Monday, October 31, 2011

Happy Birthday To You !!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua !

31.10.1984......
Dia dilahirkan di dunia ini....

Kini..... 31.10.2011
Dia meniti usia 27 tahun di dunia ini.

Selamat Menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-27 buat suamiku Mohd Fain Bin Ariffin. Semoga tuhan terus merahmati seluruh perjalanan hidup mu.. dan dipanjangkan umurmu untuk menemaniku di muka bumi ini hingga ke nafas terakhir. Dan semoga segala impian akan tercapai & kasih sayang yang ada dalam jiwa itu kekal hingga ke akhir hayat.. 
Amin....

Love U So Much !!

Sunday, October 30, 2011

Wordless Sunday : Photoshoot On 30.10.2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua !


C.O.M.I.N.G   S.O.O.N

Piala Malaysia 2011 : Ganu Tetap Nelang !!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Hohoho..persaingan piala Malaysia semalam boleh tahan hebatnya.. Dan tak diakui pertahanan N9 boleh tahan hebatnya. Walaupun awalnya, selepas TRG berjaya gol 1-0... nampak cam ada harapan dah kat situ.. Tup..tup.. dapat gol seri 1-1 dari N9.. Time tu rsa cam ada harapan lagi... Skali disaat akhir, N9 berjaya menjaringkan gol... Huhu... sebek doh time tu.. Tapi yang sayangnya, bola tu dah kena tepis dari Sharbinie..tapi blh terlepas lak.. Ermmm..sebek di situ.. Tapi nak wak ganekan.. dah xdop rezeki la tu. Nak salahkan Sharbinie tak leh gak..sebab dia dah buat yang terbaik tu.. Cuba kita y berada kat tempat dia..lagi kelam kabut tu.

sekadar gambar hiasan..
masa mama & papa lompat jaringan gol pertama...
mek asya setok sampai nangis selok.. ha ha ha

Tapi.. apa2 pon TERENGGANU boleh berbangga dengan pencapaiannya boleh masuk ke FINAL setelah 10 tahun menanti.. Last terengganu masuk Final masa tahun 2001. Masa tu Hi-O masih bersama Trg kan?? Huhuhu... Jom la bawak HI-O masuk Terengganu balik.. Kita tunggu PIALA MALAYSIA 2012 !!!

Saturday, October 29, 2011

Ikan Merah Masak 3 Rasa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Kelmarin sempat bersilat di dapur, main masak-masak sikit. 2-3 bulan sekali baru turun dapur tunjukkan bakat terpendam.. Hehe.. Pagi kelmarin sempat menangkap Ikan Merah & Ketam kat pasar. Tapi kali ni saya share resepi Ikan Merah Masak 3 Rasa dulu.. Rupanyer best gak Ikan Merah Masak Tiga Rasa ni, Kebiasaannya, ikan merah orang masak asam pedas.


Sos Tiga Rasa...Ada ummmphhhh
Bahan A :
Cincang halus bawng putih, bawang merah, halia & serai

Bahan B :
Cili Boh, Dan Limau Purut , Sos Cili, Sos Tiram,Kicap 

Bahan C:
Air Asam Jawa, Perasa

Cara-cara :
1. Tumis kesemua Bahan A sehingga naik bau & garing..
2. Masukkan Bahan B dan tumis hingga pecah minyak
3. Last, masukkan sedikit air asam jawa + gula + garam+perasa..
(boleh juga masukkan nenas yang dipotong kiub @ nenas dalam tin & sedikit syrap nenas)



Ikan digaul kunyit & digoreng garing
Bahan-bahan :
Cili boh, Kunyit Debu, Garam & Perasa

Cara-Cara:
1. Gaulkan semua bahan di atas.
2. Perapkan ikan bersama bahan-bahan di atas.
3. Goreng ikan yang diperap itu sehingga garing & ranggup.


Ni Ikan Siakap 3 Rasa---> KLIK SINI

Last...setelah kuah tiga rasa masak.. Bolehlah masukkan ikan  yang digoreng garing itu dalam sos tiga rasa. Dan untuk menambahkan kesedapannya, boleh taburkan buah tomato yang di potong dadu. Serius...memang sedap goreng ikan bawal kunyit ni.. Bila makan tu memang ranggup.

