Friday, February 17, 2012

Peluklah Isteri Anda Setiap Hari

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pejam celik..pejam celik.. sampai gak penghujung minggu. Hari ni macam-macam plan ada.. 1st mestilah settle bab-bab kain baju seperti membasuh+menjemur kain. Kalo berkesempatan arini buat pertama kalinya nak bawak asya tengok wayang citer "Beauty & The Beast". Kalo jadi la... Sebab petang tu Fain ajak pergi sambung berubat saya untuk tengok perubahan selepas buat "pembedahan batin" hari tu. Ekceli buat diri saya memang rasai perubahan tu..sebab badan saya makin sihat.. Dah kurang sakit-sakit. Hopefully ianya akan berterusan la.. Apa-apa pun saya amat2 bersyukur sekurangnya masih diberi peluang untuk menikmati hidup bersama insan tersayang.

Berbalik pada tajuk entri..."Peluklah Isteri Anda Setiap Hari".. Haaa.buat si suami di luar sana..silalah baca yer.. Dan si isteri-isteri juga,.. tak salah kalo tunjuk artikel ni pada si suami.. Hehehe..  Bagi sayalah..pelukan seorang suami tu amat beharga buat si isteri.. Rasa selamat & disayangi.. Dan apa yang penting... ada kebaikannya di sebalik pelukan itu buat si suami... Nak tau...Jom baca artikel kat bawah ni :-

sekadar gambar hiasan

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. “Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.”

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. “Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap, katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. “Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

" Jadi Buat Si Suami... Selalu-Selalulah Peluk Isteri Anda... "

~ Credit : UtusanMalaysia

32 comments:

Kak Sam said...

tq 4 sharing. tersenyum je bila baca artikel ni.

Aine Ainun said...

Sdg berubat ye?
Smga cepat sembuah ye, yang pting usaha;)

peluk??
Kan, rasa selamat je kalo suami peluk, x tergambar dgan kata2...
Harus bg HB baca ni...

Kakzakie said...

Beli buku panduan yg lengkap Dr. Fadhlilah Kamsah insya-allah banyak panduan boleh diamalkan Lya utk kebahagiaan keluarga...

AdaM Hawa said...

sy cume boleh baca saje.. hehehe.. ;)

mamaNoriz said...

hehe, suka betul ayat last tu!

klu kite hepi mmg kite akan hias diri kan...

ieda said...

setuju dik ..
tapi pagi2 nie akak x peluk punn sbb hubby sakit kepala huhuh

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

owh benda wajib mmg kena hugs ketat2 la....b4 gi keja ngan blk keja dah wajib....sebab ai plak manja lebey auwwww

syawalsimpsons said...

sweet N great info...cantik jaa pic lya tu...suke3 jaaa...

rasp said...

byk manfaatnya kan sis and insyaAllah akan bertambah2 erat dan mesra hubungan suami isteri....

Adylia Qarissa said...

dkna tak kawen lagi..hehehee..tetap baca untuk jadikan ilmu nanti :)

aanie said...

tiap2 hari mau peluk.....hehe..

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

lepas ni nak suruh hubby wajib peluk kak jue hari2....hahahahaha

lia said...

slalu nmpk couple2 yg lom kawin x segan silu b'peluk2 hu3 apa la nk jd....

LydSunshine said...

Patut la sejak kawen ni saya makin 'sehatttt'. Tapi kadar kolestrol tu tak tau plak mcmn. Awk berubat pembedahan batin? Kata mana? Entry mana? Nak baca.

Masya said...

kalau suami peluk ister usia panjang 5 tahun.. ister peluk suami berapa lama lah agaknya kan???

moga macam tulah hendak².. hubungan suami isteri mestilah lebih erat.. kene selalu ingat, sentuh.. peluk.. cium opsss....

Lydia said...

klu kne peluk dgn si suami ari2 msti besh kn??rsa selamat dn disyangi...hrmmm

Fieza79 said...

kan...byk kebaikan ni utk suami yang menyintai dan selalu memeluk isteri sepenuh jiwa raga...hehee

ZSqueenbee said...

hihi..nk slalu di peluk la camni...hihi

Mama Ema said...

balik rumah nanti, nak bgtahu si suami..hehehe

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Nice..Thx for sharing lya..nanti boleh suruh hubby lily baca ni.. :)

Lynn said...

Lya...k.lynn jumpa hubby seminggu or 2minggu sekali je sejak PJJ nie...

Sedih...tak sabar nak peluk rindu...

Cik Rose Cute said...

hehehe...hari2 peluk suami...kalau peluk depan anak diaorang jeles...Nice entry..thanks for sharing...Tuto kat blog cik rose tue...nak design template...baru separuh tutonya...

wan nurul hezrina said...

=+gud sharing.para suami sila amik perhatian!

el said...

kalo bab peluk ni mmg sllu buat..tp tu lah kita peluk anak2 pulak x bagi..depa marah muahahaha

semoga lya sihat2 sllu ok

Salina@IbuAqil said...

Lya, kalo kita peluk suami?!
Sama gak kan..
Hik3!!!!
TC lya.. Selamat bercuti erk.. ;)

::NureeN:: said...

betol tue.. nureen mmg tiap2 pg b4 g keja akan peluk salam kiz pipi kiri kanan & mu***...... hehehhe... insyaALLAH :)

Nazayiena said...

Harap motivasi nie sampai kpd suami2 di luar sana.....balik nanti nak cite ngan hubby.

Qhaifa Nur said...

alangkah bahagianya diri kita para isteri..sentiasa dihargai

mamalieyna said...

alaa ingt nak tunjuk kt en suami ni, dia takde plak, turun dgn arif, ada ceramah kt bwh ni..hehe~

tq for sharing lya~

Izan Ishak said...

thanks for sharing lya...

benda wajib buat tiap hari ni kan...

anisalya said...

tak boleh peluk selalu sebab husben jauh. huhuhu...

anisalya said...

tak boleh peluk selalu sebab husben jauh. huhuhu...

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (138) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (61) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)