Saturday, December 31, 2011

31.12.2011 : Welcoming 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Fuhhh... baru sempat update setelah beberapa hari x mencatatkan sesuatu di sini. Lagi 20 minit dari sekarang kita akan memasuki tahun baru iaitu 2012. Pelbagai kenangan suka duka sepanjang tahun 2011 akan terus ditinggalkan & menjadi kenangan. Ada kenangan suka...ada kenangan duka. Dan kenangan itu juga yang akan menemani diri ini untuk melangkah lebih jauh.. Menjelang tahun baru... saya cuma mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk diri saya. Esspecially part keluarga, kasih sayang & kesihatan diri ini..

SELAMAT DATANG 
2012

Thursday, December 29, 2011

Shawl Suraya : Cun habiss!!!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua ! 

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk menaip kata-kata disini.. First, saya mohon ampun maaf sbb saya betul2 tak sempat nak BW.. Sekadar baca & mana y sempat saya leave comment. Sekarang ni, balik rumah jer, terus tertido..letih sgt. N time malam bila on9, mood pon macam kelaut. Lagi pon saya odwy pemulihan diri.. Insyallah..lepas ni semua back to normal.


Ok..berbalik pada tittle.. kat n3 kelmarin  ramai yang komen tudung yang saya pakai macam pic atas tu cantik..cun..jelita..hehehe..tudung yer..bukan saya.. Ekceli tu shawl..memang senang sangat pakai sebab kain jenis cotton yang lembut, jadi memang pakai terletak elok jer. Dan harganya pon..sgt2 murah just RM25 sajer. Tapi memang limited stock. Sekali borong saya ambik 3 kaler iaitu kalo coklat (macam pic atas), kaler merah & hitam.
kaler merah ni paling suka.. Bila pakai, teserlah je rasa.. 
Mybe sebab kalernya yang naik aura tu.

kaler hitam ni lak.. 
senang nak match dengan semua baju.

amacam?? cun kan shawl suraya ni!
antara pilihan warna shawl suraya

Kat mana saya beli ni?? 
Just online shop. Jadi sesiapa yang berkenan bolehla skodeng

Tapi saya tak pasti sama ada shawl suraya ni masih ada stok ke tak. Tapi boleh la tanya owner dia.. Kot2 dia nak buat lagi shawl suraya ni. Saya pon memang berkenan sgt dengan shawl ni. Salah satu faktor, keselesaannya.

Ayu jelita bersama SHAWL SURAYA
hehehehehe..

Wednesday, December 28, 2011

Geng K.A.M.I

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Salam ketemu kembali.. Beberapa hari ni memang jarang buka blog n FB. Sebab..... xtau nape.. Tapi macam xde mood. Saya pon mcm krg kesempatan nak BW late ni. Kalo BW pon petang2 @ malam lepas balik kerja.  Lagi pun sekarang saya sibuk mengubati diri saya ni. Kali cuba kaedah alternatif lak.. Bukan jumpa bomoh2 yer.. Tapi cara perubatan islam. Insyallah..mana tahu, andai diizinNya..paling kurang dapat ringankan penderitaan atas penyakit yang saya tanggung selama ni. Amin..amin... mudahan begitulah.

Berbalik pada tajuk.. last week ada majlis penyerahan bot/kapal $%^#$$%^ kat ofis saya. Jadi adatla, kaum2 perempuan agak bz prepare segala keperluan. Lagi2 geng2 pompuan kita ni berapa kerat ajer..lain2 semua lelaki macho. Saya tak masukkan pic2 semasa majlis tu.. sebab bagi saya private & confidential.. hehehe.. Tapi... macam biasa.. aksi posing sesama ofismate tu mestilah adakan.. Jom layan.. nak bercerita panjang ideal ni kering kontang lagi

ewahhh kemain lagi

senyum... senyum...
 time ni ada 2 kamera, tak tau nak tgk y mana

air sirap sedappppp!! kussss

dengan kak suraina

&...adik ain cumil

masa utk m'tapauuuuuu nasi bukhari ,

offshorewomen.. boleh g2??

senyuman ayu dari kami ..:-)

Pejam celik..pejam celik... dah sampai ke penghujung tahun. Tinggal beberapa hari j lagi untuk kaki kita melangkah ke tahun baru & bermakna..usia kita meningkat lg.. Dan peningkatan usia tu, bermakna kita makin kembali kepada-Nya.. Semoga kita semua selalu di bawah lindungannya. Plan, bulan 1 ni nak ke KL. Itu pon kalau jadi. saja nak pergi lepas org dah habis cuti skolah... hehe..

