Friday, March 30, 2012

Asya Hari Ini

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Terima kasih buat semua kawan-kawan yang mendoakan kesenbuhan asya kat entri kelmarin. Ulser dalam mulut asya still sama.. tapi kat bahagian bibir dah mula nampak perubahannya. Dan semalam... asya x tidur malam.. Mybe dia x selesa badan. Berjaga papa asya menjaga dia..

Gambar yang sempat diambil pagi tadi, 
selepas mandi :

Masih tak bermaya

Ada sendu di wajahnya

Akhirnya... dia ukirkan senyuman untuk mama
Thanks sayang!!

Asam Pedas Ikan Pari

Hari ni sempat gak masak menu lunch... Baru je siap masak ni.. Terus ambik kesempatan untuk update blog skejap.. Petang2 ni saya BW yer.. Ni pon update laju-laju...

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, March 29, 2012

Tiada Senyuman Diwajahnya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Dah petang baru berkesempatan untuk karangkan entri ni. Sebab asya baru lena tidur. Hari ni saya EL sebab nak jaga asya yang demam teruk+muntah2 & ulser yang amat teruk dalam mulut & bibir dia.. Komen2 entri kelmarin  (aiskrim goreng) pon saya x habis lagi publish & baru separuh yang sempat BW petang kelmarin..  Sebab kebiasaanya balik kerja..sambil2 main dengan asya, sambil tu saya BW kat blog kawan & publish semua komen.. Tapi kelmarin x sempat, sebab saya perasan asya lain macam.. Macam nak pitam & muka dia tak bermaya.. So saya stop on9 n tenggok keadaan dia. 

Tiada keceriaan & senyuman di wajahnyer..
Gambar yang sempat saya capture pagi tadi

Bila rasa tubuh dia..panas yang amat & dia mengadu sakit kepala.. Malam tu saya & Fain bawak dia ke klinik.. bila doc check... baru saya perasan dalam mulut asya teruk sangat ulser.. Sebenar, doc takut terkena jangkitan kuku & mulut.. Sebab kata doc ulser dalam mulut asya tu ada simptom2 macam tu.. Tapi..doc kata, ok lagi selagi kat bahagian tangan n kaki tak de keluar merah2 macam tu.. so kena pantau sokmo...

Asyik merenggek sepanjang masa.. Mybe tak sedap badan & sakit2 badan. 

 Biasa kalo ambik gambar..mesti asya suka senyum.. Semalam banyak kali asya muntah.. Masuk makanan sikit..dia muntahkan balik.. Menyusu pun dah kurang.. Dalam pukul 4pagi tadi..badan asya mengeletar... Gelabah saya & Fain.. Seluruh badan dia sejuk yang teramat. Sampai ambik 2 selimut tebal balut tubuh dia & peluk dia erat2. Tu pon..still menggeletar.. Sebenarnya..takut kalo terkena sawan. Tapi..mujur bukan sawan.. Minta dijauhkan....


Nak makan semua tak kena.. Mujur ada Rice Craker ni.. habis la sekeping..Tapi muntah balik selepas tu.. Mesti asya lapar sangat kan..

Keadaan mulut asya.. kat bahagian lelangit & lidah..lagi teruk daripada ni.. Kat bahagian bibir atas & bawah naik merah2 macam ni.. Sebenarnya risau & takut sangat2. Moga2 cepat hilang merah2macam ni.

Sebab dalam mulut asya terlalu teruk... doc bagi ubat jenis spray untuk ulser & merah2 kat dalam mulut asya. Sebab kalo bagi yang sapu..memang susah sebb keseluruhan dalam mulut asya merah teruk. Mudah-mudahan ubat ni berkesan untuk asya. Dan selain tu..doc bekalkan antibiotik & ubat demam. 

