Friday, September 30, 2011

KUBUR

sumber : facebook

Renung-renungkanlah... 
Jagalah adab berpakaian jika ingin menziarahi tanah perkuburan. 
Jaga perlakuan di tanah perkuburan.


--> September meninggalkan kita...Selamat datang Oktober... Bulan yang penuh makna :-)

Thursday, September 29, 2011

Sifat Wanita Yang Disukai Lelaki

Lima sifat wanita yang disukai lelaki :

sekadar gambar hiasan

1. Keibuan -
 Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mumpunyai ciri-ciri keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja.

2. Prihatin dan menghargai - 
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

3. Menjaga penampilan - 
Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai diri.

4. Bijak berbicara - 
Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti ini bukan sahaja menjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadi lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.

5. Solehah - 
Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak. 

~~ Adakah sifat-sifat ini ada dalam diri kita sebagai seorang wanita??? 

Wednesday, September 28, 2011

Wedding Caremony : Persembahan Special Dari Asya :-)

Dalam kul 11 pagi bertolak dari rumah abang di Bandar Sri Damansara untuk ke majlis perkahwinan di Bandar Tasik Selatan.. Tema wedding ni sgt sweet iaitu Purple dan Putih.. Tenang & Simple. Pengantin pon sama cantik..sama padan.

Dari pihak pengantin.. TQ

Macam biasa, anak dara saya ni memang selalu excited ke majlis perkahwinan ni.. Esspecially kalo tgk pelamin & pgantin y pakai baju cantik2.. Mesti kata... "Asya nok kawin "...hik2.. Dan satu lagi..mesti dia nak posing kat pelamin la.. Kat sini pon dah ikut mama dia ni.. Sukakan mende yang cantik2.. Sama gak cam sy, dari dulu suka tgk pengantin..suka tgk pelamin... dan paling suka semestinya bergambar la.

Hehe...tak habis2 model ni nak tunjuk souvenir dari tuan rumah.

Kan dah cakap... lagi takikut cakap dia, lagi tu la duk bising..tarik tangan mama dia..tangan papa..last2 nangis..Kalo x layan kemahuan dia nak g kat pelamin ni.. Akhirnya saya letak gak kat atas stage ni. He2..malu gak, sebab ramai mata memandang tgk gelagat asya ni.. Org lain sibuk makan..kita sibuk berposing.

olooo...pose manja 

I like this pic... Sweetnyer baby mama.. Selalu buat mama & papa happy tgk senyuman dia ni. Senyuman yang selalu menggetarkan hati & jiwa mama..

Hehe... dah jumpa pasangannya.

Nak jadi bibir seksis cam Angelina Jolie..
*
*
*
TIBA-TIBA 
NYANYIAN KARAOKE KEDENGARAN...
ASYA MAKIN TAK KERUAN
APA YANG JADI ???
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Skali dia naik atas stage ni.. Sambil menari & menyanyi... Dah jadi persembahan special lak.. Dah la time ni habis org yang makan2 tengok.. Dan penyanyi karaoke pon sampai tergelak time ni tengok gelagat asya kat stage.. Nampak gaya boleh masuk bintang kecil ni.. Ermm..satu lagi hobi asya.. dia memang suka menyanyi... Kalo memnyanyi sampai lentok2 suara , siap dengan mimik muka & menari lagi..

Time ni dah papa terpaksa ambik asya..Sebab pengantin dah sampai. Aduhai, buatnya x nak turun dari stage ni. Sampai menjerit-jerit. Time ni saya dah naik risau, sebab buatnya dia lari atas pelamin tu,habis tunggang langgang...

Akhirnya papa terpaksa angkat asya. Sampai meronta-ronta dia & menangis.. Tapi bila nampak je pengantin mula masuk dewan, dial dah calm down.

sweetnyer :-)

Pic x balance, sebab susah nak ambik gambar ni...PhotoG berderet-deret kat depan stage ni.

see....meriah betulkan...Huhuhu..semua kamera gedebukk tuh

Selamat pengantin baru..
semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. amin

Putrajaya : Sampai Bertemu Kembali :-)

Ok...ni last part kami di PUTRAJAYA.. Gambar ambik x banyak sgt.. Dalam pada tu, pilih punya pilih, just ambik yang terbaik saja... Kalo ikut hati semuanya nak letak.. Tapi xpela, sekurangnya nampak kenangan tercatat disini.

Senibina islam yang mengagumkan

Turun ke bawah... jalan2 tepi tasik.Kononya nak naik bot la..hi3..sian ke asya/

Susunan pic dah x betul ni.. Ni lak time balik..

Smile :-)

Patutnya pic ni lepas turun escalator tadi... Tgk... sama2 catwalk tu..Langkah sape paling panjang.

Asya & papa.. 

Mama & Asya

Time ni asya dah buat muka monyok..Ye la.. panas sgt ni..Saya dah la selsema time tu... Makin parah jadinya berjemur tgh panas.. Tapi xpela..skala skali kan..

