Thursday, July 21, 2011

Novel Rindu Cintaku

Novel Rindu Cintaku merupakan sekuel terakhir kepada novel Ombak Rindu & Cinta Tiada Akhirnya. Mengisahkan percintaan y semakin konflik antara Izzah & Harriz.. Yang meruntuhkan rumahtangganya. Ermmm...letih gak kadang2 baca novel y sarat & penuh emosi..Sampai dalam diri ni terbawa-bawa emosi tu..Hehehehhee..nak cari novel ringan2 plok.


Sinopsis Rindu Cintaku:

Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.
Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoaannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. NAmun membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.Andainya mampu ditebus kesilapan apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? Atau.... Nyawa?

Rindu Cintaku merupakan novel bersiri Ombak Rindu...Ianya merupakan penutup kisah cinta antara Izzah & Hariz.. Kisah pertama, Ombak Rindu & diikuti sambungannya dalam Cinta Tiada akhirnya & novel Rindu Cintaku ini adalah klimaks kepada kisah antara Izzah & Hariz.

Pendapat saya ttg sambungan novel ni sedikit berat & sarat dengan emosi... Konflik semakin mendalam.. Kali ni Izzah cuba mencari dirinya yang lupa ingatan..Dan selalu dihantui bayang2 hariz y ganas dalam novel Ombak Rindu tu. Dan novel kali ni byk mengimbas kembali kisah antara hariz & Izzah dalam novel sebelum ni iaitu Ombak Rindu & Cinta Tiada Akhirnya.

Berlaku juga pergolakan dalam dunia perniagaan antara Hariz & adiknya.. Bila dia seakan disingkirkan. Dan watak y pernah berlaku dlm Ombak Rindu muncul semula y membawa kembali ke kancah maksiat/pelacuran y pastinya menguji cinta antara Hariz & Izzah,,Dan..berlaku juga perpisahan y panjang antara Hariz & Izzah... Tp..endingnya...alhamdulillah... Tuan Haji Harriz:-)

12 comments:

farhana aka isteri fakri said...

time bc ombak rindu & cinta tiada akhirnya pon da agak emosi.klu bc yg ni xthu la.. :)

♥cikmOt♥ said...

ending yang menarik kan....

::NureeN:: said...

;)...

ieda said...

boleh tahan .. selamat membaca dik ! :)

mamalieyna said...

cuma pernah ada n baca ombak rindu je..mmg suka tulisan Fauziah Ashari

Anonymous said...

pernah bace OMBAK RINDU and ANDAI ITU TAKDIRNYE jek..
memang gempak..
wlaupon mkin meleret..
tapi di sebabkan sentuhan menjadi FAUZIAH tu,khatam jugak 2-2 tu..
tgah cari RINDU CINTAKU plak..
selalu nye..
happy ending..
sweet nye..

Masya said...

pernah baca ombak rindu jer... yang lain tak berkesempatan lagi, tp kalau penulisnya fauziah ashari mmg best x jemu baca berulang² kali...

kayrul-shah said...

baru tau ada sambungan buku ke 3..kecewanya..cari2 kat kedai buku tak jumpa la plak..

wawa meiko said...

Tumpang tanya , novel nie terbitan apa ? Kalau ombak rindu alaf21 tahu la, tp yang kedu dan ketiga tu apa ?

Tak dpt lg cari novel2 nie . argh , frust tertonggeng :(

wawa meiko said...

Tolong bg respon kat blog saya yer supaya saya boleh tau . terima kasih .

Yaya Azura aka Naz Azra said...

sarat dgn emosi ye?
tp kena cari jugak novel ni biar semua ada dalam simpanan..hihi..

SweetyVeebuSh said...

kat sni nk dpt sambungan tu sbb bkn terbtan alaf 21 lagi,,:((

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Tempat Makan Best Di Terengganu (28) mama+papa+fasya (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) fasyafrinatraveltales (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1) ma (1)