Dan sekarang..asya sedang tidur. Tapi demamnya x kebah2 lagi..on/off.. 
Asya.. mama rindu nak tengok senyuman asya,
Moga cepat sembuh sayang

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, March 28, 2012

Aiskrim Goreng

Assalamualaikum & Salam Sejahtera    

Aiskrim goreng??? Saper pernah makan ni?? Kalo datang kat Terengganu... Aiskrim goreng memang femes.. Tapi..kalo kat Kemaman ni, memang la susah nak dapat. Airkrim goreng ni sangat meriah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. So, sape2 yang ke Terengganu..jangan lepaskan peluang untuk menikmati Aiskrim goreng yang marvelesssss... Cuma sekarang aiskrim goreng dah ada yang segera.. Dulu masa zaman saya berumah di Hosp Kuala Terengganu, selalu kakak2 nurse pelatih belanja aiskrim goreng. Tapi x sama dengan yang segera.. Lagi besar & lagi sedap rasanya.. Saya tak pasti, sekarang ada ke tak lagi aiskrim goreng yang ori...maknanya bukan segera punya.. Bila time kita nak beli, baru dia ambik aiskrim n balut dengan roti & tepung & terus goreng. 

Yang ni aiskrim goreng segera yang saya beli.. Satu packing RM6.00.
Setiap pack ada 5 ketul. Yang saya beli ni aiskrim perisa Vanilla.

Ni rupa bila dah digoreng..Hanya 3 saat. Pastikan aiskrim goreng ni, beku iaitu baru dikeluarkan dari peti ais & terus goreng. 

Macam pic atas tu... aiskrim vanilla dah cair.. Apa2 pon..wahhhhh...sedap sangat... Memang ranggup sangat2. Lepas goreng terus makan..wah...mantap!!

Hehe.. saya baru je tau rupanya aiskrim goreng ni Made In Kemaman.. :-)
So..orang-orang kemaman...saper yang nok rasa aiskrim goreng ni, boleh dapatkan di Kedai Tokai Frozen.. Kat situ macam2 ada... Lamb Chop, Chicken Chop, Fish Chip.. yang kita beli mentah & buat di rumah... Selain tu makanan segera lain seperti Karipap, roti canai..dll..  Lokasi kedai ni, kat area Taman Bersekutu.. Direct dengan courier Citylink, Kedai tudung AlyaSarah & Kedai Tudung Selendang Mira.. Tepi jalan besar jer..
Dan..ini aiskrim goreng yang saya makan masa kat Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu beberapa tahun lepas... ummmphhhh... Teringin nak ke Terengganu...pekena aiskrim goreng ni..

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, March 27, 2012

I-Pad For Kids

Assalamualaikum & Salam Sejahtera    

Alhamdulillah... kerana masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan di hari ini... Batuk saya masih lagi x berhenti.. Sebenarnya..saya memang jarang dapat batuk ni... Tapi skali kena, susah nak baik.. Seperti yang saya gtau, kelmarin saya terpaksa bawak asya berkampung kat ofis saya . Alhamdulillah.. gud girl... xde nakal-nakal..berlari situ sini.. dia ok jer... Baik.. tengok citer kartun kat u-tube, pastu boring2 dia ikut akak cleaner jalan2.. Dalam kul 11am cam tu, papa ambik asya.. Dan... dah menjadi rezeki asya... ada sesuatu dari papa untuk asya... Jeng..jeng..jeng...
*
*
*
*
Yeayyy!! Inilah I-pad idaman asya selama ni.. Huhu.. dah berbulan dia nak ni.. Akhirnya kelmarin papa dah penuhi hati asya.. Kemain happy asya... Sebab ambik by hand jer... jadi harga I-Pad ni just RM30.00.. Kalo beli by courier, kena tambah RM8.00 untuk kos penghantaran.. Mujur ada satu on9 shop di kemaman yang jual I-pad ni.. 

Huhhh.. peluk erat tu I-pad dia... 
Moga lepas ni rajin-rajin belajar yer sayang mama..

