Monday, January 31, 2011

Kahwin 2011

Pembukaan Januari 2011 turut dihidangkan dengan nasi minyak.. Setakat ni dah 3 majlis kawen yang sempat pegi. Start Feb ada lagi... turn kawan2 sekolah :-). Wedding kat bawah ni majlis sedara-mara... Jom tenggok:-

Tema pink+silver. Nice!!

Hantaran sebelah perempuan

Hantaran sebelah lelaki
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ni pegantinnyer
Adoiii.. sopan sungguh!!

Pikir-pikir my turn...

Tunggu tok ma ambik nasi minyak ...

Lepas makan sempat lagi posing2 kat kerusi tangan ni:-)
*
*
*
*
*
Testing..nak jadi pegantin moden

--> pegantin sedang makan beradab time ni.... Sebab tu xde gambo pegantin y real punyer.
--> Saat & ketika ni saya berada di spital kuantan...

Timbul-timbul... tenggelam!


Assalamualaikum... Semoga semuanya ceria2 selalu. Baru timbul saya arini yer.. Bukan aper, xde mood sebenornya. Simptom2 dari entri kelmarin masih berlanjutan hingga ke hari ini. Sbb tu saya sunyi sepi je kelmarin.. Dan nampak gayanya, hari ni masih memulas-mulas perut ni.. Kepala pon wengggwenggg jer...

Jap g nk ke spital kuantan ... cam biasa r, drakula mintak darah lagi. Darah saya ni manis sgt kot.. Tapi pagi ni msk ofis skejap.. kesnyer...terlupa ingatan harini ada appoitment di hospital.. Makin tua saya 7 fain:-( .. Kalo dulu, saya lupa fain y igt2kan..skarang dua2 dah lupa.. sape mau ingat??

Sunday, January 30, 2011

S.T.O.P !!

SPONSORED BY GOOGLE

Saya perlukan bantuan ubat di atas.. Biasa makan tak??? Biasanya sebab pe kite makan ubat tu?? Yess.... pengeluaran tanpa henti... sebab tu saya perlukan ubat tu... Dah tak sanggup nak bertandang ke bilik kecik tu.. Adoiiii :-(

Friday, January 28, 2011

Pagi ini...Indah Seperti Biasa....

Selamat pagi semua...
Pejam celik..pejam celik... dah hari Jumaat ... Jumaat terakhir dalam Januari, cepat je masa berlalu kan. Cam biasa, kat sebelah pantai timur Jumaat adalah weekend bagi kami semua. Walaupun weekend, tp time ni nak settle semua keje.. Nak basuh baju, jemur baju, lipat kain & macam2 lagi.. Tak caya jer melalui semua ni.. Kih..kih.. sebab zaman remaja dulu saya ni x buat semua ni.. hehehehe.. kantoi!!!!

Jadual hari ni padat... ada kenduri kahwin jiran kat rumah.. Dan sebelah petang birthday anak sedara. Mesti nak kena pegi awal kat rumah abg, sbb nak tolong2 prepare apa2 yang patut. Selain tu kat ofis ada perlawanan badminton.. Pengaruh Datuk Lim chong Wei ni... Tapi sygnyer x dpt join sbb kena tolong prepare abg & sil utk persiapan birthday anaknyer.

Saya mintak maaf kalau beberapa n3 kebelakangan ni saya x reply komen..Bukan aper, kdg2 kat ofis bz dgn keje..so lps saya baca komen tu, terus approve. Kalo saya x bz, mmg time tu gak sy reply terus komen tu. Apa2 pun saya sgt2 hargai komen2 tu semua.. Bila saya bosan, saya suka baca n3 lama & baca komen2 lama y saya dapat. Adakala saya tersenyum sorang, adakala sy menangis mbaca komen2 tu semua. Apa2 pun, setiap komen y diterima betul2 menceriakan hidup saya serta menjadi perangsang supaya saya terus kuat! Lateni.. saya rasa letih sgt + berdebar menunggu bulan 2.. Semoga semuanya berakhir dgn baik saja :-)

---> mlm ni baru blh bw kot....

Thursday, January 27, 2011

Pantai Kuala Kemaman

Jom kita berileks di tepi pantai :-)
Permandangan pantai kuala kemaman kini. Sangat2 jauh beza... Kalo dulu, pantainya jauh kedepan lagi & kawasan timbunan batu ni merupakan sebuah perkampungan. sekarang, rumah-rumah kat kawasan ni dah tak wujud sebab kes pada tahun bape r... Tapi time tu saya sekolah rendah lagi... Kawasan ni habis tenggelam air laut. Sangat2 rindukan suasana dulu :-) Tapi, memang ramai org lepak2 kat sini. Org mengail pon ada..org berphotoshoot pon ada, siap guna DSLR tu! Saya jer... kamera kecik jer, bagaikan enggan & pipit..huwaaaa!

