Thursday, June 30, 2011

Kepentingan Memiliki Insurans

Assalamualaikum..Kali ni saya nak share kepentingan memiliki insurans diri & jugak buat org2 tersayang. Saya ingin berkongsi berdasarkan pengalaman yang saya lalui. Bagi saya insuran untuk diri, anak-anak & org y kita sayangi sgt penting jika sesuatu y x diingini menimpa pada diri kita & keluarga kita. Sebagai contoh, jika kita jatuh sakit secara tiba-tiba, dengan adanya insurans diri ianya dpt menampung @ cover masalah kewangan melibatkan perubatan. 

Jangan jadi seperti saya, menangis air mata darah sekalipun dah x berguna lagi. Dalam thn 2009 mcm tulah, saya ingin membeli insurans diri utk diri sendiri. Tapi bila isi form & diselidik, saya mmg dah x layak untuk join mana2 insurans sekalipun kerana penyakit saya tersenarai dlm list , melainkan jika saya ambik insurans tu sblum disahkan sakit, mmg layak! 

 Inilah kesusahan diri yang terpaksa saya alami setiap kali melibatkan kos rawatan perubatan y besar untuk diri sendiri. Selagi diri masih sihat & tidak mempunyai penyakit2 kronik y diblacklist oleh insurans, saya sarankan ambiklah insurans demi masa depan. Saat saya nak ambik insurans kesihatan untuk diri saya dulu, semuanya sudah terlewat. Sebab penyakit2 y sy hidapi ni tersenarai dalam penyakit kronik y diblacklist oleh agen insurans... melainkan, jika masuk dulu insurans & selepas itu baru disahkan mempunyai penyakit, barulah insurans akan cover. 

Kita bukanlah sesiapa.... mana nak cari duit serta merta. Kalo kita Perdana Menteri, Raja, Jutawan mahupun sesiapun...pasti kita tidak akan teraba-raba untuk mencari duit demi perubatan untuk kesihatan.. Tapi,, org kenamaan, jutawan pun pasti akan memiliki insurans perlindungan diri juga. Sebenarnya, dulu saya memang ada insurans kesihatan... Tapi stop ambik insurans tu masa umur 12-13 tahun, sbb saya fikir mama saya ibu tunggal..mesti nak guna duit banyak lagi.. Lagi pun saya sihat walafiat waktu tu.. manalah tahu, setahun lepas berhenti tu semuanya merubah kehidupan saya bila disahkan mempunyai ketumbuhan dlm otak.. Dan saat tulah teraba-raba mencari duit utk biayai perubatan & menjalankan pembedahan. Tapi mujurlah pihak sekolah prihatin & badan2 kebajikan yang sudi membuat kutipan derma untuk membiayai rawatan saya saat tu.

Tapi, sehingga kini...serius saya kata... Rasa semput sgt setiap kali saya jatuh sakit & masuk wad.. Walaupun sy just msuk hosp gov jer..paling kurang kalo 3-5 hari duk wad, mesti RM500 yang melayang.. Sebab termasuk kos fain berulang alik lagi, pampers untuk saya , makanan & mcm2... Pernah berlaku, bila kesemua duit gaji saya mmg habis utk kos perubatan saja semasa di icu bulan 2 baru2 ni.. Perit sgt hidup masa tu.. Belum termasuk kos berulang alik ke hospital untuk appoitment dgn pakar di Kuantan. Apa2 pun inilah yang tersurat utk kehidupan saya.. Apa2 pun saya harus redha...& menerimanya dgn seikhlas hati..Baru jiwa ni akan tenang untuk menghadapi ujian2 mendatang.

 Sebab utama mengapa orang membeli insurans hayat:

1. Untuk melindungi pendapatan keluarga
Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan
dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan.

2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak terjejas.

3. Suatu pelan untuk pendidikan anak - anak
Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak - anak mereka. Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.

4. Suatu tabung persaraan
Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Insurans hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut. 

5. Suatu pelan perubatan/kesihatan
Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Orang yang bijak mengunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/ kesihatan yang tinggi.

6. Suatu ukuran nilai diri
Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.

7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang
Tidak seperti pemberian yang lain, insurans hayat adalah pemberian yang berharga dan kekal sepanjang hayat.

8. Perlindungan perniagaan keluarga
Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Insurans hayat membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.

9. Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh
Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan yang sempurna tanpa insurans hayat.

