Monday, October 10, 2011

Slot Ratu : Sinopsis Tihany


Sekarang tgh tgk drama kat TV9...  Drama terbaru dalam slot ratu mengantikan drama keimanan cinta iaitu Drama Tihany..Baru episod 1 ni.. Tapi memang best la citer ni..Terus melekat kat hati.. Sekarang drama kat TV9 pon memang best2 belaka. Lagu tema TIHANY---> KLIK SINI


SINOPSIS TIHANY


Drama menarik terbaru menerusi slot Ratu iaitu Tihany, bakal menemui penonton setia TV9 pada setiap Isnin dan Selasa jam 8.30 malam bermula 10 Oktober ini. Tihany, arahan Bahri Umarif Bajuri bersama penulis skrip Sharulezad Mohameddin dibawah naungan Radius One Sdn Bhd ini menampilkan pelakon-pelakon berpengalaman seperti Nabila Huda, Emelda Rosmila, Mustafa Kamal, Ungku Aziz dan Riz Amin.

Kisah bermula dengan Tihany, lakonan Nabila Huda yang merupakan anak tunggal kepada Tan Sri Abu Bakar iaitu seorang tokoh usahawan berjaya. Tihany tinggal bersama ayah dan ibu tirinya Soraya. Walaupun Soraya adalah ibu tirinya, Tihany dan Soraya amat rapat dan dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang bahagia. Kehidupan Tihany yang sememangnya dikelilingi dengan kemewahan tidak membuatkannya berasa megah, sebaliknya dia tetap menjalani kehidupan harian yang sederhana dan lebih senang mengendalikan kedai bunganya yang kecil berbanding bekerja disyarikat ayahnya.

Perwatakan Tihany yang lembut dan sopan telah membuatkan Azman terpikat dengannya dan akhirnya mereka bertunang. Azman merupakan setiausaha syarikat di pejabat Tan Sri Abu Bakar. Azman sentiasa merasa rendah diri kerana kedudukan keluarganya yang berbeza dengan keluarga Tihany, apatah lagi bertunang dengan anak tokoh usahawan yang kaya.

Namun, suatu hari, kebahagiaan Tihany dan keluarga diragut apabila ayah Tihany diserang sakit jantung di hari pernikahan Tihany dan Azaman kerana Azman tidak muncul tiba. Ini membuatkan tetamu menjadi kelam-kabut terutamnya keluarga Tihany. Tihany panik dengan keadaan ayahnya dan demi menjaga kesihatan ayahnya, dia perlu juga berkahwin. Tetapi dengan siapa? Dalam keadaan cemas itu, Soraya tiba-tiba mencadangkan Tihany berkahwin dengan Imran, kenalan Soraya, demi menutup malu dan meneruskan majlis pernikahan tersebut.

Keputusan Soraya itu menimbulkan tanda-tanya di kalangan tetamu terutamanya Tihany. Namun demi menyelamatkan nyawa ayahnya yang diserang sakit jantung, Tihany mengikut sahaja kehendak ibu tirnya itu. Adakah ibu tirinya mempunyai agenda di sebalik perancangan tersebut?


sumber :budiey

4 comments:

~izan~ said...

akak jarang betul tgk tv. sbb anak2 dok tgk. tp kdg2 bila dah terlayan satu2 citer,mesti berusaha pujuk anak2 hehe

LiLy @ MumMyQiStInA said...

mcm best jer citer ni..
mesti ibu tiri dia punya kerja kut..ada agenda disebaliknye..

Mama Gee said...

semalam sempat tgk sekejap je..tp mcm best..

Cik Rose Cute said...

Macam best jer jalan ceritanya...Susah nak tengok Tv...sebab kena berebut gan anak hihihi

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Tempat Makan Best Di Terengganu (28) mama+papa+fasya (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) fasyafrinatraveltales (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1) ma (1)