Monday, February 28, 2011

28.2.2011 : Cipta rekod masuk wad bagi tahun 2011

AUTOPUBLISH

Disaat n3 ni keluar, mungkin saya sudah selamat dimasukkan ke wad. Saya sedaya upaya jaga diri supaya tahun 2011 ni x masuk wad seperti tahun2 sebelum ni. Tapi itulah...:-( . Agaknyer, time ni doc sedaya upaya masukkan branulla kat salur-salur urat saya y dah reject ni :-(Insyallah, akan cuba bertahan. Tapi seandainya hari ini x berjaya juga, saya rasa cukup sampai sini. Saya nak STOP jer. Rasanya dah x rela diri ni disakiti lagi. Urat di leher dah reject, sbb selalu masuk branulla kat leher. Kalo kat tangan & kaki lagi la xde harapan.. Cuma kat celah peha... tapi baru2 ni pon dah xleh terima. Agaknya apakah kesudahannya???


Tiada kata-kata dapat diluahkan...
" Semoga semuanya berjalan lancar "

DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK SAYA
LALUI HARI INI DENGAN SEMPURNA ;-)

Friday, February 25, 2011

MRI SCAN : Sangat mendukacitakan :-(

Assalamualaikum.. Terima kasih atas semua sokongan & kata2 semangat yang diberikn. Sesungguhnya, sy sgt2 terharu. Mesti ada kawan2 y nak tau macamana dgn MRI kelmarin. Sesungguhnya saya sgt2 kecewa dgn diri saya sendiri. Saya xtau sbb apa kali ni sy jd selemah mcm ni. Pagi tadi, menangis dalam bilik air. Saya sendiri xtau knp kali ni mcm ni??

Ok lah, berkaitan dgn scan kelmarin.. Kena repeat semula pada 28.2.2011, pada Isnin ni. Sebabnya, saya perlu buat MRI imbasan contrast(kalo x silap namanya). Tapi utk imbasan tu, sy perlu dimasukkan drip. Kelmarin, dari pukul 9 pagi saya sampai di hospital hingga ke pukul 2, tapi 1 line pon x dapat. Saya dicucuk lebih daripada 20kali. Saya rsa ini pengalaman terburuk saya. Sbb sgt2 menyakitkan. Hingga terpaksa guna drip baby y baru lahir pon still x dpt line.

Akhirnya, tpaksa panggil doc utk masukkan branulla(jarum drip). Mula2 sorang doktor datang, cucuk lebih 10 kali.. still xdpt. Dan akhirnya panggil doc MOPD.. bila sampai, doc try lagi.. tp still x dpt line & last choice panggil doc pakar. Hanya sampai jarum k 6 saya dah xtahn & doc tu pon dah x sampai hati. Habis kedua-dua tangan lebam & termasuk di celah peha 4 cucukan y terakhir. Cuma di bahagian leher saja semua doc x sanggup try. 


Selama 5 jam saya dicucuk jarum.. Masuk cucukan jarum y ke 10 saya masih kuat, tapi cucukan jarum y ke 11 hingga berpuluh-puluh kali saya mmg dah xtahan sakit. Sampai ke kepala. Sampai doc pakar tu kata " adik...kamu banyak kuat ".. Saya tersenyum jer. Dan spontan kata " sbb dah terlalu biasa... kalo saya x kuat mungkin dah x ada  kat dunia ni " Part y sedih bila doc pakar tu genggam tangan saya & kata " i faham u" dan saya nampak air mata doc menitis. Dan nurse peluk saya. Bila berada dalam situasi mcm tu... terjadilah drama sebabak skejap. Tak lama lepas tu Fain masuk sbb saya terlalu lama kat dalam & dia mtk berhenti cucuk saya sbb takut sy diserang epilepsi bila terlalu sakit. Lagi pun, sekarang ni saya x berapa sihat, mlm selasa baru2 ni ke ER, dapat 2 suntikan kat bahu & b*n**t sebab sakit kepala y terlampau.

