Monday, November 28, 2011

Slot Ratu : Sinopsis Karma

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Karma ialah drama terbaru mengatikan Drama Tihany dalam Slot Ratu yang akan mula ditayangkan pada malam ini ( 28.11.2011) di TV9 pada pukul 8.30 malam. Drama sebanyak 14 episod ini dilakonkan oleh Fauziah Gous (Karmila), Ahmad Tarmimi ( Tan Sri Fahrul ), Aaron Aziz ( xtau nama watak aper) & Ziela Jalil ( Datin Waheeda ).  Wahhh..Fauziah Ghous heroin terbaru Aaron Aziz.... ok ker??? Jom sama-sama saksikan drama terbaru ni...dari sinopsisnya, macam best !

Sinopsis Karma

Pertemuan sigkat antara Karmila (23 tahun), seorang pelako popular & Tan Sri Fahrul Sani (64 tahun), seorang ahli politik telah membuahkan cinta yang tidak boleh dipisahkan. Lantaran itu, Tan Sri Fahrul Sani ingin menghalalkan hubungan mereka dengan menikahi Karmila, meskipu dia mengetahui perkahwinan itu akan menghancurkan hati isterinya pertamanya, Waheeda.

Karmila

Perempuan mana yang sanggup hidup bermadu? Tidak pernah ada manisnya hidup bermadu ini. Hampir 1 tahun Tan Sri Fahrul memburu cinta Karmila & dia sentiasa bersabar menghadapinya bersama Karmila dan hari ini dia telah berjaya membuktikan kesungguhannya dalam mencintai Karmila. Karmila akhirnya akur dengan kesungguhan & kesabaran Tan Sri lantaran dia begitu yakin bahawa Tan Sri Fahrul benar-benar mencintainya. Meskipun dia terpaksa berdepan dengan cemuhan & kutukan, dia nekad, cinta mereka harus berakhir dengan perkahwinan.

Karmila membuat pengumumam yang menggemparkan seluruh Malaysia bahawa keputusan yang dibuat ini atas dasar cinta bukan kerana harta. Karmila mahu megakhiri kariernya sebagai seorag pelakon. Eizlan, yag selama ini mencintai karmila menuduh Karmila mata duitan & perempuan murahan kerana kononnya mempuyai hubungan dengan Tan Sri tanpa pengetahuannya. Sedangkan hubungan antara Karmila & Tan Sri hanya 3 bula sahaja.  

Tan Sri Fahrul

Karmila sengaja mengakuinya supaya Eizlan membencinya. Dia tidak mahu Eizlan kecewa dengan keputusannya. Keluarga Karmila begitu gembira dengan keputusan Karmila kerana meraka juga menyukai Ta Sri Fahrul. Seluruh kampug menghina keluarga Karmila kononnya mereka menjual Karmila, tapi mereka meghadapi dengan tabah demi kbahagiaan Karmila. Karmila tidak mahu berterus terang siapakah bakal suaminya kerana takut ianya akan menjejaskan status Tan Sri, lalu seluruh keluarga Karmila merahsiakan tetang bakal suami Karmila.

Eizlan

Sekumpulan datin termasuklah Waheeda mengutuk artikel pegakuan Karmila itu kononya Karmila artis matarialistik. Mereka berteka-teki siapakah bakal suami Karmila. Eizlan cuba menghalang perkahwinan Karmila, lantas dia bersemuka dengan Waheeda sendiri untuk memberitahu perancangan Karmila & Tan Sri. Waheeda terpukul dengan berita itu da berdepan dengan Tan Sri. Lebih meyedihkan bila Ta Sri mengakui berita itu.

Habis tu aper watak Aaron Aziz yer?? Dari Fanpage Aaron Aziz ni, katanya Aaro Aziz ni anak kepada Tan Sri Fahrul & Dati Waheeda... Ermmm...maknanya...memang penuh persoalan ni... Sebab dalam sinopsis ni xde citer pasal anak Tan Sri Fahrul... Mesti Karmila kahwin dengan Aaro Aziz last skali... Kita Tunggu Endingya.... Adakah Karmila berkahwin dengan Tan Sri Fahrul??? Atau ada insiden yang terjadi??? 

7 comments:

Cik Rose Cute said...

cam best jer jalan cerita dia....

Yan said...

macam best je cite ni. Nak kena tgk ni..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

macam best jer ni...
tapi lily jarang citer layan TV9...

wan nurul hezrina said...

mcm besh jer.fauziah gous ok gak kot jadi heroin

Si AhLi SiHiR said...

Watak aaron qayyum, ank tan sri. Mna leh kawin ngn karmila sbb karmila mak tiri die...

Anonymous said...

maybe aron aziz ni ank angkat tan sri je kot,kire ending aron and karmila blh kawen...cite ni nmpk sgt nk bele artis2 m'sia...exspecially bele ziela jalil

Anonymous said...

maybe aaron ank angkat tan sri je ko,so blh kawen la ngn karmila...cite ni mcm nk bele artis m'sia je,exspecially ziela jalil

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (132) WEEKEND (104) in N.A.T.U.R.E (95) Kata HATI LYA (94) M.A.K.A.N.A.N (75) About Me (72) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) MyHappyFamily (64) MACAM2 ADA (57) Friend (56) Asya's School (54) M.E.M.O.R.Y (52) Sinopsis (51) CAREMONY (50) Ramadhan (49) Shopping (47) DapurLyaBerasap (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Birthday (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (39) My L.O.V.E (39) NuFF (33) CINEMA (32) Check-Up (32) D.I.A.R.I (31) Let's Eat (31) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (28) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Tempat Makan Best Di Kemaman (24) Tempat Makan Best Di Terengganu (24) Beauty N Health (23) MamaAsya (21) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (17) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) VillaCintaku (17) I care..U Care.. We Care (16) Novel (15) Artis (14) Bento Asya (13) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Deko VillaCintaku (10) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) PETUA (9) Idea Bento (8) KuMeowww (8) Travel (8) mama+papa+fasya (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) mama+papa (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1)