Tuesday, September 13, 2011

Slot Lestary : Sinopsis Cinta Elysa

Cinta Elysa merupakan drama terbaru mengantikan Ramadhan Terakhir yang mengisi Slot Lestary bermula malam ni(13/9/2011).. Heroinnyer saer lagi kalo bukan Fasha Sandha.. Memang ramai org x suka dia..Tp sy memang suka sgt tgk lakonannyer... Tp lagi suka kalo Fasha & Adi Putra.. Jom layan sinopsisnyer:



Cinta Elysa mengisahkan dilema yang dialami oleh Aril lakonan (Botak Juvana) yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang benci sangat kat Aril dipegang oleh Zila Bakarin dan sepupunya yang perempuan nama Elysa ( lakonan Fasha Sandha).
Jasman membawa pulang Aril ke rumah kerana Aril ni anak yatim piatu yg membesar tanpa kasih sayang. Selepas disisihkan dari keluraga, dia tinggal dengan Jasman. Jasman telah menempatkan Aril dan Elysa di satu kolej supaya Aril dapat menjaga keselamatan anaknya di kolej tu dari diganggu lelaki lain..(jd bodyguard le ni).
Jasman (lakonan Jalaluddin Hassan )bapa saudara kpd Aril ni mahu Aril menjaga dan memastikan keselamatan anak anak nya sebelum dia meninggal dunia, dia dah pesan kepada Aril supaya menjaga anak anaknya hingga mereka tamat pengajian. Aril ni seorang yang samseng dan dia dianggap pemuda bermasalah dan dibenci oleh Yasmin (Zila Bakarin) ibu saudara dan sepupunya.
Jadi dalam keadaan dia dibenci dia terpaksa menjalankan tanggungjawab besar tu walaupun terpaksa berdepan dengan ibu saudaranya yg jadi penghalang.Walaupun Aril ni nampak jahat dan liar tetapi dia dalam diam menaruh hati dan mencintai sepupunya Elysa…(heheh dalam hati ada taman gitu..seronok kan melihat Botak bercinta pulak kali ni ). Oleh sebab cinta yg kuat kepada Elisa lah Aril masih duduk di rumah tu walaupun dibenci oleh mak saudaranya hari -- hari.
Elysa gugup apabila berdepan dengan Aril bila mendapat tahu cerita buruk mengenai Aril. Mulanya dia tak suka kat Aril, almaklumlah , Aril ni samseng..lagi mau tanya!? ( skrip Johan dalam Cinta Elysa) namun begitu lama kelamaan dia melihat Aril ni baik dan selalu melindungi dia dari diganggu oleh lelaki lain maka berputik la sayang dia kat Aril.. :)
Kisah menjadi panjang lagi, apabila ibu saudaranya menghalau Aril keluar dari rumah, dan waktu itu, Aril nekad membawa bersama Elysa. Aril menjalani kehidupan samseng untuk menyara diri dan Elysa. Elysa tak suka Aril hidup mencari rezeki cara tak elok. Elysa nak Aril cari kerja yang halal dan menjalani kehidupan yang baik. ( Botak botak…ni mesti tak insaf ni buat kerja samseng, kena masuk sekolah budak nakal lagi le ni heheh) . Demi cintakan  Elysa, Aril cuba berubah dan mencari rezeki yang halal dan dia menerima segala nasihat dan teguran Elysa.

Aril dan Elysa lari tinggal di sebuah kampung menyamar sebagai suami isteri dan mencari orang yang dapat mengubati kaki Elysa yang cedera. Akhirnya orang yang mengubat kaki Elysa, sedar yang Aril dan Elysa bukan suami isteri, akhirnya mereka disuruh berkahwin. Aril berjanji akan menceraikan Elysa selepas kaki Elysa sembuh. Kekasih Yasmin, Rashid pula sibuk menjejaki Elysa untuk mengetahui kandungan wasiat Jasman. Apakah yang akan berlaku selepas ini?
~ Saya pasti drama ni memang best.. Lagi best sebab gabungan baru ni bagi impak sket ~
Sumber : Nurizspace

4 comments:

...sWeeT uMi... said...

smlm sempat umi tgk citer ni heheh...bile bc sinopsis ni cam akan melekat je depan tv pani tgk citer ni (^_^)...

aisya said...

semalam tengok gak...mmg hot laa lakonan botak@johan sekarang nie...

Zue AnnaLeeya said...

mmg best citer nih... tp bkn gantikan ramadan yg terakhir tu lya...
tp gantikan citer ana lulu...
yg gantikan citer ramadan terakhir tuh citer jiwa lara... lakonan abg eren aziz tuh...
akak tgk gak semalam... bestttt...
haishhh.... hari selasa jer mmg lekat dpn tv jerlah... heheh..

Cik Rose Cute said...

boleh jugak layan nie...tapi kena berebut gan anak dulu la...hihihi

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (79) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)