Apa yang bagusnya I-Pad ni... Skrin besar.. jadi senang anak-anak nak nampak abjad2 & nombor. Fungsi I-pad ni untuk belajar ABC, Mengeja huruf. Dan apa yang menariknya, ada teka-teki (eyhh..teka-teki ke r??) untuk dijawab.. Contoh :- Eja "Monkey".. so kita kena eja dengan cara menekan pada keypad M-O-N-K-E-Y.. Dan kalo ejaan kita betul, ada bunyinya..kalo salah pon ada bunyinya & boleh cuba lagi.. Selain tu.. ada gak dia suruh mencari perkataan yang disebut.. Contoh : ZEBRA.. So cari kat keypad tu & tekan pada perkataan ZEBRA. Selain tu ada gak teka nombor , muzik dan macam2 lagi. Tak habis explore lagi. Cuma, kelemahannya bagi saya la... Perkataan-perkataan yang mewakili setiap huruf ada yang  agak komplikated.. macam x berapa sesuai untuk anak2 baru nak mengenal..Bagi saya baik guna perkataan yang simple & dikenali anak2.. Contoh:- X untuk X-Ray Fish.. Y untuk Yak (sejenis lembu /kerbau) ... Apa-apa pun, x rugi membeli I-pad ni.. selain harganya murah, ianya dapat menarik minat anak..bermain sambil belajar.. Secara x langsung masuk ilmu dalam mindanya..
Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, March 26, 2012

Happy Monday :-)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera   

Selamat memulakan kerja semua.. Saya kelmarin dah mula bekerja.. Hari ni saya bawa asya ke ofis, sebab tok ma asya ada checkup kat hospital. Siap bekal laptop untuk temani dia.. Xdelah bosan sangat nanti.. Harap asya baik2 saja yer.. mama banyak kerja arini.. heheh.. dalam kul 10am-11am nanti, papa asya datang ambik asya.

Mengimbau memori.. Sungguh...mama rindu sangat pada teletah asya waktu kecik2 dulu.. Geramnya tengok asya senyum xde gigi.. Baby mama... makin hari makin besar.. Cer tengok pic asya ni... sama tak dengan rupa sekarang... masih ada kan..esspecially tang hidung.. hik2... Tapi senyuman... sekarang asya senyum tutup mulut..xde dah nak senyum luas2 macam ni.. 

Okai.... semoga kita semua bersemangat untuk menempuhi hari ini.. Saya mood kurang sikit arini sebab still rasa "koya"... kesan ubat batuk. Berat je mata rasa.. Start demam aritu..sampai sekarang..batuk tak henti2.. sampai nak tidur pon susah.. tu yang telan gak ubat batuk..lepas telan baru lega..tapi lalokkk la plok... Ok Happy...Happy... Happy Monday :-)

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Sunday, March 25, 2012

Sunday : Senyap..Sunyi...Sepi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera  

Sunday yang senyap..sunyi..sepi........
sebabkebanyakan blogger2 semuanya offline kan arini.
yelah..kt kat terengganu ni.. Ahad dar working day,..bukan lagi weekend day..
btw...happy weekend buat blogger yang disana..& selamat bekerja buat blogger yang disini..
huhuhuhu
sebek

satu pelayaran yang indah
hik.. hik... belayar la sangat....

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Saturday, March 24, 2012

Wordless Saturday : F.A.I.N

Assalamualaikum & Salam Sejahtera    

Sesekali bermain dengan google.. try search image FAIN....
Dan Hasilnya
*
*
*
*








Dan....
inilah FAIN saya
*
*
*

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, March 22, 2012

Kebaikan Coklat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera   

Salam bertemu di hari Khamis yang indah..yess!! Esok cuti hujung minggu.... 1st nak ucapkan tahniah buat anak sedara (Aqilah), yang dapat result 8A 2B dalam peperiksaan SPM. 