Takpelah... kuasa mengedit di hujung jari..pic biasa pun boleh jadi cam dslr kalo pandai editkan??? Tapi kali kes over edit dah jadi gelap plok kaler... layan ajerla... Saya x boh citer2... Jom layan keindahan alam semulajadi !


~Yang ni sgt2 kesian ~
*
*
 

*
*

 
Selepas sesi bergediks tu..kalo dah sampai Kuala Kemaman, tak sah kalo tak pekena satar, otak2 & air kelapa.. Tapi malangnyer, kali ni kat gerai y saya pegi ni kehabisan satar & otak. Last2 order keropok + air kelaa ajerla .

*
*
*
*
Balik Dulu
Dengan Safi Rania...
Kenapa Nak Berahsia Dengan Usia..
(tak habis2 promote!)
Ok...Harap Maklum Umur saya baru 25 tahun... dah tua ke???

---> baru nk bw ni... tadi bz sgt2!!!

SLOT SAMARINDA : SINOPSIS SAMSON & DELAILA

saya main snap dgn kamera.. tu blurr

Semalam dah episod 2 drama Samson & Delaila ni.. Cari gak sinopsisnyer, tapi tak jumpa-jumpa lagi.. Senang citer saya sendiri buat sinopsisnyer... hehehhee.. Ekceli Kisah SAMSON & DELAILA ni juga lagenda kisah cinta macam Romea & Juliet, Nabi Adam & Hawa. Dan sebenarnya kisah Cinta SAMSON & DELAILA sudah lama difilemkan di barat & indonesia. Dan kini di Malaysia, saya tak pasti ikut versi mana.. Cam versi indonesia jer... Tapi apa yang pasti drama ni pasti salah satu yang hit pada tahun 2011. Dan pengarahnya adalah pengarah drama CHINTA.


Samson & Delaila ditayangkan dalam Slot Samarinda mengantikan Drama Ayoub. Sekali lagi Fasha Sandha & Ady Putra bercinta dalam drama setelah cinta berakhir dalam Drama Chinta. Tapi, saya dapat rasakan citer ni lagi best daripada Chinta. Apapun kita tgk jer kat tv3 setiap selasa-khamis pada pukul 10.30 malam di tv3! --> mcm promotela plok!

 VERSI SAMSON & DELAILA

Samson dan Delilah ( Nai Sam'un Ghozi & Delilah )
Dari kitab Muqasyafatul Qulub karangan al Ghazali diceritakan bahwa rasulullah berkumpul bersama para sahabat dibulan Suci Ramadhan. Kemudian rasulullah bercerita tentang seorang Nabi bernama Sam'un Ghozi as. Nabi Sam'un Ghozi as adalah Nabi dari bani israil . Nabi Sam'un Ghozi as memiliki kemukjizatan dapat melunakkan besi, dan dapat merobohkan istana. Cerita Nabi Sam'un Ghozi as adalah kisah israiliyat yang diceritakan turun temurun di jazirah arab. Cerita ini melegenda jauh sebelum rasulullah lahir. Cerita ini lalu difilm kan oleh pihak barat menjadi film yang terkenal samson and delilah. (versi tiruannya dimainkan Benyamin S dalam film samson betawi.)

Nabi Sam'un Ghozi as berperang melawan bangsa yang menentang Ketuhanan Allah SWT. ketangguhan dan keperkasaan nabi sam'un dipergunakan untuk menentang penguasa kaum kafirin saat itu yakni raja israil. Akhirnya sang raja israil mencari jalan untuk menundukkan nabi Sam'un Ghozi as. Berbagai upaya dilakukan sehingga akhirnya atas nasehat para penasehatnya diumumkan barang siapa yang dapat menangkap sam'un Ghozi akan mendapat hadiah emas dan permata yang berlimpah.

Singkat cerita Nabi Sam'un Ghozi as terpedaya oleh isterinya. Karena sayangnya dan cintanya kepada isterinya, nabi Sam'un Ghozi berkata kepada isterinya "Jika kau ingin mendapatkanku dalam keadaan tak berdaya maka ikatlah aku dengan potongan rambutku ". Akhirnya Nabi Sam'um Ghozi as ini diikat oleh istrinya saat ia tertidur lalu dia dibawa dihadapan raja. Beliau disiksa dengan dibutakan kedua matanya dan diikat serta dipertontonkan di istana raja. Karena perlakukan yang demikian hebatnya, Nabi Sam'un Ghozi as berdo'a kepada Allah SWT. Beliau berdo'a dengan dimulai dengan bertaubat, kemudian memohon pertolongan atas kebesaraa Allah. Do'a Nabi Sam'un Ghozi as dikabulkan dan istana raja bersama seluruh masyarakatnya hancur beserta isteri dan para kerabat yang menghianatinya. Kemudian nabi bersumpah kepada Allah SWT akan menebus semua dosanya dengan berjuang menumpas semua kebatilan dan kekufuran yang lamanya 1000 bulan tanpa henti. Semua itu atas Hidayah dari Allah SWT.

