Wednesday, February 1, 2012

Tips : Mendidik Anak Membesar Bagaikan JUARA !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam bertemu kembali. Alhamdulillah, hari ni dah melangkah ke bulan Februari untuk tahun 2012 ni. Cepat jer masa masa. Berbalik pada tajuk, kali ni saya nak share tentang Cara Untuk Mendidik Anak-Anak kita agar anak kita menjadi seorang juara, berjaya di dunia & akhirat dengan kaedah yang betul. Tips ni saya perolehi dari satu page kat FB & saya sgt2 tertarik nak share kat sini. Semua ibu bapa mesti baca..memang tak rugi. Mudah-mudahan menjadi panduan untuk kita dalam mendidik anak-anak kita. Mungkin boleh memperbaiki mana yang tak betul dalam cara kita mendidik anak2 kita seharian...


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. 
Ibu bapa lah yang mencorakkan masa depan”

Insyallah... mama & papa akan mendidik asya dengan sebaiknya. Ya Allah..permudahkanlah urusanku dalam mendidik anakku ini. Berikanlah petunjuk agar aku dapat menjalankan tanggungjawabku terhadap anugerah-Mu ini dengan sebaiknya. Amin.

31 comments:

YaYaNsMuM said...

Tips ni dah ramai dikongsikan...alhamdulillah, semoga kita mampu mendidik anak kita dengan didikn yg sempurna, amin...

AdaM Hawa : klik!klik!ceritaku! said...

sebaik mungkin mendidik anak.. InsyaAllah..

Mama Adam said...

Nice sharing. Kadang2 kita ambil mudah benda yg nmpk remeh. Padahal, byk efeknya

Mariambebakar said...

Bagusnya tips ni untuk mummy,
Mummy sememangnya garang dengan anak-anak..Semoga apa yang disampaikan dalam tips ni boleh diikuti semua :)

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

sharing is caring gituew
nice n3

Kakzakie said...

Ibu-bapa adalah cermin anak-anak yg dibawah tanggungjawabnya... baik didikan baiklah hasilnya

ieda said...

nice sharing dik .. tq ..
banyak yg boleh dijadikan amalan seharian dlm mendidik anak2 .. adakalanya kita terlupa semua ini .. ;)

IntaNBerliaN said...

betoi tu lya.. pukul ank dkt tapak kaki.. sy dah byk kali gak baca pasal ni.. apa2 pun thanks kongsi :-)

Cik Rose Cute said...

Info yg menarik thanks...

Izan Ishak said...

thanks for sharing ye lya... sama2 kita didik anak2 kita dgn sebaiknya...

Masya said...

setuju sangat dalam mendidik anak² sekarang banyak kene guna kaedah diluar kotak pemikiran, sbb budak² pun lagi bijak .. jadikan anak² macam kawan dan dalam masa yg sama tegas.. supaya mereka lbh berdisiplin supya tak terlalu manja...

mamalieyna said...

thanks lya..bila baca betul2, terasa byk benda nak kena diperbetulkan..anak makin mmbesar, kena didik dgn cara yg betul..kalau tak, kita yg stress..hu~

Fieza79 said...

tips yang bagus..ramai2 kita kongsi kan Lya..? mendidik anak ni nmpk mudah tp sebenar nya byk cabaran..

anisalya said...

dgn anak2 mmg kena sabar. tp kdg2 tu hlg sbr jgk.

Aine Ainun said...

Insyaallah...
untuk saya bila ada rezki nanti...=)

Dalila Hamid said...

perkongsian yg bagus

- GC - said...

tips yg bagus utk parents didik anak2.

Puan Kutu said...

sy pun ada share benda nie kt blog tak lama dulu..semoga kita semua dpt melahirkan anak cemerlang..:)

Imah Dinor said...

terima kasih atas tip ni..byk yg perlu dperbetulkn...kadang2 kita alpa dan cuai....sama2 kita buat yg terbaik tuk anak2 kita....

azzey said...

tq for the info

fieda said...

terima kasih berkongsi...

Salina@IbuAqil said...

Banyak lg kita kena belajar cara mendidik anak ni kan dear?!
Moga Allah swt permudahkan urusan kita dalam mendidik permata kita..
Lya TC dear.. ;)

|| NaFiRaa || said...

tips yang baik.. tq lya..:)

sue zainun said...

thanks Lya..banyak tips yg sue xtau tp sekarang dah tau serba sedikit..

MamaYatie said...

amin! sama2 kita didik anak2 kita dgn sebaik2nya

Kamalia said...

memang banyak yg perlu diperbetulkan..insya Allah,sama-sama kita memperbaiki lagi didikana kita buat anak-anak..

munna said...

SEMOGA SAMA2 KITA DIDIK ANAK KITA SEBAIK-BAIKNYA AMIN...

::NureeN:: said...

:)
betol2.. apa yg kita buat jd cth teladan anak kan...

shark said...

salam kenal dari saya :)

Asmara said...

good article. bila baca byk kali boleh terus ingat balik. kdg2 kita ni bila baca sekali ingat pastu lupa kan! hehe..

Lynn said...

Salam kenal..thanks sudi ziarah umah kecil saya k..
follow blog awak juga..

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (79) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (71) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (34) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) mama+papa+fasya (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)