Wednesday, August 15, 2012

Segmen: Kenangan Ramadhanku…

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Salam 26 Ramadhan. Hari ni saya nak share kenangan Ramadhan saya melalui segmen yang dianjurkan oleh kak Dayana.. Kalau ditanya tentang kenangan Ramadhan saya... memang saya x ada satu pon kenangan manis.. Tapi insyallah.. Ramadhan tahun ini akan menjadi permulaan kenangan yang manis dalam kehidupan saya.. Insyallah.. semoga tuhan perkenankan doa saya. Syukur, setelah hampir berbelas tahun saya tidak pernah menikmati bulan Ramadhan dengan sebaiknya & x mampu berpuasa penuh kerana faktor kesihatan. Mungkin kenangan masa kecil2 dulu ada yang manisnya, tapi sayangnyer..memori saya untuk perkara yang lepas banyak hilang. Yang tinggal hanya memori kesedihan ;(.

 Buat pertama kalinya dalam hidup, 2012 benar-benar merbah kehidupan saya.. segala usaha & doa mula dimakbulkan Allah swt. Dalam sejarah, tahun ni saya x de kena warded+masuk icu & bergantung penuh pada mesin bantuan hayat untuk hidup. Last masuk ICU November 2011 & bergantung penuh pada mesin bantuan hayat. Selepas keluar dari ICU tu, saya berusaha berubat cara alternatif & selepas menjalani pembedahan batin, memang keluar banyak darah dari mulut & bermula saat tu, keadaan saya makin pulih. Namun.. dengan nikmat yang saya perolehi hari ini bukan bermakna saya harus melupakan terus penyakit saya.. Kerana mengikut perubatan moden, saya perlu makan ubat seumur hidup utk teruskan kehidupan ini. Tapi x kisahla.. asalkan saya merasai kehidupan saya berkali ganda lebih baik daripada sebelumnya.. Aduyaiii,,,panjangnyer intro, dah termelalut lak..sori..sori...

KENANGAN RAMADHANKU

Ini adakah kenangan Ramadhan tahun 2010 kalo x silap. Saya mempunyai masalah kesihatan yang kronik, jadi bulan puasa adalah bulan yang amat mencabar buat saya. Apabila saya tinggal ubat yang saya makan, macam-mocam boleh jadi. Saya memang tak ingat apa yang jadi sebelum tu... cuma apa yang saya ingat, bila sedar saya dalam bilik ICU. Dalam mulut & hidung penuh wayar. Dalam hidung wayar makanan & dalam mulut wayar inkubator (mesin bantuan pernafasan hayat). Sebaik saje sedar, tangan saya terikat pada katil. Hanya air mata yang mampu mengalir... Menahan kesakitan setiap kali belon inkubator mengepam dalam dada ni. Sungguh menyakitkan... Kesakitan yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Setiap tahun, bila tiba bulan Ramadhan, semestinya saya akan berumah di hospital. Dan, tahun 2012..saya mampu menikmatinya..menghabiskan masa bersama suami & anak tersayang serta keluarga yang terlalu banyak menyokong selama ni. Kalo tidak.. tahun-tahun sebelum ni, x berpeluang saya nak rasai pengalaman yang saya rasi tahun ni. Gambar diatas tu adalah gambar dalam wad, selepas keluar dari ICU, dah boleh buang alat bantuan hayat. Tapi still bergantung pada oksigen. Dan, oleh kerana terlalu kerap masuk hospital & icu..semua saluran urat saya dah hancur kesan jarum drip. Sekarang urat kat tangan & kaki memang dah xleh pakai, sebab dah hancur.. Kemudian beralih ke bahagian leher.. Tapi, sekarang pon dah xleh pakai. Jadi optionnya, adalah kat celah kankang & ari-ari..(Jangan terkejut..sebab ini realitinya).. Kalo drip bahagian peha jarun akan ditanam dalam & dijahit. Memang menyiksakan.. Tapi inilah kehidupan yang saya harus  tempuhi. Ramai kawan-kawan yang baru mengenali saya.... bila tengok keadaan saya masa sihat mereka tidak percaya disebaliknya saya mengidap penyakit yang serius.. Dan bila mereka melihat saya dalam keadaan sakit, mereka tidak percaya bila melihat keceriaan saya. 