" SELAMAT MENCUBA "

Friday, October 28, 2011

A.N.A.K. KU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Tag ni daripada Leily.. sejak tahun 2009 lagi.. Tup2...tahun 2011 ni baru publish..sajer check n3 lama...berlambak draft y lama2... n y x tahan tu, berlambak tag2 yang saya dapat dulu x diselsesaikan.. Oleh sebab sekarang, dah xde org tag-m'getag ni.. Maka saya up kembali.. Kalo nak tahu.. era berblog tahun 2008-2009 dulu penuh dgn tag-mgetag ni.. Macam2 soklan ade..Tapi enjoy, dari tag ni gak kt lebih mengenali blogger2. 

Jom kita enjoy dengan soklan2 berkaitan TAG : ANAKKU..
anakku asya.. mama sayang kamo hingga ke nafas terakhir.. 
Mama sanggup bekorban apa saja demi mu kesayangan mama dunia n akhirat.

1. How old were you when your first child was born?
Umur 23 tahun.. Muda jetik lagi tu..

2. What month and year was your youngest child born?
Saya ada sorang je anak.. Dilahirkan pada  bulan November 2008. Hehe..next month birth asya!!

3. How did you feel when you first found out you were pregnant?
Ya Allah... hanya tuhan yang mengetahuinya.. Tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.. Perasaan tu..terlalu sayu, pilu, bersyukur, gembira.. takut.dan segala rasa. 

4. Who did you tell first?
Orang pertama y mengesan saya pregnant, semestinya doc pakar y merawat penyakit saya. Dan selepas itu suami... dan org pertama y saya bagitahu,,,semestinya mama saya.. Tapi...time tu, semua org risaukan kesihatan saya...

5. How many pounds/kg did you gain during your first pregnancy
Sebelum pregnant 49kg.. N semasa pregnant.. xdapat dikesan, sebab terlantar koma di atas katil & berumah di spital selama berbulan-bulan sampai melahirkan asya ke dunia.

6. What did you crave while you were pregnant?
Mengidam.. nak mengidam camner.. dh dalam mulut, hidung ni penuh wayar2 mesin bantuan hayat( intubator).. Terlantar koma. Cuma lps sy sedar koma lama tu, dekat2 nak bersalinkn asya, saya kuat makan roti canai.. Sampaikan sekali makan 6 biji lebih.. dasyat seyhh... Tapi selepas lahirkan asya...sampai skarang saya xleh sentuh roti canai dah..Hehehe...

7. Did you find out the gender of your first child? Why or why not?
Doktor hari2 scan masa dalam icu... Tapi sayang time tu saya koma. Memang x pernah tau boy/girl. Dan bila sedar pon, kami semua x pernah sempat nak fikirkan jantina baby.. sebab masa tu, semua berusaha nak selamatkan baby & saya.. Tapi bila saya sedar.... saya memang nak sgt baby girl.. Naluri saya kuat katakan..ada bidadari dalam perut saya ni.. Alhamsulillah.tuhan makbulkan keinginan sy & fain.

8. Did you have any complications during your pregnancy?
Ermmmm.. Sejak belum pregnant dah tau complication kalo nak mgandung. Dan mengandungkan asya adalah satu kenangan yang sukar dilupakan. byk hal terjadi. Sepanjang mengandungkan asya dulu... saya x bpluang merasainya..sebab saya koma lama.. Sedar2 masa perut dah besar... Asya juga hampir digugurkan, sebab nak selamatkan nyawa saya yang tenat saat tu.. Dan sepajang mengandung... saya hidup bergantung penuh pada mesin pernafasan.. Kalo cabut jer tiub untubator tu, terus oksigen turun. Kiranya... kandungan asya membesar dalam ICU..dengan ditemani nurse & doctor y sgt2 sygkan asya.. Sampai skarang.. kalo sebut nama saya semua nurse n doc kenal.. Hehe.. sebab hospital dah jadi rumah smpai la skarang.. Selain tu... y tragis.. sy lumpuh kaki kanan lepas sedar koma. Sebenarnya,,, sy pernah melalui episod gelap dlm kehidupan msa umur selepas SPM. Saya lumpuh seluruh badan... n sakit teruk..(eyhhh...melalut lak... next time la citer pasal ni... sebagai pedoman buat semua).. Nak tau komplikasi dgn detail, klik jer pic sy y koma kat tepi sidebar tu.Ade kisahnyer kat situ :-)

9. How much did your first child weigh?
2.5 KG.. Walaupun lahir 7 bulan++.. tapi berat tu.... boleh tahan. Rasenyer, gara2 saya makan roti canai y bnyak saat2 kelahiran asya.