Berbalik pada tajuk... ramai yang gemar makan coklat kan... apatah lagi anak2.. Kadang2 kita sebagai ibubapa takut nak berikan anak makan coklat sebab takut gigi tu rosak.. Padahal dalam coklat tidak menyebabkan gigi rosak .. yang boleh menyebabkan gigi rosak kalo suka makan gula-gula.. So.. beza coklat & gula-gula ni. Dan apa yang saya tahu coklat juga anti-stress & baik minda. So,.. jom kita baca antara kebaikan memakan coklat... Tapi lumrah hidup, tiada apa yang sempurna.. dalam kebaikan..tetap ada keburukannya kan...

model tetap... suka sangat makan makanan berperisa coklat. 
Tak kiralah apa pun.

1- Coklat Untuk Kesihatan
Coklat dengan kandungan biji koko memiliki lebih dari 70% kebaikan untuk kesihatan,kerana coklat kaya dengan kandungan antioksida iaitu fenol dan flavonoid.Dengan adanya antioksida ia mampu menangkap radikel bebas dalam tubuh.Kandungan antioksida ini tiga kali lebih banyak dari teh hijau,minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksida.Disebabkan fungsi antioksidanya itu maka minuman coklat sesuai dijadikan sebagai minuman kesihatan.Fenol, sebagai antioksida mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah sehingga mampu mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dikatakan boleh membantu mencegah timbulnya kanser dalam tubuh serta mencegah terjadinya strok mahupun darah tinggi.Selain itu,kandungan lemak pada coklat berkualiti tinggi dan bebas kolestrol.Ia tidak menyumbat pembuluh darah.

2- Coklat Kaya Vitamin
Coklat juga mempunyai beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A,vitamin B1,vitamin C,vitamin D,dan vitamin E.Selain itu coklat juga mempunyai zat dan khasiat pemakanan yang penting untuk tubuh seperti zat besi,kalium dan kalsium.Koko pula terdapat sumber magnesium semula jadi yang tinggi.Jika seseorang kekurangan magnesium ia boleh mengakibatkan hipertensi,penyakit jantung,diabetes,sakit persendian dan masalah bulanan wanita,pra menstruasi (PMS).Dengan menikmati coklat,ia mampu menambah magnesium dalam zat keperluan harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesterone pada wanita.Hal ini boleh mengurangkan kesan negatif dari PMS.

3- Coklat Itu Menenangkan
Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja.Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak.Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu.Selain itu,zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat mensimulasikan jaringan sarat dan jantung yang membuat kamu terjaga dan bersemangat.Kesan ini juga boleh diperolehi dari kafein pada kopi atau teh.Manfaat lainnya.ia juga boleh membantu meredakan batuk.

4- Coklat Untuk Kecantikan
Kebaikan lain dari coklat adalah kecantikan.Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal.Maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam dunia kecantikan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit.

5- Coklat Bibitkan Rasa Cinta
Coklat juga mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira,meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta.Itulah alasan yang boleh digunakan,mengaoa coklat sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta.

6- Coklat Untuk Ghairah Seks
Alasan mengapa ramai orang memberikan coklat buat orang tersayang kerana coklat sering dianggap sebagai makanan cinta.Mungkin ini disebabkan oleh teksturnya yang lembut dan mudah larut secara perlahan saat dikulum dalam mulut.Ini memberikan kesan sensual bagi orang yang menikmatinya.Selain itu,coklat dapat memberikan kesan nyaman,rileks dan dapat meningkatkan ghairah seksual.