Tuesday, December 27, 2011

SLOT AKASIA : SINOPSIS GEMERSIK KALBU

Gemersik Kalbu merupakan rama terbaru mengantikan TENTANG DHIA dalam slot akasia. Apa yang saya tahu, drama GEMERSIK KALBU ni juga adaptasi dari sebuah novel " GEMERSIK KALBU ". Yang pasti.. novel gemersik kalbu mmg syok habih!. Adakah GEMERSIK KALBU akan kembali menjadi fenomena macam NORA ELENA?? 


SINOPSIS DRAMA GEMERSIK RINDU

Mengenai kisah suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil selepas ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia.

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang mempunyai kerjaya sama dengannya membenihkan bibit-bibit percintaan. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan Ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Kehadiran Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana kerana baginya cinta bukan satu paksaan mahupun lahir atas rasa simpati. Sufian yang begitu bersungguh memenangi hati Raihana telah berjaya menjerat si gadis itu dalam satu ikatan perkahwinan. Namun, Raihana bersikap dingin dengan membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta kerana Wan Ariffin masih segar di hatinya.

Mampukah Raihana menerima keikhlasan dan kasih sayang Sufian, suaminya yang sah dengan sepenuh hati? Jangan lupa menantikan Gemersik Rindu yang akan disiarkan mulai 2 Januari 2012 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7.00 malam.

Pelakon : Aqasha, Ayu Raudah, Fazreen Rafi, Anzalna, Dian P.Ramlee, Rahim Jalani dan Khatijah Tan.

SINOPSIS NOVEL GEMERSIK KALBU


Raihana ... seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup. Sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya kerana ibu bapa mengalami desakan hidup. Dia merasakan dirinya terbuang dari keluarga. Dan apabila neneknya meninggal dunia terkontang-kanting lah dia mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri. 

Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Wan Ariffin yang merupakan anak kepada ibu angkatnya yang juga kawan baik kepada makcik Raihana.

Setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul. Dia keliru, sebak, dan terperangkap dalam diri sendiri. 

Hadirnya Sufian tidak memberi makna dalam hidup Raihana. Baginya cinta bukan paksaan. Juga bukan simpati. Cinta Wan Ariffin masih di hati, masih terasa di sanubari. Raihana mengunci hati. Enggan membiar cinta itu pergi. Mendakap erat ikrar kasih sehidup semati.

Rancangan Sufian berjaya menjerat Raihana dalam satu ikatan perkahwinan. Namun hati tiada rela, namun hati tiada sudi. Akhirnya Raihana membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta, tanpa mesra. 

Hanya Sufian yang bersungguh-sungguh mempamerkan rasa, sedangkan permaisuri hatinya dingin dan kaku. Sufian percaya suatu hari nanti pasti Raihana akan membuka pintu hatinya untuk insan yang bergelar suami.

Masa berlalu, Raihana tetap begitu. Sufian bagai hilang arah. Terlalu lama Raihana menidakkan kehadirannya. Raihana perlu disedarkan dari mimpinya. Dan Sufian tekad ....

Rancangan Sufian disokong oleh adiknya, Azila. Bersama sepupunya, Darlina. Sufian berlagak kononnya dia mempunyai kekasih lain. Raihana yang sudah mula belajar merindui Sufian berasa tertekan. Cemburu menyelinap dalam dirinya. Tapi apa kan daya. Untuk mengakui hakikat dia tak berani apalagi meminta Sufian memahami dirinya. Tinggallah dia merintih keseorangan.

Kebenaran terserlah. Sufian mengaku dia hanya membohongi Raihana tentang dirinya berkahwin lagi dan juga tentang dirinya telah ternoda. Itu semua rancangan Sufian untuk membuat Raihana mencintai dirinya. Dan Raihana akhirnya, menerima Sufian sebagai suami. Dan amat bersyukur kerana Sufian tidak jemu menantinya dan Sufian adalah lelaki yang ditakdirkan untuk dirinya.

