Tuesday, January 31, 2012

Good Night!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

picas fresh ni..
baru je beberapa minit lepas snap ni.

Asya just nak ucap Selamat Malam Buat Semua!!!
HAVE A SWEET DREAM

Makan Besar : CNY !! Gong Xi Fa Chai

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Walaupun agak lambat dah keluar n3 ni.. Sebenarnya x ingat & kekurangan moog untuk bblogging late ni. Entahla..letih..mcam2 rasa.. Berbalik pada tajuk entri...Wahhhh.. baca tajuk cam xleh bla jer kan??? Hihi..makan besar kah?? Besar sangat ker?? Ekceli ni makan famili2 jer.. time cuti CNY baru-baru ni. Harap time2 cuti gini jer boleh kumpul adik beradik. Sedia maklumla..saya anak bongsu dalam famili & jarak antara saya dgn abang & kakak2 sgt jauh bezanya.. Jadi "adik manja" la... hehehe.. Jadi.. kalo tengok memang usia saya dengan adik beradik saya jauh.Yang nampak ala-ala seusia saya lak tu..semua anak2 sedara. Yang paling tua umurnya 22 tahun just beza 5 tahun jer dari saya. Jom la layan seciput koleksi picas yang ada.. Ekceli banyak lagi..tapi ntah kemana simpannya.. Jadi.. layan je la apa yang ada ni.

Famili kecik saya.

Ni sebahagian ..anak2 sedara & abang2 saya.. Yang lain2.. xde dalam gambo. Ntah kemana pic yang lain2 tu.. Ghaib ke mana ntah.. Yang nampak ala2 beruban tu... abang2 saya.. Kalo y ala2 muda remaja tu..anak2 sedara.

Mesti ada gambar dia ni.. Penyeri entri :-)

Dan..pic candid..tengoh kekoh epal ni...
Faham apa itu "kekoh" ??

Last but not least.... Nasi Goreng USA. Hehehe.. satu ni jer yang sempat snap.. sebab yang ni dah selamat hadam dalam perut saya.. 

Sekian aje la kisah CNY tahun ni.. Cuti kali ni xde kemana-mana pun. Saya pon just cuti sehari jer.. selebihnya dah mula bekerja. Dan xtvt dgn famili lak.. hampir setiap malam..makan besor jer.. Takpe..orang belanja.. Kita terima :-) Plan nak ke air terjun pon cancel.. sudahnya...abang saya pon dah selamat kembali ke KL Lumpur.. So, CNY baru ni... kawan2 ke mana?? mesti banyak xtvt best2 kan???

Monday, January 30, 2012

Pantai Teluk Cempedak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat datang ISNIN. Semoga hari ni semua ada semangat nak bekerja.. Termasuk saya gak... harap ada semangat nak memulakan tugas.. Saya xde idea sgt nak bercerita, sebab ada macam2 masalah kebelakangan ni. Saya just nak share pic yang sempat di ambik kat Pantai Teluk Cempedak dalam 2-3 minggu lepas kot. Singgah sini pon dah dekat nak maghrib.. Jadi sekejap je duk sini.. sebab cuaca dah gelap time tu.. Jom layan picas princess kesayangan saya ni yang suka sangat bila tengok air pantai.. 

pisssssss...kacang pis :-)

senyuman ni..orang kate copy-paste saya punya senyuman.. hehe

a walk to remember

macam buat catwalk lak

wajah kegembiraan.. dah lama benar xsampai sini

ada aksi citer hindustan kat sini. hehehe

last part sebelum balik... ada jer kena tax... huhuhu.. 
kalo tak.. mau jerit x hengat dunia

Ok ar... xtau la, memang beku nak berfikir.. rasa stress jer.. ish..ish.. bahaya! Sangat2 x elok untuk kesihatan diri. 

Saturday, January 28, 2012

K.E.H.I.L.A.N.G.A.N

Kata-kata Indah Peneman Di Hari Sabtu Yang Dingin
Kat kemaman ni hujan lebat sejak semalam lagi... ayoooo... lena tido..