Bila fain masuk, saya rasa kurang beban y saya rasa. Sejuk hati dpt lihat muka tersayang. Fain terus setia disisi saya. Dan sekali lagi doc pakar dtg, dan fain mtk jgn cucuk lagi sbb takut diserang epilepsi & Fain gtau tgn kanan saya dah bengkak. Terus doc tu tgk dan saya gtau sejak saya koma thn 2008 dulu bila sedar, ada hari2 saya sakit tangan kanan saya akan membengkak dan berdenyut. Dan doc tu kata faham, sbb urat2 saya mcm dah putus2 & mmg xnampak. Sekali lagi saya cuba cari kekuatan diri bila doc tu terus gengam tangan saya & nurse tu cuba menengkan saya. Tapi kali ni saya failed sbb akhirnya air mata saya gugur. Mungkin krn kehadiran fain disisi saya ktika itu membuatkan hati saya btambah sayu dgn apa y menimpa. Bila sy tgk fain, dia seakan menahan perasaan nya. Saya xtau mcmana nak teruskan hidup kalo dia xde disisi .

Saya mintak maaf, sebab dah terlalu jauh bercerita disini. Mungkin juga krn keadaan sy y betul2 terganggu disaat ini. Sesungguhnya, saya terlalu sedih dgn apa y menimpa diri ini:-(


Saya akan admit ward Day Care pada 28.2.2011, semata-mata utk masukkan branulla(jarum drip) oleh specialist untuk lakukan lagi ujian MRI SCAN sebaik saja jarum tu berjaya dimasukkan. Saya xpasti sama ada berjaya atau tidak.. Tapi y pasti mesti menyakitkan, sbb kesan2 cucukan kelmarin masih berbisa esspecially di celah peha, menyukarkan saya utk berjalan. Saya betul2 berharap agar segala urusan di hari Isnin ni dipermudahkan segalanya. Doc terpaksa teruskan juga ujian utk isnin ni kerana BRAIN TUMOR dalam kepala ni!! Tapi seandainya, branulla still x dapat dimasukkan saya mmg dah xrela lagi..  Sebab tubuh saya dah hilang kebal. Saya makin lemah. Saya cuma percaya pada kuasa Allah SWT.Kes saya sgt special, sbb xde lagi kes mcm ni selama dia org bertugas di unit MRI sampai xleh nak masuk drip. Lagi special sbb didalam diri saya y bernama Alyani Amran saya harus menanggung pelbagai penyakit/komplikasi y kronik. Lepas ni, kalo ada blogger2 berkesemptan bertemu saya di dunia luar, meh la tgk urat2 kat tangan ,kaki saya.. Memang dah xde ape2... hancussss... hehehe

Ok la... saya dah over melalut sangat.. Cuma doakanlah agar saya dipanjangkan umur, Saya harus kuat, sbb saya hidup kerana Asya. Dia masih perlukan mama. Asya sendiri pun sakit. Ya Allah... tabahkan hati kami semua :-) Apa2 pun.. hidup terlalu indah,, saya akan terus nikmatinya & mencari setiap ruang y ada kebahagiaan untuk saya nikmati. Salah satunnya, di dunia blog... saya bertemu dgn semua blogger2 y sgt2 saya syg:-).. Ok... sblum saya rehat2kan diri, saya nk BW jap.. Jap g nak tidur kejap, sbb badan ni x bape nak sihat.

Bergedik Di Office Baru

AUTOPUBLISH

Eyhhh pembetulan.. still keje dgn company lama,, just bangunan company je dah berpindah, hanya di belakang bangunan lama. Y lama tu akan dirobohkan nanti. Awal bulan 2 baru2 ni dah mula bekerja di bangunan pejabat baru. Tapi pic kat bawah ni aksi2 kami semasa sibuk prepare untuk majlis sambutan Maulidur Rasul pada 22.2.2011 baru2 ni.