10. Was your first child early, late, or on time?
Awal tuh.. Baru nak masuk 8 bulan time tu.. Patutnya 5.11.2008 ambik tarikh utk caeseran..last2 3.11.2008 asya dah kuar. asya memang x sabar nak jumpa mama & papa yer.

11. What is the most difficult challenge or health issue that any of your children have faced?
Alhamdulillah, setakat ini sihat. Lari daripada semua jangkaan doktor yang asya mungkin dilahirkan x sempurna.. seperti tulang belakang bengkok & akan cacat kesan daripada ubatan ketika koma.  Tapi..tgklah kuasa Allah SWT.. Asya dilahirkan sgt sempurna... jauh dari semua jangkaan doc... Dan membesar normal n cergas macam kanak2 lain.. Cuma...asya pon ada masalah kesihatan jugak.. Kena jumpa pakar tiap2 bulan.. 

12. What's your favorite part of being a mom?
Semua saat/detik bersama asya adalah saat terindah .. Melihatnya membesar di depan mata dengan penuh kasih sayang..

13. Do you think it's easier to be a mom or a dad?
Senang @ susah... itu semua dah menjadi tanggungjawab. bagi saya nak menjaga bukanlah perkara y terlalu susah, asalkan penuh keikhlasan n kesabaran serta kasih sayang. Tapi untuk membentuk anak mmg menuntut kesabaran y tinggi. Anak itu anugerah yang harus dijaga..

14. What is the best piece of advice you could give to someone who is about to have their first child?
Sedia daripada segala aspek kesihatan n kewangan.. Harus kuat semangat. Bersedia dengan segala kemungkinan. 

15. Did you always think you'd have kids?
Tak pernah terfikir yang akhirnya saya MAMPU. 

16. What's been the biggest surprise about motherhood?
Saat pertama saya bertemu asya. Time tu mmg asya memandang tepat ke mata saya. Satu perasaan muncul. Perasaan y x dapat digambarkan.

17. Are there things you miss about life before kids?
Mestila.. happy sokmo.. xde pikir masalah ekonomi..masalah negara... y pikir.. nak main..nak mainan

18. How many children do you have?
only 1... She, my only one. Nur Fasya Afrina

19. Do you plan to have any more children?
Itu x mungkin untuk saya... Bukan kerana serik,, tapi itulah yang ditakdirkan untuk saya.. Tahun 2009, saya pernah mengandung lagi.. Tapi keadaan saya x sekuat smsa mgandung asya dulu..badan lemah.. n akhirnya.. baby saya pergi juga.. Tak dapat diselamatkan.. Semoga tenang di sana sayang...

20. Who's the mom that you admire most?
MAMA..my mom

" Fuhhh...setelah meroyan nak settlekan semua soklan2 ni.. So saya pass tag ni buat kawan-kawan baru & lama.. sila ambik tag ni yer.... Mereka itu ialah:- INTAN BERLIAN, FIEDA, ZANA NORDIN,WAN HABIBAH, CT RAHANI,NAFIRA, WAN HEZRINA,LILY MUMMY QISTINA, NUREEN, INA MAMA AQIL.... dan saper2 yang nak buat tag ni...sila ambik yer... sgt2 dialukan.. Bila dah buat,jgn lupa mention saya yer :-) "

~ Selamat B'Weekend Orang Pantai Timur ~
Tapi kat sini musim hujan la...Plan arini lepak rumah atau berlibur dalam bangunan batu jer kot.

Thursday, October 27, 2011

Alpa?? Nyanyuk?? Lupa??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua !

apekes?? 
since 2009-2011...

Fuyoooo... dalam sejarah ni. Dah nak masuk 2 tahun lesen mati.. Hihihi.. Tapi dengar2 citer, kalo cukup temph 2 tahun, dah xleh renew lesen kan?? Terus kena ambik test balik.. Huhuhu... Mesti sambung cepat2 ni..  Lesen ni tak tersmbung sebab selalu tangguh dari hari ke hari..masuk ke minggu n dah nak masuk 2 tahun pon.. Semua gara-gara sebab saya selalu sakit dulu.. Keluar masuk spital.. Lagi pon.. dah hampir 5 tahun kot x drive.. Tu y xder mood nak renew lesen. Lagi pun pegi keje/balik keje atau kemana-mana jer, semua fain yang hantar. 

