Sunday, April 1, 2012

P.E.L.U.A.N.G

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah..masih berpeluang untuk mencoretkan sesuatu disini.. Harini, dah masuk bulan April..cepatnya masa berjalan.. Terima kasih buat semua kawan2 yang mendoakan asya.. Alhamdulillah..asya dah beransur sembuh sekarang. Cuma dia agak pe'el skit. Mybe sebab belum sembuh sepenuhnya.

Bercakap tentang peluang kedua.... Setiap orang dalam hidup mesti pernah memiliki peluang yang ada dalam kehidupan. Cuma caranya menghargai peluang yang ada itu. Sama seperti saya, pernah menjalani episod kejatuhan dalam kehidupan ini. Sampai rasakan, peluang itu tak muncul lagi lagi kehidupan ni. Tapi siapa tahu... sebenarnya..PELUANG itu selalu ada..cuma antara kita sedar @ tidak... Dan sama ada kita nak menghargai peluang itu dengan sebaiknya atau mensia-siakan ajer setiap peluang yang muncul dalam kehidupan.

Sebagaimana yang pernah saya alami.. pernah mengalami episod kejatuhan dalam hidup.. Sampai rasakan diri ni tak berguna... Namun... atas semangat dalam diri... saya cuba bangkit & gagahkan diri dalam kegagalan kegagalan & ujian kehidupan. Dan apabila mendapat peluang itu... saya menggunakan sebaiknya untuk menunjukkan kemajuan dalam kehidupan...dan.. "Aku Boleh !! "

Dan... saya sendiri pernah memberi peluang kepada orang lain.. Cuma cara orang itu menghargai peluang yang pernah kita berikan.. Antaranya..zaman dulu2 kala...peluang dalam percintaan... persahabatan dll. Tapi bila fikir2.. betapa naifnya saya... walaupun begitu teruk dikecewakan... "PELUANG" itu tetap diberikan.. Dan "PELUANG TERAKHIR" merupakan kemuncak peluang yang diberikan.. Sekiranya seseorang itu masih x menghargai peluang itu.. jadi.. cukup sampai disitu saja...


Dan syukur alhamdulillah..berkat daripada peluang yang selalu muncul dalam kehidupan ini.. saya dapat menjalani hari-hari dengan lebih baik. Asalkan kita beri peluang pada diri kita untuk buktikan.. Dan perkara yang terbaik saya miliki kali ini ialah berpeluang untuk memiliki "zuriat"... sesuatu yang dulu pernah dikatakan..saya "tiada peluang untuk memiliki zuriat".. But... who knows kan??? Dan terkini... yang paling membuatkan diri ini bersyukur..atas kurniaan kesihatan yang semakin baik dari hari ke hari.. Ya Allah..saya tak dapat gambarkan betapa nikmatnya memiliki "kesihatan yang baik". Terima kasih atas peluang ini Ya Allah "

" Hargailah setiap PELUANG yang muncul dalam kehidupan "

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

36 comments:

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

yup, hargailah peluang yg ada ni dgn perkara yg bermanfaat..

Alhamdulillah Lya.. semoga kesakitan itu terus pergi ..

♥MAMASYAZA♥ said...

syukur alhamdullillah. sama2lah kita berdoa semoga kita semua terus diberi peluang utk memperbaiki diri masing2

CtAyue said...

betul tu Lya. apa pun peluang yg ade mmg harus dihargai.. semoga lya sentiasa sihat dan semoga segala sakit tu terus hilang. Amin. Kimsalam Asya yg comel yer. :)

Sidratul Muntaha said...

peluang..
takde seorang pun dlm dunia ni Allah tak beri peluang...
smeua org ade peluang
cuma rezeki sahaja ketentuan Allah
rezeki hidup,duit dan jodoh..
rezeki sihat itu pun ketentuan Allah...
tapi jgn anggap sakit itu beban..
selalunya
Allah beri kita sihat sesudah sakit agar selepasnya kita berkongsi dgn org lain demi mensyukuri n ikmatnya.
bila diuji dgn sakit,makanya Allah sebenarnya mengampunkan dosa2 kita yg kecik2 yg kita tak sedar...
*semoga punya kekuatan dan kesihatan selalu.insyaa Allah.

Izan Ishak said...

setuju lya... jangan lepaskan tiap peluang yg datang selagi kita berupaya.

izan doakan moga lya terus sihat ye... take care dear...

Melati Qistyna's Mummy said...

Peluang itu selalu Ada, Cuma kenkadang Kita x perasan peluang yg dtg,

Smg asya bertambah sihat, Dan tersenyum kembali... :D

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

lya mmg tabah!salute u dear. Semoga lya terus diberi kekuatan menghadapi apapun dugaan. Take care ya!

ogyep yummy mellow said...

Salam kenal.. peluang tak dtang selalu.. hargai dan pergunakanlah sebaik2nya... InshaAllah..

