Friday, August 19, 2011

Saat Hati Mula Mencintai

Dulu sy selalu bertanyakan Fain dulu... sebab apa mesti saya?? Sejak bila dia ada rasa kat saya.. Katanya " sejak kali pertama jumpa dulu..mmg hati dia sgt berdebar bila tgk wajah saya..dan dia ada kata.. dia jeles sebab tgk saya dgn kawan dia mesra. Hehehehhee.. teman tp mesra ajer.. Yer la, sy x kenal Fain time tu, xkan la nak lebih2. Dari pertemuan pertama tu memang dia berusaha memiliki saya.. Sampai satu tahap bagi hp sebab nak cakap dengan saya. Tp saya pulang balik hp tu. Dan sejak kali pertama dia luahkan perasaan dia dulu, memang saya x ada rasa.. 

Tp setelah macam2 perkara yang terjadi... saya tahu dia memang mencintai saya seadanya & kerana keikhlasan tu, akhirnya saya sendiri mula sayangkan dia walaupun mengambil masa yang lama. Dia juga memang dah ditakdirkan untuk saya sebab walaupun berjuta kali saya menolak dia dlm hidup... tp dia semakin dekat & dekat dengan saya hingga akhirnya saya rasa sememangnya saya perlukan kasih sayang & sokongannya 100%. Terima kasih atas segala kesabaran sejak dari awal kenal hingga sekarang. Segala pengorbanan dia untuk saya hanya tuhan yang tahu. Saya tahu, dia mesti terlalu letih menjaga saya..esspecially 5 thn kebelakangan ni. Sekarang makin ketara... Fain dah terlalu kurus terlalu berbeza dari awal kenal dulu. Saya tahu, dia jadi macam tu sebab dia x ada masa untuk diri dia sendiri.. semuanya berkejar untuk saya & asya. 

Dan... sepanjang saya bersama Fain..percaya tak kalo saya kata 100% masa yang Fain ada digunakan untuk bersama saya & asya.. Dia korbankan segala masa muda dia... dia x pernah lepak2 dengan kawan2 dia hingga sekarang. Bukan kerana saya halang atau apa2..Tapi kata Fain..masa bersama saya & asya lebih beharga daripada lepak2 kosong. Kalo dia lepak pon just time keje.. Balik j kerja masanya semua untuk saya & asya.. Kalau dia nak jumpa kawan2 dia pun, dia mesti bawak saya & asya. 

Dan sepanjang 5 tahun bergelar isteri Fain...walau sekali pun saya x pernah memandu lagi. Walaupun saya nak kemana-mana, semuanya Fain hantar. Termasuk pergi & balik kerja. Walaupun saya nak drive, tp dia terlalu bimbangkan keselamatan saya. Dia straight sgt..ikut nasihat doc. Memang penyakit yang saya hidapi ni tidak dibenarkan saya memandu sebab takut kena serangan time drive. Saya nak drive sendiri sebab saya takut Fain letih... sebab dia selalu terkejar-kejar.. hantar & ambil saya. Saya kerja di kutub utara, Fain kerja kat kutub selatan... Kiranya jarak memang jauh sgt. Saya takut dia penat.. Tapi nak buat camner.

Ermmm... x sedar dah membebel panjang.. Harapan saya, saya nak hati saya & hati Fain akan terus kekal macam ni.. Kalau saya mati pun.. saya nak dia terus mencintai saya.. Dan apa yang pasti, kini Fain segalanya untuk saya. Ya Allah...kekalkanlah cinta kami hingga ke akhir hayat. Kekalkan hati saya untuk dia...jauhkan dari dugaan yang boleh meruntuhkan rumhtangga kami.

9 comments:

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Moga Jodoh Lya & fain kekal bahagia selamanye hingga ke akhir hayat..

umialya said...

Lya buat akak sebak je dipagi hari, Insya Allah.. ia berkekalan ke akhirnya, amin

~aSHa~ said...

semoga berkekalan hingga ke syurga..jadi ketua bidadari syurga tuk fain ye

Cik Rose Cute said...

semoga jodoh hingga ke akhir hayat...

~izan~ said...

Syukur dikurniakan jodoh yg spatotnya utk lya..semoga bahagia selamanya..

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

moga kasih sayang yang disemai ini akan berkekelan selamanya...
cinta + kasih sayang=Asya...

maszmadi said...

ameen..... beruntung lya dapat fain n beruntung fain dapat lya... saling melengkapi antara satu sama lain... love asya jugak...

Nurzairul Isma said...

hebatnye cinta kamu berdua... mcm bace novel.. semoga cinta lya dan fain terus kekal..

Sofya said...

bahagianya...
semoga kebahagian ini kekal utuh hingga ke akhir hayat

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (138) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (62) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)