Thursday, April 5, 2012

Tips : Menangani Perasaan Marah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Marah... setiap orang mesti mempunyai perasaan amarah dalam diri masing2. Cuma bergantung pada seseorang untuk mengawal kemarahan masing2. Ada yang jenis marah secara melulu..dan tidak bijak mengawal kemarahan. Dari kemarahan tu, boleh meninggalkan kesan kepada insan sekeliling kita. Macam jenis saya lak, kalo marah...memang jenis x reti nak tenking2 orang. Semuanya pendam dalam hati. Dan kalo saya nak atasi perasaan marah yang membuak-buak biasanya saya akan duduk diam-diam je.. Tak bercakap.. Huhu.. fain dah sediamaklum perangai bini dia ni kan.. Sebab saya takut..kalo mengeluarkan kemarahan melalui kata-kata akan memberi kesan yang buruk & berlaku pergaduhan. Biasanya...bila saya dah reda sikit marah..barulah slow talk... Dan adakalanya perasaan marah yang amat tu, boleh mebuatkan saya menangis bila bercakap.. Tapi.. kawan2 saya selalu kata..adakalanya cara saya ni boleh mebuatkan orang x respek sebab tak pandai nak marah2 & tenking2 orang...  Apa-apa pun, saya ada tips yang nak dikongsi. dan sebagai panduan buat diri saya sendiri jugak.


Marah adalah emosi manusia yang normal dan sihat tapi apabila tidak dapat dikawal, emosi ini akan membawa masalah di tempat kerja dalam hubungan peribadi mahupun keseluruhan kualiti hidup anda. Kemarahan yang tidak terkawal akan menjadi punca pergaduhan dan penceraian sehingga menyebabkan tekanan yang serius dalam hidup seseorang. Rasa marah ini disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran. Biasanya ketika marah, tekanan darah dan kadar denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga adrenalin dan noradrenalin juga turut akan meningkat. Oleh hal yang demikian jika anda ingin hidup gembira dan sihat, kawal kemarahan anda dengan sebaiknya. Ambil masa dan kawal diri dengan sebaik mungkin. Terdapat pelbagai cara bagi menangani marah, antaranya adalah seperti berikut:

1. BERTENANG
Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda. Ambil nafas dalam-dalam jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda, bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut. Secara perlahan-lahan ulangi perkataan ‘bertenang’ dan ‘jangan susah hati’, ulanginya berkali-kali sehingga anda rasa tenang. Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang dan menyenangkan sambil menutup mata. Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.

2. SUSUN SEMULA PEMIKIRAN
Selalunya bagi seseorang yang tengah marah selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian bagi mengelakkan ini berlaku kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran. Jadi setiap kali marah, tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada diri anda “ia sungguh mengecewakan”, “ia memang teruk”, atau “saya faham sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan gagal”. Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa marah anda.

3. SELESAIKAN MASALAH
Kadangkala kemarahan itu timbul apabila ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu selesaikan masalah anda dengan merangkakan perancangan anda, jangan lupa semak perkembangannya, selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri jika tidak dapat ia tidak dapat memenuhi perancangan anda.

4. KOMUNIKASI YANG BAIK
Selalunya orang yang tengah marah akan cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu secar tidak tepat. Jika menghadapi perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan, anda patut bertenang dan jangan buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-apa. Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan.

5. BERTUKAR ANGIN
Kadangkala suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan. Masalah dan tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat marah. Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri pergilah melancong untuk memperbaharui mood.

6. MARAHLAH SECARA SIHAT
Kemarahan adalah emosi normal manusia dan emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri, marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu luahkanlah agar tidak memberi kesan pada diri sendiri. Luahkan perasaan anda pada individu yang paling anda percayai contohnya seperti kaunselor. 

7. BAYANGKAN SESUATU YANG SERONOK 
Ketika marah, pejamkan mata dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian bersama insan tersayang. Jika keadaan tidak mengizinkan, biarkan fikiran anda melayang jauh ke tempat yang membuatkan anda seronok. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda. 

8. GUNAKAN TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL 
Tumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokuskan pada cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat amat nyaman dan menenangkan perasaan. 

9. MENGUCAPKAN TA’AWUZ 
Iaitu membaca : "A'uzu billahi minassyaithanirrajim " sesungguhnya Marah itu dpd syaitan (jln masuk hasutan syaitan kpd diri manusia) Maka berlindunglah dgn Allah dari kejahatannya. 

