Wednesday, October 26, 2011

Aku Terima Nikahnya 26.10.2006

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua !

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE-5
BUAT MOHD FAIN & ALYANI
26.10.2011

Alhamdulillah... syukur pada mu Ya Allah... Kerana hingga ke hari ini aku & dia masih bersama mengharungi pelbagai suka duka bersama.. Kekalkanlah hubungan ini hingga ke akhir hayat.. Biarlah ajal & maut sahaja yang memisahkan kami.. Kerana kami ingin bersama hingga ke akhirat nanti. 

Terima kasih buat suamiku kerana sentiasa disisiku.. Sentiasa menemaniku dalam setiap detik kesedihan dalam kehidupan ini.. Terus bersamaku walaupun, terlalu banyak kekurangan diri ini... Terus setia mencintaiku walaupun diri ini sentiasa menyusahkannya dengan penyakit dalam diri ini. Terima kasih kerana terlalu banyak bekorban untuk diri ini..

 Saya tahu... x akan ada lelaki lain selain dia yang akan bekorban sedemikian rupa untuk saya.. Saya tahu... tiada lelaki lain yang akan mencintai & menyayangi diri ini seadanya.. Hanya dia..... yang menerima segala kekurangan yang ada dalam diri.. Hanya dia yang terus bersamaku disaatku sakit, terlantar lumpuh, dalam kesedihan dan pelbagai situasi.. Dia tak pernah sesekali meninggalkanku dalam setiap situasi dalam kehidupan. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJADIKAN DIRI INI SEBAGAI SURI HATI MU.

Kebahagiaan ini bertambah dengan kehadiran "cahaya hati" kami. Walaupun kewujudannya dulu hampir disangkal oleh doktor y merawat.. Namun kerana kekuatannya & keajaiban daripada Allah swt.. dia lahir ke dunia untuk menemui & bersama mama & papanya.. Syukur..atas kegala anugerahmu dalam kehidupanku... Suami & anakku ..

5 TAHUN LALU

Kualiti gambar x ok, sebab gambar ni yang dari kamera sendiri jer.. Dari photo-gnyer, dalam album.. Malas nak cabut2. Zaman saya ni DSLRnya masih pakai negatif, digital dah ada time tu, cuma photo-g saya tu j kot lambat sgt.. huhu.. Tak macam sekarang, semua dah digital.

Time ni saya masih muda...baru jer 21 tahun & Fain 22 tahun..
Jodoh datang awal.

Kalo nak tenggok pic2 lain...klik je la n3 tahun lepas kat SINI.

Ni kenangan semasa majlis bertandang kat rumah Fain pada 3.11.2006 ( asya lahir pada 3.11.2008). 
Pic ni x pernah publish lagi.. Pic atas pelamin x sempat nak scan lak..

Pic Nikah KLIK SINI

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see

28 comments:

Cik Eliza said...

eh. sama tarikh dgn ma dan ayh sy. hehe.

semoga berbahagia dunia akhirat hendakNya. amin!

;)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

u all kawin awal ye?? kawin awal ne yg untungnya anak nanti sama baya dgn kita je rupanya bila dia besar nanti hehe

Cik Rose Cute said...

Semoga berbahagia Lya....Kawin muda Lya....hihihi

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

happy aniversery....moga terus berbahagia sampai akhir hayat kalian berdua...

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Happy wedding Anniversarry Lya..
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

Sama tema kahwin kita..hijau yang mendamaikan.. ;)

fieda said...

selamat ulangtahun lya..semoga hubungan kalian akan terus bahagia selamanya..kecik molek jer ye cik abe lya...:)

Papa Mifz said...

Semoga kekal hingga ke akhir hayat k..amin..

Adylia Qarissa said...

selamat ulang tahun...semoga kekal bersama suami dan 'anak-anak' hingga nafas terakhir :)

bloghok said...

wachaaaaaaaaa

kayrul-shah said...

happy anniversary lya..moga kekal hingga ke akhir hayat...nostalgia bila tengok gambar2 kahwin tue

lia said...

Happy 5th anniversary, lya...

Alhmdlh, jodoh lya adlh dgn fain yg tumpukan sepenuhnya pada lya... U r lucky, dear...

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

epi anniversary Lya..
patutpun x sabar tgu ari rabu yer..
hehhehe..

Zue AnnaLeeya said...

alahai... muda belia lagik fain masa kawin kan???
x kisah lya kawin muda.... yg penting kita bhgia... betul tak???
kak zue pon kawen umo 22 thn... hehehe...

apepon, heppy anniversary buat lya dan fain...
smoga kekal bhgia dan hepi slalu hgga akhir hayat.... amin...

Ena said...

Amin..

MOga kekal buat selamanya.. :)

Salina@IbuAqil said...

Happy aniversary lya & fain.. Moga kekal hingga ke syurga ye.. ;)

~aSHa~ said...

hepi selamanye lya n fain


tak berubah wajah lya n fain hingga kini....

Lelord said...

selamat ulangtahun perkahwinan...semoga kasih sayang kalian harum mewangi

anisalya said...

selamat ulangtahun. semoga kekal ke akhir hayat.

IntaNBerliaN said...

slmt ulangtahun lya..

btw.. umur lya baru 26 la ek.. muda lagi.. sy kira kakak la sbb umo sy dah 28.. hihii

dinor's family said...

selamat ulangtahun pkahwinan..wah dah 5tahun ye....semoga bahagia selalu n tabah menghadapi ujian hidup brumah tangga....

mamalieyna said...

happy 5th anniversary lya n fain..hope kekal bahgia selamanya.>Amin...

MrS. F!zA said...

selamat ulang tahun lya..moga kekal hgga hjg nyawa..

*lya kahwin 2thn dr awl lah dr kita..hihihi

wan habibah said...

samalh... saya pon kawin umur 21.... tp dgn hubby beza belas2 tahun... hihihiih

::NureeN:: said...

nureen terlambat.. hepi anniversary lya.. moga kekal hingga akhir hayat AMIN..

wan nurul hezrina said...

hepi 5th anibesari semoga bahagia sampai akhir hayat..mengimbau masa kawin dulu mmg syokkan..eh iya skang nampak lagi kurus dr zaman dulu ek=)k papepun may Allh bless u all kay=)

Kakzakie said...

Hapy anniversary Lya. masih panjang lagi perjalanan yg hendak ditempuhi. Moga bertambah kuat kasih terikat...

Tahniah dari kakak:)

ieda said...

selamat ulang tahun perkahwinan dik
maaf akak lambat wish
semoga kekal , bahagia dan panjang umur lya dan fain sehingga ke hujung nyawa .. aminnnnnnnnnnnnnn :)

S.U.R.I.A.T.I said...

Happy Anniversary dear...beruntung lya dpt suami spt fain.smoga ksh syg yg terjalin kekal selamanya. kami sntiasa mendoakan kebhgiaan lya.

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (79) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)