Thursday, July 5, 2012

BRAND'S InnerShine Pati Prun

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Siapa pernah mencuba produk Brand's Innershine?? Saya memang suka dengan produk ni. Kalau sebelum ni, saya mencuba Innershine Pati Beri.. Kali ni saya cuba Innershine Pari Prune. Antara ke-2nyer..saya lebih suka rasa Pati Beri. Memang banyak khasiat Brand's Innershine dari segi kesihatan & kecantikan. Kalo masa saya guna Innershine Pati Beri, memang Fain segar mata& wajah saya nampak berseri & bercahaya. Pati Beri lebih kepada untuk kesihatan mata, manakala pati prune lak lebih kepada keserian/kesihatan kulit wajah.

Dengan semua kebaikan buah prun yang mengandungi kandungan zat semula jadi dan rasa yang amat lazat - InnerShine Pati Prun sememangnya teman sejati untuk keperluan setiap wanita. Ia mengandungi rumusan bahan-bahan untuk kecantikan dan mengurangkan toksin untuk menyerlahkan seri wajah wanita. Kaya dengan serat, antioksida, Vitamin C dan nutrien-nutrien lain, ianya manis secara semulajadi dengan kandungan buah prun.


Rasa sihat – khusus untuk tubuh anda
Anda sentiasa boleh menikmati kehidupan yang sihat dan lalui setiap detik dengan penuh keyakinan. Namun, pastikan anda menjaga tubuh badan dengan lebih baik terlebih dahulu. Pencemaran, tekanan, makanan dan minuman adalah antara faktor yang boleh meningkatkan bahan toksin dalam badan anda. Ini menjejaskan kesihatan yang mengakibatkan wajah nampak tidak cantik dan berseri. Tetapi, kini dengan InnerShine Pati Prun, ucapkan selamat tinggal kepada kulit muka yang suram, pucat dan tidak bermaya. Sebaliknya, alu-alukan kemunculan kulit wajah yang jelita serta berseri-seri

Cara ia berfungsi

Tinggi dengan seratMembantu anda mengekalkan sistem penghadaman yang sihat dan melancarkan proses pencernaan.

Inulin dan OligofruktosaKedua-dua prebiotik yang sangat efektif ini dapat membantu melancarkan sistem pencernaan dengan meningkatkan populasi bakteria baik di dalam usus dan memastikan sistem penghadaman yang lebih sihat.

Vitamin CMembantu menghasilkan semula kolagen untuk memulihkan ketegangan kulit dan mengekalkan keremajaan wajah.

Zat BesiMembantu peredaran darah yang baik dengan mengangkut lebih banyak oksigen ke sel-sel badan.
AntioksidaKandungan Antioksida yang dua kali lebih banyak dari buah-buahan lain, buah prun dapat melindungi sel-sel di dalam badan daripada kerosakan akibat bahan radikal bebas. Antioksida juga dapat membantu melambatkan proses penuaan supaya anda sentiasa kelihatan muda remaja dan sihat.InnerShine pati Prun ideal untuk semua

Apa jua usia anda, masih tidak terlalu lambat atau terlalu awal untuk mengoptimumkan kesejahteraan tubuh badan anda. Ini adalah masa yang terbaik untuk anda lakukannya. Kepada mereka yang sentiasa prihatin terhadap kesihatan dan kecantikan, InnerShine Pati Prun akan membuat anda kagum.

Beginilah caranya.

Ia adalah minuman pati buah-buahan semula jadi yang sedia diminum. Khasiat pemakanan dalam bentuk cecair dapat diserap dengan cepat dan kekal di dalam badan dengan lebih baik.Ia 1.5 kali lebih pekat daripada jus prun biasa, dan rasa “manisnya” adalah daripada pati buah prun yang segar tanpa tambahan gula, perisa atau bahan pengawet.

InnerShine Pati Prun mengandungi kelazatan dan kebaikan semula jadi pati buah prun.Ia dihasilkan daripada buah prun California – di mana asalnya buah prun yang paling bermutu di dunia. Ia ditanam dan dipetik dalam persekitaran yang bersih.Tampak berseri dengan penuh keyakinan hari ini! 

Mulakan pengambilan InnerShine Pati Prun terutamanya di waktu malam dan rasakan perbezaannya serta-merta. Dapatkan satu pek InnerShine dengan segera dan anda akan menuju ke arah kulit wajah yang berseri-seri, tampak lebih yakin dan sihat.

Maklumat diperolehi daripada web Brand's Innershine


~ Maka Dengan Ini Penyertaan " Siapa Nak Celak Arab D'Herbs" ditutup. Tunggu saya umumkan mereka yang bertuah itu. Keadaan saya sekarang, masih belum sembuh.. still ada "flu".. Memang tak tahan & terima kasih diucapkan pada yang mendoakan kesihatan saya. ~

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

70 comments:

Deqla manjew said...

wahhh... inner shine la dulu.. bak kata maya karin..bukan maya karan yew (cik sweety)... hikhik...deqla x pernah lgsg try produk ni..tp mmg tahu khasiatnya...ehh dah tahu tp xnk cuba kan! ish apa la deqla ni..mahal sgt kot..x mmpu..hihihi...