Friday, January 27, 2012

10 Petanda : Dia Jodoh Kita

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam bertemu di Jumaat Nan Indah.. Semoga kehidupan kita lebih diberkati. Kali ni saya nak share artikel yang agak menarik. Saya jumpa kat satu page di FB. Jadi saya terasa nak share kat sini. Tentang JODOH kita & siapakah pasangan kita. Sesungguhnya, hanya tuhan yang lebih mengetahui. Mungkin dengan sedikit perkongsian ni, boleh membuatkan seseorang itu lebih berhati-hati untuk memilih pasangan hidup masing-masing.. jom tengok artikel bawah ni :-

-----------------------------------

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera :
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Ya Allah... Kekalkanlah JODOH KAMI hingga ke akhir hayat kami.
Aku percaya inilah JODOH terbaik buatku.
Aku percaya... setiap aturan-Mu adalah terbaik buatku.
Peliharakanlah hubungan kami suami isteri & penuhilah rasa kasih & sayang antara kami hingga ke akhir hayat. Aku bersyukur dengan pertemuan ini..amin.

Thursday, January 26, 2012

Wordless Thursday : Demam PEACE!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Masih dalam mood cuti..walaupun dah 3 hari bekerja..
 Uols semua dah mula kerja atau still cuti??
maintain senyum untuk mama
PEACE!

Demam + Selesema
Get Well Soon Dear

Sunday, January 22, 2012

Pertemuan & Perpisahan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam bertemu di ahad yang indah.. Semestinya ramai yang mengambil peluang hari ni untuk balik kampung. Jadi sempena musim perayaan ni.. Berhati-hatilah di jalan raya.. Tak nak ada berita-berita yang tak diingini lagi.. 
Dalam sebuah percintaan, janganlah kamu sesali perpisahan tetapi sesalilah pertemuan. Karena tanpa pertemua tidak akan ada perpisahan. Menikahlah dengan orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada menikahi orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita karena adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Saturday, January 21, 2012

Al-Fatihah : Izwan Pilus Meninggal Dunia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam takziah diucapkan pada keluarga Arwah Izwan Pilus yang telah kembali ke rahmatullah. Izwan Pilus merupakan abang kepada Aril AF & merupakan penyanyi lagu Kembali Senyum yang di ambil dari Drama Korea terkenal Full House. Semoga arwah tenang disana.. Al-fatihah..

Saya tahu berita kematian Arwah dari FB Tentang Dhia..

SEMOGA ROH ARWAH DICUCURI RAHMAT
AMIN

Friday, January 20, 2012

Aquarium Baru Untuk Asya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 Bertemu kita di hari Jumaat yang indahmestinya hari ni waktu yang ditunggu .. Sebab Jumaat merupakan hari weekend kami di trg ni. Semoga semua dikurniakan dengan kesihatan yang baik2 hendaknya.. Bagi yang nak balik ke kampung tu... hati-hati yer. Saat ni saya tunggu Fain ni... nak ke Kuantan. Sementara tu..update blog sekejap... Hehehe.. balik nanti baru saya BW yer..
 
Berbalik pada tajuk n3, seminggu @ 2 minggu lepas papa asya belikan aquarium baru untuknya. Asya ni hobi dia suka bela ikan yer.. Saya lak suka kucing.. Berlawan la hobi ni... Asya joint papa dia minat dengan ikan.. Tapi betul la kata papa asya.. kalo tension-tension.. duk jer termenung depan aquarium... tgk gelagat ikan2 tu.. dengar bunyi air. Boleh menenangkan jiwa.. 

 Inilah rupa aquarium baru asya.. Masa ni main letak-letak jer.. Xde deko-deko lagi. Ikan pilihan lak semestinyalah ikan Gurpy(eyhhh betul ke eja ni). Kalo bela dia banyak-banyak..memang cantik..Nampak kalerful & body dia y berkilat tu menambah seri. Memang rezeki asya la..boleh aquarium baru...kalo x..memang xde nak beli barunya....

SEMUANYA GARA-GARA

Balang ni pecah...retak seribu,.... uwaaaaaaa.. Saya lebih suka dalam guna balang besar ni.. Sebab lagi cantik bagi saya. Macammana pecah?? semuanya kerja asya.. maik ketuk2 balang ni.. Tup..tup dengar dia panggil " Mama..bakpa kuor air "... Sekali pergi tengok, balang ni dah meretak & air dah mula meleleh.. Mujur Fain ada... cepat2 pindahkan ikan & terus ke kedai beli aquarium baru tu.. Huhu..memang rezeki asya la tu..


