Thursday, November 3, 2011

Happy Birthday To You A.S.Y.A !!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Pejam celik..pejam celik...hari ini genap 3 tahun usia asya. Syukur kerana masih berpeluang untuk melihatnya membesar di depan mata ini. Dan untuk itu... saya ingin abadikan setiap ekspresi wajah asya yang sempat saya rakamkan beberapa hari lalu .. Wajah-wajah yang menceriakan hari saya.. Mungkin jugak n3 ini agak emo.. sebab bila tiba tarikh ini..hati saya begitu tersentuh & tak dapat dibendung lagi.. Yang mampu... hanya meluahkan segala rasa disini..

3.11.2008--> Berlaku keajaiban dalam kehidupanku.. Kerana lahirnya seorang bayi dari rahimku. Bayi yang pada awalnya tidak dijangka kewujudannya di dunia ini.. Yang pada awalnya bayi ini hampir dikorbankan demi menyelamatkan mama nya.. Ya Allah...betapa besar sungguh ujian yang harus ditempuhi dalam membawanya ke dunia.. 


Betapa kuatnya bayi ini berusaha untuk meneruskan kehidupan menuju ke dunia untuk bertemu mama & papanya.. Saya pasti... kekuatan yang datang tiba-tiba dalam kehidupan saya saat itu adalah kerana mendapat kekuatan yang luar biasa dari satu lagi nyawa di dalam jasadku. 

Hanya  kami berdua yang mengharunginya saat itu.. Kami berkongsi kesakitan yang sama. Tapi dengan kuasa yang Maha Esa... dia lahir untuk mengembirakan hati mama & papanya.. Terima Kasih Ya Allah diatas anugerah mu yang begitu beharga ini..

3.11.2011--->Siapa sangka....bayi yang dulunya tidak dijangka dapat meneruskan kehidupan di muka bumi ini semakin membesar. Dan hari ini...genaplah 3 tahun usianya.. Bayi itu membesar menjadi seorang kanak-kanak yang bergitu cergas... begitu pandai mengembirakan hati & mamanya.. 

Terima Kasih Allah...kerana masih sudi menganugerahkan insan yang cukup bharga ini dalam kehidupanku. Terima kasih kerana memberikanku peluang untuk melahirkannya di dunia..& membesarkannya... Setiap saat bersama asya adalah detik terindah...

3 tahun lalu...kami berdua sama2 ingin mengorbankan nyawa masing-masing.. Asya hampir dikorbankan nyawanya demi menyelamatkan mamanya.. Dan..saya rela mengorbankan nyawa saya dalam memastikan asya tetap dibawa ke dunia walauapapun yang akan terjadi... 

Ternyata.... tuhan itu maha adil... Akhirnya dengan kuasa Allah swt... kami berdua terus hidup untuk berkongsi kebahagiaan ini bersama. Ternyata kuasa Allah Swt melebihi segalanya di dunia.. Melebihi segala kemajuan teknologi sains & perubatan.. Itulah yang terbukti... dimana... asya dilahirkan dengan selamat & sempurna tidak seperti jangkaan doktor. Syukur kepadamu Ya Allah!!



Kini...aku bahagia..kerana dapat melihat senyuman di wajahnya.. Dapat mendengar petah kata-katanya.. Dapat melihatnya membesar di mataku.. Dia yang selalu menghiburkan hati ini... Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-3 sayang.. Mama & papa akan terus menemanimu menempuhi kehidupan di dunia ini.. 

kenangan sewaktu membawa asya ke muka bumi ini.. Kami sama2 merasai kesakitan itu & berusaha untuk teruskan hidup.

H.A.P.P.Y.  B.I.R.T.H.D.A.Y
TO YOU
NUR FASYA AFRINA

Dan... mama sentiasa mendoakan kesejahteraan hidupmu... Serta semoga jalan-jalan yang akan dilalui nanti dapat diharungi dengan tabah serta sentiasa dibawah lindungan-Nya. Dan mama berdoa agar asya dapat menjalani kehidupan ini dengan sebaik mungkin tanpa perlu melalui penderitaan seperti yang mama lalui selama ini.. Insyallah... asya akan membesar bagaikan juara..sebab sememangnya asya juara, sebab tu asya berada di muka bumi ini..

42 comments:

alyyani said...

happy 3rd birthday asya cantik :)

fieda said...

happy besday asya yg ke 3 tahun... semoga asya akan menjadi seorang anak yg taat kpd kedua ibu bapa..

tu la lya kan..sape sangka..kita hanya merancang tp ALLAH yg menentukan..hidup mati ni semua di atas ketentuannya...

Asya pun sama gok mcm maira gigi tak dok kt depan..hihi..

Lelord said...

happy birthday asya

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Happy B'day Asya..
Moga membesar dengan sihat & menjadi anak yg solehah..& bijak pandai..

Suka betul tgk gaya Asya ni..pandai betul Posing..^_^

Pn. Zana said...

sgt terharu ! btw happy birtday Asya yg comel neh. agar di kurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayat mu.amin

cik dah faridah said...

slmt ulangtahun asya...cikdah doakan asya terus diberi kesihatan yg baik utk selalu menggembirakan hati mama & papa....

mummy_ayu said...

happy 3rd birhday Asya!!
semoga panjang umur, murah rezeki, sihat & happy selalu..
and semoga jadi anak yg solehah...

mamalieyna said...

stp kali baca kisah asya n lya, mesti rasa sebak...Alhamdulillah Allah maha berkuasa dan adil..keajaiban yg berlaku..