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday : Khusyuknyer dia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera  

APA YANG MEMBUATKAN ASYA

A.S.Y.I.K
&
T.E.R.S.E.N.Y.U.M

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, March 20, 2012

Musim Makan Nasi Minyak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Terima kasih buat semua kawan2 yang mendoakan kesembuhan saya di entri sebelum ni. Kelmarin blog x b'update sebab badan memang x sihat sangat. Mulut terasa pahit jer.. nak makan xde selera.. Tapi kelmarin tetap gagahkan diri ke ofis sebab ada kerja penting yang nak di-setelkan. Hari Ahad dah MC, sebab time tu memang keadaan teruk... pegi ke spital, check suhu sampai 39 darjah celcius.. Doctor nak masuk air.. tapi saya x nak sebab bila fikir kat tangan & kaki saya memang dah xleh masuk drip sebab urat dah hancur.. Yang tinggal hanya kat bahagian leher & celah peha. Huhu.. x nak ambik risiko tu... Dan doc suggest suh saya ke spital besar, sebab saya sesak nafas... nak bernafas sakit & kaki + tangan sembab. Saya ada problem jantung.. jadi bila suhu badan tinggi sangat.. tu yang jadi camtu. Balik je spital, Fain bg makan ubat..terus tertido.. Petang tu rasa ok skit.. mula berpeluh.. tapi still rasa lemah.. Dan kelmarin pon nasib baik boleh bertahan kat ofis.. mybe sebab kita ikhlas nak bekerja.. jadi tuhan permudahkan segalanya walaupun dalam keadaan kurang sihat. Apa-apa pon..moga2 keadaan cepat sembuh seperti biasa..sebab bermula hari ni..saya akan sibuk siapkan survey report untuk penyerahan kapal sebelum 27hb ni.. 

Cuti sekolah memang sinonim dengan majlis perkahwinan.. Memang dapat banyak invitation.. Tapi dalam banyak-banyak....satu ni jer yang sempat hadirkan diri..Jumaat baru-baru ni, sempat luangkan masa kat majlis kahwin officemate Fain.. Officemate Fain yang lelaki tu & pengantin pompuan tu pon x-officemate Fain. Tema persandingan dia orang gold+hitam.. Tak sempat tenggok time dia orang bersanding.. Masa sampai pon pengantin sedang makan beradab.. Dan sempat snap pic ni time pengantin potong kek kat meja makan beradab. 

Hehehe... tapi tetap meloloskan diri masuk ke dalam rumah.. Sebabnyer...asya nak posing atas pelamin la. Kalo kat majlis kahwin..memang wajib dia nak posing kat atas pelamin.. Asya memang suka kalo pegi ke majlis kahwin.. Dan selalu kata " Mama...asya pon nok kawin gop... asya nak pakai baju comel.. Orang kawin kena senyum sebab nok ambik gambor".. Alahai... kecik2 dah pandai ni!! Siap tanya lagi... " Mama kawin tak lagi ".. " Papa Kawin tak lagi".. Bila kata mama kawin dah dengan papa, boleh lak dia bunyi " "Bakpe mama kawin dengan papa?? Asya nok kawin gop ".. hihi.. macam2 anak dara ni

Senyuman manis dari asya :-)

Hihi..princess polkadot.. Setelah 2 tahun dress ni tersimpan dalam almari asya.. Akhirnya boleh gak disarungkan kat badan asya..  Masih ada 2 dress polkadot yang still tersimpan dalam almari asya, sebab saiznya yang besor.. Huhu.. saya kalo berkenan, terus beli... Kalo sempat..maybe 2 helai lagi dress tu boleh buat baju raya tahun ni.. Tak adalah membazir kan??

Last but not least.. Mama asya pon nak interframe gak yer.. Lepas ke majlis kahwin ni, terus balik rumah..salin baju & terus ke Mesra Mall.. just cuci2 mata.. Tapi dalam duk cuci-cuci mata tu... tak sangka tejumpa dengan sorang blogger ni.. Aisyah.... wah!!! sungguh terkejut... Tapi masa tu cam nak cepat2 tak sempat nak borak2 lama.. Aisyah kiiut sangat orangnyer...kecik molek jer orangnyer.. Tak sangkanya...sampai di Kerteh kita berjumpa.. Tu pon..mujur awak yang perasan saya kan?? Kalo tak.. saya memang tak perasan. Nak bergambar pon.. kamera tinggal dalam kereta time tu.. 

