Thursday, September 27, 2012

Sakit... Itu Ujian Supaya Selalu Beringat !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Harini dapat on9 secara terus sebab saya x sihat. Jap g nak ke spital/klinik untuk ambik MC. Dah beberapa hari ni badan saya sangat-sangat x sihat, tapi cuba kuatkan semangat.. tapi start semalam memang dah rasa lemah sangat. Sakit kepala+muka sembab...sesak nafas.. semuanyer bersatu.. sampai saya rasa x termampu nak menanggungnyer. Dah lama tak rasa sakit & selemah ni.. Ya Allah, lindungi hambamu ini... Sebenarnya saya takut, kalo2 ianya melarat ke tahap serius... Sebab dah lama x rasa sakit camni.. Kalo sebelum2 ni, sampai saya masuk spital/ICU... permulaannya camni la rasanya.. Adakah semua ni kerana tindak balas kesan saya x memakan ubat tu selama berbulan-bulan?? Sememangnya, ubat tu saya patut makan untuk seumur hidup untuk terus survive.. Tapi sejak saya cuba perubatan alternatif... saya tgk byk perubahan +ve & saya hentikan sendiri ubat yang selalu saya makan dulu.. Saya mintak maaf, terpaksa berhenti disini..sebab dah x mampu rasanya nak menaip dalam keadaan mengigil camni.. Ingat nak sambung BW y tertunggak tu.. tapi keadaan diri x menizinkan.. Insyallah bila dah makin ok saya sambung.. Jadi... bila kita sihat, kita x boleh terlalu bergembira... tiba masanya kita akan jatuh sakit semula..sampai terlupa macamana nak SENYUM.. Doakan saya & insyallah..panjang umur bertemu lagi.. Saya tulis camni sebab takut sesuatu berlaku lepas ni.. Take Care ;-)


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, September 26, 2012

A.M.A.N.A.H


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

~ Wordless Wednesday ~



Every Child IAAmanah From Allah

*
*
*
*
*
*
*
*
*

Presenting
" Asya dengan lagu - "kocong-kocong...ooo..woooo"



Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, September 25, 2012

Bercanda Monica Bay Beach

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

(Perhatian! Entri Ini Mengandungi Banyak Gambar)

Selamat bertemu kembali.. Ermmmm, hari selasa baru memunculkan diri. Yela, sekarang saya hanya update bila betul-betul ada masa terluang. Tak macam dulu, walaupon xde masa, tapi memaksa diri sampai x tido malam untuk update.. Hoho.. not good untuk kesihatan saya ni. Jadi, ber-blog la dengan gaya bebas.. apa yang penting kualiti bukan kuantiti.. Feel free & enjoy! Bercanda di Monica Bay Beach...name ade klasss kan?? Kalo follower blog saya yang lama-lama, mesti dah biasa dengan pantai ni, sebab dah banyak pon di-entrikan. Tapi tetap nak citer, nama asal pantai ni ialah Pantai Teluk Mok Nik dan telah dikomersialkan menjadi nama Monica Bay Beach.. Pada firasat saya la, nama MONICA ni pon diambil dari nama Mok Nik.. bila di mat sallehkan nama tu jadilah MO-NICa. Ok, straight to the point, semasa cuti sempena 1 Malaysia pada 16hb Sept 2012 sempat la bercanda-candaan di tepian pantai ni, sebab x dok aroh doh nok g tang mane... Ye la..kemaman ni kecik, nak g window shopping...kat ner?? harap ke centre point je.. Kalo kat sini, pantai je la yang banyaknyer.... So, petang tu bawak la asya makan angin kat situ. Pantai ni just untuk bersantai je, xleh mandi kat Pantai ni sebab ombak dia memang besar. 

Kenangan Hari Malaysia 2012










Muka saya yang x standby lagi

Last but not least........ My HEART !