Bukan sajer2 xnak drive... tapi itulah pengorbanan demi keselamatan diri n pemandu2 lain.. Penyakit yang saya hidapi ni... tidak digalakkan untuk memandu sebab takut tiba2 tak sedar diri time memandu & terkejut sebab bunyi "hon" ke.. Dah jadi kes gini dulu, tiba2 pengsan masa memandu... Tapi mujurlah umur panjang n xde apa2 berlaku just luka sikit. Lepas pada tu, saya x pernah memandu lagi. Ada try bawak kete masa tahun 2009 tu.. tp mmg xleh... Jadi takut n pening sebab lama sgt x drive.. Sampai terketar lutut ni.. Tu la yang frust... terus x sambung lesen.

Tapi bila memilkirkan duit habis untuk ambik lesen dulu, xkan nak biarkan saja lesen ni mati.. Drive x drive kemudian kira... Lagi pon, bila memikirkan masa depan...x kan selamanya sy bergantung pada Fain.. mana tau ada perkara-perkara y terjadi y membuatkn saya tpaksa memandu semula. 

~~ Masih belum terlewat ni nak renew lesen... Sebelum bulan 12 ni !

When I Was A Little Girl

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Asya zaman-zaman kecik.. Masa ni baru nak masuk umur setahun.. Rambut pon pendek lagi.. Yang penting... kat mulut tu tak leh lepas..Melekat sokmo.
*
*
*
*
*
*
*
~ Asya Senior~
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
when i was a little girl
Hehehe,, ini mama asya... Kalo tenggok kat gambar tu bulan May 1987.
So maknanyer...masa ni umur saya 2 tahun 2 Bulan..

~ Ingin menjadi kembali ke zaman kanak-kanak.. zaman yang penuh keceriaan.. Bebas dari segala dosa-dosa dunia...

Wednesday, October 26, 2011

Aku Terima Nikahnya 26.10.2006

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua !

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE-5
BUAT MOHD FAIN & ALYANI
26.10.2011

Alhamdulillah... syukur pada mu Ya Allah... Kerana hingga ke hari ini aku & dia masih bersama mengharungi pelbagai suka duka bersama.. Kekalkanlah hubungan ini hingga ke akhir hayat.. Biarlah ajal & maut sahaja yang memisahkan kami.. Kerana kami ingin bersama hingga ke akhirat nanti. 

Terima kasih buat suamiku kerana sentiasa disisiku.. Sentiasa menemaniku dalam setiap detik kesedihan dalam kehidupan ini.. Terus bersamaku walaupun, terlalu banyak kekurangan diri ini... Terus setia mencintaiku walaupun diri ini sentiasa menyusahkannya dengan penyakit dalam diri ini. Terima kasih kerana terlalu banyak bekorban untuk diri ini..

 Saya tahu... x akan ada lelaki lain selain dia yang akan bekorban sedemikian rupa untuk saya.. Saya tahu... tiada lelaki lain yang akan mencintai & menyayangi diri ini seadanya.. Hanya dia..... yang menerima segala kekurangan yang ada dalam diri.. Hanya dia yang terus bersamaku disaatku sakit, terlantar lumpuh, dalam kesedihan dan pelbagai situasi.. Dia tak pernah sesekali meninggalkanku dalam setiap situasi dalam kehidupan. TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJADIKAN DIRI INI SEBAGAI SURI HATI MU.

Kebahagiaan ini bertambah dengan kehadiran "cahaya hati" kami. Walaupun kewujudannya dulu hampir disangkal oleh doktor y merawat.. Namun kerana kekuatannya & keajaiban daripada Allah swt.. dia lahir ke dunia untuk menemui & bersama mama & papanya.. Syukur..atas kegala anugerahmu dalam kehidupanku... Suami & anakku ..

5 TAHUN LALU

Kualiti gambar x ok, sebab gambar ni yang dari kamera sendiri jer.. Dari photo-gnyer, dalam album.. Malas nak cabut2. Zaman saya ni DSLRnya masih pakai negatif, digital dah ada time tu, cuma photo-g saya tu j kot lambat sgt.. huhu.. Tak macam sekarang, semua dah digital.

Time ni saya masih muda...baru jer 21 tahun & Fain 22 tahun..
Jodoh datang awal.

Kalo nak tenggok pic2 lain...klik je la n3 tahun lepas kat SINI.

Ni kenangan semasa majlis bertandang kat rumah Fain pada 3.11.2006 ( asya lahir pada 3.11.2008). 
Pic ni x pernah publish lagi.. Pic atas pelamin x sempat nak scan lak..