Dalam kenangan terindah.. Balang ni dibeli dengan harga RM40. Kiranya agak mahal la ... kalo nak compare dengan aquarium yang baru beli tu just RM35 saje.. Saiz aquarium tu pin besar dari balang ikan ni.. Huhu... bersemadilah kamu balang ikan yang indah ni..

Thursday, January 19, 2012

FLIZ Star *

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah..akhirnya sampai gak penghujung minggu.. Yessss!! Esok weekend, plan nak ke Kuantan.. Tu pon kalo jadi la. Tujuan nak ke spital ambik appoitment date baru.. Dan... hantar kakak saya ke spital sebab sekarang kakak saya sedang bertarung dengan ujian yang amat kuat.. Saya harap dia tabah setabahnya.. Saya teringat semasa saya koma mengandungkan asya dulu, kak long saya sanggup cuti tanpa gaji sebab nak bergilir dengan Fain menjaga saya. Dan banyak lagi pengorbanannya time saya sakit dulu.. Kini tiba masa dia melalui keperitan itu.. saya sebagai adiknya akan terus disisi untuk memberikan sokongan.. Buat semua rakan-rakan blogger.. jangan sesekali lupa/skip untuk jalani ujian Pap smear.. Jangan fikirkan tentang rasa malu, sebab apa yang penting kita sihat.. Sekian.. itu nasihat dari saya y x seberapa..

Owhhh.. termelalut lak.. Berbalik pada tajuk entri FLIZ Star.. Kalo pembaca blog saya yang lama2 mesti dah tau sape FLIZZ STAR kan?? Sebab selalu saya entrikan kisah KAMI ni dulu.. Jadi kali ni 1st entri tentang FLIZ star bagi tahun 2012. Mesti ada yang tanya apa itu FLIZZ STARkan?? Ekceli inilah group bestfriend saya sejak zaman belajo & hingga kini. Susah senang suka duka,... memang kami TETAP BERSAMA. Lama-lama sekali kami akan berjumpa untuk luangkan masa bersama. Jadi, Isnin baru-baru ni balik kerja..terus bersiap sebab nak date dengan FLIZ Star

FLIZ STAR... Dari kiri, Fidah, Lya, Irma dan Zaty.
Hehe..kebetulan plok duduk dalam susunan erk.. padahal xde rancang2 pon.

Baby-baby FLIZZ STAR. Tunggu zaty jer nak join club ibu-ibu ni.. Bila lagi yer semekss??

Lepas melepak kat rumah Irma.. Kami bertiga terus pegi KFC..makan-makan sambil bercerita macam2 hal.. Sebab sesekali jumpa tu..banyak perkara yang nak diceritakan.

Fidah & baby amila.

Bersama anak tersayang.. Penghibur hati yang lara.

Asya yang sentiasa tersengeh... Always... selalu tersenyum.. Macam mama dia jer erk?? suka senyum.. hihihi.

Asya & Amila.

wahhh..melentok manja asya dengan kakak jati (zati)

Dan azan maghrib, terus ke Surau Casa Limbong.. Sementara tunggu solat, layan anak-anak main kat PG sekejap.. Eyhh..perasan tak speck asya & amila sama.. Ni masa jalan2 kat Casa Limbong... si amila nak sgt spek tu.. Terus ibu dia belikan 2 untuk asya & amila.. Bertambahla koleksi spek asya.,. Lepas dah settle semuanya..Kami semua pun berpisah.. Moga bertemu lagi FLIZ STAR! Miss u so much..

Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday : Fitting Room Pon Jadi....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Opsss... tiba-tiba terasa nak update blog malam ni..
boringla.. tunggu Fain balik keje.. x sampai2 lagi.
Fitting room Padini...
Sales giler2!

Wordless Wednesday : Cheque Ke-7 Nuffnang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Syukur alhamdulillah... hasil berblog yang tak seberapa..
Terima kasih buat semua teman2 blogger.. & yang sudi menyinggah di sini..

