Friday, January 27, 2012

10 Petanda : Dia Jodoh Kita

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam bertemu di Jumaat Nan Indah.. Semoga kehidupan kita lebih diberkati. Kali ni saya nak share artikel yang agak menarik. Saya jumpa kat satu page di FB. Jadi saya terasa nak share kat sini. Tentang JODOH kita & siapakah pasangan kita. Sesungguhnya, hanya tuhan yang lebih mengetahui. Mungkin dengan sedikit perkongsian ni, boleh membuatkan seseorang itu lebih berhati-hati untuk memilih pasangan hidup masing-masing.. jom tengok artikel bawah ni :-

-----------------------------------

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera :
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Ya Allah... Kekalkanlah JODOH KAMI hingga ke akhir hayat kami.
Aku percaya inilah JODOH terbaik buatku.
Aku percaya... setiap aturan-Mu adalah terbaik buatku.
Peliharakanlah hubungan kami suami isteri & penuhilah rasa kasih & sayang antara kami hingga ke akhir hayat. Aku bersyukur dengan pertemuan ini..amin.

22 comments:

Nazayiena said...

Semoga jodoh yg dipertemukan dgn kita ini kekal selamanya ya Lya....

fieda said...

alhamdulillah..akhirnya dialah jodoh kita..

AdaM Hawa : klik!klik!ceritaku! said...

TQ share benda ni.. hehehe.. pas ni leh tengok.. ada x yang kene.. ;)

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

semoga kita sama2 dipanjangkan umur & jodoh, cantik gambo tu so romantik

Masya said...

jodoh ajal maut semua ketentuan allah s.w.t kt digalakkan berusaha.. dan seteusnya bertawakal....

pembuka selera tu jiran sebelah rumah yg bg (ikut citarasa kelantan) memang sedapp.. kali ni dia msk x mains sgt..

Salina@IbuAqil said...

Jodoh yg terbaik dari Allah swt..
Syukur alhamdulillah!!
Semoga ianya kekal hingga ke syurga..
"Ya Allah!! Jadikan aku ketua bidadari pendampingnya di Syurga nanti.. Amin!!!" ;)
Happy weekend dear & TC!! ;)

sue zainun said...

Insyaallah..semoga jodoh Lya dan suami kekal hingga akhir hayat, bahagia dan hepi2 selalu..aminnn :).kalau merajuk skit2 tu biasalah tu yer..adat berumahtangga..hihi ke xde merajuk2? :p

syawalsimpsons said...

ala so sweet gambo tu..mmg terbaik tu..suke jaa tengok

Tea said...

Amin...

Moga jodoh itu kekal hingga ke syurga..

Phat said...

semoga kekal ke akhir hayat amin

IntaNBerliaN said...

semoga jodoh kita akan hidup bahagia n kekal hingga ke syurga bersama jodoh kita.. :-)

Fieza79 said...

setiap insan dah ditentu kan pasangan yg terbaik...

tq for sharing Lya..

saffiya_aleesya @ echa said...

moga jodoh yang ditentukan oleh Allah ini akan berkekalan..moga pilihan yang dibuat ini akan jadi pilihan yang terbaik

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

insyaAllah, amin..
moga jodoh kalian berpanjangan.. =)

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

insyaAllah, amin..
moga jodoh kalian berpanjangan.. =)

Cho Zila said...

moga apa yang kita miliki hari ini akan kekal selamanyakan.. amin...

munna said...

betul tu...kak munna pun harap jodoh kita dgn pasangan kita adalah yg kekal selamanya

mamalieyna said...

Amin...moga2 jodoh pasangan kita kekal sampai akhir hayat..

~izan~ said...

semoga jodoh kalian berpanjangan ke akhir hayat..amin..

Puan Kutu said...

jodoh semua ketentuannya.syukur dikurniakan jodoh nyang terbaik..:)

~aSHa~ said...

amin..semoga berkekalan hingga ke syurga

wan nurul hezrina said...

semoga allah panjangkan jodoh n kekalkan jodoh kamu berdua..

tapi yang bersahajatuh mmg betul=)

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (135) WEEKEND (111) in N.A.T.U.R.E (98) Kata HATI LYA (96) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) MyHappyFamily (71) INFO (67) MACAM2 ADA (57) Asya's School (56) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) Sinopsis (51) CAREMONY (50) Ramadhan (49) DapurLyaBerasap (47) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Jom Singgah (42) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (39) My L.O.V.E (39) Check-Up (33) NuFF (33) CINEMA (32) D.I.A.R.I (32) Let's Eat (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (28) Video (27) MamaAsya (26) S.A.N.T.A.I (26) Tempat Makan Best Di Kemaman (26) Tempat Makan Best Di Terengganu (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (19) Do It Yourself (18) Villafasyafrina (18) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Novel (15) mama+papa+fasya (15) Artis (14) Bento Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) fasyafrinatraveltales (11) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) DecobyLya (8) Idea Bento (8) Travel (8) Deko VillaCintaku (7) Parenting (7) mama+papa (7) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Family Day (3) Lyafrina's Instagram (3) Public Holiday (3) Tempat Makanan Best Di Kuantan (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) Mamalovefasyafrina (1)