Sunday, May 20, 2012

"SEGMEN -Imbau kenangan Saat Sah Jadi Miliknya"

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebenarnya dah lama teringin nak join GA,segmen & contest.. Tapi kerana kekangan waktu, semuanya terbiar negitu saja. Blog contest pon dah lama x b'update.. Gara-gara terlupa p'word..keh..keh..keh.. Sambil2 BW di petang ahad ni, ternampak satu segmen menarik yang dianjur oleh Mama Mia... Dan kebetulan, saya sangat2 free waktu ni, so berminat nak join segmen ni.

dateline : 24.05.2012

Kisah antara saya bermula pada tahun 2003. Pertemuan bermula ketika saya sakit. Waktu tu, diusia 18 tahun saya diuji Allah Swt, apabila saya jatuh sakit dan lumpuh separuh badan. Separuh kehidupan saya pergi. Dalam usia muda, harus menerima kenyataan hidup yang amat perit sekali untuk ditelan. Saya terpaksa melupakan pelajaran saya. Ketika itu saya baru menjejakan kaki ke IPTA, tapi takdir yang menetukan segalanya.Kesihatan saya mula merosot & akhirnya jatuh sakit teruk.

Dalam kesedihan itu, saya juga diuji..apabila ditinggalkan seseorang. Setelah hampir 3 tahun bersama, akhirnya apabila saya sakit... dibiarkan terkapai sendirian. Dalam kepayahan itu... saya cuba meneruskan kehidupan yang amat menyakitkan. Hinggalah suatu malam, kawan lelaki waktu zaman sekolah datang nak menzirahi saya. Ala-ala skandal zaman sekolah dulu. Tapi xde feeling2 pun kat dia. Sampailah malam tu... kawan lelaki saya datang menziarahi saya yang ketika itu dalam keadaan lumpuh ditemani "sahabat" dia.

Dan..ketika tu saya perasan "sahabat" kawan sekolah saya tu terketar-ketar. Time minum air pon tangan dia terketar. Ntah... tak nape?? Tak pernah terpikir apa-apa pon. Ingatkan mungkin spesis dia darah gemuruh kot. Tapi, nak dijadikan cerita... bermula saat tu, "sahabat" kawan saya tu berusaha mendapatkan no telefon saya untuk mengenali saya.

Perkenalan tu, saya sambut dengan baik..tanpa apa2 perasaan.. Just anggap kawan & tak pernah lebih. Lagi pon time tu saya ingatkan "sahabat" kawan saya tu pangkat adik-adik.. Bila dah kenal, rupanya pangkat abang-abang. Dalam kensunyian tu, "sahabat"  itu terus memberikan sokongan hidup agar saya terus kuat. Sampailah satu saat... dia meluahkan isi hati dia.. jeng..jeng... Memang terkejut...macam bom jangka yang nak meletup saya mendengarnya. Sebab time tu, saya xde perasaan langsung pada dia. Melainkan anggapnya sebagai "sahabat" sahaja. Ye... dia memang sahabat yag sangat2 setia. Sampai satu saat... dia sanggup hantar hp yang dikirim pada abang saya semata-mata nak bercakap dengan saya. Tapi hp tu, memang saya pulangkan balik.

Serius... dalam hati saya kosong..walau setitik pon..saya x pernah ada perasaan pada dia.. Melainkan mengangapnya sebagai sahabat sahaja. Lagi pon...dengan keadaan saya yang tidak sempurna membuatkan saya amat2 merendah diri.. Apatah lagi mengingatkan saat saya ditinggalkan.. Bagi saya..LELAKI sama saja. Mana ada LELAKI yang sanggup menyusahkan hidup untuk bersama wanita seperti saya? Memang hati saya keras berkunci. Namun.. dia berusaha dan terus berusaha.

Sampai satu tahap... akhirnya saya berkata OK. Tapi dalam hati saya memang kosong. Hari demi hari..dia terus setia bersama saya. Saat saya terlantar sakit di hospital, dia terus setia menemani hari-hari saya. Walau dalam keadaan kekurangan itu, dia masih setia disisi saya. Lagi mengharukan..apabila..dia sudi perkenalkan saya dengan family dia. Saat tu... hati saya dah mula terbuka bila melihat family dia menerima diri saya seadaanya.