Itu saje yang ada... saya xtau nak letak caption apa disetiap gambar. Macam biasa, semestinya pic asya yang memenuhi entri, sebab asya lah punca saya berblog...untuk menyimpan 1001 kenangan buatnyer. Ekceli, kita orang nak buat photoshoot sempoi2 haritu... tapi sayangnyer bateri habis...saya lupa nak charge balik. Last pic saya & fain tu yang dicapture.. Baru je nak start posing... bateri dah habis.. Huhh..keciwa sungguh! Sebab bukan senang nak dapat mood bergambar ni... Kalo perasan kat pic asya tu pakai rantai silver, itu adalah rantai sementara yang mengantikan rantai emas asya yang ghaib tu.. Tu pon beli, sebab dia asyik duk cari rantai dia... yela, dari kecik pakai... Tup..tup hilang... Last2, beli je dulu rantai RM10 tu kat pasar malam.. Xpela asya, sementara..Insyallah, ada rezeki lepas ni.. Saya ni pon cam dah fobia nak bagi pakai rantai emas.. Aiii asya, nape la x nurun perangai mama yang x suka pakai barang-barang kemas ni..

Update 8.19am:
semalam hanya sempat bw beberapa blog saje.. sebab semalam ribut+kilat+petir..
so terpaksa stop bw.. bahaya.. petang ni sambung

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, September 21, 2012

Resepi : Puding Pisang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam hujung minggu buat yang di pata timor... Biasa kalo hujung minggu ni, ramai y spend time kat dapur kan?? So harini saya nak share resepi pencuci mulut yang sangat simple & sedap  iaiutu PUDING PISANG.

Puding Pisang Berkrim ;-)

Bahan-Bahan
Pisang Emas
Telur
Susu Pekat / Susu Cair
Daun Pandan

Cara-Cara Membuat :

1. Pecahkan telur & kacau rata
2. Celupkan pisang ke dalam telur yang dikacau rata
3. Gorengkan pisang yang telah dicelup telur tadi.

Cara-Cara Membuat Kuah Puding Pisang :

1. Kalau menggunakan susu pekat
~ Caranya, tuang se tin susu pekat & se tin air mengikut sukatan susu pekat kedalam periuk & panaskan keatas api yang perlahan.
~ Masukkan daun pandan
~ Kacau hingga mendidih

2. Kalau menggunakan susu cair 
~ Tuangkan se-tin susu cair + tambah sedikit air + tambah gula ( rasa ikut citarasa) ke dalam perik & panaskan keatas api perlahan
~Masukkan daun pandan
~ Kacau hingga mendidih

Setelah kuah puding mendidih & masak, masukkan pisang yang digoreng tadi ke dalam kuah puding.. Cubalah... memang sedap sangat! Salah satu resepi febret saya,.

Puding pisang yang siap untuk dimakan
Selamat Mencuba

~ Baru koho-koho nak bw.. semalam x sempat bw sebab balik lewat ~


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, September 20, 2012

Feeling Ber-anak Dua

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Masih lagi sesi untuk mengupdate cerita yang tertangguh... Feeling ber-anak dua... yela, saya ni ade sorang je anak.. Inilah satu-satunya pengubat sukaduka saya suamisteri.. Bukan tak nak lagi anak.. dan bukan kerana tidak bersedia, tapi kerana risiko yang mungkin saya hadapi kalau saya mengandung. Kalo dulu, saya berjaya pertahankan asya.. Tapi, untuk sekarang... saya tak berani ambik risiko tu sebab saya fikir, saya ada anak yang betul2 perlukan perhatian mamapapa.. Kalau apa2 terjadi pada saya, apa nasib asya nanti.. Itulah yang harus saya fikirkan. Mungkin orang tak faham... Saya pernah mengandung selepas asya, pon x dapat diselamatkan & saya sakit teruk. Jadi, doc memang x bagi saya mengandung demi keselamatan saya & anak yang bakal saya kandungkan.. Tapi, saya cuma percaya kepada keajaiban Allah swt, seandainya ada rezeki untuk saya.. Insyallah, semuanya dipermudahkan.. Haaa... kalo cakap bab ni, memang akan meleret sikit. Fullstop!

