Wednesday, November 30, 2011

Taman Pendidikan Lalulintas Kanak-Kanak

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Setelah lama berkurung kat rumah, semasa hari cuti sempena MAAL HIJRAH baru-baru ni ambik peluang untuk melihat dunia.. Keluar dari dunia gelap & dunia batu. Rasa lega sgt2. Rasa bebas....feel free! Misinya mecari port terbaik, sebab keadaan saya belum betul2 pulih lagi time tu. Jalan pun t'huyung-hayang. Jadi mesti cari port yang dekat jer, tak ramai orang & senang untuk saya merehatkan diri. Tapi target utama keluar ni sebab nak beri kebebasan pada asya, sebab kesian sgt kat dia asyik berkurung jer sejak saya sakit, kalo x selalu bawak dia jalan-jalan. Jadi.. saya cadangkan kat Fain utk bawak beskal asya & melepak kat " Taman Lalulintas" kat Padang Astaka. Lagipun situ xramai orag, sebab ramai yang bermain kat PG. 

Taman Lalulintas Kanak-Kanak memang sesuai dijadikan sebagai tempat terbaik utk berbasikal dgn anak2. Sebab tempat ni memang betul2 selamat & anak-anak pun mesti happynya dapat jalan ala-ala di jalan raya.

Siap ada jejantas lagi

Asya dapat berbasikal sebebasnya

See.... betapa happynya dia. Dapat main puas-puas. Boleh pegi kemana y dia nak pergi

Bila dah terlalu happy...lahirla senyuman penuh kebahagiaan. Kalo tak, time bergambar jer mana ada senyum buka mulut. Perasan tak??? Kalo y senyum buka mulut tu memang yang candid. Tiap kali nak bergambar mesti asya akan senyum tutup mulut, sebabya dia akan kata " Mama..... klo ambik gambo asya kena senyum tutup mulut sbb gigi asya dok comel. " ha ha ha... tergelak saya dgrnyer.

Happy enjoy berbasikal setelah lama dalam kurungan.

Meround sepuasnya 

Sempat jugak naik atas fly-over tu :-)
P.E.A.C.E

Last but not least....
 beskal kesayangan asya.

Start From ZERO

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Tepat pukul 12.21 am pada 30.11.2011..... selamat "cash-out" akaun Nuffnang. Kata orang sebaiknya cash-out pada akhir bulan. 

Tabung dah kembali "kosong". Harap2 Nuffnang sudi-sudilah berikan "BE" baru... Yang sedia ada ni x berapa nak lebat :-(

Start from ZERO to HERO

Mekasih

Tuesday, November 29, 2011

Asya 3rd Birthday Bash : Famili Kecik Kami !

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Entri kali ni mengandungi banyak gambar. Jadi teruskan entri gambaryang lebih kurang sama jer dari famili kecik kami. Sekadar rakaman memori di ari istimewa untuk dikenang. Lagi pun, saya baru ondwy nak pulihkan diri, nak menaip panjang2, masih pening2 lagi. Hari ni saya dah mula masuk kerja..amin..moga segalanya berjalan lancar. Lebih sihat & semangat ! Jom layan gambar2 kenangan dari famili kecil kami.
F.A.M.I.L.I  K.E.C.I.L 
 K.A.M.I

Potret kenangan




K.A.S.I.H  S.A.Y.A.N.G 
 P.A.PA


K.A.S.I.H  S.A.Y.A.N.G
M.A.M.A


K.A.S.I.H   S.A.Y.A.N.G  K.A.M.I
M.E.K.A.R  S.E.L.A.MA.N.Y.A











" Aku ingin engkau slalu 
Hadir dan temani aku 
Disetiap langkah 
Yang meyakiniku 
Kau tercipta untukku 
Sepanjang hidupku "

Monday, November 28, 2011

Slot Ratu : Sinopsis Karma

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Karma ialah drama terbaru mengatikan Drama Tihany dalam Slot Ratu yang akan mula ditayangkan pada malam ini ( 28.11.2011) di TV9 pada pukul 8.30 malam. Drama sebanyak 14 episod ini dilakonkan oleh Fauziah Gous (Karmila), Ahmad Tarmimi ( Tan Sri Fahrul ), Aaron Aziz ( xtau nama watak aper) & Ziela Jalil ( Datin Waheeda ).  Wahhh..Fauziah Ghous heroin terbaru Aaron Aziz.... ok ker??? Jom sama-sama saksikan drama terbaru ni...dari sinopsisnya, macam best !

