Wednesday, October 19, 2011

Penjagaan Gigi Kanak-Kanak

Masuk part penjagaan gigi kanak-kanak ni kadang2 sgt2 leceh.. Sebab bukan semua budak nak kita gosok giginya. Ada tu smpai menangis sakan bila smpai part nak gosok gigi.. Macam asya lak..dia ok jer gosok gigi... tapi y seksanya..dia slalu nak buat sendiri.. Tapi sayang..gigi asya yang atas dah x dpt dselamatkan..Dah roboh semua.. Ni kesilapan saya yang selalu memberinya minum air glukos melalui botol setiap malam sebelum tidur.. Memang x elok memberi minuman manis sebelum tidur, apatah lagi dengan botol susu.. Huhu... apa2 pon saya dah lama stop bagi minum air glukos tu.

Koleksi berus gigi asya.. Yang paling senang guna..yang hujung sekali kaler pink+kuning.. Berus gigi tu ada mengikut peringkat umur.. Dah robek pon berusnyer.. Yang ke-2 dari kiri lak berus gigi yang paling mahal saya beli.. RM10++... Tapi paling x suka digunakan sebab berus dia cam keras skit. Yang kaler ijau tu lak..diberikan oleh dentis masa bawak jumpa dentist dulu.. Awal tahun depan bawak asya jumpa dentist lagi. Dan yang last tu, brand colgate baru je beli awal bulan ni. Asya la nak sgt.. Tapi murah jer.. tak sampai RM5.. Dan berus pon lembut .

Inilah ubat gigi yang asya gunakan.. Keluaran Colgate..untuk kid. Ada banyak lagi..selain Barbie, ada spongebob,spiderman dan apa lagi yer.. dah x ingat.. Yang Barbie ni perasa strawberi. Ubat gigi ni lak ok, bentuk gel..

Kenapa gigi perlu diberus? 
Memberus gigi boleh membersihkan sisa makanan dan plak dari permukaan gigi. Ia juga merupakan salah satu cara untuk gigi mendapat fluorida yang membantu menguatkan gigi. Penjagaan awal memastikan anak anda mempunyai kesihatan mulut yang baik sepanjang hayat.

Mengapa memberus gigi itu penting? 
Memberus gigi sehingga bersih penting untuk:
  • Mencegah penyakit gusi
  • Membantu menguatkan dan mencegah kerosakan gigi (sekiranya ubat gigi berfluorida digunakan).
Bila anak anda sepatutnya mula memberus gigi ?
Ibu bapa dinasihatkan memberus gigi anak mereka sebaik sahaja gigi tumbuh. Tanamkan tabiat penjagaan dari kecil lagi untuk mendapatkan kesihatan mulut yang baik.


Bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan gigi ?

Untuk bayi
bayi
  • Gunakan tuala lembab atau basah untuk membersihkan mulut dan gusi selepas setiap kali penyusuan.

Untuk kanak-kanak
kanak-kanak
  • Berdiri atau duduk di belakang kanak-kanak dan dongakkan kepalanya ke atas supaya semua permukaan gigi dapat dibersihkan.

Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah :
  • Berus gigi anak anda sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutama selepas makan dan malam sebelum tidur
  • Ubat gigi berfluorida tidak perlu digunakan.
Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke atas :
  • Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.Gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak sebesar biji kacang soya sahaja.
  • Berkumur dan berludah selepas memberus gigi.
sumber : http://www.infosihat.gov.my/penyakit/kanak-kanak/MemberusGigikanak.php

27 comments:

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

farisyah pun sama guna ubat gigi tue...

wan nurul hezrina said...

mummy berperang setiap kali gosk gg merah..tak suka nk gosok gg..tp gosok gk...gg merah dAh byk yg buruk.huhu..kalu pasni tumbuh bru nk jga btl2

Adylia Qarissa said...

anak buah dkna gosok gg guna alat pe benda entah laa..

just masukan jari kat dalam tu, then gosok gg baby..lembut jer..macam getah..baby bukan main suka lagi sebab bila kita gosok, dia geli la kot..heheee..

dkna tak sure apa namanya alat tu..ada jual kat watson :)

ZanaNordin said...

alhamdulillah
gigi batrice sampai sekarang umur dah 4 tahun...masih berdiri utuh..he he he...

memang perkara wajib bila mandi adalah memberus gigi
zana ajar since umur dia 2 tahun lagi...
and alhamdulillah....sekarang nie...dia buat sendiri..nak2 bila dah sekolah nie kan...

