Friday, October 7, 2011

Anak Bukan Hakmilik TETAPI Anugerah

Saya nak share satu artikel yang bagi saya sgt dekat dihati saya.. Iaitu tentang HAKMILIK & ANUGERAH. Selama ni..mungkin ramai yang menjadikan insan kesayangan kita sebagai HAKMILIK. Apabila kita mengangapnya sebagai HAKMILIK, mungkin ini yang boleh terjadinya kes dera & sebagainya. Jom kita fahami apa itu HAKMILIK...dan apa itu ANUGERAH yang disertai dengan AMANAH.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (Surah al-Anfaal, 8:27)

Amanah ialah sesuatu tanggungjawab yang diserahkan untuk dipelihara dan dijaga atau diterima oleh seseorang atau pihak yang dipercayai dapat melaksanakannya seperti dituntut tanpa mengabaikannya. Amanah boleh saja berbentuk kehormatan diri, hak-hak manusia, harta benda, agama, pekerjaan dan lain-lain. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyampaikan (menyerahkan) segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)….” (Surah an-Nisaa’ 4:58)

Hak milik membawa maksud ‘pemilikan’ atau ‘kepunyaan’. Dengan perkataan yang lebih mudah, hak milik bermaksud ‘kekuasaan dalam memiliki sesuatu’. Sebagai contoh, jika kita memiliki sesuatu barang, bermakna kita berhak berbuat apa saja kepada barang yang kita miliki itu. Hendak dipeluk, dicium, ditayangkan dalam almari kaca ataupun dilanyak, dicampak dan boleh jadi juga dipijak-pijak bila apa yang kita miliki itu tidak lagi memenuhi keperluan dan kehendak kita. Apa yang pasti, akibat terperasan ia adalah hak milik, lazimnya, belum tentu hak milik itu kita HARGAI.


Anugerah pula bermaksud ‘pemberian’ atau ‘kurniaan’ yang disertai dengan harga atau nilai yang tersendiri. Saya percaya, siapa pun akan memandang anugerah sebagai nilai yang paling paling paling berharga. Anugerah akan dirasakan begitu berharga selepas disusahi dengan pelbagai usaha dan titik peluh sendiri. Saya tidak pernah dianugerahkan pingat kebesaran, tetapi jika dianugerahkan pingat tersebut, sudah tentu saya akan simpan baik-baik, sekali-sekali dibelek-belek, digilap jika berhabuk dan mungkin saja dipolish bila ia pudar... Hemmm....


TERIMA KASIH BUAT LAMAN SERI YANG SUDI BERKONGSI INFO .

~~x sempat nk BW pagi ni sbb OT kat ofis...settle utk external audit... ptg2 ni sy BW

18 comments:

mamalieyna said...

Info yg menarik..setuju2x..

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

good info..anak adalah anugerah..

Lelaki Ini said...

thanks for sharing!

♥cikmOt♥ said...

tepat sekali...anugerah yang tidak ternilai buat kita...

::NureeN:: said...

amboii.. menggoda U..
angkat tangan stuju.... ;)

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Nice info Lya..sgt2 setuju.. ^_^

Rizziela said...

Memang anak2 selalu kita kata hak milik kita..sebenarnya kita lupa..itu anugerah ALLAH yg amat berharga dalam hidup kita

mummy_ayu said...

setuju..anak adalah anugerah Allah yg tak ternilai....oleh itu, kita kena hargainya sebaik mungkin...

CIK JATT said...

nice sharing. thanks lya. semoga kita semua ingat akan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa.

by the way, jatt dah tua la. dah 30dah. memang pangkat kakak dah:)

eisyaawie said...

anak anugerah yang paling berharga kan.... malah ciptaan yang terindah...

eB ezrin said...

stuju jugak :)

Salina@IbuAqil said...

Tima kasih lya!!! Share this info..

dinor's family said...

mmh betul sebetul betulnya...

|| NaFiRaa || said...

tq for the sharing info.. :)

salam kenal dari saya..:)

maszmadi said...

sharing is caring..... setuju!!!!!

kella said...

ya betulllll anugerah terindah.... paling indah... =)

Cik Rose Cute said...

info yang menarik Lya...semoga kita menjadi ibu yang terbaik...Tanggung jawab seorang ibu memang berat....

ieda said...

anugerah yg tidak ternilai .. dan tiada gantinya .. insyaallahhh :)

perkongsian yg baik dikk TQ :)

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (133) WEEKEND (108) in N.A.T.U.R.E (98) Kata HATI LYA (94) M.A.K.A.N.A.N (75) About Me (73) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) MyHappyFamily (70) INFO (67) MACAM2 ADA (57) Asya's School (56) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) Sinopsis (51) CAREMONY (50) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (47) Shopping (47) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Birthday (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (39) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) MamaAsya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Novel (15) Artis (14) Bento Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) mama+papa+fasya (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) mama+papa (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)