Sinopsis Karma

Pertemuan sigkat antara Karmila (23 tahun), seorang pelako popular & Tan Sri Fahrul Sani (64 tahun), seorang ahli politik telah membuahkan cinta yang tidak boleh dipisahkan. Lantaran itu, Tan Sri Fahrul Sani ingin menghalalkan hubungan mereka dengan menikahi Karmila, meskipu dia mengetahui perkahwinan itu akan menghancurkan hati isterinya pertamanya, Waheeda.

Karmila

Perempuan mana yang sanggup hidup bermadu? Tidak pernah ada manisnya hidup bermadu ini. Hampir 1 tahun Tan Sri Fahrul memburu cinta Karmila & dia sentiasa bersabar menghadapinya bersama Karmila dan hari ini dia telah berjaya membuktikan kesungguhannya dalam mencintai Karmila. Karmila akhirnya akur dengan kesungguhan & kesabaran Tan Sri lantaran dia begitu yakin bahawa Tan Sri Fahrul benar-benar mencintainya. Meskipun dia terpaksa berdepan dengan cemuhan & kutukan, dia nekad, cinta mereka harus berakhir dengan perkahwinan.

Karmila membuat pengumumam yang menggemparkan seluruh Malaysia bahawa keputusan yang dibuat ini atas dasar cinta bukan kerana harta. Karmila mahu megakhiri kariernya sebagai seorag pelakon. Eizlan, yag selama ini mencintai karmila menuduh Karmila mata duitan & perempuan murahan kerana kononnya mempuyai hubungan dengan Tan Sri tanpa pengetahuannya. Sedangkan hubungan antara Karmila & Tan Sri hanya 3 bula sahaja.  

Tan Sri Fahrul

Karmila sengaja mengakuinya supaya Eizlan membencinya. Dia tidak mahu Eizlan kecewa dengan keputusannya. Keluarga Karmila begitu gembira dengan keputusan Karmila kerana meraka juga menyukai Ta Sri Fahrul. Seluruh kampug menghina keluarga Karmila kononnya mereka menjual Karmila, tapi mereka meghadapi dengan tabah demi kbahagiaan Karmila. Karmila tidak mahu berterus terang siapakah bakal suaminya kerana takut ianya akan menjejaskan status Tan Sri, lalu seluruh keluarga Karmila merahsiakan tetang bakal suami Karmila.

Eizlan

Sekumpulan datin termasuklah Waheeda mengutuk artikel pegakuan Karmila itu kononya Karmila artis matarialistik. Mereka berteka-teki siapakah bakal suami Karmila. Eizlan cuba menghalang perkahwinan Karmila, lantas dia bersemuka dengan Waheeda sendiri untuk memberitahu perancangan Karmila & Tan Sri. Waheeda terpukul dengan berita itu da berdepan dengan Tan Sri. Lebih meyedihkan bila Ta Sri mengakui berita itu.

Habis tu aper watak Aaron Aziz yer?? Dari Fanpage Aaron Aziz ni, katanya Aaro Aziz ni anak kepada Tan Sri Fahrul & Dati Waheeda... Ermmm...maknanya...memang penuh persoalan ni... Sebab dalam sinopsis ni xde citer pasal anak Tan Sri Fahrul... Mesti Karmila kahwin dengan Aaro Aziz last skali... Kita Tunggu Endingya.... Adakah Karmila berkahwin dengan Tan Sri Fahrul??? Atau ada insiden yang terjadi??? 

Back To Normal

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua !


Dah berapa hari tak update blog yer.... Rindu...memang rindu... Hari ni saya kembali. Insyallah...akan terus kembali untuk mencatatkan segala cerita di blog kesayangan saya ni.Dan lepas ni, saya akan kembali utk BW & tgalkan kome2 di semua blog2 kawan2 saya... Thanks..atas semua kata2 semangat tu... Saya amat2 hargainya. 

Keadaan saya pun beransur pulih walau x sepenuhya, sempena cuti Maal Hijrah kelmarin... sempat hirup  udara luar.. Leganya...setelah kian lama berkurung.. Dalam kul 6 gitu, just teman kan asya main basikal kat taman lalulintas. Kat situ xde orang..n memag sesuai untuk saya rest. Tenang sgt2.. Dan lega sebab bebas gak akhirnya.. Dan...pastinya paling happy sebab tgk asya happy sgt2 time tu..Nampak dia enjoy sgt..Dia pon sama berkurung dgn saya..sian sgt...

Patutnya..hari ni saya dah nak mula kerja..tp ..tahla..kul 5 pagi tadi Fain kata sy x sedar diri lak..xtau la..Tapi memang badan rasa lemah harini. Insyallah...kalau diizinya..saya dah nak masuk kerja esok.. Yihaaa....!! Semoga semuanya bermula & berakhir dengan baik...amin...amin....