Last weekend, memenuhi kehendak si dara untuk main air kolam.. Tapi kalo ikut permintaannyer nak ke kolam besar tu. Tapi ye la, kat sini cuaca x menentu, so papa dia pamkan kolam ni & main je kat laman rumah..

Eyh... tetiba asya dah ade geng.. Ekceli ni eril iaitu cousin asya ( anak kepada adik Fain ).
Masa Fain ke rumah MIL, eril nak folo Fain balik rumah. 
Katanya nak main dengan asya..

Seronokla asya sebab ade geng. 
Kalo tak main sorang-sorang je.

Pose comel dari asya & eril

Haha.. kantoi gigi eril sebatang tu

Kalo perasan seluar yang eril pakai tu gilr punyer..
hehe..lawak giler time ni.. Terpaksa pinjam seluar renang asya nih.

Pose kaki "misha omar"

Selepas melayan kerenah dia orang main-main air ni.. Siapkan dia & petang tu bawak bermain kat playground.. Itu lah, terasa macam beranak dua lak hari tu.. Kebetulan ade berjumpa kawan lama masa kat playground tu, terus dia tanya, anak dah dua ke...? Kebetulan muka asya&eril ade iras.

amboih..amboihhhhhh
macam couple lak ni....

Melayan anak-anak bermain.

pose comel dari 2 budak kiut ni..

Alahai..syoknyer kalo ade anak sepasang kan.. rasa complete
Tapi apa-apa pun dah bersyukur sangat2... 
kerana tetap diberi peluang untuk menjadi mama buat asya.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, September 19, 2012

Merdeka! Merdeka ! Merdeka !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni dah masuk 19hb September kan.. so, apekes merdeka! merdeka! merdeka ni????! Kerana kekangan masa punyer pasal, cerita pada hari Merdeka tu baru nak update hari ni.. Takpelah, sekurangnyer, one day bila asya besar & pandai membaca dia tahu pic2 ni semua kenangan di hari Merdeka tahun 2012. Sempena hari merdeka yang jatuh pada hari Jumaat, dimana kat sini hari Jumaat adalah weekend, so cuti di bawa kedepan.. Xde apa yang special pon, xde tengok perarakan pon.. sepanjang hari just berperap di rumah. Petang tu barulah keluar bawak asya makan angin. So, inilah sedikit sebanyak xtvt untuk asya iaitu menyedup udara petang 31 Ogos 2012 di Padang Astaka Kemaman & A&W.

Yeay!! ade pic pakai baju sedondon . 
Khatam sebab raya aritu xsempat nak bergambar pakai baju ni.
Ginilah xtvt sejak bergelar mamapapa ni, tempat2 macamni la yang dituju...
Mengembirakan H.A.T.I si anak.

Senyuman M.E.R.D.E.K.A dari asya

Pic candid dari papa+asya.
Suke tenggok tiap kali papa kendong asya camni..

Juga pic candid ni.
Sweet moment untuk dikenang

Asya punye style!
P.E.A.C.E buat semua! Merdeka! Merdeka!

Juga kenangan bersama mama ;-)

Papa yang tekun melayan kerenah anak daranyer yang 1001 macam...

Dan...tidak lupa sweet couple nih!
Susah nak bergambar berdua ni kalo xde orang yang nak tolong ambikkan..
Ni pon main tangkap muat, mujur ok.. Nak harap asya xleh lagi..Maybe next year dah boleh diharapkan.. Hehe

Lepas me-round di Padang Astaka tu, bawak asya naik kereta-kereta mainan kat mini fun-fair... Bila dah penat, xtau nak kemana... So, terus ke A&W... xde tujuan.... saje menghabiskan duit kot...

Si dia... yang asyik makan aiskrim..
Skali dapat peluang makan aiskrim ni.. memang laju je...

Menikmati keenakannya..
Bila mamapapa nak mintak sikit xnak bagi..