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Sunday, March 18, 2012

S.A.K.I.T

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni MC sebab badan kurang sihat. Kena demam panas, semalam teruk... sampai terketar-ketar badan... Sejuk yang amat..  tak lama lepas tu tba2 badan jadi sepanas-panasnya sampaikan rsa nak tdo dalam bilik air. Dah lama x kena demam macam ni. Sampai sesak nafas.. Kuku-kuku tangan jadi biru & tangan pucat sgt2. Haraap-harap janganlah melarat. Sebab kalo sebelum2 ni tubuh saya sgt2 lemah..kalo demam sikit confirm penyakit saya makin menjadi-jadi sampaikan x sedar siri n masuk ICU. Ya Allah.. lindungilah hamba-mu ini... Kuatkan semangat dalam diri.. Apa-apa pon cuba bertahan... x nak sampai terpaksa ke hospital.. kalo smpai spital lain lak jadinya.. Selalu sakit jadi makin melarat-larat.

~~ kawan-kawan .. terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke sini... Insyallah.. bila keadaan saya sembuh sikit saya akan BW balik :-) ~


Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Saturday, March 17, 2012

Seindah Sakura

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam. 

Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu. 

Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi. 

Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar..

~~ Teringin nak baca novel ni lak.. mesti cari ni.. ~~

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya


sumber : KLIK SINI 

Friday, March 16, 2012

Indahnya WANITA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jumaat yang dinantikan.. Hari untuk beristirehat sepuasnya. Selain tu,perkara waib yang nak di settlkan hujung minggu ni, basuh kain & jemur kain. Dan hari ni nak ke wedding bos Fain. Tgh fikir, nak pakai baju apa.. Untuk hari ni saya nak share artikel yang saya dah tersimpan lama dalam draft ni... dah x ingat dari sumber mana saya dapat artikel ni.. Jom.. bacalah & jadikan santapan minda di hari ini :-)


1. Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

2. Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

3. Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

4. Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: “Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya).”

" Indahnya dilahirkan sebagai wanita.. dikurniakan kekuatan yang luar biasa... Diberikan nikmat untuk membawa satu nyawa bersama.. Dikurniakan rahim untuk melahirkan keturunan.. Dan dikurniakan hati yang lembut & halus untuk menyayangi.. "

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, March 15, 2012

Taman Bandar @10032012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera  

10.03.2012 baru-baru ni sempena birthday saya..xde kemana-mana pon.. Tak ade apa yang special.. melainkan kehadiran yang tersayang di hari itu. Teringat peristiwa zaman cinta masa sekolah dulu... sebab xde duit.. si kekasih hati tu belikan kek gulung beserta dengan kad pastu hantar kat rumah. Bila ingat lucu lak time tu.. Hehe..dapat kek gulung.. Hampir tiap2 tahun dapat kek gulung.. Cuma start tahun 2003 tu dah x dapat kek gulung tu :-( Tapi apa yang penting..keikhlasan dia cuba bahagiakan saya. Rasa diri sangat2 dihargai. Sebenarnya kita x pernah harapkan sesuatu... tapi dalam hati mesti happy sangat2 bila dapat sesuatu daripada org tersayang..meskipun hnya sekeping kad kan?? Cam tahun lepas... potong kek lepas keluar ICU,, mood lemau sikit sebab xsihat..Tapi cukup2 terharu... dalam keadaan , macam tu masih ingat ttg hari penting dalam hidup ni. Dan tahun ni... riuh kemain bila dia & asya nyanyi lagu "Happy Birthday" untuk saya. Asya sampai melompat-lompat.. sweet memory... 

