Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Sape peminat novelis terkenal Ahadiat Akashah confirm tahu trilogi kisah Lagenda Budak Setan kan.. Saya pon dulu peminat no.1 novel Lagenda Budak Setan. Dari Lagenda Budak Setan 1 hinggalah Ke Lagenda Terakhir. Dan seperti yang kita ketahui..Novel Lagenda Budak Setan telah diangkap ke filem.. dan begitu gak sambungannya Lagenda Budak Setan 2-Katerina yang turut diangkat ke filem.. Jadi adakah kisah terakhir Lagenda Budak Setan 3-Kasya Lagenda Terakhir akan turut difilemkan?? Sape2 yang x pernah baca novel ni.. sila lah cari yer.. Memang best!
Mereka ada cerita tersendiri yang bersalingkait membawa duri ke mana harus lari dari kemelut yang semakin ngeri. Segalanya semakin perit untuk dilalui Kasyah setelah pertunangannya terputus dengan Katerina. Hisyam berjaya menyunting Katerina sedangkan dia tak tahu semua itu sandiwara yang dirancang Katerina untuk membalas dendamnya.
Kasyah pula melalui kehidupan dengan segala kepayahan sehinggalah Sofean sendiri meminta agar Kasyah menerima Katerina selepas dia yang memutuskan pertunangan itu. Itupun setelah Katerina murung selepas penceraiannya dengan Hisyam. Demi maruah, Kasyah menolak dan sengaja melamar Zahirah untuk menyakiti lagi hati Sofean. Malangnya Zahirah menolak kerana tak mahu melukakan hati Katerina sedangkan hakikatnya dia amat mencintai lelaki itu. Hisyam masih lagi menyimpan tekad untuk memenangi hati Katerina semula sehinggalah Jackie hadir dalam hidupnya.
Zahirah yang menyesal menolak lamaran Kasyah itu akhirnya bertemu Shan yang mencintainya sepenuh jiwa. Mampukah mereka semua mengatasi kemelut cinta yang melanda jiwa masing-masing dan akan berakhirkah lagenda cinta ini dengan segala keindahan, ataupun sebaliknyA?



25 comments:
tak pernah baca yang versi 3 tu... macam menarik jer kalau dibuat filem :)
tak pernah baca yang nie...mesti seronokkan..
Bersaling kait je cerita ni. Jadinya Katerina tu watak utama selepas Ayu ke? Huhu.. Saya tak baca pun novel ni. Cuma tgk movie je ari tu.
sy kurg bli novel tp adalah baca novel ahadiat ni.. pnjam kengkawn punya zaman sek dulu..hihi
My hb mmg peminat No.1 Lagenda nih...YM kureng sikit...hikhik..terbalik pulak kan?hehe
mesti menarik ni..
aah sampai bawa ke filem kan .. betapa besar pengaruh cerita ini .. ;)
tak pernah baca novel tu. tapi me suka tgk filem LBS sbb ada lisa hheheh
hehe cerita yang diadaptasikan dari novel kebiasaannya sambung-menyambung cerita dia, right?
macam best je ni.. :)
macam best jer jalan cerita..cuma tak pernah baca lagi..tapi novel2 ahadiat akashah memang best2!!!
tak suka baca novel..suka baca komik.tapi tahu yang ahadiat akashah ni memang penulis yng hebat ^^
Minat dgn citer dari Ahadiat..Novel2 dia sgt Best..kakak lily adalah peminat No.1 dia ni..
Rajin baca novel, bagus tu. Teruskan.
Byk2 novel, novelni x baca...lagi..
salam kenal..sama dengan kak aya, baca semua novel Ahadiat Akashah
salam kenal, thx folow, sy dh folow balik...
suka blog nie font besar2 senang nak baca hehe... teruskan menulis...
Salam H.A.T.I.
Terima kasih singgah blog Dan follow.
Suka baca novel? So, I join da club ya. :)
Dari novel ke filem, idea2 penerbit filem la ni...tapi x same best lagi novel kan... Trngah cari novel ombak rindu ni... Hehehehe...
izan tak pernah lagi baca novel ahadiat akashah ni... peminatnya mesti dpt novel triloginya kan.
dulu pernah satu skolah dgn adik dia... off topik plak ye... hehe..
tak pernah bacalah lagi yang sambungan dia.. macam best jer...
baca buku 1 je. buku yang lain tu tak baca pun.
Untuk info sekelian LBS2-Katerina telah pun difilemkan dan akan muncul dipawagam pada hujung tahun 2012.. LBS3-kasyah pula penggambaran filem ini akan bermula pada MAC 2012.. Tayangan pada tahun berikutnya..
nak cri mna tah nvel ke 3 nie?
mcm mna nk cri tah..yg nbr 3?ada spa2 nk jual x?heee
Post a Comment