T.E.R.I.M.A  K.A.S.I.H
sudilah hadiah BE baru yer.. kesian sangat..Dah x lebat BE kat sini abe Nuffnang.

Tuesday, January 17, 2012

Rasamas : Malaysia's Favourite Roaster

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam bertemu kembali di hari Selasa yang indah... Semoga semuanya berada dalam keadaan baik-baik saja.  Kelmarin saya x sempat nak BW lepas balik kerja sebab dating dengan geng FLIZZ STAR. Entri akan menyusul kemudian. Balik-balik pon dah malam...keluar lak dengan Fain kejap..  Ingat balik rumah malam tu nak ngadap laptop jap..nak BW.. Skali...satu laptop tu berebut 3 orang.. mula-mula Fain yang layan... sambil2 tu saya kemas-kemas rumah... Lepas tu..turn asya lak nak tengok kartun Tweety dia.. skali nak ambik bukan nak bagi dah.. Last-last tertidur...Sempat buat n3 ni jer,, huhu... Petang ni, balik kerja saya BW sepuasnya..

Berbalik pada n3, last week sempat merayap ke Kuantan.. Jalan-jalan cuci mata.. Bila cuci mata ada jer yang berkenan.. Yang selalu dapat saper lagi kalo bukan Asya.. Xpela... anak sorang. Lepas puas-puas meround mestilah perut nak di isi. Tak makan nasi lagi hari tu.. Kebetulan time tu kat Megamall Kuantan, ingat nak ke Mc D jer... Tp fikir2... baik cari makanan kenyang terus. Perut orang melayu sejati kan.. Mesti nak nasi gak.. Terus bertukar arah ke Rasamas.. Nak ke Kenny Rogers... mahal dok oh lalu... sekali sekala boleh la..

steady bohhhhh!! asya ralik main conteng2 ABC kat kertas tu.

MENU PILIHAN KAMI
SAVE BUDGET

Kali ni pilih Combo Set, jimat & menguntungkan.. Just tambah nasi jer sebab ada bagi 1 set complete dengan nasi..Dan satu set lagi juat ayam saja.. Tapi besar. Menu ni complete dengan air untuk 2 orang & Aiskrim Vanilla 2 scoop. Semuanya dengan harga RM27.00++ . Kalo kat KR xde nak dapat harga gini.

Saya pilih rasa LOCAL

Dan Fain pilih rasa WESTERN. Just tambah nasi untuk set ni dalam RM2++.

Dan aiskrim ni.. confirm dapat kat dia.. Suka sgt dapat peluang makan aiskrim.

Suka tenggok asya sekarang.. sebab makin berselera makan. Makin sihat & x macam dulu. Asyik sakit sokmo. Sekarang pon dah lama x bwk dia checkup pakar.. Appoitment tu, beberapa kali ter-skip. Sampai sekarang x ambik pon lagi date baru.. Begitu gak untuk saya.. pon x ambik2 lagi date baru.

Tuan rumah harus interframe.. Huhu.. mekasih abe sayang... belanja makan yer..

Dan..si kecil tersenyum kekeyangan... erkkkkkk..

Total makan kat Rasamas just RM33++. Itu pun sebab tambah nasi 1 & charge untuk tukar air segelas , service charge & gov tax. 

Monday, January 16, 2012

Dia H.A.T.I Ku

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam Isnin semua & selamat memulakan kerja hari ni.. Saya y di pantai timur dah start kelmarin. Masih melalui hari2 blues.. Biasalah.. sebulan sekali mood blues skit. Kelmarin lak..seharian melipat pelan-pelan kapal. Nak lipat pelan pon kena ada skill dia, bukan main redah jer.. Nampaknya..bersambung lagi hari ni.. ye la..projek kapal ni 9 bulan... mau tak banyak pelan tu.. Bongkar satu kapal. Masih Xde idea nak menulis sesuatu kat sini sebab otak beku. Jadi... saya gunakan medium...lirik lagu untuk meluahkan segala rasa.. Semuanya demi Cahaya Hatiku... Nur Fasya Afrina Binti Mohd Fain... Dia HATIku.