He3..masing2 x nak kalah berposing

Masa ni saya nak tangkap asya.. Ya ampun..letihnya kejar2 dia.. Sampai berpeluh habis tu.

Last but not least.... asya & nek ma (MIL)

Cuasa panas terik kat sini membuatkan aksi2 posing kurang sket.. Ye la..keletihan lagi sebab perjalanan jauh.. Dari Kemaman...direct ke Putrajaya. Lepas tu terus bertolak cari gerai makan lu..Isi2 perut & terus bertolak ke Damansara, sebab bermalam kat rumah abg sy.. Buat semua kawan blogger kt KL nun..insyallah...kalo plan menjadi, kita jumpa akhir tahun ni yer :-)

Tuesday, September 27, 2011

Putrajaya : Tetiba jer terjadi "MODEL KAKU"

Masih lagi cerita di Putrajaya... 1st saya mohon ampun maaf buat semua kawan kat KL Lumpur.. Bukan saya xnak gtau kehadiran saya ke sana.. Tapi tu sume plan last minute.. Saya just gtau kat FB sebelum bertolak tu.. Kalo plan awal2, mesti sy dah inform kat blog ni.. Xpela..insyallah..kalo kesihatan ok, bulan 12 nak kesana lagi.. Ada jodoh boleh jumpa. Yihaaa!!

Next time nak naik bot dondang sayang ni.. Kalo naik cruise lagi best !

hak..hak..hak.. terbahak-bahak.. KAKU jerr

Kih..kih..kih..Berdekih-dekih..KAKU SEMACAM

Hua..hua..hua.. im not ready !!  KAKU JUGOK.. 

Huhuhu..nak senyum pon susah time ni.. Masa ni saya dilanda wabak se-les-me.. Ingat nak habiskan skaligus gambo2 tu sume.. Tapi..takut n3 panjang berjela-jela.. Kan boring & xbest lak...

Putrajaya : Kali Pertama Buat Asya

Jumaat baru2 ni sy bertolak ke  KL, ada kenduri kahwin. Tapi, sebab sampai awal, tak tau nak kemana..Last2 tersampai kat Putrajaya.. Konon2 nak naik cruise la... He3.. Last sampai sini awal tahun 2010 kot..Tu pun sebab outstation kat Kementerian Dalam Negeri. Jadi, just terperap kat situ...xdela rayau2 kat tepi tasik ni. Sementara ke rumah abang kat Damansara, sempat la bergedik kat sini dulu.

Asya & cousinnyer

Lagi pose merpati sejoli ni..

Model mama dah mula beraksi :-)

Senyuman style mama kot ni... he3

Asya sungguh teruja,, Sebab ni sebenarnya, selepas keluar dari perut mama dia, 1st time dia sampai KL.. Kesiankan?? Dah nak masuk 3 tahun..tapi baru kali ni saya bawak dia ke KL. Sebelum ni, ada datang tapi kena tinggal asya & lain2 urusan atas urusan kerja.. Tapi masa dalam perut mama, lama asya bermastautin di Hospital Kuala Lumpur.  Insyallah, bulan 12 ni nak bawak lagi dia ke KL..Tapi kali ni saya nak bawak dia pusing habis..Nak bawak dia naik monorail..lrt dan semua tempat best & tak lupa gak nak pegi balik tempat special antara saya & Fain dulu.. He3..

Alhamdulillah, bagi saya tahun ni tahu terbaik.. Sebab saya cuba tahankan segala sakit & cuba untuk menjalani kehidupan normal.. Rekod untuk tahun ni sampai setakat ni, bulan Feb aritu je saya masuk ICU, tapi keadaan teruk sebab hidup bergantung penuh pada tiub mesin bantuan hayat/intubator. Dan last sakit, lepas raya baru2 ni..just seminggu je ambik cuti..Walaupun sampai x sedar diri gak & Fain nyaris nak bawak ke ER.. Tapi saya mmg x nak, sebab tahu..kalo saya masuk spital mesti makin melarat-larat sakit saya. So, better saya rehat & pulihkan kesihatan saya kat rumah.. Dan sekarang makin pulih, cuma still gak rasa diawangan & muka cam moyok jer..

Dan untuk asya.. keadaan dia still sama..Memang selalu kena jaga pemakanan dia.. baru2 ni pon x sihat..Muntah2... Sepanjang g KL pon, dia asyik muntah2.. Mybe sebab berjalan jauh.. Aduhai..sebab tu mama n papa fikir banyak kali nak pegi jalan jauh ni.. Tapi insyallah...kalo betul2 jaga kesihatan mama & asya, kita boleh start travel...

**Ekceli ada lagi pic2 lain.. Tapi x sempat nak resize la.. Lepas2 ni la upload.. Sebab lateni saya asyik sibuk khatam novel.. Ye la..nak ambik exam katakan..hik3...