Setelah bertahun.. akhirnya saya boleh berjalan semula. Hasil daripada doa, usaha serta tawakal..saya memiliki semula kaki saya yang sekian lama tak berfunsi.. Dalam kepayahan untuk bangkit, dia terus disisi memberikan sokongan pada saya. Dan.. sebaik saja sembuh, saya berazam untuk sambung pelajaran saya dalam bidang senibina yang terhenti. Walaupun mendapat tentangan pada awalnya, kerana family risaukan kesihatan saya yang sentiasa memerlukan perhatian. Namun saya kuatkan hati demi mencapai cita-cita & masa depan saya.

Namun.. takdir mentukan segalanya.. Apabila berada diperantauan.. Kesihatan saya tak terjaga. Ubat-ubatan saya terabai... Saya terus jatuh sakit...malah lagi teruk daripada sebelum tu. Sekali lagi saya harus berdepan dengan keperitan hidup. Dalam pada itu, saya tak mengharapkan dia terus disisi saya. Saya suruh dia meninggalkan saya kerana tak nak menyusahkan hidupnya. Tapi.. dia terus setia disisi saya. Terus bersama berusaha sehingga saya sembuh. dan pelajaran saya, sekali lagi terhenti. Dan kali ni, keputusan diambil apabila saya terpaksa berhenti buat selamanya daripada IPTA tersebut. Sedihnya, hanya tuhan yang tahu. Dalam kepayahan itu, saya cuba ubati diri saya . Atas pengalaman lalu, kali ni saya lebih tabah mengharunginya & saya berusaha untuk dapatkan kembali kehidupan saya. Dan..dengan izinNya..dalam kepayahan itu tuhan makbulkan doa saya & family. Dan apabila sembuh.. saya masih ingin menyambung pelajaran saya. Dan..kali ni keluarga saya menghalang kerana bimbangkan kesihatan saya. Tapi takdir menentukan..akhirnya saya diterima belajar di IPTS berdekatan dengan rumah dalam course "Maritime Management". Syukur alhamdulillah..walaupun dalam bidang berlainan ..namun saya tetap berusaha untuk tamatkannya demi masa depan saya, walaupun dalam usia yang dah agak lewat.

Dalam pada meneruskan pelajaran itu, saya masih sakit-sakit. Dan si dia masih setia disisi saya.. namun antara kami tetap berlaku perkara yang amat menyedihkan dalam hidup. Semuanya aturan Allah Swt untuk membuatkan saya menjadi lebuh tabah dan kuat. Dalam pada kesihatan yang tak menentu, si dia melamar saya supaya menjadi isterinya. Walaupun ketika tu dah hampir 3 tahun bersamanya..tapi saya masih confuse dengan perasaan sendiri. Dalam hati sellau berkata  " Dia bersama aku..hanya sebab dia kesiankan aku". Walaupun... berkali-kali dia cuba yakinkan saya. Hinggalah satu saat, akhirnya saya akur.. Bila saya fikir... selama 3 tahun.. dia seorang yang tak pernah tinggalkan saya. Saat saya lumpuh...boleh berjalan..lumpuh smula.. tak boleh bercakap.. hilang penglihatan sebelah mata... tapi dia terus disisi saya. Atas keyakinan itu, akhirnya..saya terima lamarannya sewaktu saya di sem 5. Katanya, lebih senang dia nak menjaga saya bila saya sakit & masuk wad. Untuk pengetahuan semua.. hospital itu adalah rutin wajib... Masa saya banyak dihabiskan di atas katil hospital.