10. LAKUKAN SESUATU UNTUK MENGAWAL MARAH
Hendaklah duduk jika sedang berdiri, berbaringlah jika dia sedang duduk. jika tidak hilang juga kemarahan dgn melakukan dua perkara tersebut maka hendaklah mengambil wudhuk (air sembahyang) sabda Rasul saw : "Sesungguhnya syaitan itu dpd api (an-nar) dan sesungguhnya dipadamkan api itu dgn air, maka apabila seseorg kamu marah, maka ambillah wudhuk (air sembahyang)" hadis riwayat Abu Daud. Sabda Rasul saw: "Ketahuilah sesungguhnya marah itu seumpama bara api pada hati anak Adam, tidakkah kamu melihat kedua matanya merah, dan bengkak urat lehernya. Maka jika dapati yg demikian itu, maka hendaklah dia meletakkan pipinya ke bumi” meletakkan semulia- mulia anggota pada tubuh manusia kepada sehina-hina tempat supaya terhapus takabbur (ego) nya yg menjadi punca perasaan marahnya itu. Sesungguhnya dia hanyalah hamba yg hina, dijadikan dari tanah, dan hidupnya adalah dgn hasil hasil sumber tanah, dan kepada tanah ia dikembalikan. Tidak wajar baginya merasa takabbur, angkuh dan sombong. 

Apa-apa pun..inilah terapi terbaik saya.. 
Melihat dia, membuatkan hati saya sejuk & tenang.


Menahan diri daripada marah adalah sifat yang baik dan terpuji, justeru Allah ada menyebut dalam kitabNya Al Quranul Karim tentang orang yang menahan diri daripada marah, Al kaadzimiinal ghaizd. Sabda Rasul saw:" Sesiapa yang menahan MARAH, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yang tercetus hati untuk melaksanakannya; Nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari qiamat dgn keamanan dan keimanan ." Hadis riwayat Abu Daud. 

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

50 comments:

Deru Ombak said...

Good morning Asya...!

Terima kasin berkongsi ilmu ya Lya ...

.:fyzz:. said...

lya...saya tengah bersedih dn sedang marah ...tp utk kawal emosi dn nampak calm..sya pakai baju cantik2..dn make up lawa2..bagi ceria skit hati di pagi hari...pepun tq info nih at least bgi sya tips utk control my emotional

Kunang-Kunang said...

Salam Lya,

Tips yang sangat baik untuk diamalkan.

Kak ani kalau sedang marah, badan akan menggigil. Akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengeluarkan kata2 bagi mengelakkan menyesal selepas marah dah reda.

mamalieyna said...

samalh kita..tak reti marah..org bintang pisces mmg tak reti mrh kot..hee~ pendam...sampai 1 masa tau la..hee~

apapun thanks for the tips~

Melati Qistyna's Mummy said...

Kalau marah, bawak2 mandi... InsyaAllah...

Kazman / Sue said...

pagi2x jangan marah2x yeee... tip yang bagus untuk mulakan kehidupan...

Umie Naziera said...

thanx for the tips..sya kalau marah tahan jer,kalau habis sakit haty sgt,menangis terus..lpstu lega..

mummY daniSha said...

thanks lya for the tips!kita manusia biasa memang x lepas dari perasaan marah..ade ke org x pernah rasa marah?

Kakzakie said...

Kakak kalau marah anak memang expert Lya... tak payah tunggu lama. Nampak aje salah terus pot-pet-pot-pet. Tapi dgn staff kakak slow sikit sebab org luarkan kenalan panggil masuk bilik - respek jugalah walau dlm hati memang marah.

Kalau dah marah lupa tips tu Lya..

AdaM Hawa said...

wajah asya sentias memberi ketenangan mama.. ;) si budak comel asya..

Myra Jay said...

Myra pun kalau marah kekadang berasakan DIAM itu adalah ubat dan terapi terbaik.

*azni* said...

azni pun klu marah mmg duk diam2 jer..bimbang klu bercakap nnt terkeluar kata-kata yg tak sepatutnya..bila dah cool br blh bincang.. ;)

Nazayiena said...

Tips yg bagus utk kita yg bergelar manusia,kak Nurul pun selalu marah2 pd anak2....

KhaiRin : anies said...

lg 1: angkat air sembahyang...kalu mrh lg...benam kn je dia dlm kolah tu... ;-)
tq 4 sharing

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

tips yang bagus..
jue pun sama lagi suka pendam dari luahkan...

Cik Rose Cute said...

CIK ROSE PUN KALAU SAKIT HATI GAN CIK HUBBY SEKADAR DIAM...KALAU MARAH NANTI KELUAR AIRMATA SEKALI HIHIHI...TAPI KITAORANG JARANG GADUH...INFO YG MENARIK LYA...PISCES NIE..ORANGNNYA JIWA SENTIMETAL DAN MANJA HIHIHI

IntaNBerliaN said...

a'aa sm mcm saya.. kalu mrh lbh sk diam.. kalu xpun nangis bg lega perasaan tu..

Fieza79 said...

Lya..mcm ada persamaan je kita..lau marah lg suka diam kan diri..menengking dlm hati..nk luah kan..kang suara tak kelua..nangis je lbh huhuu...

Mamamya said...

akak pun x reti nak marah org...selalunya suka pendam sendiri jer...

klu dgn anak2 pulak kdg2 mmg marah/m'bebel tp lps tu akak yg menangis semula bila tgk muka anak2...

MamaEma said...

akak pun jenis tak suka nak marah-marah orang didepan secara terangan..bila akak marah seseorang akak tak bercakap dengannya...

adarnadzmie said...

sekali sekala marah best jugakkan..hehe....tp jangan marah selalu yer...hihi

KakAsma said...