Percayalah...walauapaun berlaku & menimpa kita.. Kita tetap harus kuat meneruskan kehidupan. Atas pengalaman ni, dengan nikmat yang Allah Swt pinjamkan pada saya pada tahun ni, saya menikmati sebaiknya bersama insan tersayang. Memang saya sihat mendadak tahun ni, tapi..disebalik hati kecil saya berkata... ini semua pinjaman..pasti ada ujian terbesar selepas ini. Semuanya aturan dari_Nya. Yang mampu..hanya memohon agar dikekalkan kesihatan ini hingga ke akhirnya. Tapi..satu perkara yang saya sentiasa ingat.. bila saya sihat... tapi saya harus bersedia dengan kemungkinan yang datang. Mungkin tuhan berikan peluang untuk saya nikmati hari ini sebelum dijemput oleh-Nya. 

Dah lama saya x share tentang masalah kesihatan saya kat sini.. Sebenarnya, saya saje sebab saya nak blog saya ni penuh dengan entri yang ceria2 untuk tatapan semua.. Cukuplah tahun-tahun sudah..penuh dengan cerita sakit & sedih.. Nak rasai kegembiraan lak selagi diberi nikmat olehNya. Kesimpulannya... kenangan Ramadhanku bagi tahun-tahun sudah banyak dihabiskan di hospital.. mengenangkan nasib diri, bersedih, dan penuh kesuraman.. Insyallah 2012 akan menjadi permulaan kenangan terindah kerana dapat sempurnakan Ramadhan dengan sebaiknya.. Dapat menikmati apa yang orang lain nikmati & dapat merasai satu kegembiraan yang saya sendiri dah lupa macamana rasanya gembira itu selepas saban tahun penuh dalam tekanan , kesakitan & kesedihan

Ramadhan ini juga menjadi yang terindah buat si jantung hati Afrina... Sebab tahun ni dia x perlu berpisah dengan mama dia.. Tiap-tiap hari dapat ciuman dari mama dia. Dia xperlu menangis bila tengok ambulan ambik mama dia. Dia x perlu menangis lagi bila tengok mama dia sakit & x sedar diri. Semoga kawan-kawan semua dapat  mendoakan saya agar terus dikurniakan kesihatan yang baik.. Sebab..terlalu besar harapan saya untuk melihat asya membesar dengan berjaya & ingin merasai sepenuhnya nikmat menjadi seorang "mama" untuknya setelah bertarung nyawa & hampir kehilangannya untuk membawanya ke dunia.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

59 comments:

Zie said...

berat sungguh dugaan tuk lya dan asya... semoga tabah yer,, kembali ceria. moga nikmt ramadan kali ini dinikmati sepenuhnya..

Chic Na said...

moga tahun 2012 menjadi permulaan yg baru utk lya & terus diberi kesihatan yg berpanjangan. Ameen.

N.Aima K said...

alhamdulillah..

mudah-mudahan dipanjangkan umur dan murah rezeki dear...

ieda said...

gud luck dikk
kenangan ramadhan lya nie memang meruntun jiwa .. berdoalah agar berpeluang lagi bersama di ramadhan yg akan datang ..

ieedaz @ mama_isha said...