Untuk memiliki saya secara sah... berkali-kali saya nyatakan tentang masalah kesihatan saya yang akan menyusahkan hidupnya. namun.. dia terus dengan pendiriannya untuk menjaga saya ketika sakit. Saya takut..andai ditinnggalkan. Bukan setakat tu, mama saya & abang-abang saya pon... banyak kali ingatkan dia tentang keadaan saya. Saya tak seperti wanita lain.. dan..dia juga harus akur yang saya x boleh mengandung kerana kesihatan saya. Tapi dia masih teguh pendirian untuk memperisterikan saya. Akhirnya saya & family saya akur... mungkin ini anugerah dari tuhan untuk merawat kelukaan hati saya,


Dan... pada tanggal 16 March 2006 saya sah menjadi tunangnya. Walaupun selamat menjadi tunangnya...namun dalam hati saya masih ragu-ragu. Ragu-ragu tentang diri sendiri & perasaan sendiri. Selain..perasaan rendah diri yang melampau..dan teringatkan kelukaan HATI yang teramat teruk. Dalam tempoh pertunangan tu, saya masih sakit-sakit.. dan, kerana masalah kesihatan tu, dia mahu saya cepat-cepat menjadi isterinya. kalau ikut perancangan, kami patut berkahwin selepas saya tamat belajar. Namun, kita hanya mampu merancang..namun tuhan yang menentukannya.. Kalau dah jodoh.. siapa mampu melawannya. 


Akhirnya pada tanggal 26 Oktober 2006, saya sah menjadi miliknya. Siapa sangka dalam keadaan saya yang confuse tentang perasaan ni... Akhirnya saya selamat menjadi isterinya. Setelah, beberapa bulan berkahwin..saya jatuh sakit teruk, waktu tu.. saya antara hidup & mati.. Masuk ICU... Saya tak tahu apa yang berlaku disekeliling saya.. Cuma lama selepas saya sedar & sihat, kakak saya menceritakan perihal dia..yang pengsan semasa doktor berusaha menyelamatkan saya. Time tu.. memang babak hindustan bila dia menjerit "sayang..jangan tinggal abang".. Kata kak long, time tu ramai yang menangis melihat keadaan kami kami berdua. Time tu, inai di jari masih merah. Tapi..alhamdulillah..umur saya panjang. Dan sejak daripada tu, saya berazam untuk mencintai suami saya yang telah menghabiskan usia remajanya demi menemani saya.

Memang..terlalu lewat..saat saya mula mencintainya. Namun ianya satu perkara yang amat indah. Dalam kegelapan mencari kehidupannya..dia hadir menemani kehidupan ini. Rupanya aturan Allah Swt sungguh indah sekali. saya tidak pernah terpikir bahawa ada lelaki yang sanggup menghabiskan hidupnya demi wanita yang dicintainya. Saya tak pernah menduga saya akan menjadi isteri buat seorang suami. Walaupun dalam kepayahan mengharungi kehidupan.. Kami saling menghargai saat meneruskan kehidupan bersama. Kami berazam untuk hidup berdua selamanya. Perkara yang membuatkan saya tersentuh... dia menerima seadaanya walaupun dia tahu, saya x dapat melahirkan zuriatnya.

Dua tahun kami hidup berdua.. suka duka diharungi bersama. Sampaikan setiap kali warded, semua nurse & doktor dah kenal kami berdua. Dan nurse2 selalu datang bersembang dengans saya.. katanya..saya sangat bertuah dikurniakan suami sepertinya. Saya hanya tersenyum... Dalam pada itu, takdir allah swt..pada tahun 2008 saya disahkan mengandung. Siapa menduga takdir Allah Swt kan?? Namun dalam membawa satu zuriat ni, saya melalui saat yang amat getir. Dimana sepanjang mengandungkan zuriat ni..saya koma. Kisahnya baca SINI. Namun...syukur alhamdulillah... dugaan demi dugaan.. akhirnya bayi yang dikandungkan berjaya dilahirkan. Lahirnya asya didunia melengkapi kehidupan kami berdua. Kesabarannya menjaga sewaktu saya lumpuh ketika mengandungkan asya dulu..telah membuka mata saya seluas-luasnya tentang seorang lelaki. Betapa dia tabah menjaga saya dan emosi sewaktu. Berkejar setiap saat..betapa sukar melalui kehidupan saat tu.