Umie Naziera said...

xkira lah peluang ke berapa pun kan,kita kena hargainyaa..do the bestt

~aSHa~ said...

bila kita jatuh ssakit...masa tu la kita sangat2 hargai betapa nikmatnye org yg sihat kan......

semua ini adalah peluang diberi oleh Allah juga untuk manusia mensyukuri nikmatNya....dan peluang manusia untuk menginsafi diri

dieyna said...

Benar, peluang hanya datang sekali..janganlah kita sia-siakan.

p/s : Akak duk paka, kg kat g.limau.. ada fb tak?? jom add fren

kasihredha said...

semoga Allah sentiasa memberi peluang pada kita.

Ena said...

Hargai peluang yg kita ada.. selagi ia membawa kebaikan.. :)

semoga lya terus sihat dan kuat menghadapi ujian.

ieda said...

insyaallah semoga kita sentiasa diberi peluang utk merasai nikmat dlm dunia ini .. ;)

I know that uu can dooo dear ! .. ;))

izan mama mia said...

Alhamdulillah..jika kita masih punya waktu untuk peluang kedua...raihnya dengan tekat....syukur atas kurniaNya..

teratak hati said...

hargailah peluang yg ada..ingat 5 perkara sblm 5 perkara..hehe..

m.u.l.a.n said...

ajal, maut, rezeki, jodoh dll semuanya kurniaan Allah.. bersyukur dengan apa yg ada, redha dgn segala yg melanda.. moga kita semua kekal teguh iman selamanya...

rieda_ffya said...

Semoga Lya trus success hokey...peluang akan terus dtg dlam hidup..kite je kene berani menghadapi nye...Chayokk Lya..

Lynn said...

salam..
betul lya..kalau kita tak menghargai peluang maknanya kita tak belajar dari sesuatu..

Cik Yatt said...

untung mseh ade peluangkan? dari takde langsung :)

AdaM Hawa said...

segalanya ketentuan Allah s.w.t. kita sebagai hambaNYA kene sentiasa berfikiran positif dan berubah ke arah kebaikan..
syurkur Alhamdulillah.. sentiasa mensyukuri nikmat yang telah diberikan kepada kita..

ajumohit said...

Semoga peluang yang diberikan digunakan sebaiknya, alhamdulillah syukur diberi peluang Untuk melihat anak2 membesar

Aine Ainun said...

Lya...sy oercaya awak kuat semangat....

Jika sy dberi pluang, insyaallah sy takkan siakan...

Jika kita berikan org lain peluang, jika di siakan, boleh buat tawar hati kita kan..

Puan Kutu said...

kagum dengan orang yg boleh bangkit dengan peluang yg diberikan spt lya.setiap daripada kita punya peluang yg berbeza.hargai peluang yg ada..)

maszull said...

assalamualaikum Lya...hargailah semua peluang yg kita ada n semoga berjya memiliki zuriat yg diingini...InsyaAllah..:)

Ibuhani said...

As Salam Lya....tq lawat blog ibuhani. Sedih baca blog Lya. Hrp Lya tabah ye.....Allah akan sentiasa bersama org2 yg tabah! Peluang yg diberi harus dimanfaat n dihargai/bersyukur krn peluang kedua bukan semua org akan dpt!

Zie said...

Peluang hadir cuma sekali...

fieda said...

gunakan sebaik2 peluang yg ada..kalau terlepas mugkin kita tak merasa dh peluang tu kan..

anisalya said...

alhamdulillah kerana masih diberi peluang bernyawa di muka bumi ni kan? peluang dapat kenikmatan utk terus sht pun harus kita hargai...

Masya said...

insyaaallah kt kene hargai peluangkan... semoga lya sentiasa diberi kesihatan yg baik juga...

Nazayiena said...

Memang rugi jika kita x ambil peluang yg ada pd kitakan.....

Cik Rose Cute said...

lya mmg Seorang yang tabah dan kuat!salute u dear.Semoga lya terus bersemangat...

MamaEma said...

patutlah asya sebyjm tak nampak gigi..sebab mamanya sama..hehehe..

IntaNBerliaN said...

betoi.. kita mmg harus hargai pluang yg kedua yg tlh diberikn..

Zefa NorAsmara said...

Sama2 kita mengahargai dan mensyukuri peluang kurniaan Ilahi. Kerana sesungguhnya, setiap sesuatu itu adalah darinya..

wan nurul hezrina said...

peluang takkan datang kalau kita terus berserah.yakinlah Allah maha kuasa.mcm lya mmg sangat tabah n yakin bahawa Allah akan bg zuriat n lya ada usaha mempertahankannya.nurul ingat lagi masa lya tulis kata sepatutnya asya kena digugurkan tapi kuasa Allah ianya tak jadi.mmg aturan Allah kita tak tahu.mcm sofia,ada bijik kan kat blakang badan dia.sekali imbas mmg tak libatkan tulang tapi bila ultrasound ari senin lepas siapa duga kejadian n aturan Allah.tapi apapun kena yakin semuanya yang berlaku ada hikmahnya=)