Pic Nikah KLIK SINI

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see

Tuesday, October 25, 2011

Photoshoot : Look A Like Kuih Lapis Or Kek Sarawak?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Kali ni masa untuk mama berphotoshoot.. Kebetulan ada tukang ambik gambar.. Haruslah ambik peluang ni. Kalo idak... saya ajerla yang jadi photo-g  nyer... Sesekali nak gak berposing.. Ni photoshoot tak terancang, tu pasal pakai baju dop jurus aroh skali. Kalo tau nak b'photoshoot bagai, pakai baju molek sikit.. Huhuhu... layan jer la saya yang penuh warna-warni...macam kuih lapis( huhuhu...fain katerr).
Kau tersenyummmm.... Ku terpaku..... 
Sinar diwajahku...hanyalah UNTUKMU...

Sinaran matamu...menusuk dihati...
Tak mungkin ku melupakan... sebegini perasaan...

Lalu HATI pun berkata....
SEGALA UNTUKMU !!!!!!!!!!

Haisshhhhhhhh... jiwang,, jiwang...jiwang...sampai berkarat dah.. Saya tak sabar tunggu hari esok.. Sebab esok special day dalam hidup saya & fain.. Alhamdulillah...esok genaplah 5 tahun usia perkahwinan antara saya & Fain. Tapi yang dop best.... saya keje. :( ..Berangan nak wak photoshoot budget2 sendiri a.k.a syok sendiri sempena anniversary ni.. Kebetulan photo-g saya baru lepas PMR... Boleh la jalan photoshoot ni.. So, abe Fain...lepas baca n3 ni..paham2 sendiri yer...hihihi

Yihaaaa... mama rempit buat kona leper.
Ader kelassss...

H.A.V.E  A  N.I.C.E
DAY

~ Semoga hari ini ceria seperti cerianya warna-warna baju saya tu~

LYAfrina Berpipsi !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Sambungan kisah xtvt berbasikal mengecilkan peha & merampingkan pinggang.Hehehe...Sajer letak nama LYAFRINA tu...sebab tu la nickname saya dalam dunia maya ni. Kenapa LYAFRINA??? Itulah gabungan nama saya & asya... ALYA + AFRINA = LYAFRINA. Menghabiskan masa lapang bersama asya memang menyeronokkan. Ekceli time ni lepas balik kerja.. Memang letih la.. Balik rumah, rileks skejap.. Pahtu dah petang asya ajak main basikal kat luar.. Nasib baik kat rumah ada basikal besar..boleh la join asya pusing - pusing kat area rumah ni.. Sambil2 tu... dapatlah excercise sikit..Buangkan lemak-lemak kat badan ni... Here we go!!!!!!!!!!!

Rupa saya nampak cam kek lapis sarawak dah..Kalerful beb !!

Asya sibuk nak kayuh basikal..Tapi mamanyer...x habis2 dgn peace-nyer! asyik2 nak bergambar jer.

Ntah apa yang asya fikirkan time ni.. Tapi mama tu, maintain sengeh manjang.

Asya dengan sambil menunjukkan JARI 1 MALAYSIA !

Suker pic candid ni.. Asya nampak happy sgt time ni.

Tenggok tu...kemain lagi tersengeh lebar lagi... Happy sgt boleh lepas kat luar rumah sambil kayuh basikal. Sebulan bape kali jer asya dapat peluang ni..Kadang2 x pernah langsung.. Kalo x, kayuh beskal dia kat dalam rumah je la..Sampai habis semua brg & org jadi mangsa langgar lari..
Tengok muka asya tu.. kemain happy lagi dia time ni

Geng gaduh...geng bermain...geng bermanja...geng berkasih sayang..
geng segalanya..