Friday, November 25, 2011

Trilogi Trajedi November

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Syukur alhamdulillah bertemu kembali kita pada Jumaat yang indah ini. Penghulu bagi hari. Alhamdulillah, berkat sokongan semua saya makin kuat dari hari ke hari. Tapi biasalah...kalo nak sakit tu sekelip mata jer blh kena...tp...bila nak pulih tu memang makan masa y lama & ambik masa dalam proses pemyembuhan tu, esspecially part penyembuha jiwa. Kalo jiwa terlalu lemah..jangan harap badan pon nak pulih. Sebab itulah atas pengalaman saya. Tiap kali jatuh sakit...bila ada kekuatan tu, sy tumpukan pemyembuhan jiwa dulu. Dalam hal ni kawan2  insan disisi amat penting dlm memberi semangat utk memulihkan diri. Bila hati & jiwa kuat...seiring dgn tu, badan aka mula sihat dari hari ke hari. Bersama entri ni saya sertaka pic2 latest saya.Kot2 ada y rindu..Hehehe.... perasan jer.. Tp muka mmg x terurus la.

mencari sinar hidup dari sinar mata..
Mata ni di suspek ada Glukoma y akan hilang penglihatan buat selamanya.. Bila ianya terjadi..x mungkin saya dapat meulis lagi :-(

Entri terakhir sebelum saya menyepikan diri baru2 ni adalah pada 14.11.2011 di entri ini. Selepas tu, saya terus menyepi.. Ekceli malam pada 14.11.2011 tu saya mmg dah x sihat..tubuh badan dah terlalu lemah.. Kebiasaanya, setiap malam tu saya peruntukkan masa untuk draft n3 utk diautopublish pada keesokkan harinya. Tapi sebab malam tu saya memang x sihat, jd sy x draft n3 utk keesokanya. Sampaikan baju po utk ke kerja saya mintak mama tolog gosokka mlm tu.

Keesokkan harinya, badan saya makin lemah..Tapi saya still sedar time tu.. Saya bagun pagi nak bersiap utk pegi kerja. Tp rasa badan lemah, saya ke tandas sebab terasa nak muntah+sakit kepala+panas badan.. Lepas  tu , saya x tau apa berlaku. Tapi dari cerita Fain, katanya saya pengsan. Saya jatuh kuat..buyi hetakkan kuat pada mozek, tu y dia sampai terkejut tido. Lepas tu saya diserang sawan & keadaan makin berlarutan & x sedarkan diri. 


Dan, lepas tu... Fain kol ambulan ..Sekali lagi Ambulan N0.5 yang datang ambik saya.. Saya fobia dgn ambulan ni. Walaupu time saya dalam ambulan tu x sedar. Sampai kat spital, terus masuk bahagian kritikal kat wad kecemasan.. N...dia org mulakan tugas. Fain kata teruk dia kena marah...Sori sgt2.. Padahal saya x makan ubat bukan salah Fain.. Semua salah saya. Memag saya segaja skip ubat sebab nak kerja.. Sehari saya terpaksa meelan berpuluh biji ubat. Saper boleh tahan?? Jadi itu punca utamanya...sebab saya banyak missed ubat sampai kondisi saya teruk.

Dan..macam biasa tangan  kaki memag hancur. Sebab semua urat saya dah reject jarum branulla. Jadi saya hanya ada 2 tempat jer kat leher & celah kankang. Kali ni jarum drip dimasukkan kat celah kankang. Bila sedar, sakitnya hanya tuha y tahu... Sampai sekarang nak berjalan sakit-sakit. Semasa dalam wad, saya banyak kali x sedarkan diri. Tubuh lemah.. Mesin ubatan sentiasa on. Oksigen kurang sampaikan bibir saya lebam teruk & luka-luka. Masa dalam wad, sekali lagi saya yaris diintubate. Kali terakhir saya diintubate bulan 3 baru2 ni...n time tu masuk ICU. Intubate tu mesin y digunakan untuk meneruska hayat, bila dah dalam keadaan sedar, ianya teramat menyakitkan. Setiap saat megalir air mata moho dibuang mesin intubation tu. Proses pembuangan intubate tu pon, teramatlah menyakitkan. Kesan yang bulan 3 dulu po, luka nya masih sakit kat tekak ni. Kisah Intubation boleh baca sini.


