Sunday, July 31, 2011

Petang Ni Intai Anak Bulan : Salam Ramadhan Buat Semua

by google

Pejam celik, pejam celik...akhirnya bulan ramadhan mula menjelma..
Salam Ramadhan buat semua blogger & pembaca blog ini.
Semoga ramadhan kali ini membawa keberkatan dalam hidup kita semua.

Dan...harapan saya utk ramadhan kali ini agar saya dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna tidak seperti 2-3 tahun kebelakangan ni. Macam tahun y sudah2... saya selalu jatuh sakit & masuk wad di bulan Ramadhan , mybe kerana masalah kesihatan.. Dan syukur...hingga ke saat ni, saya rasa ada energy utk menjalani ibadah puasa..

Harap sgt semuanya berjalan lancar untuk tahun ini. Semoga ramadhan kali ni memberi sinar perubahan dalam kesihatan diri saya & asya.. Tiada siapa y meminta untuk sakit & jatuh sakit. Tiada siapa suka merasai sakit & menanggung bebanan drp penyakit.. Ya Allah... semoga segalanya dipermudahkan. Amin...

Selamat Cashout untuk kali ke-5 :-)

Entri kali ni memberi kegembiraan yang berganda dari pihak nuffnang kepada saya..Bagi saya ini semua rezeki apabila kita ikhlas menulis... Kurangkan bergosip..Dan catatlah yang baik2 dalam diari hidup kita:-)

KEGEMBIRAAN YANG PERTAMA
kosong sudah !

Alhamdulillah..semalam saya selamat cashout acc nuffnang untuk kali y ke-5. Walaupun amountnya x sebanyak otai2 blogger, tapi ini dah mberi satu kepuasan buat saya. Ekceli saya saja tunggu sampai ke tarikh 31hb untuk cashout. Dari apa y saya tau, kalo cashout akhir bulan masa menunggunya adalah tidak terlalu lama. Duit kali blh la buat belanja utk birth asya bulan 11 nanti & insyallah saya akan gunakan duit ni utk adakan GA.

KEGEMBIRAAN YANG KE-2

Dan kini BE saya just tinggal 2 ajer... Tp xpe BE sebelum ni mmg peram smpai masak. BE Maxis Blacberry Playbook Launch LR baru j dpt baru2 ni..Jadi masih dalam usaha nak menimpannya smpai masak... Tpi tu dari blog My Only One.. Dah la lama x update blog tu sbb lama x join Contest & GA.. Insyallah start bulan pose ni nak marathon.. Dan paling happy BE Samsung Galaxy S ii Launch Grapvine masih melekat kat blog ini.. Dan amountnya dah nak cecah RM40.. Moga bertahan sampai lebih drp RM50.. 

KEGEMBIRAAN YANG KE-3

Dan lagi rezeki di bulan Ramadhan ni, tgk status kat pembayaran... cek earning y saya cashout pada 6/6/2011 dah dihantar oleh pihak nuffnang.. Jadi saya tunggu je ketibaan cek tu di tangan saya.. Boleh buat belanja raya. Amin... syukur pada rezeki Allah swt y x pernah putus:-)


TQVM 
untuk pihak
jangan segan-segan untuk melekat disini lagi :-)

Trafikjam : Ramai mengoogle kisah Arwah Mohd Ashraff

Kelmarin saya ada keluarkan berita ttg kematian Aleesha Farhana @ nama sebenarnya Mohd Ashraff. Setengah jam selepas di post di blog, saya perasan y trafik kat blog saya rata-rata m'google kisah Mohd Ashraff.

Printscreen 30 selepas entri di post


printscreen pada pukul 12am semalam... 

Kisah Mohd Ashraff ni mendapat liputan meluas setelah mahkamah tidak meluluskannya utk menukar mykad kpd nama wanita. Semalam sempat tgk berita y mnyatakan bahawa pengebumian Mohd Ashraff ni dilakukan mengikut pengebumian org LELAKI. Apa2 pun, segalanya kerja tuhan..Kita doakan agar arwah tenang disana.Amin.