Moga lya sentiasa kuat dan diberikan kesihatan yg baik utk bersama ank dan suami...
Sedih baca kisah lya ni... sesungguhnya hanya org yg trrpilih saja melalui dugaan seberat tu.. sabar dan redha yer lya...

mummY daniSha said...

sedey kalau baca n3 lya paal kesihatan lya....lya memang kuat...sy doakan lya terus sihat dan berbahagia bersama family tercinta....sy harap lya teruskan berubat cara tradisional...atau perubatan cara islam..insyallah ada jalannya....

setiap hujan pasti ada pelangi kan...insyaallah berkat doa lya ,family n kekawan...pelangi tu akan berkekalan insyaallah

mamalieyna said...

Memang kenangan yg takkan luput dr ingatan... Moga impian lya akan menjadi nyata.Amin..

good luck lya~

Lynda Che Lah said...

Alhamdulillah..
Semoga Lya terus dikurniakan kesihatan yang baik dan mampu menjalani kehidupan yang bahagia..Xmo sedih2..Insya Allah, Allah ada rancangan indah untukmu :)

Nens Collection said...

huhu..bukan sume diuji & tabah mcm lia..see Allah sgt sygkan lia..sebak rasanyer..;)

gud luck lya cayang..

are_lin@yu said...

ada hikmah disebalik ujianNya kan dear..moga akan terus cepat sembuh...

SangRatoo said...

Alhamdulillah syukur..pasti tak tertanggung beban apa lagi bahu yang memikul..sekurang² Lya tabah menghadapi dugaan ini demi si comel Asya..Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin utk Lya sekeluarga.

-jue,ajib&aaron-

Neeza.Areef said...

mmg x sangka sebalik senyuman lya dan asya tu disebaliknya ada duka yg pernah ditanggung kan..

inazamri said...

sayu pula akak membacanya.Bila tengok wajah ceria tu mmg tak nampak menanggung kesakitan mcm tu sekali.apapun semoga tabah.Selamat menyambut lebaran dan maaf zahir & batin dari akak sekeluarga.

KakNi (CikNi Ahni) said...

Takut nyer saya bila orang cerita pasal sakit yang kronik nih... betul lah saya memang tak sangka Lya ni ada sakit teruk, syukur alhamdullilah sekarang dah sembuh, saya doa kan lya sembuh sepenuh nya.

Deqla manjew said...

seblm join GSF lg, deqla mmg tau kisah dan pengalaman hidup lya.. sedeh deqla baca..begitu besar pengorbanan lya utk suami dan ank..moga Allah sentiasa merahmati lya sekeluarga.. amin.

QasehnyaRania said...

lya seorang yg kuat dan tabah..mudah2an su akan setabah lya juga..amin...

lelamaisara said...

Sabar ye Lya...tu Dugaan...tapi Alhamdulillah sekarang dah okey kan...semoga Lya dan keluarga memperoleh keberkatan..:)

Deq's Qienz said...

ujian Allah beri setiap org berbeza kan..sabar yer lya..

btw, slamat bersegmen :))

Cendol said...

sadissnye..kesian Lya,kesian Asya...smoga Lya diberi kesihatan yg baik n kehidupan yg ceria bersama keluarga tercinta...

manja209 said...

sedih bile bc ade org lain lg seksa menanggung derita dr ixa...ade hikmah disebalik sume tu lya..semoga lya sihat sembuh,mudah2an dipanjangkn umo hendakNya...

Ummi Iman said...

Alhamdulillah. Semoga kesihatan Lya terus dalam keadaan baik dan pulih sepenuhnya.. Semoga Allah sentiasa memberikan yang terbaik buat Lya sekeluarga. Amin

Misz Mieza said...

Kami semua doakan agar Lya dikurniakan kesihatan yang baik2 je lepas ni.. InsyaAllah.. =)

wan nurul hezrina said...

alhamdulillah sekarang lya dapat merasai kenikmatan ramadhan bersama asya=)apa yang Allah bg itu ujian untuk hamba yang dia sayang..

lya=)peluk cium kat asya kay..nurul pun ucap selamat hari raya n maaf sepanjang kenal ada tersalah bahasa kay..

arinie last day kerja esok alik kelantan.makan jemlah jawabnya..

k ,salam lebaran buat lya sekeluarga.maaf zahir batin

Arina Shamsul said...