Ketika Rasulullah selesai menceritakan cerita Nabi Sam'un Ghozi as yang berjuang fisabilillah selama 1000 bulan, salah satu sahabat nabi berkata :Ya Rasulullah, kami ingin juga beribadah seperti nabiyullah Sam'un Ghozi as. Kemudian rasulullah saw, diam sejenak. Kemudian Malaikat Jibril as datang dan mewahyukan kepada beliau bahwa pada bulan Rhamadhan ada sebuah malam yang mana malam itu lebih baik daripada 1000 bulan.

SAMSON & DELILAH -VERSI KRISTIAN

Kisah tentang samson ini juga dapat dijumpai didalam injil, dengan nama tokoh dan kejadian agak berbeda dibanding yang diceritakan rasulullah diatas.Simson (Inggris: Samson) adalah utusan Tuhan yang sakti mandraguna selama rambutnya tidak dicukur. (Hakim-hakim 16:1-22).Diceritakan dalam kitab Hakim-hakim 16:1-22 bahwa Samson adalah utusan Tuhan yang sakti mandraguna .Dia bisa mencabut kedua daun pintu gerbang kota beserta kedua tiang dan semua palangnya, Ialu semuanya diletakkan di atas kedua bahunya dan dipindahkan ke puncak gunung (ayat 3).

Tapi sayangnya dia jatuh cinta kepada seorang pelacur (wanita sundal) yang bernama Delila. Maka Delila disewa oleh raja Filistin dengan bayaran 1100 uang perak untuk mencari rahasia Samson (ayat 5).Di atas pangkuan pelacur Delila, akhimya Samson tergoda rayuan dan bujukan sehingga membuka rahasia kesaktiannya. Bahwa selama rambut kepalanya tidak dicukur, maka seluruh kekuatannya akan musnah dan dia menjadi orang lemah (ayat 17).

Maka setelah nabi Samson tertidur di atas pangkuan pelacur Delila, rambutnya dicukur. Lalu musnahlah seluruh kesaktiaan dan kekuatan Samson. (ayat 19).Kemudian kedua mata Samson dicungkil sehingga jadilah Samson buta mata akibat rahasia kesaktiannya dicukur (ayat 21).


SAMSON & DELILAH VERSI INDONESIA


Cerita film dipermak dari kisah Samsondan Delilah yang terkenal. Paiman (Paul Hay) anak hasil perkosaan penjajah belanda terhadap ibunya yang jawa. Kulit putih dan rambutnya pirang , ia juga pejuang tak terkalahkan yang berhasil di tangkap berkat tipu muslihat Delilah (Suzanna) anak residen penjajah suatu daerah di jawa Tengah. Menjelang hukum gantung dilaksanakan Delilah berbalik jatuh hati pada Paiman yang di panggilnya dengan nama Samson. Dengan kesaktian yang telah terpulihkan Samson meruntuhkan gedung pertemuan yang menewaskan semua penjajah kecuali Delilah.

~ agak-agaknyer... samson & delaila Malaysia ikut versi mana??? ~

SUMBER :-

Wednesday, January 26, 2011

Nak tunjuk muka ni... Hasil SAFI RANIA GOLD!

Jeng,,,jeng,,,jennnnngggg
Gambo ni diambil pada hari Jumaat baru2 ni 21.1.2011
*
*
*
*
*
*
*
Hasil pakai FACE CREAM SAFI RANIA GOLD, kulit muka jadi sekata & lembut serta cerah sikit. Kalo tak muka selalu berminyak. Kebiasaanya kalo keluar rumah lps pakai make-up simple dlm 1 jam camtu dah mula berminyak & luntur makeup ni. Tapi, sejak pakai Face Cream ni, kulit maintain jer..xperlu sapu bedak berkali-kali. Kalo tak, sekali nk turun kete sekali sapu bedak kat muka.

Time ni dah lebih 4jam keluar dari rumah. Tapi kulit muka ok jer.. Tak berminyak mahupun bertompok. I like!! Harga murah tapi hasilnyer sgt2 superb.. Face Cream ni ibaratkan seperti foundation/make-up base... Harganya pon sgt2 murah, just rm 10++.