Saturday, July 30, 2011

Mohd Ashraf @ Aleesha Farhana Meninggal Dunia


Al-Fatihah
KUALA TERENGGANU – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.
Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.
Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan, memetik Bernama.com.
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.
Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Biar Hati Mencintai

Flashback balik citer romantik Nora Elena & Seth Tan
Kita layan 
*
*
*

Friday, July 29, 2011

Rutin Hati Jumaat

Seperti sedia maklum,Jumaat adalah weekend bagi kami y berada di pntai timur.. Bila tiba hari jumaat rutin wajib y dibuat ialah :

  • Basuh baju saya +fain 1 trip
  • Basuh baju asya 1 trip
  • Iron baju utk dipakai keje
  • Fain lak bauh kete, vakum dll...semuanya psl kete... org laki..ermmmm
hehehhe.... rambut tu xtahan !

Dan part y wajib....pagi tu mesti ke pasar pagi..Kadang2 tu xde beli apa2 pon. Saje jln2 lengguhkan kaki.. Igt lps raya ni nak start bjogging..Mmg dh lama x jogging..kalo jogging pon..."blog jogging ajer" hehhehee.. Kebetulan saya dalam usaha mgamalkan diet sihat..Xde makan apa2 ubat pon,just kawal pemakanan..Malam...mmg xde mkn nasi..Last mkn nasi ptg. Tp sure, raya nanti program diet ni tganggu .. 

Pagi tadi breakfast (breakfast la sgt mkn nasi+ikan patin tpoyak) jumpa la papa rock masuk restoran ni... Ermmm papa rock RAMLI SARIP.. Sgt mesra...senyum kat org..Dan, kat luar muka dia cerah & bersih sgt..Xdela nmpak rock sgt..

Sekarang asya sedang syok tdo...sy lak ambik pluang nk b'on9.Kalo x berebut la dgn dia & fain...Tp asya la y menang sokmo.Dan utk xtvt ptg ni xtau lg nk bwk asya pegi kemana..Time weekend ni j la nk hbiskan masa sepuasnya dgn dia & bwk dia jln2..Eyhh,,,sy xtau motif n3 ni...semuanya bterabur...

Most Beautiful Word

Mari Kita Renung-Renungkan :

Most Beautiful Word : 
ALLAH

Most Beautiful Song : 
AZAN

Wors's Perfect Encyclopedia : 
AL-QURAN

Best Exersice : 
SOLAT/PRAYING

Best Diet : 
PUASA / FASTING

" Fikirlah sedalam-dalamnya "

Thursday, July 28, 2011

Apakah Itu Resdung / Sinus

Dikalangan masyarakat kita, ianya lebih dikenali sebagai resdung..Tapi dari sudut perubatan ianya disebut Sinus. Resdung ialah sejenis penyakit alahan y mengakibatkan keradangnan pada bahagian y dijangkiti.. Namun jika penyakit ini dibiarkan & tidak dirawat sehingga ke peringkat y teruk ianya blh menyebabkan seseorg kehilangan penglihatan, jangkitan meningnitis dll..

Dan Fain salah seorg pengidap resdung.. Memang macam2 cara & alternatif y dah dilakukannya..Antaranya rawatan kat pusat resdung sampai keluar lendir+darah.. Memang takut tgk..Dan selain tu y dilakukan dirumah ialah kaedah rawatan mgunakan asap. Dan assistannya siapa lagi kalo bukan saya ni..

Mula m'asapkan dibahagian muka

Semakin lama asap makin tebal

Dan time ni dah mula nampak cam benda kaler kuning2 keluar dari liang roma kat muka.Esspecially bahagian hidung.

Hasilnya...memang bnyak sgt y keluar mde tu...

Tapi saya x pasti sebenarnya y kaler kuning mmg ulat resdung ataupun effect daripada kertas lilin ulat resdung tu.. Tp latest fain ada makan ubat cam dr akar kayu utk resdung..Mula nampak perubahan..Dah kurang gatal-gatal lagi.

Kat bawah ni saya nak share info y sgt penting ttg Resdung/Sinus ni. Mybe selama ni ramai y pndang ringan ttg penyakit ni..Info ini saya copy dari blog ini setelah memohon kebenaran darinya :

Apakah Sinus ?
(Resdung)Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga udara yang berada di dalam tulang muka,sekeliling hidung dan bahagian-bagaian badan yang lain. Rongga-ronggapada bahagian muka bersambung ke hidung melalui saluran yang sangatkecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga pada bahagianhidung setiap masa dan akan disalirkan ke dalam hidung.Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnyakuman bakteria akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkanpenghasilan nanah yang busuk dan bengkak akan berlaku di dalam lapisan hidung.