Sunday, December 25, 2011

Dua Hati


amin,,,
mudah-mudahan "HATI KAMI SUAMISTERI"
akan terus bersama hingga ke akhir hayat.

Saturday, December 24, 2011

Amalan Romantik Suami Isteri

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Salam weekend buat orang pantai timur.. Ingat dah x update, tapi tadi terjumpa satu artikel menarik untuk suamisteri kat FB.. So haruslah dikongsi bersama.. Biar hubungan kita suamisteri sentiasa disulami suasana romantik hingga ke akhir hayat.. Bukan di awal perkahwinan ajer yer... Biarlah..tiap hari sayang.... Jom kita amalkannya demi keharmonian hubungan kita suamisteri & demi kebahagian keluarga kita juga.

google

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

~ TIAP HARI SAYANG ~

Thursday, December 22, 2011

Sepetang bersamamu

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Lewat update hari ni.. Sebab semalam x sempat nak draft awal2 & autopublish je pagi ni sebab semalam ada kematian . Pagi tadi baru balik.. Sampai rumah pon dah lewat, terpaksa ambik EL. Al-fatiha , semoga arwah tenang di sana..amin..

Berbalik pada tajuk, sepetang bersamamu..Cewahhh, kemain lagi bunyi. Petang kelmarin selepas balik kerja sempat keluar date denga ana x-trainning kat ofis saya. Huhu.. sekarang kami dah kamceng kat luar. Walaupun ana ni jauh lebih muda dari saya, tp dia memang gud listening. Kat sini hujan lebat kelmarin.. masa keluar tu, cuaca gelap... Tp xtau nak kemana..last2 melepak kat tepi pantai jer.. Tapi skejap jer, sebab tiba2 hujan turun dengan lebat, so kami bertiga-an melepak dalam kereta di tepi pantai. Huhu..seriau tgk ombak besor g2... Ada gak yang berani merisikokan diri duk dekat dengan ombak tu.. huhu..

aik,,, tenggok asya & kakak ana punya senyuman cam sama je..

pisss yoooooooo!!

"Keamanan untuk KITA "

 Hehehe..gambo supe tuler jer ork... nak wak gane... 
kalo x letak..rsa sayang.. sebab suka tgk pic ni sume.

Memang boleh join dua org ni..Kaki posing mosing
Asya ni mmg suka giler kat kakak ana ni. Kalo gtau je nak jumpa
eksited kemain g.. hehe

Best pic dari asya... wahhhhhh..dunia ini milikku!

Huhu.. late ni mood nak b'blog kurang sebab kurang sihat dari segi kesihatan, jiwa & mental.. Betul2 nak rilekskan diri.. Nak biarkan tekanan ni pergi jauh2.. Supaya hati senang,, Tapi.. sgt2 bersyukur..kerana dalam kedaan begini sentiasa ada orang yang support diri ni supaya kuat.. Terima kasih ana... xtau nak kata apa.. Tapi dia memang ada saat saya perlukan seseorang . Seorang adik yang terbaek untuk kakaknyer. DAN tak lupa buat suami tercinta, Fain yang sentiasa di belakang sejak dulu lagi. Terima kasih kerana sentiasa bersama & menenagkan perasaan isteri dia ni. Terima kasih atas kata2 semangat & terima kasih sebab teman saya menangis.. Rasa puas bila boleh lepas segalanya.. Dan tak lupa buat asya sayang,,, bila tgk mama dia nangis dia peluk mama & lap air mata.. huhu..makin laju la air mata ni mengalir.. Sambil lap asya kata " sian ke mama.. mama jgn nanges eyhh"..Kata-kata asya tu buatkan saya sgt2 terharu. Dan itu membuatkan saya terus kuat untuk melangkah ke depan..insyallah.. ALLAH ITU SELALU BERSAMA KU :-)

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday : Inilah Gaya Saya :-)

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Inilah gaya saya ;-)

Inilah gaya saya dengan muka mashammm catumm!
Ada paham aper itu masham catum??

Inilah gaya saya yang penuh eksotik.
Dok tau la tang mana eksotiknyer...ngeh2

Dan..inilah gaya saya yang sebenar..
Suka senyum!!

" Happy Wednesday "
Have A Nice Day

-->akan cuba BW ptg/mlm ni.. sebab kelmarin smpat terjah mana yang sempat jer.. Skarang saya memasuki ZONE BULAN MENGAMBANG. Jadi mood tu lain sket..