LYAFRINA
PEACE NO WAR !


~~~> esk...detik bersejarah dalam hidup... alhamdulillah.

Monday, October 24, 2011

Merogol & Meliwat Seawal Usia 10-11 Tahun. Siapa Harus Dipersalahkan???

Tadi terbaca  The Star Online kes 4 orang kanak-kanak lelaki berusia 10-11 tahun merogol & meliwat kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun.. Sangat2 terkejut dengan berita ni. Lagi2 kes ni berlaku di Kulim, Kedah...di bumi Malaysia kita. Bayangkan kanak-kanak hingusan yang belum baligh lagi dah melakukan perkara di luar jangkaan.

 Bila jadi kes macam ni..siapa harus dipersalahkan?? Adakah kerana didikan ibubapa?? Atau kemudahan berinternet yang yang membawa kepada gegala macam ni?? Tak di akui... budak2 sekarang sgt2 advanced.. seusia 2-3 tahun dah pandai layan lap top.. Huhu..xtau nak kata apa.. sebab saya pon ada anak.. Dan selalu bukan u-tube untuk pendidikan. Rasanya cabaran kita sebagai ibubapa dlm dunia moden dalam mendidik anak sangat2 tinggi.. 

Dunia kita semakin canggih dengan pelbagai teknologi.. Tapi sayang, makin tinggi teknologi tu, semakin banyak perkara-perkara tak bermoral, semakin banyak kehancuran dalam pelbagai segi.. Tapi... apa2 pon..kalo ikut saluran yang betul, semuanya ok jer... Mungkin jugak sekarang hiburan yang berleluasa.. Kalo kat channel astro tu... filem2 dari oversea...mana ada sensored2... Kot2 la budak2 tenggok... Memanglah boleh terpengaruh... 

Tak kiralah apa berlaku... sekarang, sama2 kita mendidik anak-anak kita menjadi manusia y berguna serta berada dalam landasan yang betul.. Banyak habiskan masa bersama anak-anak... Dan berilah didikan agama dari awal... Insyallah, jika kita memulakan perkara yang baik untuk anak kita... Semuanya akan dalam keadaan baik.

Kesayangan mama dunia & akhirat... Anugerah & keajaiban dari Allah Swt utk mama. Ya Allah, selamatkan & jauhilah anakku daripada segala kerosakkan di muka bumi ini.. Berikanlah perlindungan kepadanya agar dapat menjalani kehidupan di dunia ini dengan sebaiknya & bebas dari segala kejahatan & kemungkaran di dunia ini.. 


BERITA LANJUT: KLIK SINI

Asya Dan Basikal Fixie

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Sekarang beskal pipsi memang femes kan.. Budak2 muda berlumba-lumba beli basikal ni.. Harga tu bukan murah-murah pon... yang paling murah pon local punya dah 400++.. Fuhhh kayo sungguh anak-anak muda kat Malaysia ni. Tp memang la... saya pun berkenan...Tapi kalo nak membelinyer... xdop la kot.. Boleh la numpang yang adik ipar je la...Dia punya rege 700++.. Meleleh jer air liur ni.  Hohoho... jgn kate org beso jer... asya pon reti nak berpipsi tau... Biarla bukan beskal pipsi pon.. Layan aktiviti yang sempat dilakukan bersama asya baru-baru ni..

Fixie by tok ki.. cewahhh..dengan megahnyer.

Dah pandai kayuh laju-laju.. Tapi bila sampai kat sesuatu tempat xleh nak gerakkan beskal dia ni, mulalah berpot-pet -pot-pet

 Kayuh dengan sekuat tenaga... 

Haaa... asya dah nak masuk 3 tahun.. Next year... mama+papa sila ambik perhatian yer... Up lagi size basikal ni yer !

Menjeling...menjeling.... ada makna?????
Renungan kamu sungguh tajam... 

Eyhhh.. mana mama???
Mama....oooo.... mama!!!

Sunday, October 23, 2011

Wordless Sunday : Comin Soon :)

Jom kecikkan peha bersama mama & asya !

Sinopsis Air Mata Nur Salina

Air Mata Nur Salina turut tercalon dalam Anugerah Skrin 2011. Citer ni memang best & sedih sangat. Saper yang pernah tengok Drama Karma Salina, tapi tak faham perjalanan cerita tu, mesti tenggok Drama Air Mata Nur Salina.. Sebab segala jawapan dalam Karma Salina ada dalam Air Mata Nur Salina. Karma Salina adalah kesinambungan Drama Air Mata Nur Salina.. Dimana, maksud KARMA tu ibaratnya seperti PEMBALASAN. Dimana... apa yang terjadi pada SALINA dalam Air Mata Nur Salina terbalas dalam Drama Karma Salina dimana Adi Putra(lakonan) telah merogol Salina dalam Air Mata Nur Salina & pembalasannya...dalam Karma Salina dimana akhirnya anak kepada Adi Putra(lakonan) iaitu Sharifah Amani(lakonan) dirogol & dibunuh.. Memang tragis & sedih.. Sinopsis Karma Salina -->KLIK SINI