Penyakit resdung boleh membawa maut
RAMAI beranggapan rawatan penyakit sinusitis atau lebih dikenali sebagai resdung mengakibatkan komplikasi kematian, malah tidak kurang juga yang mengatakan bahawa penyakit ini sebenarnya tidak dapat dirawat. Sejauh manakah benarnya tanggapan ini ? Walaubagaimanapun, penyakit resdung tetap merbahaya kepada mangsa yang dijangkiti. Kerapkali kita terdengar, ada peaskit yang tertanggal telinga, hidung atau botak kepalanya kerana serangan resdung. Ia sejenis penyakit yang merebak secara senyap. Dan apabila pesakit itu menyedari bahayanya, mungkin ia sudah terlambat.

Siapa yang berisiko dijangkiti resdung ?
- Alah kepada habuk, debu dan asap
- Elergi kepada makanan laut, pisang dll
- Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
- Mempunyai dinding pemisah hidung yang bengkok
- Mereka yang mempunyai dinding hidung yang besar

Kanak-kanak
Sinusitis di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta. Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

Tanda-tanda awal penyakit resdung
Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.

Tanda-tanda penyakit resdung mengikut bahagian badan
Rongga Dahi
- Migrain atau sakit kepala
- Kelemumur atau gatal-gatal kulit kepala
- Keguguran rambut

Rongga Mata

- Gatal mata, mata berair, bengkak atau sakit
- Penglihatan kabur

Rongga Hidung

- Selsema / bersin berpanjangan
- Hidung tersumbat / bernanah / berbau
- Kurang deria bau
- Sakit di pangkal hidung

Rongga Telinga
- Gatal dalam lubang telinga
- Telinga sakit / bernanah / berbau
- Masalah Pendengaran

Rongga Pipi

- Masalah jerawat
- Kemerahan dibawah mata dan pipi
- Rasa sakit / gatal di muka

Rongga Mulut
- Gusi bengkak / berdarah / bernanah
- Gigi longgar / sakit

Rongga Dada

- Batuk
- Lelah dan berkahak
- Gatal dalam kerongkong
- Jerawat di tengkuk / dada / belakang
- Gatal-gatal badan

Usus Besar / Kecil

- Pembiakan cacing kerawit- Buasir / berak berdarah
- Dubur bengkak

Kaki / Tangan

- Makan air di celah jari
- Kuku makan cekam


Info ini  diperolehi dari sumber setelah memohon keizinanya... http://scripters.ning.com/forum/topics/apa-itu-resdung

ABJ : Ais Batu Jagung


Cuaca-cuaca panas ni...
Memang melegakan tekak !

Alahaiiii.....Bapak Mertua Ku !

Ekceli citer adalah dlm 2-3 minggu lepas dah.. Tp asyik tperam ajer.. Al-kisahnyer.... sporting moting sguh FIL sy ni.. Rajin layan menantu dia ni bposing.. Ermmm dari kain pelikat+tshirt lusuh bertuko k sluar jeans+jersey..Samapi sakit perut melayan posing FIL saya ni.

Bagaikan hero pujaan ramai... Tak tahan seyhhhh tgk gaya ni!

Dan....mesti ada nk menempel 

Tu dia....aksi pon bermula

Ntak aper ke gaya y FIL sy buat..Macam nak buat tarian robot pon ader.

Dan....FIL saya buat mulut seksi tu:-)

Macho men!!!

Asya : 
ayoyoyoooooo...tok ki banyak encem...byk kelakor!! Asya dont believe it!!!

Gelekek asya suka

**Alhamdulillah dpt MIL & FIL y sgt sempoi  :-)
Sila abaikan permandangan y indah dibelakang tuyer..Biasa la ni kat ruangan lepak family+tmpat ank cucu bgolek..Jd suasana cun sgt drp kt ruang tamu :-)

Wednesday, July 27, 2011

PERCAYALAH : Lipstick SimplySiti -Simply Gorgeous Lip Color

Malam isnin baru ni dah ke Watson sebab nak beli lipstik ni.. Ekceli, lipstick ni dapat sale 50% if beli produk SimplySiti beharga RM20 keatas dalam satu resit. Harganya RM 35.90 kalo tak silap. Kalo dapat potongan 50% tu harganya jatuh RM17++.

Ni dia rupa lipstik Simplysiti Gorgeos Lip Color

Dan warna pilihan saya ialah PERCAYALAH LC 19

Ermmm rupanya nama barangan simplysiti ambik dari tajuk lagu Dato' Siti kot...Cer bayangkan kalo dia letak nama " Bukan Cinta Biasa"...Ermmm panjang tu... Tapi menarik gak kan?? Senang nak ingat sebab lagu dia femes2..Lepas ni kalo nak suh Fain beli, just suh dia bg tau kat promoter tu nak Lipstik simplysiti "percayalah". Hehehhee..