Saya betul2 sebak baca entri ni dear..saya terasa apa yang kamu alami..

Doaku semoga Allah mengurniakan kesihatan yang terbaik buat kamu dan keluarga.dan kebahagiaan senentiasa mengiringi kamu :)
Amin~

semoga kegembiraan dan kesihatan yang Allah pinjamkan tahun ini mrnjadi milik kamu hingga akhir hayat..

Take care :)

Kesuma Angsana said...

semoga terus tabah ye lya. KA doakan yg tebaik for u. Selamat hari raya mohon maaf andai ada salah silap sepjg kita berblogging ye

Fieza79 said...

kenagan yg tk mungkin hilang dri ingatan Lya kan...semua tu ujian dan rahmat utk menikmati kehidupan yg lg baik mcm skrg ni kan...semoga Lya terus sihat dn di panjang kan usia..mudahan aminn..

kisah Lya ni blh di buku kan tau..hurmm...

|| NaFiRaa || said...

Moga Lya terus sihat k~ dan menulis kenangan yang indah2 plak lepas nih..amin~

♥ ...mummy SHAKIRA...♥ said...

smoga Lya dan Asya diberi kesihatan yang baik dan sembuh sepenuhnya...di kesempatan ini juga...sy ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat Lya sekeluarga. :)

TiranaAduka said...

Assalamualaikum wbth...
semoga 2012 adalah tahun yang baik dan penuh bermakna buat lya...






Sakit itu Ada Hikmat sebenarnya

lieyalatif said...

comelnye asya.....cute....tahun ni mesti lagi cute beraye kan....

** selamat hari raye maaf zahir dan batin buat lya sekeluarga....semoga lebaran kali ini lebih bermakna dan diberkatiNYA....

Cik Nur said...

Amin... Nur doakan iya sentiasa dalam keadaan sihat sentiasa, sebak Nur baca..

lepas ni, iya kena jaga kesihatan ye..demi asya...

Gieyana said...

moga Lya sentiasa dirahmatiNya..comey Asya berbaju kurung..:-)

izz iizza said...

syukur lya...tahun ni lya mampu untuk menikmati kesihatan yg baik sebaik mungkin..

x sangkan kan..lepas buat pembedahan batin tu kesihatan lya semakin baik...lya buat kat mana ya pembedahan tu..mesti tempat tu ok kalau berubat..

rieda_ffya said...

doa2 akan terus mengiringi kehidupan Lya..So bermula 2012 ni, cipta kenangan sebanyak mungkin ye..n citer kt entri..sama2 kite brkongsi..

Wanieys said...

Berat dugaan untuk lya...Dalam keceriaan lya memang takkan sangka yang lya mmg menghidap sakit yg serius...semoga lya tabah dengan dugaan yang diberikan.tiap kali wani baca kisah penyakit lya rasa sebak jer sebab bila mengenangkan asya yg masih kecil naluri keibuan ni cpt tersentuh.semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati kehidupan lya sekeluarga dan terus memberikan kesihatan yang baik buat lya...Insyaallah....

Sari Yusa Ibrahim said...

Ya Allah, sungguh saya tak sangka. Semoga terus diberikan kekuatan oleh-Nya dalam menghadapi penyakit.

MamaEma said...

sungguh terharu dengan pengalaman ramadhan lya ini...muga kehidupan lya dan keluarga sentiasa sihat dan ceria...selamat hari raya untuk lya dan keluarga

AnneRaini said...

memang kagum dgn semangat lya..tak terbayang sakitnye kena tanam jarum tu..kite yang kena cucuk tgn pun dah mengaduh sakit..

maszmadi said...

rajin lya join sehmen yerk.. hehe

kagum ngan lya coz dapat bertahan sampai sekarang demi asya n fain... moga ramadhan ini membawa sinar baru n terus bersinar sampai bila2..... k

Che Rosliza Che mat said...