Tenggok muka asya tu!
Agaknyer dia confuse ni tengok papa dia wak muka gitu..
( kalo papa asya baca blog ni nanti, mesti dia marah ni.. hehe.. sebab dia dah gtau awal2 aritu jgn wak masuk pic ni.. aisehhh.. mana boleh.. sweet moment ni.. Kiut aper?! )

Hahaha.. lagi aksi poyo papa asya.
Ekceli, papa asya ni memang lucu orangnyer... Selalu melawak spontan.. Kadang-kadang naik geram bila dia sakat kita..

So, inilah saja kenangan semasa cuti hari Merdeka.. Masa banyak digunakan untuk berehat sepuasnya , sebab penat bekerja. Tapi, dalam masa yang sama tetap spend time buat asya...

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, September 18, 2012

D.I.A.R.I SEMALAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat bertemu kembali, setelah bercuti panjang.. Terasa blog nih dah suram sangat.. Jarang update blog.. bukan kerana mood ke tengah laut ke ape.. Tapi kerana kekangan masa... Memang xsempat nak update+bw dalam satu masa.. Kat ofis kerja..kerja..kerja... ( kat ofis fb+blog di blocked ye)  balik rumah, uruskan hal rumah.. dalam pada masa tu carilah sikit2 masa blog.. Tapi itulah, ada hari tu, masa tu seakan mencemburuiku. Last week, just u entri update.. Untuk minggu ni, inilah entri pertamanya.. so, sebagai permulaan.. layan sikit sebanyak cerita yang patut di entrikan.. tp kena disatukan dalam satu entri je. Bayangkan, banyak sangat entri yang dari bulan puasa pon, belum terpublish lagi..

1. Insyallah, inilah tempat asya akan menuntut ilmu tahun depan. Dah selamat register pon. Saya pilih sekolah ni sebab , bagi saya la ianya lengkap dalam segala aspek, dunia+akhirat. Walaupon yurannyer agak mahal, tapi bagi saya inilah pengorbanan . Sebab setiap ibubapa pasti ingin berikan pendidikan terbaik untuk anaknya. Apatah lagi saya yang hanya punya asya seorang.. Sememangnya, terlalu besarlah harapan saya padanya seorang..  Bermula tahun depan, rutin asya akn berubah & masa dihabiskan kat sekolah ni. Kelas bermula pukul 8am-12pm. Pukul 2 bermula kelas kafa+solat+mengaji & petangnyer ada sesi pembelajaran lagi. Bagi saya berbaloi.. kiranya ini merupakan sekolah islamik+moden. Dulu pernah saya entrikan untuk hala tuju asya samada pra-sekola atau tadika.. Hakikat sebenarnya, memang saya pilih pra-sekolah.. Dah siap isi form, tapi apakan daya, mungkin memang tiada rezeki asya untuk memasuki pra-sekolah tu kerana diberikan keutamaan pada yang berumur 6 tahun. Insyallah, tahun depan kita cuba lagi untuk apply pra-sekolah.

2. Alhamdulillah, cek ke-8 daripada Nuffnang.. Cek ni nuffnang dah hantar 2-3 bulan lepas, tapi terkoyak.. Memang frust sangat time tu.. Ye la.. walaupon sikit, tapi kalo free2 sape nak bagi kan..? Lagi pon ni adalah titik peluh daripada usaha kita b-blog. Saya cuba apply tiket & request dengan nuffnang.. Dan, pujian yang saya berikan bila nuffnang memberikan feedback yang cukup pantas & baik.. Dan buktinya.. cek yang terkoyak tu dapat claim & pihak nuffnang keluarkan cek baru untuk saya.. Masih belum sempat untuk di cash-0ut lagi.. Insyallah, cukup bulan ni nak cashout untuk kali ke-9... Tapi, amountnyer xdela banyak.. tapi dari sikit-sikit ni la, bila dikumpul dalam bank, sangat mebantu time2 perlukan duit.

