Tuesday, December 20, 2011

Resepi Mahligai Bahagia

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Sekadar ingin berkongsi satu artikel yang saya jumpa kat FB.. Manatau.. dengan mencuba "RESEPI" ini.. dapat melahirkan MAHLIGAI BAHAGIA antara suami isteri..
Jom try!


semoga bahagia ini milik kami hingga ke hujung nyawa.
amin


Bahan-bahannya:
  • 2 kg penuh pegangan teguh kepada Allah dan ajaran Islam serta berpandukan Quran & Sunnah.
  • 1 kg rasa cinta dan kasih sayang yg sentiasa membara.
  • 1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
  • 4 cawan rasa tanggungjawab
  • 3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
  • 2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.
  • 2 cawan pati kemanusiaan
  • 2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan.
  • 1 cawan rasa kepuasan.
  • 1 cawan budi bahasa.
  • 1 cawan perasaan timbang rasa.
  • 1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan 2 pihak.
  • 2 gelas ucapan terima kasih utk disiram selalu.
  • 1 sukatan peruntukan kewangan yg mencukupi
  • 2 orang anak kecil sekurang-kurangnya.
  • 4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting utk kita jadikan amalan diet kita)
  • Secubit campur tangan mertua
  • Curahkan kerjasama yg perlu dan persediaan kerjaberpasangan dan perkongsian.

Cara membuat atau mengamalkannya:
1. Kita adun dgn cermat semua bahan² di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.
2. Isikan dengan bunga-bunga cinta yg segar dan panaskan dgn bara api kesetiaan dan kejujuran.
3. Hiaskan dgn dua org anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing².

Peringatan:
Jangan sekali-kali dihidangkan dgn sikap dingin dan lidah yg berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dgn sikapdingin akan menjadi hambar. Hiaskan dgn senyuman manis penuh kasih sayang.

Sesekali bawalah hidangan ini utk menikmati bersama ditempat peranginan ketika berbulan madu dahulu agar kemanisannya tetap kekal. Seperti juga masakan, kita mesti menaruh serbuk perasa.

Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran dan kesungguhan kita utk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun pancaroba yg melanda.

~ A.M.I.N ~
Semoga Mahligai Yang Kita Bina Kekal Bahagia Hingga Ke Hujung Nyawa

**Waktu BW sy lewat sikit yer, sbb sy BW kat rmh, lps balik kerja.. Kat ofis x sempat, kalo sempat pon time breakfast/lunch hour... Take care semua :-)

29 comments:

Masya said...

info yg sangat baik... macam resepi pulak bile bace...

IntaNBerliaN said...

mmg terbaik lah resepi lya ni.. thanks kongsi :-)

sue zainun said...

resepi paling best la Lya..thanks sb sudi kongsi2..tenang membacanya pagi2 nih :)

etiey.com said...

hehehhe resipi bagus punya... hehe

fieda said...

hasil resepi ni pastinya mengagumkan...:)

Nazayiena said...

Resepi rumahtangga yg bahagia....

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

resepi paling bestnie..jom kita cuba ye kawan2

Myra Jay said...

Ye betul..

Sama-samalah kita amalkan resepi ni selalu ;)

dakcik said...

resepi yg paling best! ;)

KhaiRin said...

nk kopipes ya

ct rahani said...

resepi yg sgt bagus.. sama2 la kita amalkan ye..:)

...sWeeT uMi... said...

bagusnya antry ni....bile cukup rencah nye insyallah elok la ia kan (^_^)

|| NaFiRaa || said...

amin~ moga jadik panduan kita bersama..

Kella said...

saya memang suka resepi ini!! terima kasih lya... =)

MamaEma said...

nice post

::NureeN:: said...

thx lya.. hehhee bila baca sikap dingin tue terpanah terus kena kat nureen sbb kami 2 laki bini ni panas baran so mmg sllau ja gaduh, tp org kata klau x gaduh x best jgk kan gaduh salah satu penyeri umah tangga jgk.. :)

kayrul-shah said...

resepi terbaik

eB ezrin said...

semoga bahagia hingga ke akhir usia yer dear? :)

Puan Kutu said...

resepi ni klu makan mmg kenyang smp bila2..:)

che mid said...

Ingat.. cuma secubit campurtangan mertua.. tak boleh lebih-lebih..bahaya..

~aSHa~ said...

semoga bahagia hingga ke syurga

eT said...

alamak...ada resepi hehe...moga berkekalan hendaknyer...

Cik Rose Cute said...

Betul tue....Semoga berkekalan...

Gieyana said...

Resepi bahagia dunia dan akhirat..sedap resepi nie..:D

wan nurul hezrina said...

alamak lya..mcm mana ek nak sukat semua dalam kg?hikhik..suka ngan resipi tuh=)bleh amalkan mmg kalau jadi shedaappp mcm kek coklat=)

Hassan said...

Salam Sejahtera ...
Blog yang menarik ~~~

Dilla Ady said...

semoga kite same2 bahagia sampai bile2 ye lya!

mamalieyna said...

selamat mencuba...hee~ thanks for sharing~

Mak Su said...

terima kasih :)

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (133) WEEKEND (108) in N.A.T.U.R.E (98) Kata HATI LYA (94) M.A.K.A.N.A.N (75) About Me (73) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) MyHappyFamily (70) INFO (67) MACAM2 ADA (57) Asya's School (56) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) Sinopsis (51) CAREMONY (50) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (47) Shopping (47) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Birthday (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (39) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) MamaAsya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Novel (15) Artis (14) Bento Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) mama+papa+fasya (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) mama+papa (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)