Dan...apa y saya coretkan disini bukan utk meminta simpati @ apa2 shj..Tetapi sekadar untuk memberi gambaran & perkongsian pengalaman di atas apa y saya lalui betapa pentingnya setiap individu itu mempunyai insurans diri. Esspecially bila keadaan terdesak..Sekurangnya ada sumber untuk cover masalah kewangan.. Cam saya kena bgantung 100% pd gaji saya & Fain.. Dan atas kesilapan saya itu, saya x nak ianya menimpa pada ank kesayangan saya, asya... Sy & Fain mula membuka acc bank & ingin membeli insurans perlindungan diri buat asya. Sebab sy rasa ianya penting.. Saya x nak, asya mempunyai nasib seperti saya.
Antara pic-pic kenangan sewaktu saya terlantar sakit : 

kalo x silap ni tahun 2009

tahun 2010.. Dia, yang sentiasa disisi & dekat di hati x kira apa jua keadaan saya.

tahun 2008. sewaktu koma & bergantung penuh pada mesin pernafasan bantuan hayat.
Time ni asya kat dalam perut saya..Usia dia 5-6 bulan.

Tahun 2011???
Ada masuk icu pada Feb-Mac 2011.. Juga xsedar diri & bergantung pada mesin bantuan hayat utk pernafasan mcm pic atas.. Just 2 hari saja bgantung pada mesin intubator, lps tu blh buang tiub tu sbb paras oksigen dah ok.

Bergaya Dengan Topi Strawberi

Ni pon pic lama daa.. Dalam 2 minggu lepas kot. Just nak interframe topi tu sebagai kenangan untuk asya tengok biler beso nanti. Topi biasa-biasa jer... Tapi special dari Tok Ma asya y dibelinya masa singgah kat Cameron Highland tempoh hari. Pic-pic ni sempat saya snap sebelum berlakunya peristiwa berdarah seperti yang saya ceritakan di entri Kenapa Dengan Siku Asya Tu ? ?

Jom layan :

1.2.3... tgk mama!!
 Masa ni dia duk sibuk nak langgar kaki mama dia dgn kuda biru dia tu.

see..rambut berserabai... baru lps mandi petang ni

Dunia kanak-kanak yang penuh kegembiraan.. Senyum sokmolaaaa... Senggih sokmola... Semoga sayang mama ni membesar dengan tabah & kuat dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang penuh ranjau.. Mama tau asya boleh... sebab asya sgt tabah sejak dalam perut mama lagi :-)

TAHAJJUD CINTA

Lagi drama terbaru di TV3 mengantikan drama Keranamu Laila dalam Slot Zehra. Tengok iklan kat tv semalam.. Nampak macam best. Jom layan promo drama Tahajjud Cinta & Sinopsisnya. Ermmm... adakah drama ni diadaptasi dari novel Tahajjud Cinta??? Saya  xpasti... Tp, nampak gayanya juga adaptasi dari novel ni.. Tahun ni, byk drama & filem y diadaptasikan dari novel yer.. Drama arahan Erma Fatima ini akan mula bersiaran pada 8 Julai dalam Slot Zehra di TV3. Pelakon-pelakon nya ialah  Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin dan Neelofa. Turut berlakon Norish Karman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Fazreen, Heryanto, Fadhilah Mansor dan Melissa Saila. Kiranya memang


Sinopsis

Mengisahkan mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.

Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz. Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy).
Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fauziah Gous) dari menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.

Novel Tahajjud Cinta

Video Promo Tahajjud Cinta

Terpilih Untuk Cover Majalah TLF !!

Wahhh.. siyes.. 
sungguh2 terharu bila tgk ada muka saya & asya terpampang kat cover mag's TLF..


See... cutenyer model cilik ni...
Tenkiu buat EB kerana sudi mengabadikan wajah saya & asya
kat cover majalah ni.. Dan x lupa juga tahniah buat Mummy Ayu+Ian&Iris y turut sama memeriahkan cover mag's TLF ni..

I LIKE :-)

Wednesday, June 29, 2011

Masalah Pemakanan


Sup adalah makanan yang sgt sesuai untuk kanak-kanak.. Dan ini jugak adalah febret asya. memang hari2 buat sup untuk asya.. Tapi dia suka makan sup dgn meehoon. Kalo nasi mmg kurang sgt2..Kadang-kadang, makan 2 - 3 sudu je, terus stop..Tapi kalo sup, ltk sebekas ke, mmg habis.. Kadang2 risau sgt2... Sebab asya mmg bergantung sepenuhnya pada susu ajer.. Tu la yang membimbangkan. Takut dia lapar ke.. Tapi itulah, bila nak suap nasi mmg menolak.. Roti makan la hjugak separuh.. Tu pon beli roti butterstoch. Memang normal ke anak2 seusia asya mempunyai masalah pemakanan cam asya ni???

pose sebelum menjamu selera

Nak mee hoon.... Tu yang mulut jadi gitu.. hehehe

Wordless Wednesday : Bunga Tanpa Nama

hehehehee.. akhirnya.. 
saya pon nk b'wordless wednesday gak...


