrin said...

tebalnyerrrrrrrrr... ngeeeee

MrS. F!zA said...

tetiba slrg makin rmai dedah hobi psl suka bca novel..kita suka jgk dlu..igt nk mula balik la cri novel..best gak layan smbil feeling sorang2..huhu

Farra Dhelina said...

rajin lya baca novel ye..

tebal nya novel ni..

Dilla Ady said...

mcm bes jek ni lya..lame da tak beli novel..

kayrul-shah said...

lya kenapa sinopsis tue kejap nama watak tue khuzairi kejap khushari???

ch@ said...

kita sukaaa novel tebal2. terima kasih lya buat sipnosis. kena cari ni :D hihiii. wah tak sedar diri ada lagi 2 biji novel tak baca lagi. kuikui.

LYAfrina said...

KAYRUL :

NAMA SBNAR KUZHAIRI... BIASA R BILA BUAT SINOPSIS SNDIRI SLALU TBABAS..LAJU NGAT NAIP.. HEHEHHEE

habibah khairi said...

novel nie mmg best gler..sye dapt abiskan dlm mase xsampai 48jam..kalo xclp nvel nie ade 1048 muka surat...cter y syadu n membri byk pengajarn u kita sbg sorg isteri ttg rase hormat pada suami n ibu bapa kita.. xrugi kalo membacenye...hihihhi

eiqa aishtaru said...

,, eiqa da bace da .. mmg best gle la cte ne .. sape x nanges .. xtau la nax kate ape .. eiqa sdeyhh mase dy mnx mav art husband dy sampay mlutut2 .. n then mase nax jmpe anak dy .. mak mertua dy xbg .. arhh ~ .. cdeyhh gle la :'(

Mat Cintan said...

tak rugi pun beli novelni baca bepuluh kali pun still ase sronok agi...lau dapt difilemkan cam ombak rindu lagi best watak mia adriana ptut dberi kat juliana evans khuzairi pulak remy ishak....peerrgghhhh...mantop.....

nur schazwani said...

sedap giler cite die , nie first time i baca novel smpai abiz .. awesome lharrr !! :))

Jay said...

Ramai rekemen, nak check gak la.

Norlia Yusof said...

memang best... leh beli kat http://www.novel-online.com

tapi Andai Itu Takdirnya lagi BEST!!!

Zack Zaidi said...

novel nh mmg best giler lah .. kalo kowg ad kesempatan baik beli cepat2 . mmg best. mengalir air mata bce novel nh . smpai sminggu igtkan mia adriana nh . sapa yg x prnah nenangis pon boleh menangis bila bce novel nh . terasa mcm dah syok gile kt mia adriana pulak rasanye. sampai x tdo 3 hari bce novel nh . first time bce novel. sebelum nh tk pernah pown . tp spe yg rse hati die tuh keras sgt . try bce dlu .. mesti menangis punya . novel nh pown mendekatkan diri saya kpd allah swt .. terima kasih ya allah :)

Zack Zaidi said...

novel nh mmg best giler lah .. kalo kowg ad kesempatan baik beli cepat2 . mmg best. mengalir air mata bce novel nh . smpai sminggu igtkan mia adriana nh . sapa yg x prnah nenangis pon boleh menangis bila bce novel nh . terasa mcm dah syok gile kt mia adriana pulak rasanye. sampai x tdo 3 hari bce novel nh . first time bce novel. sebelum nh tk pernah pown . tp spe yg rse hati die tuh keras sgt . try bce dlu .. mesti menangis punya . novel nh pown mendekatkan diri saya kpd allah swt .. terima kasih ya allah :)

Zack Zaidi said...

saya muhd anuar nul hakim seorang lelaki and i admit i totally feeling at novel nh . part2 yg tak boleh blah bile sediy mia adriana nk pergi ke uk disebabkan mahu membawa diri ke sana bersama anaknya lisa . tp saya bangkang gile bile nk bgkan drama tuh kt nabila huda sebagai adriana . mmg gile tk best .. sebab nabila huda bkn pelakon yg putih gebu. saya syorkan kalo kita pilih lisa surihani dan adi putra sebagai khuzairi .. baru best giler . dan sofi pula sebagai zara kawan baiknya .. mmg meletop citer nh stu malaysia :)

Buat Follower, Jangan Lupa Tinggal LINK kat kotak KOMEN entri terlatest ye.