Monday, January 2, 2012

Pembedahan Batin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Apa nak jadi dengan saya kebelakangan ni.. Mood nak update blog bagaikan dah kelaut. Mybe kerana terpaksa bertarung dengan macam2 konflik dalam kehidupan ni membuatkan diri ni terasa letih sokmo. Hari ni saya ambik cuti sebab nak pergi berubat. Kali ni kali ke-3 cuba perubatan cara alternatif ni.. Dan kalo ikut..hari ni dia akan buat "pembedahan" untuk buang darah beku kat dalam salur injap jantung saya. Apa2 pon saya tawakkal pada Allah Swt. Jika diizinkanNya...insyallah.. 

Sayangi jantung anda..
Takkan pernah serik untuk mengukir senyuman buat semua

Apa yang membuatkan kali ni saya nak cuba kaedah perubatan alternatif ni sebab, ramai pesakit yang menghidapi penyakit barah & pelbagai penyakit lagi yang terpaksa lalui proses pembedahan di hospital dan mereka mencuba berubat di sini... akhirnya tak perlu jalani pembedahan sebab penyakit tu mengecut dengan sendirinya. Tapi tak semestinya semua berjaya, sebab ada yang peringkat kritikal tetap ke hospital akhinya. 

Macam saya peringkat ke-4 .. dah kira peringkat yang teruk. Tapi, saya tetap nak mencuba atas dorongan dari Fain, mama & MIL. Mula-mula memang saya xde mood pon nak mencuba.. Tapi saya dapat rasa hasil lebih +ve. Manatau jika diziinkan Allah Swt... saya boleh sembuh. Lagi pon tempat saya berubat ni bukan "tok bomoh" yang main jampi2 serapah n mende pelik2.. Semuanya mengikut kaedah moden & islam. Dalam keadaan saya sekarang ni.. saya xleh nak berpeluk tubuh lagi.. Selagi tuhan berikan saya peluang untuk bernafas di muka bumi ini.. selagi tu saya mesti berusaha untuk sembuh walau dengan apa cara sekalipun...KECUALI.. sesuatu yang melanggar hukum islam..

Baca komen-komen ni semua membuatkan perasaan ni sayu,, Mengharungi usia getir sejak dariremaja lagi.. Seusia 18 tahun saya di uji . Ujian yang amat memeritkan. Hanya tuhan yang mengetahui saat2 &kesukaran yang dilalui itu.
Mila... kawan sejak kecil yang tahu & melihat jatuh bangun dalam kehidupan ni dari dulu. 

Amin,,,amin...
Ya Allah... untuk kali ini.. semoga Engkau makbulkan segala doa hambamu ini
Ya Allah.. Semoga Engkau sembuhkan lah penyakit dalam diri ini
Ya Allah... Semoga Engkau terus cekalkan hati ini..
Ya Allah... Semoga Engkau Panjangkan Usiaku Ini..
Ya Allah... Semoga Engkau terus menetapkan kasihsayang Suamiku Untukku Hingga Ke akhir nafasku..
Amin...


---> sape2 yang tau tempat perubatan alternatif yang lain tolong inform saya yer. TQ

35 comments:

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Isyallah Lya..moga dengan cara perubatan ni..lya dapat sembuh..moga dipermudahkan segalanya..

Izan Ishak said...

izan doakan semuanya berjalan lancar ye lya... dan lya boleh sembuh dengan izin dari Allah..

ieda said...

akak sentiasa mendoakan lya sentiasa kuat ..
akak x tahu bagaimana lya rasa tapi dari apa yg lya ceritakan selama ini suduh cukup utk memahami
kami hanya mampu berdoa buat lya agar lya tabah ..

kesusahan dan kepayahan yg allah berikan ada hikmah di sebaliknya .. akak tahu lya kuat dengan adanya asha dan fain .. insyaallah dikk allah maha mendengar .. ;)

~ yus ~ said...

Usaha tu yang penting Lya. Lepas tu kita berdoa sajalah moga ada perubahan dan bertambah baik kan.

Jangan patah semangat ya.

mamashikin said...

tak salah mencuba kan perubatan altenatif yang lain..semoga semua urusan dipermudahkan yer.

Kakzakie said...

Berat ujian yg Allah berikan pada Lya dan keluarga juga sebenarnya. Kakak doakan moga alternatif ini berhasil Lya

Salina@IbuAqil said...

Insya'allah lya!!! Kita berusaha, berdoa & tawakal.. Segalanya serah pada Allah swt.. ;) rindu sgt ngan snyuman lya & asya.. ;D

suhaina laui. said...

semoga terus tabah lya....usaha dan tawakal seiringan...insyaallah ;)

alia haryanie said...

Amin.selamat tahun baru lya.semoga Allah makbulkan segala doa lya.semoga lya diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia yang berkat,dimurahkan rezeki dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.amin.moga lya bahagia dunia dan akhirat.