Alhamdulillah... walaupun kami berkahwin dalam usia yang sangat muda, iaitu saya waktu tu 21 tahun & suami saya berusia 22 tahun. Tapi kami mampu hidup bahagia...walaupun sepanjang perjalanan kami sentiasa teruji. Terima kasih Allah kerana kurniakan seseorang yang benar-benar ikhlas mencintai diri ini seadanya. Sejak dia bersama saya 9 tahun lalu..walau sesaat pun kami tak pernah berpisah. Kami hanya berpisah saat maisng-masing mencari rezeki. Dan selebihnya, dia selalu disisi saya. Sejak bersama saya dulu... sepanjang waktunya dihabiskan untuk saya, walaupun saya tak pernah memintanya buat begini untuk saya. Selain tu, uniknya suami saya..dia tak pernah keluar malam untuk melepak. Saya tak pernah halangnya untuk melepak bersama kawan-kawannya.. Tapi katanya.. lagi berfaedah habiskan masa bersama saya & asya. Hingga ke saat ni... saat saya sakit, dia masih menjaga saya dengan sebaiknya seperti dulu. Syukur alhamdulillah..kerana dikurniakan pelindung buat diri ini. Semoga hati saya akan terus mencintainya dengan setulus hati..sebagaimana dia mencintai diri ini setulus hati . Dulu saya selalu bertanya...sejak bila dia cintakan saya. Katanya, dia jatuh cinta saat kali pertama tengok saya dulu. Sebab tu..tangan dia mengigil...sampai tertumpah air. Entah...apa yang dia nampak pada saya dalam keadaan penuh kekurangan. Inilah dinamakan jodoh..dipertemukan dengan cara begini. Betapa kuat saya menolak dia dalam kehidupan saya..semakin dekat dia dengan saya. Terima kasih Allah atas kurniaan insan-insan hebat dalam hidup ini.. Terima kasih buat suamiku, Mohd Fain....dan kehadiran satu-satunya zuriat kami Nur fasya afrina.

Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

33 comments:

Dieyna said...

lya bertuah.. bukan sng nk cri org yg sanggup terima kita seadanya....

wan habibah said...

sweetnya lya.. bertuah sgt awak..

Zefa NorAsmara said...

Sebak membacanya. Semoga bahagia selamanya. Semoga cinta kalian hinnga ke syurga. Semoga lya kan sembuh jua.. amin ya Rab

Rosidah Binti Muhamad said...

Ya Allah byk nyer dugaan..dan byk juga keajaiban nyer...tp lya dan org2 tersayang tetap tabah mengharungi setiap cabaran ini..

Semoga semua akan jd lebih mudah utk lya dan family..yer ar bahagian memasing siapa boleh jangka dugaan Allah utk kita?

IntaNBerliaN said...

ALHAMDULILLAH.. MMG FAIN ADLH SUAMI YG TERBAIK!!... xramai lelaki yg sggup berkorban cam fain.. sy doakan mg lya n family hidup bahagia hgga nafas yg treakhir.. insyaAllah...

mama aini said...

assalam lyafrina..syu mama membaca entry ini..teringat saat2 getir yg mama alami..anak pertama mama dilahirkan secara normal..bila dia berusia 5 tahun..tiba2 mama jatuh sakit..mama terbaring diatas katil spt mayat hidup..semua kegiatan mama terhenti..bila ketandas hb mama yg bangunkan, baju juga dia yg tanggal & pakaian..tgn mama menggigil2 waktu memegang sudu utk makan..akhirnya sudu jatuh..mama juga tak mampu memegang cawan & pinggan..biasanya ia akan terlepas dr tgn & pecah..hu2x..bila berjumpa doktor pakar dia mengesahkan bukan stroke..bila mengandung kali ke2..ank mama meninggal dlm kandungan tapi doktor mahu dia hancur sendiri..mama & hb menangis sama2 merayu doktor mengeluarkannya melalui pembedahan..tapi doktor enggan..mama akhirnya kepusat bersalin swasta & baby yg meninggal dpt dikeluarkan..akhirnya mama terkena demam panas & keracunan kerana baby dah meninggal dlm kandungan selama 2 minggu..hu2x..spt lya..semua nurse & doktor sudah mengenali mama kerana kerap keluar masuk ward..mama juga bersyukur punya suami yg sama2 menangis dan ketawa bersama mama..dia juga yg menyuapkan makanan utk mama ..bila mama tak lalu makan dia akan menangis sama..dan anak mama juga membesar & pandai bergantung kpd diri sendiri..bila mama sakit..hu2x..waktu itu mama disahkan RA..skrg ni disahkan overlap SLE & dia dah merosakan byk bahagian tubuh mama..mama berkahwin dlm usia 20 thn & umur hb pula 31 tahun..syukur kita masih diberi kesempatan olh Allah utk melihat matahari terbit & tenggelam..juga mama masih sempat melihat anak mama berkahwin baru2 ini..
maaf terpanjang pulak cerita mama..syukur walaupun penyakit on-off tapi mama masih kuat semangat utk meneruskan kehidupan..tapi kadang2 mama malu bila org kata mama dah obes..hakikatnya hanya muka mama yg bengkak..kerana ubat2 penahan sakit..spt steroid..hu2x..