Tuesday, December 20, 2011

Resepi Mahligai Bahagia

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Sekadar ingin berkongsi satu artikel yang saya jumpa kat FB.. Manatau.. dengan mencuba "RESEPI" ini.. dapat melahirkan MAHLIGAI BAHAGIA antara suami isteri..
Jom try!


semoga bahagia ini milik kami hingga ke hujung nyawa.
amin


Bahan-bahannya:
  • 2 kg penuh pegangan teguh kepada Allah dan ajaran Islam serta berpandukan Quran & Sunnah.
  • 1 kg rasa cinta dan kasih sayang yg sentiasa membara.
  • 1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
  • 4 cawan rasa tanggungjawab
  • 3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
  • 2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda.
  • 2 cawan pati kemanusiaan
  • 2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan.
  • 1 cawan rasa kepuasan.
  • 1 cawan budi bahasa.
  • 1 cawan perasaan timbang rasa.
  • 1 cawan tolak ansur dan toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan 2 pihak.
  • 2 gelas ucapan terima kasih utk disiram selalu.
  • 1 sukatan peruntukan kewangan yg mencukupi
  • 2 orang anak kecil sekurang-kurangnya.
  • 4 cawan penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting utk kita jadikan amalan diet kita)
  • Secubit campur tangan mertua
  • Curahkan kerjasama yg perlu dan persediaan kerjaberpasangan dan perkongsian.

Cara membuat atau mengamalkannya:
1. Kita adun dgn cermat semua bahan² di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.
2. Isikan dengan bunga-bunga cinta yg segar dan panaskan dgn bara api kesetiaan dan kejujuran.
3. Hiaskan dgn dua org anak kecil dan bolehlah ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing².

Peringatan:
Jangan sekali-kali dihidangkan dgn sikap dingin dan lidah yg berbisa. Makanan kalau sesedap mana pun jika dihidangkan dgn sikapdingin akan menjadi hambar. Hiaskan dgn senyuman manis penuh kasih sayang.

Sesekali bawalah hidangan ini utk menikmati bersama ditempat peranginan ketika berbulan madu dahulu agar kemanisannya tetap kekal. Seperti juga masakan, kita mesti menaruh serbuk perasa.

Serbuk perasa resepi perkahwinan bahagia ialah keimanan, kesabaran dan kesungguhan kita utk mencapai kebahagiaan tidak kira berapa besar pun pancaroba yg melanda.

~ A.M.I.N ~
Semoga Mahligai Yang Kita Bina Kekal Bahagia Hingga Ke Hujung Nyawa

**Waktu BW sy lewat sikit yer, sbb sy BW kat rmh, lps balik kerja.. Kat ofis x sempat, kalo sempat pon time breakfast/lunch hour... Take care semua :-)

Monday, December 19, 2011

Ekspresi Wajah

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Sekadar gambar-gambar ekpresi wajah asya. Gambar ni last month punyer. Macam saya pernah gtau dulu, asya & stage xleh dipisahkan...asal nampak jer.. dia nak feeling jadi artis... hehe... Jom layan ekpresi wajah asya y penuh perasaan menyanyikan lagu " KISAH HATI ".

peewit... persembahan pembukaan

Dengan penuh gaya

Muka penuh feeling time nyanyi ni

ni mesti sebut perkataan "mu".. sampai muncung mulut

pitching larikkkkkkkk

penuh ekpresi

yeayyyy!!! HABIS!

SEKIAN DULU NYANYIAN ASYA BUAT SEMUA
BYE !!

Asya 3rd Birthday Bash : Riang Ria Di Usia 3 Tahun!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua !

Sekadar tempek saki baki pic masa birthday asya bulan 11 baru2 ni.. Pic kenangan bersama sebahagian tetamu yang hadir.. Jom cuci mata jer.. Nak bercerita bagai.. mood non ada.. Still in dilemma :-(
Let's pic talking!













tenkiu semua... !

ENTRI BIRTH ASYA:

Presenting : Asya Birth Celebration On 4.11.2011

Asya 3rd Birthday Bash : Dekorasi

Asya 3rd Birthday Bash : Birthday Girl !

Asya 3rd Birthday Bash : Famili Kecik Kami !

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (79) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)