Mak Su said...

sedih baca coretan ni... arwah kakak maksu pun dah jalani bedah batin, tapi malangnya nasib x menyebelahi dia... sabarlah... terima takdir Ilahi dgn tenang. kita yg lihat dari jauh suh sabar, tapi org yang alami lebih tahu masalah mereka. take care

ubaidillah zulkefli said...

deep vein trombosis ke??
hmm..saya ada spupu..boleh jugak buat pembedahan batin...lokasi kat kelantan..sekadar ikhtiar...kalau nak tahu lebih lagi boleh inform kat saya..

Cik Rose Cute said...

Insya Allah Lya akan sihat....Semua itu kuasa Allah....Mudah-mudahan Lya sihat...

mamalieyna said...

Happy new year lya~

Insyaallah selagi kita tak putus asa,pasti ada jalannya..harap semua berjalan lancar dan ada perubahan positif, yg penting, usaha harus ada..

ubaidillah zulkefli said...

syafakallah kak..
spupu saya tuh kat kelantan ..dok kat kampung morak..
camne nk bg contact number kat akak ek??

lizz said...

Heppy new year Lya...Moga lya terus tabah yer...sayu jer baca entry ni...

lizz said...

Heppy new year Lya...Moga lya terus tabah yer...sayu jer baca entry ni...

wan nurul hezrina said...

insyaallah lya..kuatkn semgt..semoga 2012 ni beri lebih kekuatan pd lya

MamaEma said...

semuga segalanya berjalan lancar...

noor said...

insyaAllah ianya terbaik buat lya..sdih akak bc antry ni..bykkan bersbr yer lya. akak doakn lya sembuh AMIN

|| NaFiRaa || said...

betol lya.. jangan pernah putus asa untuk berubat.. moga suatu hari ade sinar bahagia buat lya dan semua yang menyayangi lya..

::NureeN:: said...

InsyaALLAH lya.. selagi kita dilandasan yg betul, ALLAH sentiasa akan melindungi umat2nya.. AMIN

munna said...

insyaALLAH lya.... cubalah mana tahu ada hasil yang baik ALLAH anugerahkan....

MamaRaisya a.k.a Lisa said...

lya berubat kt ner?akak ada gak dgr sal berubat cara ni...rasanya kt besut @pasir puteh ada satu...ramai yg kata ok even arwah spupu hubby pn penah g sana...ok tp allah lebih sygkan dia...kes demam berlarutan je dia meninggal tp bukan sbb kes sakit yg erubat 2..dia sakit jantung n paru2 problem...dr bersalin smpai setahun last sbb xtahan duk ulang alik masuk wad p.sedara try berubat ngn org 2..2kali je g alhamdulillah xde mslh...nafas xsangkut2...blh mkn n blh duduk klu x nk dudukan dia pn xleh sbb sangkut nk nyawa....hemm..klu lya g situ dh maknanya yg 2la..klu bukan akak leh try tnya MIL..dia tau tmpt 2...kita kena usaha la mcm2 hal..org xskit kena usaha jaga kesihatan..org sakit kena usaha berubat..2 lumrah manusiakn...tawakal pdNya...

wan habibah said...

kuat kan semangat lya.. insyaAllah... ada hikmah nya

~aSHa~ said...

selagi kita leh berusaha...kita usaha...semoga dipermudahkan segala urusan..

fati said...

Kuatkan semangat k...:)

IntaNBerliaN said...

InsyaAllah lya kan sembuh... betoi tu lya... xsalah lya berusaha... baguslah jika ia dah nmpak perubahan yg positif...

lya jaga diri tau

fieda said...

Lya kuatkan semangat dan insyaallah ada keajaiban dariNYA...

Myra Jay said...

Lya menmang kuta, tambahan kasih sayang dari suami tersayang menguatkan lagi Lya..

Myra doakan Lya kembali sembuh ye, aminnn

Puan Kutu said...

Kena ikhtiar cara lain juga bukan setakat ubat hospital.cara lya nie dah betul.lya boleh sembuh,kena yakin..bkn sedikit yg lya lalui.semoga semakin tabah..

dah ada perubahan +ve,Alhamdulillah..Take care ye lya..:)

Puan Kutu said...

Kena ikhtiar cara lain juga bukan setakat ubat hospital.cara lya nie dah betul.lya boleh sembuh,kena yakin..bkn sedikit yg lya lalui.semoga semakin tabah..

dah ada perubahan +ve,Alhamdulillah..Take care ye lya..:)

Cybersetan said...

Berikhtiar berjaga2 - ramai orang2 yg sakit dan terdesak ditipu ribuan ringgit oleh 'ustaz2' yg kononnya merawat secara 'Islam'...

Ambil iktibar dari video yg diupload mangsa 'bedah batin' di bawah:

http://www.youtube.com/watch?v=HX20GQ6q9I4

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

semoga segalnya selamat, Lya seorang Isteri, Ibu & anak yang tabah...semoga semakin tabah untuk hadapi segala ujian

MamaYatie said...

jgn pernah putus Lya..selagi ada daya, usahakanlah..demi asya & fain..

khairul azhar said...

salam saudara nk tanya sepupu awak bomo lg ko..dok kg morak kelantan k..blh msg sya khairul 0139697805

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Tempat Makan Best Di Terengganu (28) mama+papa+fasya (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) fasyafrinatraveltales (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1) ma (1)