Monday, December 12, 2011

Slot Zehra : Dingin Lavenda

Saksikan drama bersiri terbaru, ‘Dingin Lavenda’ menerusi slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00malam mulai 9 Disember 2011. Membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Eira Syazira, Zarina Zainordin, Faralyna Idris, Salleh Mahfooz dan Azlee Khairi, terbitan Layar Consult Sdn Bhd yang diarahkan oleh sutradara Amy Maziah dengan nukilan skrip oleh Zabidi Mohamed. Drama ini turut menjalani penggambaran di Melbourne, Australia.


Drama bersiri 13 episod tersebut mengisahkan tentang persahabatan Jannah (Eira Syazira), Nana (Faralyna Idris) dan Murni (Zarina Zainordin) yang akan melanjutkan pelajaran mereka di Melbourne, Australia selepas tamat Kursus Persediaan Pelajar ke luar negara di universiti tempatan di Malaysia.

Pada awal pengenalan, Jannah dan Murni tidak menyenangi sikap Nana yang suka berlagak dengan barang-barang mahalnya. Pewangi Lavenda yang digunakan oleh Nana juga menarik perhatian Jannah dan Murni. Matthew (Salleh Mahfooz) menunjukkan minatnya terhadap agama Islam dan sering bertanyakan soalan-soalan kepada Nana.


Hubungan Jannah, Nana dan Murni menjadi rapat apabila Nana bersetuju untuk mengikut mereka menghabiskan cuti semester di kampung. Nana mula belajar untuk hidup secara sederhana dan mendalami diri dalam didikan agama. Selepas setahun, mereka bersiap sedia untuk bertolak ke Melbourne. Jannah yang berpegang teguh dengan agama Islam juga berjaya membimbing Nana berubah menjadi seorang Muslimah yang soleh.

Perangai Murni mula berubah menjadi sensitif dan kebudak-budakan selepas tiba di Melbourne. Jannah yang sudah bertunang dengan Azhar (Azlee Khairi) selalu berhubung melalui kiriman emel. Kata-kata Azhar yang selalu memberi semangat dan dorongan kepada Jannah untuk berdepan dengan pelbagai cabaran baru di bumi asing.


Jannah bertemu semula dengan Matthew di Melbourne. Matthew sering menghabiskan masa bersama Jannah, Nana dan Murni kerana keinginannya untuk mempelajari cara hidup Islam. Kemesraaan Matthew dan Nana telah menyebabkan Murni cemburu sehingga berlaku pergaduhan besar antara Murni dan Nana. Murni juga marah dengan Nana yang telah merampas Matthew daripadanya.

Akibat terlalu mengikut nafsu dan jiwa yang memberontak, Murni telah bersekedudukan dengan Megat dan berjinak-jinak di bar. Sementara, Nana yang telah menemui jodoh bersama Iskandar, Jannah pula berdepan dengan kekecewaan selepas Azhar beralih cinta kepada sepupunya, Munira.


Apakah Jannah akan menerima lamaran Matthew yang sudah memeluk agama Islam? Bagaimana pula dengan Murni yang semakin tenggelam dalam dunia gelapnya? Jannah yang tidak pernah berputus asa untuk mencari Murni bertekad untuk membimbing kawan baik mereka ke jalan yang sebenar. Berjayakah Jannah?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesudahan kisah 3 sahabat di drama bersiri hebat, Dingin Lavenda, setiap hari Jumaat jam 9.00malam.

Dan apa yang saya tahu... Drama ni diadaptasi dari Novel Dingin Salju Indiana.. 

7 comments:

Rusz Mohd said...

sy suka lakonan eira syazira..!

εїз Cik Fasya εїз said...

fasya tgk gok cite ni..mcm best je kan..jannah tu sopannn jah..

kak lya,take care ok..;)

Lynn said...

ooo..wahh..mcm best..nk tgklh..^_^

Nazz@Purple said...

oo adaptasi novel jgk eh..patut la cm best je..

ieda said...

hero dia pelakon baru erkk .. ada juga tgk .. tapi akak nie x sempat nak ikuti lah lyaaa huhuhu

wan nurul hezrina said...

banyak citer besh2kan kat tv3..lagi layan dr citer sinetron yang merepek2.hehe

mummy_ayu said...

banyak plak novel jadi movie or drama sekarang nie..trend kan?

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (133) WEEKEND (105) in N.A.T.U.R.E (95) Kata HATI LYA (94) M.A.K.A.N.A.N (75) About Me (72) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) MyHappyFamily (65) MACAM2 ADA (57) Friend (56) Asya's School (54) M.E.M.O.R.Y (52) Sinopsis (51) CAREMONY (50) Ramadhan (49) Shopping (47) DapurLyaBerasap (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Birthday (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (39) My L.O.V.E (39) NuFF (33) CINEMA (32) Check-Up (32) D.I.A.R.I (31) Let's Eat (31) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (28) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Tempat Makan Best Di Kemaman (24) Tempat Makan Best Di Terengganu (24) Beauty N Health (23) MamaAsya (22) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (17) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) VillaCintaku (17) I care..U Care.. We Care (16) Novel (15) Artis (14) Bento Asya (13) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Deko VillaCintaku (10) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa+fasya (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) mama+papa (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1)