Ini warnanya..Memang kena dgn jiwa saya.Sebab saya mmg suka pakai lipstik kaler y ala2 nampak & x nampak.

Kita zoom in lagi kalernyer..

*
*
*
*
*
*
model lipstik simply siti
PERCAYALAH L19
*
*
*
*
*

hehehe,,,inilah model tetap saya y sporting sokmo!!

Cantikkan kalernyer?? Memang sesuai dgn saya. Dah ngetest pon & lipstiknya x melekit & mengeringkan kulit bibir. Yang penting serasi dgn saya. Nak tgk saya pakai lipstik ni...tunggu pic raya yer..Hhehehe


Maka dengan itu...tertunailah satu salah satu list demand raya seperti yang diceritakan di entri ini . So, misi seterusnya utk bjimat cermat bagi mencapai list2 y seterusnya... Dan saya xde la demand y mahal..semuanya mgikut keperluan serta masih dalam baject y minimum. 

Wordless Wednesday : Bunga Dikelilingi Kumbang


Ermmm...
Macam-macam peseng ader !

Wordless Wednesday : Colouring

C.O.L.O.U.R.I.N.G
*
*
*
*




hehehhehehee
C.O.N.T.E.N.G
C.O.L.O.U.R.I.N.G KAH ????

Tuesday, July 26, 2011

Menghukum Anak Dengan Cara yang Betul

Dalam mendidik anak...kita harus terlalu banyak bersabar dalam melayan kerenah anak..Esspecially kalo anak2 buat perangai y mungkin membuatkan hati kita membara. Namun, untuk menghukumnya tetap ada caranya. Kali ni saya nak share ttg info menghukum anak y melakukan kesilapan y dikongsikan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusof dari UIA.. Sama-sama kita praktifkan demi kebaikan & masa depan ank y kita kasihi :-
klik untuk pembesaran image & info y penuh

Jadilah ibubapa yang penyayang serta bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak .
Anak-anak mencerminkan diri kita..Jika buruk sikap yang ditonjolkan oleh kita, maka buruk jugalah sikap yang ditonjolkan oleh anak-anak kita.

Hairclip

Hadiah ni dah lama sampai..tp asyik tersimpan dlm draft jer sbb x jumpa jejak pemberi hadiah ni. Sebab masa terima hadiah ni just gtau dari IDMA TEXTILE..Ermm..silap saya sbb kalo menang apa2 x pernah remark.. Apa2 pon..saya masih cuba menjejak pemberi hadiah ni..Sebab kat sampul ni just tulis from IDMA TEXTILE.


Hairclip y sgt cantik khas utk asya..Sempena join contest dari IDMA TEXTILE..
 Asya dah pakai pon... Tapi time tu lupa nak snap pic..Kita tunggu pic raya yer..

TQVM
Suka Sangat-Sangat :-)

Tq buat Pn.Nina cz sudi inform sy :-)

Suatu Ketika Dulu

P'capture pic : Fain @ Cherating'04

Suatu Ketika Dulu
Kulit Cun Jer
Tak Berkerutu Macam Sekarang
(eyhhh..berkerutu ker???)
Ermmm...Tak Kusam Macam Sekarang

Suatu Ketika Dulu
Body Slim Melim Jer
Sekarang?????

Suatu Ketika Dulu
Umur baru 19 Tahun..
Sekarang...uhuhuhu tambah la 7 tahun..

Inilah salah satu kenangan di zaman muda2 dulu
Masa muda adakalanya mematangkan diri untuk menghadapi masa tua
Insyallah

Monday, July 25, 2011

Misi Menjadi Juara : Gadget Baru


Inilah gadget terbaru asya dalam pembelajaran...Menarik kan??? Apa y bestnyer...abjad-abjad & nombor ni boleh dibuat keretapi dan macam2 lagi.. Jadi... asya boleh belajar sambil bermain. Biasanya bila dia nak reka buat sesuatu..mesti dia akan tanya.." Mama..ni huruf aper".." " Ni kaler aper" dan macam2 lagi soklannya..Sebagai sokongan..kita kenalah layan segala persoalannya..sebab usia macam ni mmg dia sedang m'explore dunia & mcm2 perkara y ingin diterokai & dicuba. Apa y penting...selain kualitinya..harganya juga murah..dalam Rm15++.. Berbaloi-baloi kan??

