Sunday, June 24, 2012

Curangkah Pasangan Anda?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Bertemu kembali.. saya xde idea nak share arini. Tengok banyak entri-entri lama yang still tak di-publish. Dan yang ni pon salah satu entri yang dah lama tersimpan dalam draf. Curangkah pasangan anda?? Jadi kalau nak tahu, kita baca je artikel kat bawah ni. Curang ni boleh merujuk kepada si suami, si isteri, si kekasih , si tunang dan macam-macam lagi yang melibatkan hubungan percintaan. Jadi..kali ni saya just nak share apa yang saya temui ni.. Apa-apa pon, moga dijauhkan daripada kita untuk menjadi seorang yang CURANG pada pasangan kita.

Berubah sikap menjadi panas baran
Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda. Berjaga-jaga dengan perubahannya ini kerana dia sebenarnya sudah benci melihat anda.

Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk
Pasangan yang curang juga boleh dikesani apabila dia menjadi orang yang paling sibuk. Mungkin dia tidak ada masa untuk bertemu dengan anda dan hanya menggunakan pesanan ringkas sahaja. Kesibukan ini sebenarnya adalah kerana dia sedang enak melayani kehendak kekasih barunya. Tiba-tiba masanya banyak dihabiskan untuk kawan-kawan & kerja. Pelik kan?

Bercakap secara sembunyi
Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi-sembunyi dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian. Selain itu, bagi menggelak daripada dikesan mereka akan "silent" kan nada dering & mesej masuk. Kan kantoi !

Mengubah gaya penampilan
Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah penampilan menjadi lebih muda dan segak. Perubahan ini disebabkan oleh kekasih hati yang mungkin lebih muda berbanding usianya. Jika anda menegurnya, dia tidak akan ambil peduli kerana sedang asyik memadu asmara. Tiba-tiba sanggup berhabis duit untuk bergaya. Contohnya, kerana nak bergaya keperluan wajib seperti bayar duit pinjaman, sewa rumah, ansuran kereta dll  terabai kerana berhabis duit untuk berfesyen atau untuk si kekasih hati.

Banyak Menghabiskan Masa Di Pejabat
Orang yang curang biasa berubah sikap apabila tiba-tiba keluar pejabat awal pagi dan pulang ke rumah lewat petang. Sedangkan sebelum ni, mereka tidak pernah seperti ini. Alasannya kerja..kerja..kerja.. Kenapa baru sekarang?

Lebih utamakan sahabat
Bagi yang berkahwin/berkasih..jika selama ini si dia sentiasa utamakan keluarga dan anda. Tapi tiba-tiba berubah untuk utamakan sahabat dia. Contoh, selamanya ini si dia tidak pernah berminat untuk sertai apa-apa majlis atau aktiviti yang dianjurkan. Contohnya, aktiviti BBQ, tapi tiba-tiba sidia bersungguh untuk sertainya sedangkan si dia bukan jenis yang suka makan BBQ. Pelik kan? Atau contohnya, selama ni si dia tidak berminat untuk ke mana-mana kenduri kahwin, tetapi tiba-tiba beria-ia untuk pergi tanpa mengajak anda.

Berkira
Apabila si dia mula berkira dengan anda. Contohnya, apabila keluar bersama si dia berkira meminta duit minyak kereta dan duit untuk makanan. Tapi bila untuk "sahabat"nya si dia sanggup keluarkan duit. Sahabat ke?

Naluri anda
Percayalah kepada naluri anda. Hati anda akan mengiyakan sekiranya kekasih anda itu curang walaupun logik akal anda cuba menafikannya. Jangan terlampau lurus dan bertanggapan kekasih anda TIDAK akan curang. Jika si dia sudah mempunyai salah satu tanda-tanda di atas, anda juga sudah dapat meneka bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan anda.Maka, buatlah sesuatu.

~~ ekceli banyak lagi... tapi letih nak menaip, sebab xleh nak copy+paste la artikel tu.. Kalo nak baca klik ajer kat zon cinta. Hanya sekadar perkongsian sahaja~~


Sekian.... 
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

31 comments:

Gieyana said...

