Tuesday, December 27, 2011

SLOT AKASIA : SINOPSIS GEMERSIK KALBU

Gemersik Kalbu merupakan rama terbaru mengantikan TENTANG DHIA dalam slot akasia. Apa yang saya tahu, drama GEMERSIK KALBU ni juga adaptasi dari sebuah novel " GEMERSIK KALBU ". Yang pasti.. novel gemersik kalbu mmg syok habih!. Adakah GEMERSIK KALBU akan kembali menjadi fenomena macam NORA ELENA?? 


SINOPSIS DRAMA GEMERSIK RINDU

Mengenai kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.

Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati? Jangan lupa menantikan Gemersik Rindu yang akan disiarkan mulai 2 Januari 2012 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam.

Pelakon : Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani dan Khatijah Tan.

SINOPSIS NOVEL GEMERSIK KALBU


Raihana ... seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup. Sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya kerana ibu bapa mengalami desakan hidup. Dia merasakan dirinya terbuang dari keluarga. Dan apabila neneknya meninggal dunia terkontang-kanting lah dia mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri. 

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Wan Ariffin yang merupakan anak kepada ibu angkatnya yang juga kawan baik kepada makcik Raihana.

Setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul. Dia keliru, sebak, dan terperangkap dalam diri sendiri. 

Hadirnya Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana. Baginya cinta bukan paksaan. Juga bukan simpati. Cinta Wan Ariffin masih di hati, masih terasa di sanubari. Raihana mengunci hati. Enggan membiar cinta itu pergi. Mendakap erat ikrar kasih sehidup semati.

Rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun hati tiada rela, namun hati tiada sudi. Akhirnya Raihana membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta, tanpa mesra. 

Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh mempamerkan rasa, sedangkan permaisuri hatinya dingin dan kaku. Sufian percaya suatu hari nanti pasti Raihana akan membuka pintu hatinya untuk insan yang bergelar suami.

Masa berlalu, Raihana tetap begitu. Sufian bagai hilang arah. Terlalu lama Raihana menidakkan kehadirannya. Raihana perlu disedarkan dari mimpinya. Dan Sufian tekad ....

Rancangan Sufian disokong oleh adiknya, Azila. Bersama sepupunya, Darlina. Sufian berlagak kononnya dia mempunyai kekasih lain. Raihana yang sudah mula belajar merindui Sufian berasa tertekan. Cemburu menyelinap dalam dirinya. Tapi apa kan daya. Untuk mengakui hakikat dia tak berani apalagi meminta Sufian memahami dirinya. Tinggallah dia merintih keseorangan.

Kebenaran terserlah. Sufian mengaku dia hanya membohongi Raihana tentang dirinya berkahwin lagi dan juga tentang dirinya telah ternoda. Itu semua rancangan Sufian untuk membuat Raihana mencintai dirinya. Dan Raihana akhirnya, menerima Sufian sebagai suami. Dan amat bersyukur kerana Sufian tidak jemu menantinya dan Sufian adalah lelaki yang ditakdirkan untuk dirinya.

18 comments:

Izan Ishak said...

makin byk drama yg diadaptasi dari novel ye... cam best je nih...

ieda said...

wah menarik nie :) suke aqasha tuu !

S.U.R.I.A.T.I said...

ttg dhia dh nk abes?? alaaaa...

Puan Kutu said...

baru dengar tentang nie dekat MHI tadi..skang mmg musim adaptsi novel..semuanya lepas lagenda budak setan..

cik dah faridah said...

mcm besh jer citer ni....tercongok lg la depan tivi lepas ni...

wan nurul hezrina said...

mesti mcm romantikkan?seronok plak rasa nak tgk..

~aSHa~ said...

tak sempat nak tgk..terkejar2 uruskan rumah tangga..ttg dhia pun rasanye 2-3 episod je tgk..tu pun jeling2 je

...sWeeT uMi... said...

skrg ni slot akasia mmg semua nye citer yg best2...buat semua org terpaku je depan tv tggu citer tu hehehe...mmg best nmpk nye citer ni...alamatnya pasni mmg dok sambung2 la dok depan tv ni huhuhuhu....

etiey.com said...

ROMANTIK HABIS... DAH MAKIN BANYAK NOVEL DIDRAMAKAN... KALAU YG BERSIRI NI KADANG FOLLOW KADANG TAK...

Fieza79 said...

mesti best kan citer tu...lps ni nak ikut blk siri drama tv..semenjak lps bersalin ni byk siri drama tv yg terlepas tgk huhuu..

suhaina laui. said...

mcm menarik ;)

fieda said...

mesti beh jugok ni..

sue zainun said...

ingatkan tentang dhia dah abis td..maklumla xsempat tgk semalam..huhu..skang nih musim adaptasi novel ke drama lak ek..apapon citenya cam best..kena tgk nih..

*p/s: kalo xsempat tgk episod akhir tentang dhia leh cite tak kat sue?hekhek (mood ngada2)

zaidah said...

mcm sehangat nora elena....memang banyak sekarang citer diambil dari novelkan....macam dah trend...

eB ezrin said...

musti bestkan?. :)

Qaseh said...

menarik jugak jalan cerita dia tapi yg menarik pelakon2 dia

saya suka Ayu Raudah & Aqasha.

Anonymous said...

CahayaPetunjuk
sye dh bce novel Gemersik Kalbu...mmg sdeyh+ romantik...rsenye novel nie ag bez dri dramanye..tp x ap laa..kre ok jgk!!..:)

Anonymous said...

CahayaPetunjuk
sye dh bce novel Gemersik Kalbu...mmg sdeyh+ romantik...rsenye novel nie ag bez dri dramanye..tp x ap laa..kre ok jgk!!..:)

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (133) WEEKEND (108) in N.A.T.U.R.E (98) Kata HATI LYA (94) M.A.K.A.N.A.N (75) About Me (73) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) MyHappyFamily (70) INFO (67) MACAM2 ADA (57) Asya's School (56) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) Sinopsis (51) CAREMONY (50) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (47) Shopping (47) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Birthday (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (39) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) MamaAsya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Novel (15) Artis (14) Bento Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) mama+papa+fasya (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) mama+papa (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)