Nazayiena said...

samalah anak akak Izzyan pun susah nak berus gigi dan nak buat sendiri,klu berus sendiri tu bukannya bersih pun..........
Tp last time bawa Izzyan jumpa misi yg dental tu suruh pki ubat gigi yg tanpa florida supaya gigi x cepat reput tp cari jugak ubat gigi yg xde florida tp x jumpa pun.....

Semut Senyum said...

terima kasih bagi tips tu..
leh wat persediaan awal ni.. heheheh

IntaNBerliaN said...

berus gigi colgate asya yg tu comel la... ada org..hihii

xsabar nk bli berus gigi camgini gak utk alisha... tuggu dia dah pndai berus gigi sndiri mesti bestkan.. hihi

eB ezrin said...

aerish sbulan skali kena tkr berus gigi sbb dier gigit. hu3

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Qis skrg ni bertambah susah nk suruh dia berus gigi..kedang2 lily yg tlg beruskan gigi dia..

ieda said...

ekekek same ngan anak eb .. anak akak zahrien mcm tu jugak selalu suke gigit berus gigii .. sampai hausss :)

Qhaifa Nur said...

saya sekarang dah mula agresif bab gosok gigi anak...pengalaman dari abang - abangnya dulu kurang penjagaan...hari2 mesti mau gosok..

tq atas info..

lianalovekhairi said...

selalu bergaduh dgn anis time nak gosokan gigi dia.......Kalau nak harapkan dia gosok gigi sendiri, memang tak bersihlah.....

munna said...

anak kak munna yg sulung takde masalah gosok gigi tapi dia taknak pakai ubat gigi ... yg kecik tu langsung tak bagi nak gosaok gigi dia... gigi dah berkarat mengalahkan gigi kakak dia

|| NaFiRaa || said...

pedas tak ubat gigi tu?? my anis x suka kalo ubat gigi yang pedas..

~aSHa~ said...

gg baby maisarah yg tampal aritu dah tercabut balik...tampal sementara...doktor kata....gigi sementara takpe la pakai tampal sementara...nanti tercabut jugak giginye...jadi giginye kembali serpih skit kat depan..yg lain2 cantik doktor kata..

MrS. F!zA said...

darwisy stp kali msuk bilik air nk mtk gosok gigi..jnuh mak nk lyn...hihihi pg mlm ckup lah kn ni msuk basuh bontot pon nk gosok gigi.

dinor's family said...

bagus rajin gosok gigi ye...

Salina@IbuAqil said...

Aqil x suka gosok gg sendiri nak kita yg gosokkan.. Adoi!!

suhaina laui. said...

best la nk gosok gg....akif lakskrgni kna mcm2 taktikla pujuk kalonk gosok gg ;)

kayrul-shah said...

cantiknya berus gigi asya..patut la asya bersemangat nak gosok sendiri...

Kakzakie said...

Kita pun kena rajin ingatkan anak-anak sebab dia tak atahu lagi yg mana baik-buruk kan...

MamaYatie said...

alhamdulillah...gigi anak2 masih terjaga..gigi Nurin(5thn) masih kukuh & melepak. cuma Mysara ni susah sket nak gosok gigi dia..nak wat sendiri tp tak gosok pun sebenarnya...huhu..

amalan kami, jarang bg jajan & eskrem, lepas minum susu kumur & minum air masak... :)

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

huhuh..raisya ok ag bab gosok gigi...mmg dia nk gosok sendiri...gigi masih cantik n ok cuma yg depan cm ada mslh skit..dh srart nk ada lubang kt gigi depan...ni kes dia jatuh tangga time kecik ari2..pastu tmbh lak ngn skrg suka bebenar mkn gula2 walaupn pas mkn gula2 minum air tp saki baki gula2 masih terlekat ag kot..adusss...risau takut xsmpai 5-6thn gigi dh rosak..
huhuhu..berus gigi asya yg latest sama ngn raisya punya...favorite berus gigi raisya tau...

mamaNoriz said...

akak pun beli mcm2 berus utk hero nak pujuk gosok, tapi tetap menjerit...

masa kecik dulu lah,

skang ni dah ok sket tapi gigi mula teruk...huhu
padahal susu badan dan suka sayur but still gigi menguning sbb liat gosok gigi...adehhh

syariza09 said...

gg ank akk dh serpih...huhuhu..suka sgt gigit benda2 keras

~izan~ said...

ubat gigi yg sama dgn anak2 akak...

nak latih anak2 ni mmg dari kecik tp kalau tak ditunggu,mmg lupa sokmo nk gosok (alasan nak cepat kuar toilet hihi)

MissNadia said...

cute dia posing dengan ubat gigi

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (114) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) MyHappyFamily (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (57) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (48) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (43) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) NuFF (33) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) mama+papa+fasya (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (4) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)