Yg penting dlm sesebuah phubungan tue adalah kepercayaan kan..
Minta djauhi agar psgn kita tergolongan dlm ciri2 diatas..

#sy slalu blik keja lmbat..tp bkn krn curang..busy! Ekekekek...:Y

♥MAMASYAZA♥ said...

yup betul, yg penting kena saling percaya, saling jujur, barulah perhubungan tu sentiasa didalam rahmat dan lindungan allah

kak tini (umialya) said...

kdg2 ia berlaku diluar jangkaan

Wanieys said...

kepercayaan tu penting dlm sebuah hubngan...apa yg lya kongsikan kat sini mmg sgt baik...wani minta simpag la perkara mcm ni :)

~Sweet Honesty~ said...

yea..percaya pada naluri..

Misya Mialen said...

Misalan yg plg dkt,kt blh tgk dlm drama.atau x perlu ke mana2,lht pd kehidupan yg kt ada.sbb tula,selagi trmampi,kt kena bt trbaik utk psgn kt trutamanya yv dah kawen.klu blum kawen,bt brpada2.;) mudah2an kta dijauhkn dr ujian seperti ini.amin;)

ieda said...

hurmm minta dijauhkan ..
kalau masalah macam nie terjadi payah sebenarnya .. huhuh

Nyue said...

nice entry nie.....sama-sama kita renungkan :)

Si Matatajam said...

Kalau tak dak idea jom join GA... M tag Lya dlm GA ohsemm....

Umie Naziera said...

pnduan sy untk masa depn..muchas gracia ;)

9n0L4 said...

tanye hati dan iman. mintak jauhlah sume ni. ;)

Deq's Qienz said...

mintaq dijauhkan la kite yerr..

delarocha said...

kena pandai jaga perhubungan

Rosidah Binti Muhamad said...

Yup..sedang menyaksikan kecurangan sesorg..tp bebaik baik dgn tunang dan kekasih nya..huhahaha.
Nak tgu dan lihat mcm msna hubungan dorg..

Chic Na said...

err mmg boleh perasan bila pasangan kita curang. nice info. boleh wat panduan. ;)

Miss BaNu said...

yer mintak dijauhkan..moga kesetiaan tetap kukuh...

kasihredha said...

nauzubillah..

Cik Nur said...

betul..byk lagi yg boleh kita tahu kalau pasangan itu curang atau tidak..

yg di ats semua ni, mmg betul... dan kalau betul tjadi, kena kajilah kenapa kan..

Che Rosliza Che mat said...

yup betul, yg penting kena saling percaya dan jujur..Lagi satu jangan suka mengongkong...dan mencabar ego...

Masha Meisters said...

kalau betul xsuka terus terang tu lebih baik...

mintak2 xdan la cmni...huhu

dyabunga said...

harp2 xjumpa pasangn yg curg ni..

♥ Cmª shIemª ♥ said...

insyallah..setia..

ainnoraini said...

Tak mo la mcm tuu...
Mintak jauhkan...dari kita semua benda x elok tu kannn

cendol said...

mintak dijauhkan dari curang mencurang ni..oh! knape cendol ni sibuk hal org dewase!! oh oh ! haha
Cendol sakit hati tengok gambar tu haha

MamaEma said...

minta dijauhkan dengan perkara begini...

Yana Libra said...

senang kot nak detect kan? huhu~

mintak jauhla~

mama aini said...

ehem..semuga dpt dijadikan panduan utk mengesan kecurangan pasangan ..he2x..

anisalya said...

semoga kita diberi pasangan yang tiadak akan berlaku curang sama sekali kan. amin.

wan nurul hezrina said...

mintak dijauhkanlah..tak sanggup bersedih

iizza said...

emm..ada ubat ker bagi pasangan yg curang ni..rasa ada baik lepaskan ajer..agar tidak merana diri kan..

Solehah Shamsuddin said...

harap2 pasangan solehah xcurang dgn solehah dan dijauhkan segala kecurangan tu.insya-Allah