Bunga Tanpa Nama... Sebab saya xtau nama pokok ni aper.. Ader saper2 tau???
Hasil dari petikan jemari saya tanpa sebarang edit..

Kanak-Kanak Riang

 Ermmm..memang kanak-kanak riang ni. Yang ni cerita hari Sabtu lepas.. Petang tu sempat bawak Asya main kuda mainan ni kat Funfair Pekan Budaya yang sedang diadakan kat Padang Astaka, Kemaman. Just naik satu ni jer..Sebab yang lain semuanya x menyakinkan..Berkarat-karat & nampak bahaya.. Kalo Funfair Euro tu best jugok...

senyum panjang bila kuda ni dah mula berpusing

rilekskan diri skejap

haaa... ni dah nampak gigi taring hantu asya...

senyum :-)

**pic nampak over terang..hehehhehe..nmpak sgt x mahir lagi ni..

SINOPSIS BAIT CINTA









Sekarang ni tgh duk meroyan layan drama Bait Cinta kat TV9... Siyes.... drama ni mmg best & menyentuh perasaan.. Dan semalam, Hazri akhirnya bernikah jugak dgn Shuhada(mualaf)...  Apakah yang akan terjadi anara Hazri & Shahnaz???Ya Allah, mulianya hati Ana... Ishhh... kalo realiti, ada ke y sanggup menjadi lilin yang membakar diri??? Siyes, x sabar nak tunggu episod seterusnya.. Sebab drama ni makin best.


SINOPSIS BAIT CINTA
Drama Bait Cinta bermula dengan Hazri, lakonan Riz Ainuddin yang merupakan anak tunggal kepadaseorang hartawan. Sejak kematian bapanya, Hazri dipertanggungjawabkan untuk mengurus perniagaan bapanya, Khalifah Holding. Hazri tidak pernah merasai kesusahan kerana ibunya Maria, lakonan Rozie Othman, tidak pernah menolak permintaan anak kesayangannya sejak kecil sehinggalah apabila dewasa, Hazri tidak lagi tahu membezakan yang mana halal dan haram. Hazri amat boros dan suka berjoli, apatah lagi dengan kehadiran Jeff (Azhar Sulaiman), sahabat baiknya yang sentiasa menunggu peluang menumpang kesenangan Hazri.


Maria berasa kesal dengan perbuatan dan perangai Hazri yang telah jauh menyimpang. Akhirnya Maria membuat keputusan untuk menjodohkan Hazri dengan seorang gadis kampung bernama Ana. Ana, lakonan Eira Syazira, merupakan seorang ustazah dan Maria berharap kemunculan Ana dapat membantu Hazri kembali ke jalan yang benar. Hazri tidak setuju dengan cadangan ibunya tetapi terpaksa akur apabila ibunya ingin menarik semula semua saluran kewangannya dan memecat Hazri dari Khalifah Holding.

Selama perkahwinan mereka, Ana tidak dilayan oleh Hazri sebagai suaminya. Hazri sering keluar berfoya-foya dengan kawan-kawan di luar. Pada hari ulangtahun Hazri, Ana telah menyediakan kek untuk menyambutnya bersama Hazri tetapi tidak diendahkan oleh Hazri. Malah Hazri keluar menyambutnya bersama kawan-kawannya. Tetapi ketika di dalam perjalanan, Hazri teringatkan isterinya yang kesedihan dan timbul perasaan bersalah dan kasihan kepada isterinya, lalu pulang ke rumah.

Ana dan Maria berasa sangat bersyukur dengan perubahan Hazri yang lebih mengutamakan keluarga terutamanya isterinya, Ana. Namun di dalam kebahagian itu, mereka terpaksa menempuhi pelbagai dugaan yang melibatkan kandungan Ana dan cinta yang tidak diduga oleh Hazri terhadap rakan sekerjanya Shahnaz lakonan Natasha Hudson. Pada masa yang sama Ana pula berasa simpati terhadap seorang wanita mualaf, Nur Syuhada (Charmaine Poo) yang sentiasa didera oleh suaminya, Iqmal. Ana dan Hazri cuba menasihati suami Nur Syuhada namun lain pula yang timbul. Fikiran Iqmal telah diracun oleh Jeff dan menuduh Hazri mempunyai hubungan sulit dengan isterinya Nur Syuhada lalu menjatuhkan talak ke atasnya.