Warna juga mempengaruhi daya ingatan & dapat menarik minat si kecil. Sebab tu taman permainan penuh dgn warna-warni. Jadi kalo gadget utk pembelajarannya penuh warna-warni, msetilah ank berminat nk terokainya.. Bayangkan kaler semuanya kaler hitam+putih..Mesti suram je kan??

Mama akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup asya..Mama akan pastikan asya membesar bagaikan juara.. Menjadi kebanggaan mama+papa, agama & negara. Insyallah...asya doctor to be!

Selepas puas bermain...Take 5 dulu... 
Gaya baik punyer!!

Petua Untuk Menggelakkan Diri Daripada penyakit Barah

Penyakit barah/kanser adalah penyakit y paling ditakuti.Apatah lagi, kebanyakan kanser ni menbiak secara senyap & hanya dapat dikesan atau menunjukkan tanda apabila sudah tiba pada tahap yang bahaya, Tapi masih ada penyakit barah y dapat dikesan awal. Dan saya juga merupakan salah seorg bekas pesakit y pernah mempunyai ketumbuhan dalam kepala. Tapi alhamdulillah dapat dikesan di peringkat awal & sudah selamat menjalankan pembedahan ketika berusia 15 tahun. 

Namun..itu tidak bermakna akar itu tidak akan berumbi kembali. Untuk itu saya harus menjalani MRI. Tp y sedihnya, resultnya MRI y dibuat pd Feb2011 haritu x dapat dibaca sebab x dapat masukkan sejenis ubat untuk MRI Contrast kalo x silap.. Kesemua urat-urat di tangan & kaki dah reject semua jarum drip+ubat.. Mmg urat sy dah x boleh guna. Yang ada cuma bahagian leher & celah peha.Itu je bahagian y perlu dijaga sebetulnya, sebab if ada emergency kes bila masuk spital, bahagian tulah digunakan utk memasukkan ubat.

Setiap penyakit ada penawarnya...
Kecuali TUA & MATI

Jadi untuk mengatasinya saya cuba mencari petua atau cara2 y mungkin boleh diaplikasikan untuk mgelakkan diri daripada penyakit barah. Sebagai manusia, kita harus sentiasa berikhtiar. Selagi ada peluang & jalan di depan... kita harus mencubanya. So, kali ni saya nak share petua y sy jumpa hasil carian di google.. semoga kita dapat amalkan bersama-sama.. Kata org,.. sediakanlah payung sebelum hujan .
  1. Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
  2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
  3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.
  4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
  5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
  6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
  7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
  8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
  9. Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
  10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.
sebelum masuk bilik MRI

Semoga Kita Dapat Mengamalkan Petua-Petua Yang simple Ini.
Berusahalah Selagi Ada Jalan Di Depan Mata
Mengalah...Bukanlah Diri Saya :-)

Sunday, July 24, 2011

Slot Samarinda : Ramadhan Terakhir

Drama Annisa y disiarkan dalam Slot Samarinda sudah pun berakhir baru-baru ni. Jadi bermula minggu ni ada drama baru y mgisi slot Samarinda. Dan sempena bulan Ramadhan y mulia Slot Samarinda mempersembahkan drama y menarik dari pengarah y pernah mengarahkan drama Seputih Kaseh ramadhan.. Masih ingat drama tu?? Yang mmg penuh emosi & airmata lakonan Eja & Arash. 


Drama terbaru mengantikan Annisa ialah Ramadhan Terahir . Apa yang menariknya, dalam drama Ramadhan Terahir ni Tasha membawa watak wanita bertudung. Saya pasti drama ni pon pasti sarat dengan emosi & penuh air mata.. Sinopsis drama ni belum jumpa lagi..Akan diupdate kemudian :-)

SINOPSIS RAMADAN TERAKHIR

Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.
Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.
Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?