SINOPSIS AIR MATA NUR SALINA

Salina merupakan penyanyi kugiran di rumah-rumah orang kahwin di kampungnya. Kecantikan Salina sering menjadi bualan anak-anak muda disitu namun hatinya Salina terpaut kepada Fakar, seorang kerani biasa sehingga sanggup meninggalkan keluarganya dan berkahwin lari bersama Fakar di Thailand.

Selepas berkahwin, mereka berhijrah tinggal di Kuala Lumpur supaya Fakar dapat membuka perniagaan sendiri bermodalkan kesemua wang simpanan yang ada. Fakar mula lupa diri apabila perniagaannya meningkat maju.

Kawan-kawan yang mendampinginya mula mempengaruhinya bermain judi. Setiap hari mereka berjudi tanpa mengira waktu berkerja hingga akhirnya perusahaan Fakar terpaksa ditutup gara-gara banyak hutang. Akhirnya, Salina terpaksa berpindah semula ke rumah setinggan dan berkerja mencuci pejabat manakala Fakar masih menganggur dan terus mengamalkan tabiat buruknya.

Tabiat judi yang sukar dikikis memakan diri sendiri apabila Fakar tidak dapat melangsaikan hutangnya dengan Leman sehingga isteri sendiri menjadi taruhan. Salina bertukar kerja dan kembali menjadi penyanyi di kelab dangdut sementara Fakar diupah oleh Shamsul untuk menjalankan tugas-tugas rumit.
Keadaan menjadi lebih perit buat Salina dan anaknya apabila mengetahui yang Fakar sebenarnya terbabit di dalam kegiatan menyeludup dadah dan kini mendesak Salina pula untuk membantu menyelesaikan tugasnya kerana takut diburu polis.

Kecewa dan marah dengan sikap Fakar, Salina hilang pertimbangan dan berlakulah pertengkaran dan pergelutan sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka kehilangan nyawa. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah nasib Salina akan kembali berubah?

Pelakon: Umie Aida, Remy Ishak, Adi Putra, Rosnah Johari, Anne Abdullah
Pengarah: Erma Fatima

'My Happiest Moment'

Detik-detik bahagia dalam kehidupan adalah saat terindah untuk diingati. Bagi saya setiap detik itu harus di "capture", kerana ianya adalah perkara terindah untuk diingati sepanjang zaman. Jadi dalam mendapatkan kenangan detik itu dalam bentuk terbaik, saya teringin memiliki Olympus Pen Mini atau Olympus Pen Lite. Dengan adanya kamera digital Olympus Pen Mini atau Olympus Pen Lite yang dapat menghasilkan gambar yang berkualiti seperti menggunakan DSLR, semestinya saya dapat merakamkan setiap detik bahagia yang hadir dalam perjalanan hidup saya. Kenangan itu akan lebih beharga jika dapat men"capture"nya dengan kamera terbaik dari Olympus.yang dapat menghasilkan gambar yang lebih berkualiti.

Merakam gambar insan tersayang yang mempunyai simbolik disebaliknya dengan sepenuh kasih sayang adalah detik bahagia bagi saya.. Inilah kenangan termahal dan paling beharga untuk dirakam apabila melihat kemesraan insan tersayang yang saling memerlukan dan saling menyayangi setulusnya dari hati. Setiap perbuatan & senyuman yang dizahirkan haruslah diabadikan. Tiada apa yang membahagiakan melainkan melihat kasih sayang yang sentiasa terjalin dia antara papa dan anak ini. U born to make me happy !

Ikatan kemesraan yang tercipta antara papa & anak... Segalanya teserlah.. Bahagianya melihat saat ini.. Saat yang harus dirakam bersama.

Kasih sayang yang tercipta. Luhur dari hati..

Jadi.. sesiapa yang ingin merebut hadiah Olympus Pen Mini atau Olympas Pen Lite, 

1ST PRIZE:

Olympus PEN Lite E-PL3 Kit

 worth RM 2,499


2ND PRIZE:

Olympus PEN mini E-PM1 Kit

worth RM 2,099



3RD PRIZE

Olympus PEN carry-all bag

worth RM350



Cara-caranya :
1. Buatkan satu entri dengan tajuk " My Happiest Moment"
2. Dalam setiap entri masukkan banner " Happy Photography". Ada banyak kaler..Boleh download SINI. Dan sekeping pic " My Happiest Moment" untuk dipertandingkan.
3. Setelah siapkan entri... submit gambar serta link contest yang dipertandingkan kat SINI

Saturday, October 22, 2011

Gempa Bumi Hampiri Kita



PUTRAJAYA: Malaysia perlu bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya bencana alam lebih dahsyat seperti banjir besar, gempa bumi berskala kecil dan sederhana akibat perubahan tiupan angin serta iklim global sekarang.