Selamat bersegmen lya...sedih pulak baca kisahnya..

man said...

sedih dgr cerita..apa2 tahniah kepada awk dan keluarga kerana sabar menghadapi semua ini..

siti norsarah Aminuddin said...

Lya...sarah doakan semoga Lya sihat selalu...jaga kesihatan baik2..demi Asya.

Mishter Izwän said...

yah. tak sangka sis ade penyakit, tgk macam tak de jerk. sedih je tgk pic tuh, tak sanggup nk tgk. untung sis ade encik hubby yg tabah :)

Hans said...

sedih baca
apa2pun saya yakin kamu sekeluarga boleh hadapi dugaan tersebut dgn baik

LiLy @ MumMyQiStInA said...

All the best Lya..
Moga Lya sentiasa diberikan kesihatan yang baik berpanjangan...

Cinta Misteri said...

Alhamdulillah Lya...

kadangkala kita lalai dgn ujian Allah, selalu fikir kita susah & penuh dugaan, sedangkan ada orang lain yang diduga lebih dari apa yang kita rasa. kamu beruntung kerana berjaya harungi dugaan tersebut.

(Lya...may i borrow u'r shoulder?)

Malam2 ni sebak pulak. CiM akan lebih positif, bila CiM susah, CiM kena fikir juga ada org yg lagi susah...muhasabah diri bila tengok kamu di suatu ketika dulu, Lya...

mama_umar_maryam said...

Allahuakbar..insaf saya kejap bc..lya..Dia duga lya & family sbb syg sgt2 pd hamba2Nya..alhamdulillah,kesihatan lya makin elok..family makin happy..

Masya said...

sebak kalau baca kisah lya...
semoga bergembira dihari raya ni ..

selamat hari raya maaf zahir batin

::NureeN:: said...

alhamdulillah, kesihatan lya makin baek, rawatan batin yg lya crita dlu nureen ada baca.. bagus la..

slamat hari raya lya
:)

Haryati Faizal said...

selamat bersegmen!

terbaca blog awk ms sy BW kat blog myra, sedih baca kisah awak, tp sy kagum dengan semangat yg awak ada... semangat tuk lawan penyakit...semoga terus sihat selalu hendaknya.

Allene said...

spechless T___T

LydSunshine said...

Lya, tak dapat bayangkan perasaan Asya bila Lya ceritakan dia menangis bila tgk Lya naik ambulan. Sebaknya rasa. dugaan untuk Asya walaupun dia masih kecil. Syukur lah tahun ni Lya dapat nikmati bulan ramadhan dengan penuh ceria.

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Alhamdulillah..
Lya seorg yg tabah..
cma doakan allah memperkenankan semua doa2 lya..amin..

kuatkn semngat ye..

salam lebaran buat lya sekeluarga..

*gud luck utk segmen ni*

Masha Meisters said...

besar sungguh dugaan buat kamu dear....semoga raya ini dan yang seterusnyer kamu diberi kesihatan yang baik ye....ksihan asya juga yang sama menanggung derita melihat kesakitan Lya....selamat berhari raya....semoga sentiasa dilimpahi berkat di bulan mulia ni...

maaf zahior dan batin ye....u should smile :)

mama aryan said...

sedih akak membacanya..berat betul dugaan yg dihadapi,insyaAllah akak doakan semoga Lya terus sihat & dapat melihat asya membesar didepan mata..

mama aini said...

berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya..semuga Allah kuatkan semangat lya utk menghadapi setiap dugaannya..

Dayana Bahar said...

akak baru dapat jengah sini... semoga lya dikurniakan kesihatan yang baik n lebih baik lagi...

[Azizan Ramly] said...

masih lg mengalir darah dari mulut?

Dayana Bahar said...

datang semula nak mengira komen ni.... :)