Lya,

tips yang sangat bagus...
tapi selalu kalau akak tgh marah
anak2 menikus ajer..jadi camner nak teruskan marah...masuk bilik air ler jawapnyer...

wan nurul hezrina said...

betultu lya.mmg kadang bila marah menu=guasai bleh putus pertalian saudara..nak2 skangnie bila ada anak2 lagilah kena kawal bahasa n pitching..kadang2 pitching lari jugak tp bukan marah cuma ngan ragam anak2 terlepas.hehe.tapi skangnie lebih banyak guna bahasa tubuhjer.mulut kunci.lebih pd nasihat skangnie.perlahan2 nurul belajar..

bukan aper kata ustaz tempohari bila kita marah n maki org,kita kena pikul dosa org yang kena maki tuh n dia plak ambil pahala kita.

...sWeeT uMi... said...

thnks...boleh try satu dua tip ni and tgk jadi ke tidak ekekekekeke

Puan Kutu said...

setiap org ada cara tersendiri utk mengawal marah.macam sy kena byk istighfar dan bila berlaku pergaduhan cuba keluar dr situasi gaduh tu...lari dlm bilik ke apa ke.hehe..

tips yg baik dr lya..:)

izan mama mia said...

hai....saya kalau marah suka menyediri..tapi selalunya marah saya tak lama...kejap jer..
tq atas infonyer tu...
dh dapat folo cni...yes..:)

|| NaFiRaa || said...

tips yang baik untuk di amalkan.. thanks lya..

kadang2 zura tak boleh nak kawal marah..huhuhu..

kayyana said...

thanks for this guide lya.. yes.. kadang kadang bile kite marah kite takleh nak control emosi kite.. tu yg akan jd lebih besar dan lebih buruk kan.. InsyaAllah.. yana akan cube praktikkan tips ni.. mne tau menjadi kan..

LydSunshine said...

Salam, Lya. Bagus la cara Lya tu, kalau marah lebih baik diam. Saya ni masa remaja dulu sgt2 baran. Tapi bila dah berusia ni, sy lebih pandai control perasaan marah tu. Penat kan marah2 ni?

mama irfan said...

thanks shared...

::NureeN:: said...

:)
ellesya slalu ckp sejak 2 menjak ni " mummy ni garang la" hahhahha

Zana Nordin said...

betul tu lya
zana pun kalau marah...duduk diam2 jgn ler ada sapa yang kacau....bila dah duduk diam2 tu....pelan2 pujuk hati...muhasabah diri..insya allah, esok dah ok balik....

azzey said...

akak pon x jd marah tgk muka dia..:)

rieda_ffya said...

Thanks Lya..for the info..sy mmg jnis baran skit...

intan_blur said...

slm beb..sngat bguna info nih..
lg2 skrang tgh hot..huhuhuhu..
istiqfar intan byk2 harini

ieda said...

TQ sharing lya ..
akak jarang marah .. selalu marah kat anak2 je .. ;)

rasp said...

tips yg baik nie...
ahkak kalo dah marahhhh sgt...
terus diam...
tarik nafas...
amik wuduk...
takpe nangis hahahhahah...
padahal marah tu :D
bila dah cool baru ler leh duduk diskus betul2...

Karukord Jagau's said...

tips yg baik ni....

kalau rasa nk naik angin tu....cpt2 amek air sembahyang....

Zie said...

kalau marahkan anak pulak, camno nak tengok muka anak? huk huk makin geramlah.. hehehehe apapun kalau marh yg sorang ni tengok yg sorang lagi... hehehe baru reda

dakcik said...

bagus tips nie! ;) TQ sharing is caring kan..;)

Izan Ishak said...

izan pun kalau naik angin n marah2 kat anak2 je. tapi tulah... pas je marah dorg mesti rasa menyesal sgt2...

aimaniman said...

betul tu, anak penyejuk hati mama... bila nak marah, terasa x sampai hati, budak sekecik tu jd bahan melepaskan amarah, terus beristiqfar...

munna said...

kak munna jenis yg tak pandai marah org.... biasanya diamkan diri je...

Asmara said...

info yg menarik utk dikongsi. seronok duduk di rumah je, jrg sgt nak marah kat org lain kecuali dgn anak2 je la, stress pun tak ada. mudah2an kita sentiasa berada dlm golongan org yg sabar. InsyaAllah..

MulutPayau said...

tips yg amat berguna...terima kasih dik..akak mmng sukar nak kawal kmrahan...kalau marah sangat mmng mnggigil tubuh....

Ibuhani said...

the best way to tahan marah....ambil wudhuk n solat sunat. Insyaallah! TQ for the tips..... :)))

Kancil 8349 said...

peringatan yang bagus

Aizat Shafiq said...

Harap dapat digunakan tips-tips nie untuk mngawal diri sendiri... :)

anisalya said...

sama la. time akak marah, akak suka diam dan simpan sendiri je sampai la lega.

cik sweety said...

http://cikannesweetyncool.blogspot.com/ ^^