Adakah Ana akan membuat pengorbanan terhadap cintanya kepada Hazri dengan membenarkan Hazri berkahwin dengan Shahnaz atau Nur Syuhada? Mungkinkah Nur Syuhada tersasar jalan sebagai mualaf kerana kecewa diceraikan oleh suaminya?


Pelakon Bait Cinta
Riz Ainuddin, Eira Syazira, Natasha Hudson, Azhar Sulaiman, Charmaine Poo

Waktu Siaran :
8.30 Malam di TV9 :-) Dekat Di Hati

Peristiwa Israj & Mikraj

Tarikh 27 Rejab adalah tarikh yang begitu istimewa dalam bulan Rejab ni. Ada sesiapan yang mengambil kesempatan untuk berpuasa sunat pada hari ini?? Alhamdulillah, keadaan saya hari ini stabil & sihat untuk menunaikan puasa pada tarikh yang bersejarah.. Tahukah apa yang ada pada tarikh 27 Rejab?? Ianya merupakan tarikh sempena peristiwa Israk & Mikraj.. Jom baca sedikit ringkasan ttg peristiwa Israj & Mikraj yang sempat saya google.

google

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah keMadinah
Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailidmeninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialahBaitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. 
Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di MadinahMadyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allahdi Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunyaHalimatun Saadiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi IbrahimNabi Musa dan Nabi IsaPeristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagiNabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53),Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Tuesday, June 28, 2011

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?Yang tulisan biru tu rumusan dari saya sendiri... silakan baca yer, esspecially.

cik abe fain..sila ler bace yer!


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
~~> Ermmm... menangis dalam hati begitu menyakitkan :-( .. Jd utk kebaikan..keluarkanlah airmata sebanyaknya..Baru lega..

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
~~>Haa... yang ni betulla..Kalo kita tgh marah,main tegur2 kan meletus perang dunia.. Jadi calm down dulu

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
~~> Bila kita dah sygkan seseorg, segala y buruk nmpak baik..hingga memakan diri sendiri..Last2 diri y merana.. Jd sygi diri kita selebihnya

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
~~> Setuju sgt2

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
~~> Aduhhh... gugur jantung wei

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
~~> Hehhehe..bile trima pujian kembang semangkuk & sipu2 malu.. Tp pujian tu bg sy 1 penghargaan utk wanita. Puji pon pujilah seadanya..Bkn melebih-lebih

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
~~ Boleh berlaku, jika hati perempuan terlalu terluka..Kesimpulannya, jika rasa xde perasaan pd seseorg wanita tu, jgn bgnya harapan.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
~~Insyallah... lama2 wanita itu mula terima hakikat

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
~~Setuju.... saya suka luahkan melalui tulisan & muzik

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
~~Pantang!! Tanpa rahim wanita ni... x lahirlah generasi-generasi seterusnya

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
~~no komen

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
~~ hehehheee,,,cam perli aku jer ni?? mestila jual mahal dulukan..kitakan ada maruah

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
~~mungkin

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
~~setuju

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
~~setuju

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
~~hehhehee..

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
~~ betul...saya selalu kata g2 dulu..sebab apa x jumpa Fain terus jer..Biar dia sorang je dlm hidup..Tp itulah...peristiwa lalu mematangkan diri

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
~~ ????????????

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
~~ betull...kalo ada tambahan kata2 y sweet..lg indah rasanya

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
~~ setuju

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
~~setuju

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
~~setuju

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
~~setuju

27. Senjata wanita adalah airmata!!
~~setuju

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
~~mmg sgt2 suka..rasa dihargai oleh pasangan

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
~~betul kot... sbb ini y berlaku pd saya..hehehee

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
~~ 100% SETUJU.. bukan mau harta & wang ringgit

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu . :-)

sumber : facebook

A.S.Y.A

asya & tokma

Pic candid yang saya snap . Berada dalam dukungan tok ma kat belakang rumah.. Gi ngintai biawak ghupernyer... Hehehehee.. Saya terus panggil nama asya, bila dia b'paling kepala, terus sy snap pic ni. Hehehehe... comei plok dalam keadaan mimik muka gitu..Siap menjilat bibir tu.