A Walk To Remember

5-6 bulan

Monday, September 26, 2011

Sambutan Raya Versi Simple

Tadi ada buat makan2 sikit sesama geng2 ofis ni.. (saya buat n3 ni time lunch hour yer..kul 1pm)  Masing2 bawak makanan sendiri.. Sambutan pun sederhana.. Just nak meraikan sesama ofismate. 

Tapi, dalam simple2 byk juga menu y dibawa.. Ada mee kari, lemang, ketupat, tapai, sate, rendang, puding kastard(sy y sponsor) dan kuih2 lain lagi.

Org kuat disebalik tabir...

Geng2 pompuan lepak2 jer... apalah muka sy ni, nmpak sgt x berseri.. Letih x hilang lagi & sy pon dah 3 hari selsema.. Start smpai KL aritu.. huk2.. x selesa sgt2.

Seekor kumbang y menghinggap bunga2..Hik3..

Kali ni x banyak ambik pic.. 
Tunggu dari kamera satu lagi plok..

Memori 60-an


Gambar kenangan antara mama & arwah ayah yang diambil pada tahun 60-an. Kalo x silap pic ni masa mama & arwah ayah baru-baru kahwin. Arwah ayah meninggal pada tahun 1990, masa tu saya baru je berumur 5 tahun.. Semoga arwah ayah tenang disana & mama akan menjadi bidadari yang akan menemani ayah di akhirat kelak.. Kalo tenggok pada gambar ni, muka saya banyak ikut mama atau arwah ayah??

---> hari ni ada jamuan raya y simple2 kat ofis.. 

Friday, September 23, 2011

When I Was A Little Girl

Hehe...kelako x saya masa kecik2 dulu??? 

Time ni umur saya dalam 2-3 tahun kot. Gambar ni diambil kat Subang Airport.. Yela... time tu, international flight semuanya kat Subang Airport. KLIA mana wujud lagi masa ni. Pic ni kenangan semasa hantar abang saya untuk futher study dalam course Chemical Engineering(kalo x silap la) kat University Of Boston, USA. Lama dia duk sana, bertahun gak.. Sampai masa arwah ayah meninggal pun abang saya ni x sempat balik Malaysia. Alhamdulillah, ada 2 org abang saya berjaya melanjutkan pelajaran kat oversea.. Dan kakak2 saya semuanya ikut jejak arwah ayah, jadi CIKGU..menyumbangkan ilmu.. Saya sorang je ganas sket...he3...Dalam sakit2 pun...ada gak ganasnyer :-)

--> hari ni maybe sy ke KL LUMPUR :-)

Thursday, September 22, 2011

Kasih Mama

Contoh mama terbaek...petang2 luangkan masa dengan "si anak"

Bawa "si baby" menghirup udara 

Alahai Mama Asya... Mana baju "Baby" ???
Confuse i... boy ke girl ni???

Menjaga "si anak" dengan penuh kasih sayang. Kata org kualiti bersama lagi baik daripada kuantiti bersama si anak, tapi tiada kualiti di dalamnyer.. Ke guaner???

Pose kepala macam ni dah jadi pose wajib asya

Zoom In

Jangkitan senyuman daripada "Ana Razali"

Last... Pic y menunjukkan seorang mama "baby" yang dah ilang sabar dengan "baby" dia..
hehehe..nape yang ???

Ermmm... Asya pelukan "kawan sepermainan" ... Macamana ni??? Saya nak mengandung... tapi... rasanya ramai dah tahu dengan situasi yang pernah saya alami & lalui.. Dan..sedikit sebanyak tetap ada rasa FOBIA tu.. Tapi saya tak pernah serik untuk mengandung lagi.. Cuma...keadaan saya yang tak m'izinkan.. Kadang2 saya tak tahu nak kata apa, bila org kata " bila lagi nak bagi adik kat asya"... Saya hanya mampu tersenyum..Tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu.. Sape tak nak anak??? Kalo saya sihat dari dulu, agaknya sekarang saya dah ada 3 org anak.. Saya pernah mengandung sebanyak 3 kali.. Tapi hanya asya seorang diberi kesempatan untuk melihat dunia.. Anak2 saya yang lain tak dapat diselamatkan. Tapi insyallah... sy akan kuatkan mental & fizikal untuk mengharunginya sekali lagi. Semuanya saya serahkan kuasa pada Allah SWT.. 

Walaupun saya tahu, saya akan ditentang habis-habisan untuk mengandung lagi selepas ni...Kalo diberi kesempatan untuk mengandung lagi, sy harap sy dapat lalui hari2 y indah macam ibu2 lain.. Saya nak rsa memakai baju mengandung yang cantik2.. Saya nak rasa bawa perut.. Sebelum ni saya x berpeluang nak rasai semua tu.. Sepanjang tempoh mengandung dulu saya koma... terlantar kat spital..apatah lagi nak melaram baju mengandung y cantik.. Dan paling saya nak merasai pengalaman membeli barang2 baby.. Saya x pernah rasakan semua tu.. Semua disediakan oleh family :-(.. 

Doakan Saya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)