Syukur alhamdulillah...hasil sokogan padu dari semua saya makin pulih. Progress terkini, saya dah mula jalan walaupun baru 2-3 steps jer. Tapi masih perlu sokongan sebab kaki belum kuat. Bibir pon dah x berdarah n dah mula kering. Mata pon makin clear..Otak pon mula cergas..kalo x, xdeyer blh nak siapkan satu entri i..Walaupu..sesak gak rasanya. Harap cepat2 sembuh...sebab kaki ni sgt2 penting sebab kalo boleh next week dah ak masuk kerja. Dah lama tinggalka pejabat tu. Tp dalam pada tu, serius sy sgt2 sedih dg kata2 seorg doktor masa merawat saya. Dia baik, cuma kata2ya jer time tu.. " Awak x yoh kerja la.. org mcm awk patutnya x yoh kerja..xkan awk nak cuti sokmo" Kata2 tu memag sgt2 meyedihka saya.. kalo la dia paham perasaan ni.. Saya x pernah cuti kalo saya x sakit. kalo saya x kerja, mcmaa sy nak bantu suami. Kami ni org2 biasa saje..yang perluka kerja utuk teruskan hidup. Kalo la kami dari keluarga berada  kaya raya..siyes... Mungkin inilah asibnya hidup gologan orang sederhaa macam kita i. Kalo ketua keluarga sakit, macammana?? Terus masuk bersamamu mintak bantuan?? Tp smpai bila jer?? Takkan seumur hidup org nak hulurkan batuan.. Nak tak nak..selagi ada kudrat, selagi itulah harus digunakan utuk mencari rezeki..lebih2 lagi..bila mempuyai anak tersayang ni. Lagi nak berikan y terbaik dalam hidupnya.. 

Keadaan bibir saya terkini.. 
Harap bila sembuh, semuanya back to normal.. Takut jadi parut.

Untuk kali ni.. doktor kata sel darah putih saya terlalu rendah & ada infection pada dada..  Mungkin kerana sel daral darah tu yag melemahkan diri saya. Saya x pasti sama ada ada kaitan dengan tumor atau apa2 pon.. Menyedihkan, ujian MRI y dilakukan awal tahun dulu masih belum menemui jawapannya. Sebab MRI x dapat dijalankan, sebab ubat drip x dapat dimasukkan.. Semua urat saya reject dengan jarum branulla.
kisahya-Klik sini

Dan satu lagi masalah mata..saya dah delay hampir 3-4 bulan dari jumpa pakar... Ntahla...memang kesilapan saya.. Sebab jumpa pakar mata ni sgt penting utk kehidupan saya & masa depan saya. Doktor suspek saya hidap glukoma,iaitu kehilangan penglihatan secara senyap. Apa-apapu...saya redha dgn segala ujian ini.. Insyallah..saya aka mempercepatka semua appoitmet ni.. Dah x pikir apa..nak fikirkan diri, Asya, Fain , famili & kawan smua... Insyallah..ujian ini adalah kekuatan untukku.. Amin

Thursday, November 24, 2011

The Power Of L.O.V.E

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua !
(entri ini mengandungungi banyak gambar
sbb klo byk menulis..byk lak typing error)

Malam ni rasa lebih ok (saat n3 ni ditulis).. Wake up...wake up lya.. Hidupnikan bukan selalu nak bersedih. Kekuatan tu tetap ada. Akhirnya dengan sedaya uapaya saya mampu gak upload picas2 power of love y dah tersimpan lama ni. Sebelum saya sakit lagi. Adakalanya, x elok gak selalu mencurakan rasa sedih & pedih kat sini. Kesian kat asya bila membacanya suatu ari nanti. ari ni bila v=cuba merangkak-rangka boleh gak saya singga dlm 2-3 blog.. sy mohon ampun maaf sebab x mampu lg nak balas ksemua knjungugan tu. Kpala msai pening2. Dan.. saya akan cuba lg harini. Tunggu kehadiran sy yer. Terima kasih buat semua saabat kerana terus disisi memberi kata-kata semangat agar saya terus kuat n bersemangat. Sesunggunya, idup ini sememangnya tertalu susah untuk dilalui disaat ini.

T.H.E  P.O.W.E.R  O.F  L.O.V.E

Inilah kuasa & kekuatan cinta yang abadi..
Yang lahir dari jiwa yang luhur.. Kekuatan cinta ini yang membuatkan aku terus kuat & tabah untuk meneruskan kehidupan ini. Demi insan kesayangan ini.


We’re heading for something
Somewhere I’ve never been
Sometimes I am frightened
But I’m ready to learn

" Of the power of love "


--maafkan andai still byk typing error

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (73) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)