Layan ajer aksi kami yang comey belake:-)

Tu dia... kalo posing..

Owhhh..
turn tuan tanah bergedik
*
*
*
owhhh.. inilah salah satu baju hadiah birth tahun lepas y baru siap.. Adoiii.. dah nak masuk umur baru dah.. Lagi 2 pasang x siap2 g..Camner tu???

Thursday, February 24, 2011

MRI SCAN : Doakan Yang Terbaik Untuk Saya :-)

AUTOPUBLISH

Assalammualaikum.. Mungkin disaat n3 ni keluar saya odwy @ dah selamat sampai di hospital untuk menjalani ujian imbasan MRI di kepala. Sememangnya, ujian ni sgt2 penting untuk masa depan saya & menentukan nasib saya seperti y pernah saya ceritakan n3 sebelum2 ni. Adakah ketumbuhan tu muncul semula??? Walauapapun keputusannya, insyallah saya akan terimanya dgn redha. Semoga tuhan kuatkan hati saya :-).. Jom kita baca sikit info berkaitan ujian imbasan MRI ni:-

mesin MRI

MRI (Magnetic Resonance Imaging) merupakan satu kaedah pemeriksaan untuk menentukan jenis penyakit. MRI melibatkan pengunaan gelombang radio dan magnet berkuasa tinggi. Pemeriksaan ini amat berguna untuk meninjau sistem saraf, sendi dan tulang belakang. Kelebihan MRI berbanding peralatan lain ialah gambar yang terhasil lebih jelas serta boleh dilihat dari berbagai sisi dan ia tidak melibatkan pengunaan radiasi.

keadaan y benar2 padat ketika seluruh badan memasuki mesin ni

Selepas pemeriksaan, pakar radiologi akan meneliti imej-imej yang dihasilkan untuk mengesan sebarang 'abnormality' atau masalah kesihatan pada bahagian yang diperiksa.


gambaran jelas keadaan ketika ujian dijalankan

Mengikut pengalaman lalu saya, bagi saya ujian ini mmg x menyakitkan.. Tapi menakutkan buat saya, dimana selama hampir satu jam ujian ni dijalankan kita berada di dalam terowong y sgt2 compine space. Dan bunyi2nyer.. Mmg spanjang ujian dijalnkan saya akan ttp mata sbb saya takut nak tgok sekeliling. Kalo dulu, saya perlu dicucuk drip utk memasukan ubat sblum mjalankan ujian ni. Kali ni xtau lah.. Saya takut kena masuk drip tang leher jer, sbb urat2 saya kat bahagian tangan & kaki dh x blh terima ubat, just tinggal kat bahagian leher & celah peha ajer :-( Ermmm... xtau nak kata apa, sbb late ni sy asyik mengeluh ajer. Ishhh mmg x baik kalo mengeluhkan.  Sebab setiap ujian & dugaan Allah pasti ada hikmah disebaliknya. Apa2 pun doakan agar segalanya berjln lancar:-)


Banyak lagi info menarik berkaitan ujian imbasan MRI :

Wednesday, February 23, 2011

Syhhhhhhh.... RESEPI RAHSIA :-)

Lambat plok update arini.. Yela,, nak draft awal2, cam x sempat masa je skarang ni.. Sebab dah time lunch, jadi saya upload jer pic time dinner kat SR awal bulan 1 dulu. Mak aihhh.. lama sungguh peram .

Layan pose semasa tunggu makanan sampai. Asya tu ape kes???

Yang ni dish utk Fain.. Apekebenda nama x ingat dah. Sbb dah lama maaa

Yang ni saya punyer... Tetap ada selera melayu makan nasi putih :-)

Dan asya punya, supaya x kacau mama & papa makan

Sibuk main bendera jer,,, Makan x pon.. Aduii

Dua beranak y serasi bersama

Love it!

So cute!!