Jom Menimba Ilmu Di TAYLOR'S UNIVERSITY

autopublish

Taylor's University merupakan salah satu ipts yang menawarkan kursus2 yang menarik. Dan terbaru, bagi pengambilan June/August 2011, Taylors University menawarkan beberapa program Bisness Master Degree.


Kursus-Kursus Master Yang Ditawarkan Adalah Seperti Di Bawah.
Sila Klik Setiap Course Dibawah Untuk Mengetahuinya Lebih Lanjut


Selamat Menimba Ilmu & Menuju Ke Gerbang Kejayaan Di

*
*
*
*
*
Terima kasih kepada pihak nuffnang kerana sudi menyiarkan iklan Taylor's University di blog ini. Semoga pihak nuffnang terus memberikan kepercayaan untuk menyiarkan iklan-iklan produk lain juga.


Alhamdulillah, dapat BE ke 7 dari pihak nuffnang. Dan kesemua BE yang nuffnang dah berikan sebelum ni masih terus berjalan. Dan harap, kempen yang nuffnang berikan ini bertahan lama.

--> sy perasan sejak sy buang banner HB tu, mencurah-curah BE masuk.. Dlm minggu ni ajer dpt 3 BE.. Sy xpasti ianya hanyalah kebetulan atau tidak... Sy buang banner HB tu sbb xde peningkatan & lagipun, cukuplah saya bersama pihak nuffnang ajer:)

Keindahan Dasar Laut

autopublish

Layan jer la dengan tajuk entri tu. Masih lagi berkisarkan tentang hobi Fain yang suka deko2 dalam balang kaca ikan ni disamping melayan permintaan anak daranya tu. Masih ingat entri Ikan Goldfish Untuk Asya.. masa ikan just letak dalam balang kaca yang kecik ajer.. dan selepas tu Fain keluar balik beli balang ikan yang besar complete set dengan anak2 ikan skali..  

Selepas Dideko
Ntah aper2..Penuh... Sila jgn terkeliru dgn hiasan2 ikan tu... 

Ikan belang-belang hitam+oren tu ada 5 ekor

Ikan Emas ada 2 ekor

batu-batu kecil y kalerful digunakan untuk menceriakan balang kaca ni

Deko latest... Dari pandangan atas


Dari pandangan depan... Deko terbaru yang nampak lebih kemas , tenang, cun. tapi time ni ikan emas dah x ada. Sebab masa Fain sibuk duk cuci balang, buang air & ikan2 diletakkan dalam baldi.. Punya la ralik mendeko, smpai x sedor ank daranya main ikan2 kat dalam baldi tu. Berani la plok asya ramas ikan emas tu.

Monday, June 27, 2011

IKAN CELUP TEPUNG

Makanan febret  & femes orang pantai timur ialah sejenis makanan celup tepung seperti ikan celup tepung, sotong celup tepung, udang celup tepung, ketam celup tepung dll. Kalo pergi kat area pantai-pantai di Terengganu mesti wajib ada gerai yang menjual makanan berasaskan celup tepung. Dan tak lupa jugak aiskrim goreng yang sgt femes kat pantai Batu Buruk. Biasa dimakan semasa minum petang, lagi best kalo tepi pantai :-)

Errrmmm... marveles..
Ikan Celup tepung cicoh sos


MINTA BAIK JASA KAWAN-KAWAN UNTUK VOTE ASYA:

1. Like Page http://www.facebook.com/ad
hadimohd
2. Like Photo Ini : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=240557212622423


TQ

Asya dah dapat adik GIRL

Hehehe... Bukan adik betul... Tapi adik sepupu ni... Masih cerita yang terbengkalai. Selepas balik dari melawat abg Fain kat KMC aritu, singgah ke rumah cousin Fain sbb nak tgk baby y baru selamat dilahirkan.. Asya mmg suka dgn baby.. Rasanya, kalo asya ada adik, mmg dia akan jadi kakak yang baik.. Nampak sifat penyayangnya.. 

Jom layan pic asya dengan baby girl ni:-

Syoknyer baby ni tdo..

Pelukan sayang seorang kakak

Dua-dua cute !