Pelakon :
 Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril, Anzalna Nasir, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Tengok Video Promo :

Maxis Blackberry Playbook Launch LR


Jom try 
Nak tau info lanjut

*
*
*
*

Alhamdulillah... nuffnang sudi hadiahkan 1 lagi BE baru iaitu Maxis Blackberry Palybook Launch LR di blog My Only One. Jadi kalo nampak iklan ni menari-nari..jangan lupa untuk klik-klik yer... Disamping tu boleh baca maklumat & info tentang Maxis Blacberry Playbook Launch LR.. Manatahu..kot-kot berminat nak memilikinya:-).. Sayang banyak kat NUFFNANG !!!! Jangan segan-segan untuk singgah di sini lagi yer nuffnang:-)

Wordless Sunday : Jalan Pulai



Jemput Datang
KE
Jalan Pulai

Saturday, July 23, 2011

Slot Akasia : Sinopsis Kasih Alia

Kasih Alia merupakan drama terbaru sempena bulan ramadhan ini di dalam slot akasia mengantikan drama Dewa Cintaku. Ini bermakna drama Dewa Cintaku dah nak tamat la ni...




Merupakan drama pertama Irma Hasmie selepas memakai tudung..Sweet:-)

SINOPSIS KASIH ALIA


Menyusuli “Dewa Cinta”, drama bersiri terbaru ‘Kasih Alia’ terbitan JS Pictures telah menemui para penonton menerusi slot Akasia mulai 1 Ogos 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam. Sebuah dendam yang membara telah mengakibatkan sebuah tragedi yang mengorbankan masa depan 2 orang kanak-kanak yang tidak berdosa. Hanya kerana ibu mereka dianggap sebagai perampas suami, mereka telah ditinggalkan secara sengaja dan terjerumus dalam sindiket menjual kanak-kanak.


“Kasih Alia” nenampilkan sentuhan kreatif pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland. Drama bersiri 26 episod ini membariskan Rafidah Ibrahim (Kasih/Alia), Sheila Rusly(Yuhanis), Iqram Dinzly (Qabil), Sharnaaz Ahmad (Qausar), Irma Hasmie Ibrahim (Qistina), Haryati Hamzah (Qasrina), Erry Putra (Fendi), Adey Syafrien (Eric), Zarina Zainuddin (Zulaikha), Khairil Anwar (Shariff), Fikhree Bakar (Hadi), Catriona Ross (Maya), Razak Ahmad (Kamil), Ku Faridah Ku Shafie (Mak Timah)  dan lain-lain.


Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis.Disebabkan kebencian Yuhanis terhadap Zulaikha yang dianggap sebagai penggoda dan perampas suami, Yuhanis bukan sahaja memberi layanan buruk malah tidak membenarkan anak-anaknya, Qistina, Qasrina dan Qausar untuk bergaul dengan Kasih dan Qabil. Hanya Qausar yang hampir sebaya bercakap dengan mereka. 


Kasih dan Qabil hanya menumpang kasih daripada pembantu rumah, Mak Timah kerana Shariff jarang berada di rumah dan Yuhanis pandai bermuka di hadapan suaminya.Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di bandar. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu.

Kasih telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan  menggunakan identiti anak perempuan mereka  iaitu Alia.Bermulalah lembaran hidup baru Alia bersama keluarga barunya dan berpindah ke Timur Tengah apabila 
Kamil ditawarkan sebagai jurutera carigali minyak.


 Sementara itu, Shariff tidak pernah berputus asa untuk menjejaki Kasih dan Qabil.Selepas 15 tahun, Alia pulang ke Malaysia dan bekerja dengan Eric sebagai pereka hiasan dalaman. Eric tertarik dengan personaliti Alia tetapi Fazril telah memulakan langkah terlebih dahulu untuk memikat Alia.Hubungan Fazril dan Alia berjalan dengan baik sehingga Alia diberitahu bahawa keluarga Fazril berjaya menyelamatkan Fazril yang menghidap sakit jantung dengan membeli organ dari pasaran gelap lebih kurang tempoh yang sama semasa Qabil hilang. Mengenangkan nasib adiknya yang menjadi korban sindiket, Alia mula berasa benci dan menjauhkan diri daripada Fazril.

Pertemuan Alia dengan Qausar telah memaksa Alia berdepan semula dengan kisah silam dan kenangan pahitnya. Dapatkah Alia memaafkan Shariff dan Yuhanis? Apakah kesudahan cinta antara Alia, Eric dan Fazril nanti?Jangan lupa terus saksikan “KASIH ALIA” di slot Akasia, setiap hari Isnin – Khamis jam7.00malam, hanya di TV3!
Pelakon-pelakon Kasih Alia
~~> nurizspaceb & gua
DRAMA TERBARU MENGANTIKAN KASIH ALIA--> Slot Akasia : Sinopsis Soffiya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (79) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)