Jadi..kebetulan saya cuti pada 10 mac 2012 tu.. just spend time di Taman Bandar.. Lagi pun Jumaat tu dah ke Kuantan... kebetulan lak kat sini hujan.. Kat Kemaman ni xtau nak kemana,.. nak ke pantai... x sesuai.. Sepatutnya plan nak buat bbq sempena birthday saya  aritu.. tp kebetulan mama saya lak ke Terengganu.. Jadi xbest la kalo ibu yang melahirkan saya xde. So plannyer Jumaat ni.. nmpak gaya macam kena cancel jer sebab pantai kat sini agak bergelora & cuaca x menentu.. Takpelah postpone pon... bila cuaca ok.. semua jalan ..

Jom layan kenangan meniti usia 27 Tahun di muka bumi
syukur alhamdulillah...

asya di sebalik berposing dengan abjad TAMAN... abjad BANDAR ada kat sebelah satu lagi.
Yer... ni la nama terbarunya TAMAN BANDAR yang sebelum ni lebih dikenali sebagai Padang Astaka. 

Family potrait..
terima kasih kerana berada disisi di hari istimewa ni.

asya nak buat "peace" x menjadi.. hik2


So... aksi sweet couple.. 
Huhu.. pok we tu wak muka poyo la plok time ni. 

tqvm atas segala kebahagian yang diberikan..9 tahun mengenalimu... dan tahun ni tahun ke 6 tahun kita hidup bersama sebagai suamisteri & berkongsi segala suka duka bersama.. Terima kasih kerana terus disisi hingga ke hari ini. Terima kasih kerana menyayangi diri ini seadanya & terima kasih kerana tidak pernah bosan melayani diri ini.. Okeylahhh... saya x boh merajuk doh!!!!

Birthday girl...eyhh.. girl ke ???

Semoga kehidupan yang mendatang akan dilalui dengan tabah & redha. Wahhh.. saya rasa x percaya.. usia 27 tahun ni.. saya boleh habiskan masa bersama yang tersayang. Tak macam tahun lepas & sebelum2nya.. Tiap kali birthday saya banyak dihabiskan di hospital & di rumah sebab sakit. Alhamdulillah.. hingga ke bulan Mac ni, menunjukkan perkembangan positif.. Xde lagi sakit2 teruk sampai terlantar ke hospital. Moga dikekalkan kesihatan ini. Saya terlalu happy apabila dapat melalui hari2 yang ceria seperti ini.. Rasa lain sangat bila sihat macam ni.. nikmat yang amat saya rindui.. walau apapun.. saya tetap kena berhati-hati sebab penyakit saya menyerang tanpa sebarang isyarat. Apa yang penting mesti betul2 jaga kesihatan & menghargai waktu sihat yang saya miliki sekarang. Percayalah..betapa nikmatnya kalo diri ini SIHAT. Sesungguhnya dah berlaku banyak KEAJAIBAN dalam hidup ini. Semoga KEAJAIBAN terus hadir dalam hidup ku.. S=Dan KEAJAIBAN yang saya paling harap2kan... agar saya dapat berjuang untuk mendapat seorang lagi zuriat sebagaimana saya berjuang untuk mendapatkan ASYA dulu.

Specia Pose dari "A"
A untuk ALYANI
A untuk ASYA
A untuk AFRINA

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday : C.A.H.A.Y.A

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Cahaya yang menerangi hidup mama & papa

Cahaya yang membawa kebahagiaan mama & papa

Cahaya yang mengisi setiap ruang kosong dalam hidup mama & papa

Cahaya yang memberi sejuta keinsafan dalam diri.. 
Betapa uniknya kelahiranmu dulu

Cahaya ini akan terus bersinar hingga ke akhirnya. Cahaya yang akan menerangi seluruh perjalanan hidup. Dan inilah NUR yang dikurniakan dalam hidupku.

" eyhh .. wordless ke?? ok la tu kurang la sikit kata2nya "

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya
**Sekadar mengabadikan pic yang diambil pada Januari 2012 dulu :-) 

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (81) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (60) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Birthday (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) H.O.L.I.D.A.Y (30) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) mama+papa+fasya (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) fasyafrinatraveltales (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) mama+papa (8) Parenting (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)