Friday, March 16, 2012

Indahnya WANITA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jumaat yang dinantikan.. Hari untuk beristirehat sepuasnya. Selain tu,perkara waib yang nak di settlkan hujung minggu ni, basuh kain & jemur kain. Dan hari ni nak ke wedding bos Fain. Tgh fikir, nak pakai baju apa.. Untuk hari ni saya nak share artikel yang saya dah tersimpan lama dalam draft ni... dah x ingat dari sumber mana saya dapat artikel ni.. Jom.. bacalah & jadikan santapan minda di hari ini :-)


1. Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

2. Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

3. Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

4. Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: “Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya).”

" Indahnya dilahirkan sebagai wanita.. dikurniakan kekuatan yang luar biasa... Diberikan nikmat untuk membawa satu nyawa bersama.. Dikurniakan rahim untuk melahirkan keturunan.. Dan dikurniakan hati yang lembut & halus untuk menyayangi.. "

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

29 comments:

Aine Ainun said...

suka kata2 ni::
"Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa."

cantiknya pengurusan Allah..

AdaM Hawa said...

"Indahnya dilahirkan sebagai wanita.. dikurniakan kekuatan yang luar biasa... Diberikan nikmat untuk membawa satu nyawa bersama.. Dikurniakan rahim untuk melahirkan keturunan.. Dan dikurniakan hati yang lembut & halus untuk menyayangi.. "

maka.. berbangga la jadi wanita.. semulajadi..

LydSunshine said...

Saya harap semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar untuk saya dan kamu jua Lya.

Lya Colours said...

saya bangga di lahirkan sebagai seorang wanita =)

KhaiRin : anies said...

krn tu sy benci lelaki yg mencederakan wanita baik secara fizikal mahupun mental!

norhidana said...

sgt suke yg no 3...
Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.... sgt indah

sgt bertuah dilahirkan sebagai wanita...

::NureeN:: said...

:) rajin lya baca novel :)

lieyalatif said...

rase bangga jadi wanita bile bace entry ni ......hidup wanita!

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

mmg hati wanita sgt halus,
ingin menyayangi & disayangi..

Mama Ema said...

Alhamdulillah dilahirkan sebagai wanita

atIEsAyAnGkAmU said...

sesungguhnyer perempuan dan lelaki saling melengkapi kan...

segalanyer bersangkut paut..

indahnyerr...

m.u.l.a.n said...

tqs for sharing..

sue zainun said...

bangganya menjadi seorang wanita

munna said...

bahagia dan bersyukur di lahirkan sebagai wanita

Ena said...

Mekasih lya..

syukr dengan nikmat & anugerah yg diberiNYA

IntaNBerliaN said...

SAYA SUKA DGN AYAT LYA NO 3 Tuh.. betapa mulianya kita yg bergelar wanita ;-)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

alhamdulillah dilahirkan sebagai wanita ...:)

|| NaFiRaa || said...

bangga jugak jadik WANITA..hehehe

anisalya said...

bersyukur jadi wanita ni.

Ros said...

Salam LYAfrina,

Memang indah dan bersyukur sangat kat Allah SWT...walaupun perempuan ni nampak lemah tapi sebaliknya ada terselindung kekuatan yang amat luar biasa...

Ini lah kelebihannya kaum hawa yang tak dak dekat orang lelaki.....

Qaseh Suhaida said...

sama la kita hari jumaat adalah hr membasuh bj dan mengemas

qemaishak said...

Saling melengkapi..indah sungguh ciptaan Allah kan.

rasp said...

berbangga menjadi seorang wanita!

Puan Kutu said...

bertuahnya kita mnjadi wanita kalau kita tahu menghargainya..entri yg menarik..paling suka yg no 3 dan yg bawah tu..:)

MulutPayau said...

ntry yg sangat menarik...terima kasih dik kerana sudi brkongsi...
Bangga mnjadi wanita...

MaryaYusof said...

As salam Ly Afrina,

Syukur pada Allah kerana saya seorang wanita! Hebatkan ciptaan Allah ni :D

Maaf lama tak berkunjung ke sini....

Cik Rose Cute said...

Hebatkan ciptaan Allah...

Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa....

wan nurul hezrina said...

im proud too=)

Masya said...

kata² yang mempunyai maksud yg cukup mendalam.. rasa bersyukur kerana dilahirkan sebagai wanita....