thanks lya..selalu melawat mama..maaf baru arini mama dpt kesini..haritu down 2 minggu sebelum majlis ank & selepas majlis pun mama down..apapun mama sering berlakon dihadapan ibubapa mama..diaorg tak berapa tahu apa sakit mama sebenarnya..mama tak mahu mereka sedih..

Aine Ainun said...

dari awal lagi, saya tak pernah jemu baca kisah lia...

walopun kita tidak mengalaminya, tapi, pengalaman hidup org lain memberikan kita pengajaran yang sangat bermakna dalam hidup..juga memberikan kita kekuatan saat kita "lemah"..

semoga Lia terus tabah n kuat ya...

kasihredha said...

Semoga bahagia hingga akhir hayat...comeyy je gambar lama tu

izan mama mia said...

Assalamualaikum lya...tq sudi sertai...
kami suami isteri baca kisah lya nie...sungguh tersentuh...tabah sungguh lya...Allah maha kaya ditemukan dgn insan yg btl2 cintakan lya....syukurlah....
moga mahligai yg terbina kukuh itu akan kekal hingga syurga....amin

CtAyue said...

bergenang air mata ayu baca entri lya ni. betul kata lya, memang lya sgt bertuah punya insan-insan yang hebat di sisi lya, punya seorang suami yang sgt baik dan asya yang comel.ayu doakan semoga kehidupan lya sekeluarga sentiasa bahagia dan lya sentiasa sihat selalu.

ainnoraini said...

Bersyukur lia punyai suami yg baik dan bertangungjawab..sayang sangat2 pada lia dan asya...

Berkahwin tak semestibtak bahagiakan...yg penting ada sikap tolak ansur dan saling hormat menghormati..

sueshe said...

ya allah..xtaula andai kata sy di tmpat lya mungkin sy xsekuat lya....xdpt bygkn spjg lya peknen lya koma...maha besar Allah yang mencipta semuanya..,slm perkenalan dr sy :)...smoga kisah idup lya jd teladan pd sy n kwn2

..::..aRe-Na..::.. said...

salam lya,kusyuk sguh baca kisah lya..alhamdulillah,disebalik dugaan demi dugaan yg lya lalui...Allah berikan lya seorang insan yg mnyayangi lya sepenuh hati...ana tabik lah pd suami lya..sanggup susah senang,suka duka..sentiasa ada temani lya...mungkin ini hikmah disebalik ketabahan lya,Allah kurniakan lya dgn insan2 yang mampu mbuatkan lya bahagia dan mampu tsenyum kembali..ana doakn smg lya kekal bahagia hingga ke akhir hayat bsama suami & asya yg chomeii...aminn:-)

Lynn said...

Sedih...sebak..terharu dan sedih...pagi2 lagi airmata dah tumpah...syukur lya dapat seseorang yang ikhlas syangkan lya..semoga kalian kekal selamanya..bahagia hingga ke syurga...amin...

ct rahani said...

terharu baca kisah lya nih.. semoga bahagia milik lya & fain selamanya.. amin..

Neeza.Areef said...

sedih baca kisah LYA..byk dugaan LYA..sbb baru mengenali baca cte ni skit sbyk bleh mengenali..wpn kawen muda x pe asalkan masing2 tau tggjwb..dpt anak comel..

mummY daniSha said...

lya beruntung dapat suami sebaik dia...at least lya tahu,bile sakit dia tetap setia di sisi....mcm sy,balhamdulillah dikurniakan kesihatan yg baik,walau ada semput..selalu jugak tanya abg,kalau sy sakit..abg jaga x?hehehehe....