Selamat Datang Ke Dunia
Nur Alya Syamimi

Amalan Membedung Bayi

Membedung bayi adalah amalan orang lama bagi menggelakkan anak daripada terkejut dari tidur.. Terutamanya ketika dalam pantang. Dan sepanjang berpantangkan asya, mmg saya selalu membedungnya & ianya berlarutan sehingga ke usia beberapa bulan sbb asya mmg betul2 tdo lena bila dibedung.

asya di dalam tempoh pantang
Namun begitu, kajian yang dijalankan menunjukkan bayi yang dibedung tidur dengan lebih lena kerana :
  1. Bayi tidak mudah terkejut dengan bunyi bising disekelilingnya
  2. Membantu agar bayi rasa lebih selamat dan selesa. Kain bedung yang membalut bayi membuatkan bayi terasa seperti didalam kandungan ibunya
  3. Mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan
  4. Mengelakkan bayi dari menggawangkan tangannya ke atas – keadaan ini biasanya terjadi apabila bayi terkejut disebabkan oleh bunyi yang kuat disekelilingnya
  5. Membantu bayi menyesuaikan diri dengan suhu persekitarannya selepas keluar daripada rahim ibu.
Cara-cara untuk membedung bayi


*
*
*
*
Asya yang tertido lena ketika dibedung
Ni dah lepas pantang.. Still nak tdo b'bedung

sumber :

Sunday, June 26, 2011

Ku Sayang Kepadamu...Mama Sayang Kamu !!!

Penyeri Petang Ahad :-)

mmuahhhhh
sedapnyer kiss asya!!!

Petua Untuk Atasi Kegemukan Dan Membuang Lemak

by google

Selain diet , berjogging dan pengambilan ubat-ubatan moden serta menjalani rawatan pelansingan badan.. Namun masih ada petua lama yang mungkin dapat membantu untuk mengatasi kegemukan.

Buah Pinang

* Buah pinang muda y lembut dibelah dua & dibersihkan
* Rebua pinang y dicuci tadi hingga mendidih.
* Biarkan air pinang muda sejuk sebelum meminumnya.

Air rebusan pinang muda akan membantu untuk rasa lebih mudah membuang air besar & semua lemak akan tersingkir melaluinya..inyallah..

Air Asam Jawa


* Dapatkan asam jawa & bancuhkan dalam air, tambah gula sedikit untuk balancekan rasanya.
* Tapis air asam jawa y siap dibancuhkan tadi bagi mengasingkan biji2 & akar2 asam jawa.
* Sedia untuk diminum

Yang ni memang jadi amalan saya dari belum kahwin lagi. Memang berkesan. Cuma kena rajin & kesannya memang perlahan.. Boleh juga gunakan limau nipis Apa yang penting ianya selamat. 

Kenapa Dengan Siku Asya Tu ? ?


Tadi ada yang tanya kat entri Saya Model APOLLO.. Kenapa dengan siku asya tu??? Sebab kena biskut apollo ke??? Hehhehehe... Itu lah cop yang pertama asya dapat... Dalam 2 minggu lepas kot, saya nak keluar gate buang sampah. Nampak jer saya buka gate tu, asya y ralik ngisap  susu terus bangun , berlari & capai selipar jeponnyer.. Pakai terbalik plok tu.. Sambil berlari gedik2, kelek botol susu dia tu polo kot belakang. Ganer xtau dia berlari tu sampai boleh terjatuh. Nasib baik pakai sluar panjang, jd selamatla kat lutut.. Tapi kat siku tu mmg dalam & besar gak la luka.. Hari2 letak minyak gamat.. Cepat baik luka tu.. Lepas ni kena beli Bio-Oil la utk pudarkan parut.. nak sapu kulit kayu manis kan, terlolong plok. Begitula alkisahnya... Jadi anak-anak... jangan nakal2 yer.

Dapat BE --> Snek Ku : Naked Turtle SS


Alhamdulillah... penghujung June ni penuh rezeki, bila Nuffnang sudi memberikan sebijik lagi BE Snek Ku : Naked Turtle SS kat blog ini... Ini bermakna sekarang ada 6 BE sedang melekat di sini. Mekasih Nuffnang kerana sudi menyinggah di blog yang tak seberapa ni.. Mudah-mudahan nuffnang sudi berkongsi lagi BE baru di blog ini... Dan biarkan BE ni semua masak ranum dulu barulah gugur yer!

Terima kasih buat semua kawan2 yang tak putus2 menyinggah disini. Dan jangan lupa untuk klik-klik iklan kat sini yer... 

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) H.O.L.I.D.A.Y (30) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) mama+papa+fasya (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) fasyafrinatraveltales (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)