P.E.R.C.A.Y.A  P.A.D.A.K.U

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

PERCAYAKAN mama..... mama akan sentiasa menjadi yang terbaik untukmu. Mama akan sentiasa ada di sisi asya sehinggalah sampai waktu mama pergi. Tapi... sebelum mama pergi, mama akan pastikan asya akan berjaya di dunia & akhirat. Kasih sayang mama akan kekal mewangi hingga ke akhir hayat & akan sentiasa menemani hari-harimu.

Sunday, January 15, 2012

Wordless Sunday : C0-ngek Ca-ngung

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat hari Ahad.... Masuk hari bekerja buat yang di pantai timur.. Selamat bekerja semua...& selamat berweekend untuk utara, selatan & barat... hehehehe...

DAN

Selamat Mengambil Duit BR1M 
Buat Mereka Yang Dah Tersenarai
(Fain xtau ada ke x dalam senarai... x check pon lagi)

happy faces at playground

**masih menempuhi hari2 sengugut dunia... argghhhh!

Saturday, January 14, 2012

Melalui hari-hari WAJIB

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam saturday semua.. Salam weekend jugak buat semua. Kat Kemaman ni dah 2-3 ari hujan lebat. Hujan memanjang... Suasana dingin jer,, nak tdo sokmo rasa. Huhu.. hari ni mood lemau sgt... sebab sedang mengalami hari-hari wajib setiap bulan bagi seorg wanita.. Punyalah sakit belakang, perut & lenguh-lenguh kaki yang amat, Rasa krem habis kaki-kaki ni.. Saper ada petua nak melegakan sengugut yer?? Meh share dgn saya.. Memang tak tahan tang kaki.. asyik krem j manjang.. Mybe sebab bercampur dengan suasana sejuk & hujan.. tu badan jadi makin sakit.

budak comel bangun tdo...
bagi flying kiss buat semua!!

Kelmarin... seharian saya pergi buat rawatan alteratif.. sebab tu x sempat nak update blog / bw pon kelmarin. Memang letih yang amat.. tapi kena la bersabar sebab semua ni ikhtiar untuk kesihatan diri gak. Mudah-mudahan ada perubahan positif.. 

Thursday, January 12, 2012

Mama & Cintanya Yang Tidak Pernah Habis

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Mama & Cintanya Yang Tidak Pernah Habis... Yap... itulah perasaan seorang mama.. Kasih & sayangnya tidak pernah berkurangan dimakan usia...malah bertambah menebal buat seorang anak. Cinta mama pada anaknya melebihi nyawanya sendiri... Melebihi segala yang dimiliki , rela bekorban apa saja.

Tak kira..siapakah anda... samaada mama, ibu, ummi, mak, bonda, mummy dll... kita sebagai seorang yang membawa satu zuriat didalam rahim sangat istimewa. Istimewanya kerana mempunyai kekuatan yang amat luar biasa walaupun dalam keadaan diri kita yang begitu lemah..tapi... perasaan seorang mama,ibu,mummy,ummi,bonda,mak....sangat kuat..sangat tabah & penuh dengan nikmah kasih sayang.

Keletah dia selalu menghiburkan hati ini.. Sifatnya...selalu menemani hari-hariku. Gelagatnya.. selalu menceriakan hidupku. Kehadiranmu merupakan anugerah yang tiada nilainya. Betapa kamu...begitu istimewa di hatiku. kasih sayang ini tidak akan pernah putus.. Akan terus mewangi hingga ke akhir nafasku. Mama ingin menjadi milikmu hingga ke akhirat kelak..

Anakku sayang... jadilah kebanggan mama & papa suatu hari nanti. Selalulah ingat segala pengorbanan mama & papamu itu. Segala pengorbanan mama & papa dalam membesarkan asya..bukanlah untuk dibalas... tapi cukup sekadar dihargai. Betapa besarnya harapan mama untuk melihat asya berjaya di dunia serta akhirat. Kerana ..asya lah satu-satunya permata yang mama & papa ada. Terima kasih atas anugerah-Mu ini Ya Allah. Amin !!

Sabda Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang maksudnya: 
“Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (136) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (97) MyHappyFamily (79) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Ramadhan (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (44) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (27) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (21) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Tempat Makanan Best Di Kuantan (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) Mamalovefasyafrina (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1)