Saturday, December 24, 2011

Amalan Romantik Suami Isteri

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Salam weekend buat orang pantai timur.. Ingat dah x update, tapi tadi terjumpa satu artikel menarik untuk suamisteri kat FB.. So haruslah dikongsi bersama.. Biar hubungan kita suamisteri sentiasa disulami suasana romantik hingga ke akhir hayat.. Bukan di awal perkahwinan ajer yer... Biarlah..tiap hari sayang.... Jom kita amalkannya demi keharmonian hubungan kita suamisteri & demi kebahagian keluarga kita juga.

google

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

~ TIAP HARI SAYANG ~

16 comments:

~ yus ~ said...

Sweet gambar lya dan suami tu...

terima kasih berkongsi info ini.

p/s: lama tak jengah sini, header baru cantiklah!

Salina@IbuAqil said...

Tiap hari SAYANG..
Tiap waktu KASIH..
Tiap saat CINTA..
;)

|| NaFiRaa || said...

bestlah tips nih.. wajib digunakan dalam rumah tangga.. mekasih lya untuk tips itu~

che mid said...

Lama tak dapat kejutan... dia tak suka kejut-kejut, takut sakit jantung dah tua-tua ni kan..

ct rahani said...

gud tips nih lya.. sama2 kita amalkan.. :)

Cik Rose Cute said...

hihihi tip yang sangat2 menarik...

ieda said...

semoga kita dpt kekalkan kasih sayang itu sampai bila2 kan lya :)

ubaidillah zulkefli said...

bahagia sampai syurga insyaAllah :)

yan said...

akak suka dating.. selalunya keluar makan berrdua.

Puan Kutu said...

bagus tips nie..byk yg dah sedia diamalkan sy n suami..kena tingkatkan lg usaha nmpknya..hehe..

wan nurul hezrina said...

semoga jodoh berpanjangan..ameen

...sWeeT uMi... said...

wewitttt bagus tip2 ni semua...leh la diamalkan sesama kiter kan hehehehe...

fieda said...

semoga kekal abadi...

QASEHNYA RANIA said...

betul tuh ...;p

akak cantik la tudung purple tuh... .

QASEHNYA RANIA said...

betul tuh ...;p

akak cantik la tudung purple tuh... .

Deqla manjew said...

alhamdulillah, tersenyum deqla baca artikel ni sbb deqla dah hubby amalkan..hihi.. berbunga2 rasa hati. :)

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (133) WEEKEND (108) in N.A.T.U.R.E (98) Kata HATI LYA (94) M.A.K.A.N.A.N (75) About Me (73) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) MyHappyFamily (70) INFO (67) MACAM2 ADA (57) Asya's School (56) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) Sinopsis (51) CAREMONY (50) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (47) Shopping (47) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Birthday (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (39) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) MamaAsya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Novel (15) Artis (14) Bento Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) mama+papa+fasya (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) mama+papa (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)