Monday, July 25, 2011

Petua Untuk Menggelakkan Diri Daripada penyakit Barah

Penyakit barah/kanser adalah penyakit y paling ditakuti.Apatah lagi, kebanyakan kanser ni menbiak secara senyap & hanya dapat dikesan atau menunjukkan tanda apabila sudah tiba pada tahap yang bahaya, Tapi masih ada penyakit barah y dapat dikesan awal. Dan saya juga merupakan salah seorg bekas pesakit y pernah mempunyai ketumbuhan dalam kepala. Tapi alhamdulillah dapat dikesan di peringkat awal & sudah selamat menjalankan pembedahan ketika berusia 15 tahun. 

Namun..itu tidak bermakna akar itu tidak akan berumbi kembali. Untuk itu saya harus menjalani MRI. Tp y sedihnya, resultnya MRI y dibuat pd Feb2011 haritu x dapat dibaca sebab x dapat masukkan sejenis ubat untuk MRI Contrast kalo x silap.. Kesemua urat-urat di tangan & kaki dah reject semua jarum drip+ubat.. Mmg urat sy dah x boleh guna. Yang ada cuma bahagian leher & celah peha.Itu je bahagian y perlu dijaga sebetulnya, sebab if ada emergency kes bila masuk spital, bahagian tulah digunakan utk memasukkan ubat.

Setiap penyakit ada penawarnya...
Kecuali TUA & MATI

Jadi untuk mengatasinya saya cuba mencari petua atau cara2 y mungkin boleh diaplikasikan untuk mgelakkan diri daripada penyakit barah. Sebagai manusia, kita harus sentiasa berikhtiar. Selagi ada peluang & jalan di depan... kita harus mencubanya. So, kali ni saya nak share petua y sy jumpa hasil carian di google.. semoga kita dapat amalkan bersama-sama.. Kata org,.. sediakanlah payung sebelum hujan .
  1. Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
  2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
  3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.
  4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
  5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
  6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
  7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
  8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
  9. Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
  10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.
sebelum masuk bilik MRI

Semoga Kita Dapat Mengamalkan Petua-Petua Yang simple Ini.
Berusahalah Selagi Ada Jalan Di Depan Mata
Mengalah...Bukanlah Diri Saya :-)

11 comments:

Izan Ishak said...

selagi ada jalan utk kita... selagi tulah kita berusaha kan lya.

ieda said...

insyaallah lya akak doakan lya akan terus kuat hadapi kehidupan ini .. dan terus kuat demi asya ok .. :)

fazilzura said...

cegah sebelum kene ... tp kalau dh tersurat & di takdirkan .. kite kene tetap usaha & tawakal tuk mengelak nye

mummy_ayu said...

tq for info dear...yes..never give up tau!!!

Fieza79 said...

sebelum kena lebih baik cegah kan...tq share ni..

apa pun mintak simpang di jauhkan kita semua ni dari penyakit yg di takuti tu...

munna said...

lebih baik cegah sebelum parah....semoga lya tetap tapah menghadapi dugaan Allah ini...

~aSHa~ said...

nak tambah jugak ni...

jangan guna minyak masak lebih dari 2 kali....

ermm apa lagi ek...lupa dah..
baru2 ni kawan2 sha ramai kena hidap sakit kanser payudara, buah pinggang dan mcm2 lagi....kat sini semua dah meniti usia...byk la mereka kongsikan

::NureeN:: said...

tq lya.. info yg baik..
insyaALLAH sama2 kita m'amal..

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

LIKE " semua penyakit ada penwarnya kecuali TUA & MATI"

lilypelangi said...

nice info..

thanx sharing :)

Mama Gee said...

mama br tau pasal ni...nampak sgt jarang masuk sini kan..
apa2pun...mama doalan lya kuat menghadapi dugaan ini...
semogaa ketumbuhan tu tak berulang lg ya..

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)