Tuesday, June 7, 2011

Sinopsis Ombak Rindu

Baru-baru ni dah selamat khatam novel Ombak Rindu.. sebenarnya masa zaman sekolah dulu dah baca.. tapi rasa nak baca lagi kisah percintaan antara Izzah & Hariz.. Dan novel ini jugak dibawakan ke layar perak. Pelakonnya ialah Aaron Aziz membawakan watak Hariz, Maya Jarin membawakan watak Izzah & Lisa Surihani membawakan watak Mila



Sinopsis Filem Ombak Rindu

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan 
Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Jom kita cuci mata sikit

izzah...gadis kampung 

Izzah & hariz

jom kiter berombak rindu-rinduan dengan asya..
seksis...seksis sekaliii

Apa yang pasti..memang suka sgt2 novel ni... Esspecially saat cinta Hariz pada Izzah mula berputik.. Eyhh... Aaron ni mmg sesuai la berlakon watak lelaki romantik cam dalam drama Nora Elena.. Boleh cair hati ni.  Sampaikan jatuh hati kat Seth Tan.. bukan kat Aaron aziz yer... Tak sabar nak tunggu part Nora tau saper perogolnya.... 

25 comments:

cikmOt said...

dah baca ombak rindu, jangan lupa baca sambungan dia plak...

cinta tiada akhirnya dan rindu cintaku...arghhh, hariz semakin dewasa dalam novel tu...hehehe

pena rozie said...

Dah bace. Memang best

alyyani said...

ni la novel yg alya baca ulang2 kali. tp macam dah lupa cmne cite dia. so bole la tgk movie dia nanti. hehehe...

LYAfrina said...

cik mot :
sambgan dia pon lya dh baca y cinta tiada akhirnya.. tp y ni x best sgt.. ni nk baca y last part ombak rindu.. rindu cintaku.

LYAfrina said...

pena rozie:

mmg best

LYAfrina said...

alyyani:

sama la..dulu pon lya brulang kali gak baca, ni refresh balik jln ceritanya

makdara TERdiva said...

betul!
Aaron memang seswai bawak watak2 yg smart & macho & romantik!

harus terpacak depan tv tiap2 petang sbb si Seth Tan tu.. :)

mummy_ayu said...

dah baca novel nie..tapi yg sambung lum baca lagi..and tak sabar gak nak tgk movie dia..mesti best!!

LiLy @ MumMyQiStInA said...

sblm ni x seberapa minat ngan Aron..tp bila dia jd seth tan..terus plak minat kat dia.. ;)

Yan said...

akak pun tak sabar. tunggu tiap ari ni..

Mama Gee said...

dah baca tp dh lupa jalan cerita...thanks sbb ingatkan mama kembali jalan ceritanya..br ingat...
citer ni mmg best...

Fieza79 said...

layan nya Lya dgn novel...fieza ni dh lama tinggal kan novel...

hrp2 lps ni makin byk la drama yg diadaptasi dr novel muncul kt tv...sekurang nya ter cover fieza yg terlepas citer novel yg best2..

sarah-najwan said...

syabas kepada awk kerana suka baca novel...
akak ni mmg kurang minat baca novel..zmn2 skol dahulu ada gak baca..skrg mmg xbaca...baca novel hak akak wajib ajar kat skol aje..hehe

Nini Hartini said...

kalau cite Nora Elena tu...saya kurang minat. hehe..

saya lebih jatuh cinta pd Seth Tan dalamnovel sbb lebih tunjuk kasih syg dia. dlm tv kan kena cover2 huhu...

hopefully filem ombak rindu pun akan best mcm dlm novel.

nureen said...

pernah baca cerita ni tp x abes sbb baca dlm mjlh kan bersiri hehehe.. best jgk jln critanyerr

Dilla Ady said...

dilla ade tiga2 novel ombak rindu nih...

mmg best!

tp izzah rasenye tak pakai tudung dalam novel n tak brape berkenan maya karin jadi izzah patut lisa yg jadi izzah...

mamalieyna said...

waaaa eina suka sangat2 novel ni...dh difilemkan ke?..byk kali baca pun tak jemu tau...tp skrg, ntah masih ada atau tak kt kg tu, tinggl kt kg ler..huu~

MamaYatie said...

akak brapa kali ntah khatam novel ni..best3x!

Sofya said...

aip! seksinya model...

Anonymous said...

Mmg best

Anonymous said...

Sorry. ada salah eja nama.
sepatutnya ; MAYA KARIN bukan MAYA JARIN. :) thanks.
tak sabar nak tgk ombak rindu. :D

daydeck86 said...

Salam
Saya nak ambik sedikit info dari sni yer kalau tak boleh nanti saya remove entry tersebut.

annuranna said...

pernah baca novel ni waktu sekolah dulu..igt2 lupa jalan ceritanya..tapi bila dah jadi filem,rasa mcm nk baca balik novel tu....:)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

krole said...

x sabar nak tngok kat panggung wuah!!!

Cho Zila said...

memang best... dah baca novel dulu2 dan dah tengok wayangnyer juga.. best ..terbaik...