Pic saya??? Yillekkkkk... ada sebenarnya, tp x cun :-(

" SELAMAT BERLUNCH "

Tuesday, February 22, 2011

Tolong VOTE ASYA !!

penghibur hati lara


Assalammualaikum...
Ingat hari ni nak start komen2 kat blog kawan2.. Tp mybe x berkesempatan cz ada Majlis Maulidur Rasul kat ofis.. Insyallah, kalo settle semua, blh BW smpai lebam...
Rindu Kat Semua!
TQ

DAN DISAMPING ITU
SAYA NAK MOHON JASA BAIK KAWAN-KAWAN
UNTUK
VOTE ASYA
VOTE NO 13

DI ENTRI INI:-


--> balik karang sy bw sepuas2nyer!

Monday, February 21, 2011

Tak nak jadi BISKUT CHIPMORES lagi!

rasa nok letok pic ni... hehehehe

Akhirnya.. rasa xleh nak tahan.. Sbb bila baca semua komen kwn2.. saya fikir, utk apa saya menyepikan diri. Saya pon rindu... tapi itulah, saya manusia biasa kdgkala diuji dgn pelbagai ujian hidup. Xpelah.. terus KUAT!! Hormon x stabil ni... hehehhee.. Insyallah, saya cuba ketepikan dgn segala y menimpa saya utk erus memeriahkan dunia blogger!! 
*
*
*
*
*
*
Last week menghabiskan masa jumpa pakar. Jumpa sokmo.. kdg2 naik jemu dah.. Dan hari khamis bru2 ni complete buat test EEG kat klinik neurologi HTAA. Resultnyer, akan jumpa pakar neuro bln 3 ni :-(.. Ujian EEG ni x menyakitkan, cuma selama 1 jam lebih saya mnjalani ujian ni adalah beberapa part y saya jd nk pitam & muntah2.. Esppecially part kena hembuskan nafas kuat2.. sy mmg failed, sbb sy ada poblem pnafasan.. Sakit dada.. Dan part api2 dikelip-kelipkan smpai naik pening kepala & nk muntah. Ujian EEG ni, merupakan satu ujian utk melihat xtvt otak .. Dengan cara wayar2 halus disambungkan deseluruh kepala & sedikit d bahagian dada.

kiutnyer!! pinjam kat google!

Ujiannya mcm pic kat atas ni.. Dan kebiasaan org y mengalami epilesi harus menjalani ujian EEG . Sgt2 penting ujian ni. Tadi pon ada terbaca, TUMOR OTAK mempunyai kaitan dgn EPILEPSI. Antara tanda2 tumor tu ialah menyebabkan epilepsi. Epilepsi ada byk jenis.. Kalo y budak2 kena dipanggil sawan tarik & insyallah blh sembuh bila meningkat dewasa. Cam kes sy saya mengidapi epilepsi slps mbuang ketumbuhan dlm otak. 1st time diserang epilepsi ketika umur 18 tahun.. now dah nk msuk umur 26thn.. Adakah org dapat memahami apa y saya rasakan?? ketakutan saya?? Sbb tu hormon b'blog menurun:-( .. Dan utk lebih kesahihannya, hari Khamis ni sy akan menjalani ujian imbasan MRI di KEPALA. Harap semuanya berakhir dgn baik. Saya masih ada anak kecil y betul2 perlukan saya .

--> Start esok... saya akan cuba utk kembali.. walaupun sy x tgl komen, tp sy baca blog kwn2 semua :-)

Saturday, February 19, 2011

Aucakkkk

Assalammualaikum...
Apa Khabar Semua???
Saya Masih Ada...
Masih Bernafas Di Muka Bumi Ini
Cuma.... Mendiamkan Diri Seketika..
BERTAPA UNTUK TENANGKAN DIRI
Rehatkan Diri Sekejap Dari Dunia Blog
Sebab Sibuk Dengan Urusan Hospital :-(
Doakan Agar Segalanya Berjalan Lancar..