Presiden Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (mSET), Prof Datuk Abang Abdullah Abang Ali, berkata ramai berpendapat Malaysia selamat dan berisiko rendah untuk menghadapi bencana alam kerana kadar taburan hujan sekata sepanjang tahun dan hanya merasai gegaran akibat gempa bumi berskala kecil.

Bagaimanapun, beliau berkata, situasi sekarang berbeza kerana statistik dikeluarkan Jabatan Meteorologi mendapati Malaysia semakin berisiko menghadapi bencana alam berikutan perubahan cuaca yang mendadak seperti peningkatan kadar taburan hujan, ribut petir dan tanah runtuh.

“Sama ada suka atau tidak, situasi di Malaysia sekarang semakin buruk. Malah, kita boleh lihat perubahan cuaca yang ketara apabila banjir, ribut petir dan tanah runtuh semakin kerap berlaku.

“Walaupun Malaysia tidak pernah mengalami gempa bumi sehingga 9 magnitud seperti Jepun baru-baru ini, namun kita perlu bersiap sedia untuk menghadapi bencana alam lebih dahsyat,” katanya selepas Konvensyen Kejuruteraan dan Teknologi Kebangsaan 2011 dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Tenaga), Badaruddin Mahyuddin di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abang Abdullah, berkata secara profesionalnya beliau berpendapat kebanyakan bangunan tinggi di Malaysia tidak mempunyai ketahanan atau mengalami kerosakan teruk dan runtuh sekiranya negara dilanda gempa bumi berskala sederhana.

Katanya, kebanyakan bangunan di Malaysia tidak direka bentuk untuk menahan gegaran akibat gempa bumi, aliran air deras berikutan tsunami dan angin kencang.

Abang Abdullah berkata, pihaknya akan memangggil pakar luar negara termasuk dari Jepun dan Filipina bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran mengenai kaedah terbaik menghadapi bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan banjir besar menerusi Simposium Kejuruteraan dan Teknologi Serantau (RSET) yang bakal diadakan di Kuching, Sarawak, pada November depan.



~ BERSIAP SEDIALAH KITA RAKYAT MALAYSIA ~

BUMI MALAYSIA YANG SEMAKIN TERCEMAR
OLEH GEGALA-GEGALA MAKSIAT


Sumber : facebook

Rileks Minda

Rajinnyer orang lidi ni..
Agak-agak berapa orang lidi yang sedang memanjat ni??

Friday, October 21, 2011

PHOTOSHOOT : Gadis Melayu Terakhir

Salam Jumaat... Penghulu sekelian hari. Semoga semua blogger berada dalam keadaan sihat2 sajer.. Dan terima kasih jugak buat semua pgunjung2 baru ke blog ini.. Salam perkenalan buat semua :-) . Berbalik pada tajuk, 2-3 hari lepas sempat berphotoshoot dengan asya.. Hehehe... Gini la kami anak beranak...dengan gambar tak pernah bosan. Saya memang tak pernah jemu nak rakam memori waktu asya membesar.. Sebab inilah satu2nyer zuriat yang saya ada. Tak nak terlepas moment2 bersamanya.. Dan saya paling takut kalo satu hari nanti saya hilang ingatan memori lepas.. Dan saya juga takut kehilangan kenangan sewaktu mgandung & melahirkan asya dulu.. Sebab tu,, saya selalu coretkan memori saya membawa asya ke dunia b'ulang-kali...supaya saya sentiasa ingat ttg itu.. Saya sakit...macam2 perkara boleh berlaku.. Ini pun, ada banyak kenangan2 lama yang tak ingat.. Mujur ada gambar & kawan2 yang sudi bercerita ttg kisah lalu...lama2 boleh la ingat. :)

Cewahhhh... ada gaya gadis melayu terakhir tak ni???
Insyallah.... doctor to-be !

Yang ni candid... tapi nampak natural jer..

Ni kes senyum paksa... sebab sebelum tu, dia ngamuk skejap sebab tgk "bibik" aka kakak anah (hehehe....smpai skarang asya pgil bibik) main kat luar.
Bila tunjuk kamera..sempat lagi tu senyum.

Senyuman paksa lagi ni

Jeling tu....

cewahhhhh.... anak dara mama.

Agak-agak time ni asya sebut ape ??? 
sampai muncung mulutnyerr

hehehe,,, dah kembang hidung asya ni..
 Masa ni dia buat hal, dah jerit2 nak ajak main basikal  kat luar rumah.

" Happy Weekend To Me & Orang2 Ganu "
Ape plan weekend ni???

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (138) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (61) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)