Sunday, October 23, 2011

Sinopsis Air Mata Nur Salina

Air Mata Nur Salina turut tercalon dalam Anugerah Skrin 2011. Citer ni memang best & sedih sangat. Saper yang pernah tengok Drama Karma Salina, tapi tak faham perjalanan cerita tu, mesti tenggok Drama Air Mata Nur Salina.. Sebab segala jawapan dalam Karma Salina ada dalam Air Mata Nur Salina. Karma Salina adalah kesinambungan Drama Air Mata Nur Salina.. Dimana, maksud KARMA tu ibaratnya seperti PEMBALASAN. Dimana... apa yang terjadi pada SALINA dalam Air Mata Nur Salina terbalas dalam Drama Karma Salina dimana Adi Putra(lakonan) telah merogol Salina dalam Air Mata Nur Salina & pembalasannya...dalam Karma Salina dimana akhirnya anak kepada Adi Putra(lakonan) iaitu Sharifah Amani(lakonan) dirogol & dibunuh.. Memang tragis & sedih.. Sinopsis Karma Salina -->KLIK SINI


SINOPSIS AIR MATA NUR SALINA

Salina merupakan penyanyi kugiran di rumah-rumah orang kahwin di kampungnya. Kecantikan Salina sering menjadi bualan anak-anak muda disitu namun hatinya Salina terpaut kepada Fakar, seorang kerani biasa sehingga sanggup meninggalkan keluarganya dan berkahwin lari bersama Fakar di Thailand.

Selepas berkahwin, mereka berhijrah tinggal di Kuala Lumpur supaya Fakar dapat membuka perniagaan sendiri bermodalkan kesemua wang simpanan yang ada. Fakar mula lupa diri apabila perniagaannya meningkat maju.

Kawan-kawan yang mendampinginya mula mempengaruhinya bermain judi. Setiap hari mereka berjudi tanpa mengira waktu berkerja hingga akhirnya perusahaan Fakar terpaksa ditutup gara-gara banyak hutang. Akhirnya, Salina terpaksa berpindah semula ke rumah setinggan dan berkerja mencuci pejabat manakala Fakar masih menganggur dan terus mengamalkan tabiat buruknya.

Tabiat judi yang sukar dikikis memakan diri sendiri apabila Fakar tidak dapat melangsaikan hutangnya dengan Leman sehingga isteri sendiri menjadi taruhan. Salina bertukar kerja dan kembali menjadi penyanyi di kelab dangdut sementara Fakar diupah oleh Shamsul untuk menjalankan tugas-tugas rumit.
Keadaan menjadi lebih perit buat Salina dan anaknya apabila mengetahui yang Fakar sebenarnya terbabit di dalam kegiatan menyeludup dadah dan kini mendesak Salina pula untuk membantu menyelesaikan tugasnya kerana takut diburu polis.

Kecewa dan marah dengan sikap Fakar, Salina hilang pertimbangan dan berlakulah pertengkaran dan pergelutan sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka kehilangan nyawa. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah nasib Salina akan kembali berubah?

Pelakon: Umie Aida, Remy Ishak, Adi Putra, Rosnah Johari, Anne Abdullah
Pengarah: Erma Fatima

4 comments:

~izan~ said...

Akak pun tgk tgk ni hehe..

fieda said...

tgk cite ni tadi..oo bru tau yg karma salina tu sambungan air mata salina..rasanya drama ni blh menang kt anugerah skrin..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Dah nak akhir2 td baru lily dapat tgk..tertido awal..sedih time dia nak kena gantung tu..menitis air mata..

* Lya..lily dah buat tutorial meitu tu..nanti Lya tgklah.. ^_^

wan nurul hezrina said...

nurul tengok citernie..sedih..last2 kena gantung..laki dia tuh hanginn jew nengok..sik jer minta maaf n berjudi..sakit jiwa nengok..

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (138) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (61) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)