Disamping tu.. nak tunjuk pic kemesraan mama & ank ni :-)
Puas hati sgt2!! Ekceli saya tak pakai satu set pon lagi. Just pakai pencuci muka Safi & face Cream. Nak sgt2 pakai serum dia. Insyallah, lepas dah settle hal perubatan saya akhir bulan 2 ni, saya nk beli set siang& malam Safi Rania. Sekarang, saya terpaksa menahan dulu keinginan tu. Memang harganya murah, tp perubatan saya perlukan perbelanjaan besar .. jadi buat masa ni mmg perlu berjimat cermat:-). Kebetulan nak kena tukar tayar lagi... roadtax kete lagi. Utamakan y UTAMA dulu. So, mcm mana dgn MAMALIEYNA yang turut membeli set lengkap SAFI RANIA.. Serasi tak eina?? Begitu gak dengan ENA, yang dah lama menjadi pengguna safi rania.. patutla kulit cun ajer.

*
*
*
HEHE... 
TIBA-TIBA KELUAR MAKANAN LAK..
SEMPAT LAGI ISI PERUT
Nasi Goreng Thai- dish utk Fain

Nasi Goreng Daging Merah - untuk saya

Dan KERANG BAKAR...

Ermmm..very2 bad!!! Kali pertama & terakhir makan kat sini. Pilihan y sgt tidak tepat. Orang xde, tapi servis lambat. Bila nak g toilet, lalu sebelah kitchen dia.. mak aihhhh kotornyerrrr! Dan... makanannyer x de rasa..

TESTIMONI TERKINI SAFI RANIA GOLD-->KLIK SINI

---> eyhhhh... citer safi rania dah terlajak ke citer makan plok ! aiyooo

Tuesday, January 25, 2011

Baru balik dari EMERGENCY ROOM


Fuhhh.. letih.. terkejar-kejar.. Dalam pukul 10am++ dapat call dari mama. Katanya ada makhluk dalam telinga asya.. Menangis & sakit sambil pegang telinga.. Patutlah semalam asya menangis sakan, xleh tidur. Rupanya dia sakit dalam telinga. Terus saya call fain gtau, suh ambik saya kat ofis cz nak bawak asya g ER. Dah terbayang, mesti time nak buang makhluk Allah tu akan mgelupur & menangis sakan.

Sampai jer kar ER, terus daftar & masuk dalam.. Ermm cam biasa, jumpa doktor adalah part yang paling asya suka.. Suka sgt kalo doc letak steteskop kat dada dia. Sampailah saat nk membuang makhluk tu, baringkan asya atas katil ER. Doc arahkan Fain pegang kepala asya & nurse pegang tangan & saya bahagian kaki sbb takut bila asya meronta akan menyebabkan kecederaan bila nk masukkan alat tu dalam telinga.

Alih2... asya rileks jer. Sikit tak nangis.Tapi adalah kesan luka sikit dalam telinga asya kesan alat y doc gunakan tu :-( Kembang semangkuk bila nurse kata gud girl.. Cz katanya, biasanya budak lain bila pegang je terus meronta n menangis.  Kalo nak tau, asya part jumpa doc mmg no poblem, mmg dia suka jumpa doc.. Iyerla.. asyakan doctor to be. Insyallah...  Mybe sbb asya dah terbiasa dgn hospital sejak dari dalam kandungan lagi kot :-)

Dinner @ RESTORAN SINGAMAS

Ni bukan la dinner semlm... Tapi dah lama, awal2 tahun aritu kot.. Tp baru sempat nk upload sini.. Jgn main-main.. SINGA ni banyak MAS... Sebab tu nama RESTORAN SINGAMAS kot... Ekceli, restoran baru jer buka. Dan ni 1st time dtg sini, cam biasa hobi Fain suka terjah mana2 kedai@restoran dan secara tak lansung cam support bini dia y suka berblogging ni. Areanyer di Taman Chukai Utama dekat Balai Bomba Kemaman &restoran ni sederet dengan NIOSH.
Deko kat dalam restoran ni sgt2 simple & menyenangkan sebab tak terlalu padat. Sesuai kalau nak bawak anak-anak kecil cz ruangnya yang luas setiap space antara meja ke meja. Dan y paling penting, restoran ni sangat2 bersih! GRED A.

SEMENTARA TUNGGU MENU SAMPAI

yang ni sibuk dengan putingnya

yang ni termenung jer manjang

hok ni plok kontrol cun sokmo

kontrol ensem jugok!


OK... Our dish

asya punyer


saya punyer SPAGETTI BOLOGNISE

silakan...

Fain punyer, Char Kuew Tiew.. Pic tu terdelete la plok!


*
*
*
*
Apa yang pasti harga kat sini memang berpatutan dengan makanannyer.. Sedap!! Saya terliur tgk org kat meja belakang makan LAMB CHOP.. Punyer la besor bapok Lamb Chop tu. Insyallah, ada rezeki & kesempatan nk try mkn lamb chop kat sini.. Lamb Chop ni mmg febret saya & Fain.. Berebut sokmo.

" SELAMAT PAGI & SELAMAT BERSARAPAN "

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (79) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)