Adylia Qarissa said...

dkna tak pernah cuba..huhuu..sedap ey??

Che Rosliza Che mat said...

CR belum pernah rasa lagi...mahal benda nie nak beli hihihihu

inazamri said...

tingin pulak akak nak beli bila kata sedap dan bagus khasiatnya.Tapi nk cuba yg perisa beri dulu utk mata akak n asben yg mula kabur2 ni.

lieyalatif said...

wah..baik punye promote laaah lya nie...bagus2...leh jadi duta ganti maya karin ni heheheehe....

Ujie said...

dah mcm duta innershine lah! ^__^

*moga cpt sembuh!

eima said...

la aku tak prasan pun contest ko tu .. tau2 dah tutup...huhu


tak pe la xde rezeki ...

tp innershine ni mahai sgt tak mampu rasanye nk beli ..klu takat beli sekali je boleh la klu hari2 mau minum kopak

Misya Mialen said...

Sy dah tey beri n prun.sy lbh suka prun.hihi.mmg best minum.mata nmpk sihat je.;)

Kakzakie said...

Dua tahun lepas selepas buat minor operation kakak ada ambil selama 6 bulan tak silap tapi lepas tu kakak dah berhenti dan kakak ambil produk healin - gamogen sampai sekarang.

Bionic women said...

dulu makan jugak...sekarang ni x dah..agak manis jugak tu yg malas makan tu, lepas makan ni mesti nak cari air kosong..
tapi khasiatnya memang ler banyak..
kalau time sembelit, minum ni insyallah membantu

♥MAMASYAZA♥ said...

teringin nak minum. cam kena beli aje lepas ni. moga lya cepat sembuh

Allene said...

Lin suke prun... Dia masam2 gitu...

ieda said...

x pernah cuba layie ..
hurmm menarik ;)

syawalsimpsons said...

sue penah try sekali...tp innershine ni kena amalkan kan...baru nampak hasil kan...

Kesuma Angsana said...

memang bagus amik ni utk kesihatan dalaman... n take care yek!

Zie said...

semoga lya kembali sembuh yer...

KhaiRin : anies said...

lya, cm ne ya rs nyer? terlalu manis or mmg rs manis2 buah?

♥ Cmª shIemª ♥ said...

pengguna tegar brands lya ni..
cma klu buah prun mkn la..tp klu jenis air @ liquid ni ssh sikit..ari ade try..manisnye... :'(

semoga cepat sembuh ye lya

are_lin@yu said...

macam sedap aja..teringin pulak nak cuba ;-)..cepat2 sembuh ya dear ;-)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

pernah minum sekali kot
sini x der juai la

Lya Colours said...

dulu saya amalkan minum ni
lepas tu gatai la feeling maya karin. haha
skrg dah malas. huhu

maszmadi said...

teringin nak beli tapi mcm belum mampu jerk..

moga lya cepat sembuh yer...

Nyue said...

nyue xpernah minum...kwn yg minum ckp sedap..nyue takut nyue xbleh telan...huhhuhuhu

nice entry akak ni...tergoda nyue nak cuba jgk

Nyue said...

nyue xpernah minum...kwn yg minum ckp sedap..nyue takut nyue xbleh telan...huhhuhuhu

nice entry akak ni...tergoda nyue nak cuba jgk

ct rahani said...

x penah try lagik.. macam menarik jugak utk dicuba ni lya.. take care yer.. :)

aanie said...

sy penah mkn masa pantang....ok la...tp x mampu nak amalkan hari2 sb agak mahal...

m.u.l.a.n said...

saya pon amik jgk kadang2... sedap sbb rasa buah tu jgk kan..

Wanieys said...

xpenah beli tgk iklan jer....banyak manfaat juga yer..nanti boleh try..nk beli yg utk mata la sbb mata wani rasa cm kelabu jer hihihi

Cik Nur said...

belum pernah cuba lagi ni...!
bila baca ni terasa ingin mencuba lagi..dan nur rasa berkenan dengan pati beri tu.. sebab untuk mata..!

masih flu ye, bykkan minum air masak dan mkn buah oren..tggi vitamin c.. :)

Neeza.Areef said...

dulu pnah la minum pstu lama dah tinggalkan..

Afasz said...

eh tak sempat join celak tu...

inner shine ni dulu sy slalu beli n minum tp skrang dah tk minum :D

minum jus delima :)

Masya said...

pernah minum memang sedapp.. tg untuk mata pun pernah cuba.. memang sedapp.. cuma mahal jer... tu jrg beli... ;p

Solehah Shamsuddin said...

dlu solehah ske minum innershine ni.tp last2 solehah jd risau dgn kndungan gula tu.jd solehah pn dh stop minum innershine ni

! ❀ ainie sempoy ❀ ! said...

tak sabar nak tahu sape pemenang bertuah tu..

