Thursday, July 28, 2011

Apakah Itu Resdung / Sinus

Dikalangan masyarakat kita, ianya lebih dikenali sebagai resdung..Tapi dari sudut perubatan ianya disebut Sinus. Resdung ialah sejenis penyakit alahan y mengakibatkan keradangnan pada bahagian y dijangkiti.. Namun jika penyakit ini dibiarkan & tidak dirawat sehingga ke peringkat y teruk ianya blh menyebabkan seseorg kehilangan penglihatan, jangkitan meningnitis dll..

Dan Fain salah seorg pengidap resdung.. Memang macam2 cara & alternatif y dah dilakukannya..Antaranya rawatan kat pusat resdung sampai keluar lendir+darah.. Memang takut tgk..Dan selain tu y dilakukan dirumah ialah kaedah rawatan mgunakan asap. Dan assistannya siapa lagi kalo bukan saya ni..

Mula m'asapkan dibahagian muka

Semakin lama asap makin tebal

Dan time ni dah mula nampak cam benda kaler kuning2 keluar dari liang roma kat muka.Esspecially bahagian hidung.

Hasilnya...memang bnyak sgt y keluar mde tu...

Tapi saya x pasti sebenarnya y kaler kuning mmg ulat resdung ataupun effect daripada kertas lilin ulat resdung tu.. Tp latest fain ada makan ubat cam dr akar kayu utk resdung..Mula nampak perubahan..Dah kurang gatal-gatal lagi.

Kat bawah ni saya nak share info y sgt penting ttg Resdung/Sinus ni. Mybe selama ni ramai y pndang ringan ttg penyakit ni..Info ini saya copy dari blog ini setelah memohon kebenaran darinya :

Apakah Sinus ?
(Resdung)Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga udara yang berada di dalam tulang muka,sekeliling hidung dan bahagian-bagaian badan yang lain. Rongga-ronggapada bahagian muka bersambung ke hidung melalui saluran yang sangatkecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga pada bahagianhidung setiap masa dan akan disalirkan ke dalam hidung.Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnyakuman bakteria akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkanpenghasilan nanah yang busuk dan bengkak akan berlaku di dalam lapisan hidung.


Penyakit resdung boleh membawa maut
RAMAI beranggapan rawatan penyakit sinusitis atau lebih dikenali sebagai resdung mengakibatkan komplikasi kematian, malah tidak kurang juga yang mengatakan bahawa penyakit ini sebenarnya tidak dapat dirawat. Sejauh manakah benarnya tanggapan ini ? Walaubagaimanapun, penyakit resdung tetap merbahaya kepada mangsa yang dijangkiti. Kerapkali kita terdengar, ada peaskit yang tertanggal telinga, hidung atau botak kepalanya kerana serangan resdung. Ia sejenis penyakit yang merebak secara senyap. Dan apabila pesakit itu menyedari bahayanya, mungkin ia sudah terlambat.

Siapa yang berisiko dijangkiti resdung ?
- Alah kepada habuk, debu dan asap
- Elergi kepada makanan laut, pisang dll
- Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
- Mempunyai dinding pemisah hidung yang bengkok
- Mereka yang mempunyai dinding hidung yang besar

Kanak-kanak
Sinusitis di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta. Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

Tanda-tanda awal penyakit resdung
Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.

Tanda-tanda penyakit resdung mengikut bahagian badan
Rongga Dahi
- Migrain atau sakit kepala
- Kelemumur atau gatal-gatal kulit kepala
- Keguguran rambut

Rongga Mata

- Gatal mata, mata berair, bengkak atau sakit
- Penglihatan kabur

Rongga Hidung

- Selsema / bersin berpanjangan
- Hidung tersumbat / bernanah / berbau
- Kurang deria bau
- Sakit di pangkal hidung

Rongga Telinga
- Gatal dalam lubang telinga
- Telinga sakit / bernanah / berbau
- Masalah Pendengaran

Rongga Pipi

- Masalah jerawat
- Kemerahan dibawah mata dan pipi
- Rasa sakit / gatal di muka

Rongga Mulut
- Gusi bengkak / berdarah / bernanah
- Gigi longgar / sakit

Rongga Dada

- Batuk
- Lelah dan berkahak
- Gatal dalam kerongkong
- Jerawat di tengkuk / dada / belakang
- Gatal-gatal badan

Usus Besar / Kecil

- Pembiakan cacing kerawit- Buasir / berak berdarah
- Dubur bengkak

Kaki / Tangan

- Makan air di celah jari
- Kuku makan cekam


Info ini  diperolehi dari sumber setelah memohon keizinanya... http://scripters.ning.com/forum/topics/apa-itu-resdung

14 comments:

cik dah said...

aritu kena jgk..bersin 10 kali lam satu masa..smpikan dlm telinga jd bengkak(bersin dooh lalu)...

skg dah ok sejak makan maajun anggun bistari + softfea orange fiber (vit c byk)

Zue AnnaLeeya said...

kakzue mmg ader resdung nih...
bersin tuh xyah ckpla..
pagi2 tuh klu tak bersin puluh2 kali tak sah...
masalahnya, kakzue nih krg berpantang....
budu, belacan ker bahang belake... huhuhu....

::NureeN:: said...

resdung tue clr kuning kan lya.. member ada crita dia g ubat siap kena kikih lg kat muka.. nmpk mcm sakit jerr.. sakit x??

etiey.com said...

kalau baca betul2 memang sgt mebngerunkan!!! menakutkan resdung nih kan

MamaYatie said...

baru2 ni kawan kat opis baru operate kat atas kening..sebab resung..mulanya dia jadi macam bisul atas kelopak mata..

MamaYatie said...

baru2 ni kawan kat opis baru operate kat atas kening..sebab resung..mulanya dia jadi macam bisul atas kelopak mata..

mai said...

saya pun ada simpton2 rsdung jgak..cuba mkn minyak kelapa dara..sy dh cuba softgel minyak kelapa dara catalyst baru seminggu alhamdulallah dh nmpk perubahan sikit2..

ieda said...

aah banyak cara dan aturan utk rawatan resdung nie kan dik .. ini adalah salah satu yg akak tahu jugak sbb adik akak pun pernah jalani rawatan mcm nie .. :) berkesan .. tapi dia x ulang selalu .. sekali je buat

~izan~ said...

suami izan pun ada resdung ni tp geram la,dia takde pantang langsung mkn..jenis pantang nampak tu ,bkn berpantang huhu...

oo pisang pun alergic ek pd org resdung..baru tahu..

Yan said...

YA ALLAH.menyeramkan kan bila nampak ulat tu kuar.

Cik Rose Cute said...

Memang ada jugak resdung kalau makan makanan laut huhuhu

Amy A. said...

sy suka buat ni kat rumah jugak...;)

armouris said...

lagi info tentang resdung di SIHAT SELALU - Komplikasi dan Tanda Resdung (Sinusitis)

Ismail Talib said...

Sesiapa yg mengalami masalah resdung, saya ada penyelesaian...Rawatan mudah tanpa menyakitkan...Dapatkan set rawatan resdung Warisan Utara sekarang.. Ejen dropship juga diperlukan...Whatsapp 0125969296

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (138) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (61) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)