Terima Kasih Buat Kawan-Kawan :-)
Yang Selalu Ingat Pada Saya Tu...
Sgt2 TERHARU ...
Saya Akan Kembali Selepas Semuanya Selesai.

~~~> kawan2 baru y singgah sini & dah folo saya, tp sy x sempat buat kunjungan balas... tgl link kat n3 ni yer, senang saya n jejak lps ni :-)

Monday, February 14, 2011

MAULIDUR RASUL 2011 : "Memantapkan Ukhuwah Memperkasa Ummah"

google

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Selamat Bercuti & Salam Maulidur Rasul 2011
" Memantapkan Ukhuwah Memperkasa Ummah"

FLIZZ reunion...

Selamat pagi sema.. Semoga ceria2 selalu :-)..Cuti CNY baru2 ni salah sorang team FLIZZ star balik kemaman.. Coz dia dah menetap kat Perak sekarang. Ikut husband y keje sbg Navy. Tapi , FLIZZ just ber'3.. Lagi 2 orang di kampung masing2.. Susah nak berkumpul biar complete. Jom layan jer :-

Asya & Aisyah

Duk jauh2.. malu2 kucing plok :-)

Gaya model.. kih..kih... model mama jer

Kami bertiga.. Fidah, Zati & Lya

Yang tengah2 tu bila lagi???

Fain & Isa.. Isa tu husband Fidah.

Now.. Fidah dah selamat kembali ke Perak.. Kalo ada kesempatan, jumpa pon time raya puasa ni lah.. Itupun kalau husband dia x bertugas.

Sunday, February 13, 2011

LUCKY GiveAway Dunia Aku Ibu Muda: FOLLOWER KE-200

Alhamdulillah...
Semasa submit link GA ini, rupanya saya Follower Ke-200. Resultnya di entri ini : 

Hadiahnya :-
*
*
*
*

Pencil Case Handmade...
Memang sgt2 cantik kat luar. Kemas jer jahitan. Yang pasti Aku Ibu Muda ni mmg kreatif & pandai seni. kalo saya la.. nak jahit sembat pon x reti.

Tenkiu untuk

Friday, February 11, 2011

Berpiknik Di Pantai Chendor - PART 4

Yeahhhh... last part dah.... Dan part last ni spesel sikit sebab ianya adalah kenangan saya & fain.. Jom layan pic2 romantika :-)

Cinta pandang pertama... Dari mata turun ke hati..
dag... diggg.. duggg

Kalo nk bergambar dgn fain, sy kena sengetkan sikit kaki.. kalo tak mmg nmpak saya tinggi sikit dari fain.. hehehe

lagi aksi gedikss

semoga bahagia milik kita selamanya

si macho pojaan hatiku

OK....
dah nak balik  :-)

Maka.... tamatla sudah cerita di petang sabtu baru-baru ni...
Ermmm mesti muak dah kan sbb disajikan dgn pic2 ajer..
sori

Thursday, February 10, 2011

Berpiknik Di Pantai Chendor - PART 3

Alhamdulillah.. sampai jugak ke PART 3..
Part ni hanyalah sekadar pic famili kecil saya..

Asya ingin menulis sesuatu di pasir pantai

Like Suri Cruise... hehhehhee.. konon2 ajerr!

Ternganga tgk air laut y bergulung.. adoiii..kata org laut!

Like TomCruise & Suri Cruise?? hahaha

Like Katie Holmes & Suri.. veranngan lagikk

Mama sibuk nok posing.. anok sibuk nak main pasir..

Catwalk skaliiiii

FAMILY POTRAITS

I love my family!!



Lakonan semata-mata.. ehhehehe..

Ok..berakhir sudah part 3.. Tunggu esok untuk part ngelast skali..
Esok zon cintan sintun skett.. layan kiwang skala skali..

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (80) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (72) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (24) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)