9n0L4 said...

pernah jugak minum skali. tapiiiiiiii, huhu.

Kunang-Kunang said...

Prune bagus untuk orang yang kerap sembelit.

cendol said...

tak penah cube lagi innershine..teringin plak rasenye..nak mata cerah jugak!!

izla said...

tak pernah cuba pati inner shine ni.
apa rasanya, manis x?

Qhaifa Nur said...

kalau minum secantik maya karin...
teringin nak minum...

Rosidah Binti Muhamad said...

Wah!! lya minum ea, patut ar berseri2 wajah tu..
Tahniah kepada bakal pemenang yer..huhuhu sedih tak sempat join sb note wat hal..

mama_umar_maryam said...

penah try 1 botol je ..xigt prun atau beri..org kasik rase,..

Citarasa Rinduan said...

terima kasih berkongsi info ttg pati brands nie..

awal dulu ayu beli u mata, tapi yang nie ayu tak cuba lagi

PS:ayu doakan, agar cepat pulih seperti sedia kala ya...

norhidana said...

banyak gk kebaikan dia ek... ni yg bt akak nk try nih dik

izz iizza said...

patut lya nampak berseri-seri jer..minum ni rupanya..:)

AdaM Hawa said...

nak mencuba dari dulu.. sampai sekarang tak mencuba-cuba.. hehehe

lelamaisara said...

oh tak pernah try lagi la lYa...

wan nurul hezrina said...

rasa nyer sedap ek?bleh try nie

Chic Na said...

kawan pun cakap innershine ni best. tambah tenaga jgk, badan jadi cergas. :)

fiza said...

Sedap ker? Tak pernah try pon.

Yana Libra said...

pati beri tu mmg sedap..tp kalau nak beli selalu mmg fikir banyak kali la..huhu~

~Sweet Honesty~ said...

sweety mmg amalkan pati prune ne..mmg tmpak agr lebih berkeyakinan n segar..(^_^)

el said...

seronok tgk lya mcm2 mkn untuk kesihatan diri
tp el pemalas..apa pun x..hahahaha

mamalieyna said...

belum pernah try kedua2nya...tp bila baca khasiat best eh..herm..bleh cuba..suram je muka ni..hukhuk..

(Lizz) http://www.mummycute.com/ said...

Inner shine tak pernah cuba lagi...saya ni susah sikit bab2 makan gini...selalu skip & tambah2 dalam bentuk cecair gitu lagila ssh...

Dieyna said...

nak test gak tapi takut tak terminum je huhu jaga kesihatan leklok yer

Nens Collection said...

huhu..xdan nk ber innershine lagik..tp one day nk try jgak!
banyak khasiat die tu..;)

eMMe said...

rerajin makan ubat Lya, cepat baik n cepat leh umumkan pemenang bertuah, hope ada rezeki anak anak....heeee~

take care Lya!

mama aini said...

assalam lya..mama pernah mencuba innershine ni..skrg tak minum lagi sbb skrg mama makan jus manggis (xango)..semuga lya cepat sembuh !!!..org berpenyakit spt kita ni kata doktor akan memakan masa yg panjang utk sembuh..antibodi sudah tidak kuat lagi..hu2x..

Aine Ainun said...

saya penah minum 2kotak, masa produk ni tgah femes dulu.. itupon masa dara dulu..sekarang tak penah beli langsung...


sedap...
kesannya x pasti..
sebab saya mnum x konsisten..hehe

fieda said...

kak fieda minum produk ni...dulu pun minum yg beri tp dah berumur ni ambik prune plk..mmg beri lagi sedap..tapi kak fieda tak minum ari2..selang2 jer minum..

Si Matatajam said...

M pun tak pernah try lagi.. Hope cpt sembuh ye...

Ibuhani said...

smoga cpt sembuh ye.....x pernh cuba innershine!

Misz Mieza said...

Ada gak minum dulu.. Skang semenjak dah tak bekerja, dah benti.. Kurangkan kos.. Huhu..

~aSHa~ said...

pernah cuba..tapi sekali tgk halal nye dari thailand

CtAyue said...

tak pernah cuba pun lagik..

MamaEma said...

tak pernah cuba...takut tak tertelan airnya..

Moli said...

Baru beli.Wanita semua nk cantik menarik.Kesihatan luar dlm kena jaga utk yg tersayang

Moli said...

Baru beli.Rasa tk sabar nk lihat hasilnya.Kulit kusam.Mata pun cepat letih.

Moli said...

Baru beli tk sabar nk cuba

Moli said...

Baru beli.Wanita semua nk cantik menarik.Kesihatan luar dlm kena jaga utk yg tersayang

Buat Follower, Jangan Lupa Tinggal LINK kat kotak KOMEN entri terlatest ye.