Selamat hari lahir sayang....sayang mama & papa banyak2 tau.... ^_^

IntaNBerliaN said...

happy birthday asya.. smg asya mmbesar sebagai anak yg sihat & solehah yang sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu & abah

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

happy besday asya..kehadiran asya membawa seribu rahmat kepada lya...
moga ALLAH panjang umur kamu sekeluarga dimurahkan rezeki serta sentiasa diberkati oleh ALLAH ...

dinor's family said...

selamat harijadi asya...kagum dgn semangat lya ngan asya.....

mamashikin said...

Asya comel!!
happy besday...semoga asya terus comel dan bahagia di samping mama dan papa yer..
lya, suka tgk semua gambar asya..hehe..

♥cikmOt♥ said...

hepi besday asya...
jadi anak yang taat kepada mama dan papa ye...
sure bila asya dah besar nanti, asya akan mengerti pengorbanan mama waktu mengandungkan dan melahirkan asya...

jaga mama dan papa ye...

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

epi besday daling asya..
semoga menjadi anak yg solehah

SYANI said...

Happy Birthday Asya... Boleh jadi model cilik ni.. dah pandai posing..

Zue AnnaLeeya said...

hepi beday asya...
jadik anak yg baik tau...
dgr ckp mama dan papa...

Izan Ishak said...

happy bestday asya!

moga asya terus mmbesar menjadi anak yang sihat dan bijak ye sayang...

::NureeN:: said...

hepi besday asya.. membesar bagaikan juara :)

PinKy MoMMa said...

eppy bornday sayang..jadi anak yang kuat..solehah dan bijak :)

Allah selamatkan kamu..

MamaYatie said...

happy birthday tuan puteri Asya....muaahhhh!!!!

Semoga sentiasa dalam dakapan Mama asya smp bila2...amin!

lianalovekhairi said...

happy besday asya....suka tgk gambar asya...mcm2x gaya dia buat

~aSHa~ said...

semoga membesar menjadi muslimah sejati..hepi besday

Mama Gee said...

hepi buffday budak keshik yg shomel!
jgn nakal2..
dgr cakap mama..
jadi kawan baik mama ye :)

MrS. F!zA said...

moga asya membesar dgn cemerlang dunia akhirat..

dakcik said...

hepy birthday asya !
semoga menjadi anak harapan mama & papa yek! =)

r|nA @ ja|j|na said...

happy 3rd besday asya :)

Ros said...

Salam Lya,

Selamat hari lahir buat asya...semoga ceria dan jadi anak yang baik.Allah maha berkuasa semua ni adalah diatas kehendaknya..

eim said...

hepi beday asya...
jadi anak yg baik ye..
dgr ckp mama dan papa...
jgn nakal2 tau ..

munna said...

Alhamdulillah....Happy Birthday Asya...semoga sentiasa dilindungi Allah dan menjadi anak yang menjadi sumber kekuatan mamanya

eB ezrin said...

hepi besday sayang...
jgn nakal2 tau
jaga mama elok2
auntie doakan asya dipelihara stiap waktu.. insyaallah aminnn
ps: slamat hari rayer aji (",)

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

Hepi Besday Asya~~
Nyata...Kuasa ALLAH mengatasi segalanya..mode:sebak

mamaNoriz said...

"panjang umurnya, panjang umurnya, panjang umurnya serta mulia, serta mulia, setahun lagi"

hepi besday cute gal!

bagus lya uat cite ni supaya ingatan utk semua dan juga nasihat utk asya tentang pengorbanan ibu dia...huhu, sadis lah...

Cho Zila said...

selamat hari jadi untuk cute girl.. moga menjadi anak yang sihat dan berjaya dunia dan akhirat...

Ena said...

happy 3rd birthday asya..

Moga jd anak yg solehah yeh..

ct rahani said...

hepi besday asya yg comel.. semoga asya berjaya dunia akhirat.. amin..

Kakzakie said...

Moga bila besar nanti Asya akan dapat sama menikmati N3 ini dah tahu betapa mamanya bertarung nyawa bagi memperolehinya.

Happy birthday Asya sayang...

maszmadi said...

hepi 3rd besday asya...

trus berposing wat penguat semangat mama n papa k.

iera me casa........ said...

hepi besday asya.. semoga asya menjadi anak yang baik..cerdik solehah selama lamanya....

aminnn

|| NaFiRaa || said...

happy birthday dear ASYA..
moga Asya jadik anak sollehah dan jadik kebanggaan mama n papa k~

Nazayiena said...

Hepi besday Asya,semoga pjg umur dan sihat selalu,diharap asya akan jadi anak yg soleh dan yg mengembirakan hati ibu dan bapa asya.....

Cik Rose Cute said...

Berkat kesabaran lya dan fain...Allah bagi anugerah yang Istimewa untuk Lya dan Fain....Happy Birthday Asya...

Ina Hashim said...

hepi besday Asya...semoga menjadi anak yg baik dan solehah :D

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (133) WEEKEND (107) in N.A.T.U.R.E (97) Kata HATI LYA (94) M.A.K.A.N.A.N (75) About Me (73) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) MyHappyFamily (68) INFO (67) MACAM2 ADA (57) Friend (56) Asya's School (55) M.E.M.O.R.Y (52) Sinopsis (51) CAREMONY (50) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (47) Shopping (47) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Birthday (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (39) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) Let's Eat (32) D.I.A.R.I (31) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (28) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) MamaAsya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Novel (15) Artis (14) Bento Asya (13) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) mama+papa+fasya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) mama+papa (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)