Huda said...

sedih la baca kisah lya..lya sungguh bertuah dikurniakan FAIN dalam hidup lya..Kita doakan lya dan suami terus kekal bahagia ke akhir hayat bersama anak tercinta..amin.

iizza said...

lya seorang yg bertuah sangat dapat teman hidup yg begitu..sentiasa ada di sisi lya walau dalam keadaan bagaimana sekalipn..

x tahu la sy rasa sayu jer baca kisah lya ni..pada sy x semua lelaki boleh jadi sebaik teman hidup lya itu..alangkah bertuahnya lya kerana terpilih memiliki dia..

Puan Kutu said...

sebak dan terharu dengan pengorbanan seorang suami.lya mmemang bertuah punya seorang suami seperti fain.hargai fain setulusnya kerana beliau memang lelaki sejati yang menyinarkan hidup lya dan asya..:)

fieda said...

lya sememangnya insan yg bertuah kerana memiliki suami sebaik FAIN..alhamdulillah..moga2 kalian akan berbahgia hingga akhir hayat..

el said...

tacing sggh stori lya ni
bertuahh betul lya
hopefully bahagia smpi ke syurga ye

xleh lupa masa fain 1st time jumpa lya smpi terketar2 n tumpah air tu...mayb dia ada rasa gegaran cinta kot...hehehe

Melati Qistyna's Mummy said...

Dia maha mengetahui, pergi yg lama, dtg yg terbaik dlm hidup lya.... Mmg sedih akak bc, brtuah punya dia sebaik itu, Mg Kekal selamanya dear, tumpang happy 4u....

So Shy Lady (SSL) said...

mnitik air mata akk bc kisah lya. bahagiaknlah dia krn dia anugerah Allah yg istimewa buat lya

anisalya said...

kuasa Allah kan? lya bertuah dapat org yg sanggup jaga dan menerima diri lya walaupun tahu keadaannya nanti macam mana. bersyukur atas kurniaanNYA kan?

Masya said...

good luck lya.. tekun saya baca dr mule sampailah kesudah... betapa betuahnya lya.. semoga ikatan yg suci ini kekal hingga kesyurga... ape jua yg berlaku ade hikmat.. ditglkan oleh insan yg kt syg.. dan menerima org yg boleh terima diri kt seadanya adelah yg terbaik dr allah...

Che Rosliza Che mat said...

Terharu dan tersentuh membaca Mengimbau kenangan Saat Sah Jadi miliknya....lya sememangnya insan yg bertuah kerana memiliki suami sebaik FAIN.....Semoga Lya terus bahagia hingga ke syurga....

permata biru said...

terharuhnya membaca kisah akak..semoga akak tabah dalam menjalani kehidupan seharia..bertuahnya akka punya en. suami sebaik itu..semoga kekal bahagia berpanjangan..
salam perkenalan dari segmen yang sama

Hani Mardhiah Fashion said...

tersentuh membaca tulisan awk ni...bkn snng nk jupe lelaki yg bnr berkorban utk kita..so hargai lah dia..:)

~ KaiSara AiMan PunYe BloG ~ said...

bertuah dpt suami camtu..semoga bahagia selalu..dila dr segmen sama..follow sni:)

Myra Jay said...

Lya-berat sungguh dugaan yang Lya lalui, hampir menitik air mata baca cerita Lya..

Dan Fain memang lelaki hebat-Berbanggalah Lya kerana dapat memiliki seorang lelaki yang mulus seperti Fain.

Semoga jodoh Lya dan Fain berkekalan sehingga hujung nyawa dan semoga Lya terus cekal dan tabah dengan dugaan ini..

Myra pun bangga dengan Lya-sebab Lya mampu tersenyum sehingga kini..
Kuatlah wahai SAHABAT.

9n0L4 said...

dtg BW dan follow sini dari segmen yg same. 1394. moge bahagia selalu. ;)

http://farizafairuz.blogspot.com/2012/05/segmen-imbau-kenangan-saat-sah-jadi.html

wantie said...

dari segmen yang sama

http://lovingwantie.blogspot.com/2012/05/imbau-kenangan-saat-sah-jadi-miliknya.html