3. Sempena MerdekaRaya, Simplisiti mengadakan sale besar-besaran di website nyer.. Memang berbaloi.... Saya & the geng apa lagi, x lepaskan peluang untuk miliki prduk2 tertentu.. Antara produk yang saya beli, loose powder...normal price RM 45++, tp sempena merdekaraya ni, dapat harga RM14.90 je.. ha..mana nak dapat tu ?? Dan banyak lagi produk lain yang memang murah giler-giler.. Selaintu, lipstick dia yang kebiasaanya rm35++ sebatang, leh dapat harga rm29.90 untuk 4 batang. Saya just share kat sini, kot2 ada kawan2 yang berminat nak ushar2..sebab promosi sehingga 19/9/2012... so masih sempat yer.. Boleh ke website---> http://simplysiti.com.my/

4. Kad kawen express... jiran kepada MIL saya mintak tolong buatkan kad kawen untuk majlis anaknyer.. Saya bukan reti pon.. Buat bodo-bodo boleh la... Dalam masa x sampai 2 jam, saya siapkan kad ni.. Just membantu, sebab dia orang susah... Dia pon x kisah, sebab katanya tempah mahal-mahal pon membazir, orang buang gak kad kawen ni.. Ermmm,,ade betulnyer la.. sebab selamani saya dapat kad kawen yang kemain eklusif & cantik... xpernah simpan & buat koleksi..akhinya ke dalam tong sampah gak.. Yang saya simpan pon, just kad kawen saya dulu je untuk kenangan,.. Itupon, banyak saya buat sendiri gak..

 5. Last week, selepas jamuan raya...sempat berphotoshoot di kawasan rahsia ni.. Tempat ni cam dah jadi wajib lak..Tahun lepas pon dah bergediks kat sini.. Gaya pon super tuler aje.. Tapi yang bezanyer, saya comparekan pic yang tahun lepas & tahun ni... Tahun lepas slim je.. tahun ni dah mengembang..aihhhh.. Insyallah, nanti saya akan share beberapa keping pic bergediks di tempat rahsia ni ;-)

6. Akhirnya masuk part dia.. masa ni dia sibuk nak kacau orang memasak kat dapur. 
Tenggok la tu, habis ter-seksi disitu.. Pakai bau kurung dah ayu..

7. Aihhh.. budak ni memang suka berdrama.. Time nak makan ubat last week, yang ni ok je leh makan sendiri.. Tapi tang ubat antibiotik tu.. ya ampun, menduga iman.. Sampaikan terpaksa guna kekerasan.. pegang habis badan dia untuk bagi antibiotik, tapi x jalan..last2 dia muntahkan balik.. Sampai sekarang x bape sembuh lagi batuk dia.. Lagi pon dia ade masalah lelah.. Bila kerap batuk, mulalah mengah.

8. Ni lak drama pagi sabtu baru-baru ni.. Drama airmata sebab x nak mandi.. Aduyaiii.. bila asya besar nanti ha, tengokla rupa asya ni.. Xnak mandi sebab nak layan kartun.. Bila marah, kata "mama x sayang adik".. erm....

9. Pic ni lak buatkan saya tergelak.. saya dah x ingat bila.. tapi tersenyum tengok style dia hisap susu sambil menikmati panorama di dalam lautan.. Hehehe, ni mesti kes malas pegang ni... baik punyer port tu landing botol dia.

Sampai sini dululah untuk hari ni.. Dah xtau nak cari pic mana lagi..Lagipon, mata dah berat nanang nih...dah pukul 2.05 am pon.. Yela.. ini je masa yang sesuai untuk saya hadap ni...Letih-letih.... Saya malas nak paksa2 diri untuk update ni.. Kiranya, ada masa, terus je update+bw.. kalo paksa-paksa, takut menjadi tekanan, bila kita mengejar masa untuk lakukan semua kerja dalam 1 masa..So, kita rileks2 aje & be cool ;-)


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, September 13, 2012

Petang-petang wak kepok getel !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

aihhh.. dah hari Khamis hari ni.. Last day keje untuk minggu ni. Dan, 3 hari la kami bercuti + cuti 1 Malaysia pada hari Ahad tu.. Plan untuk 3 hari cuti ni xde lagi.. Biasanya semuanya on the spot. Rasanya xde kemana-mana pon.. Tgh2 bulan ni, kena la berjimat. Saat saya menulis entri ni jam menunjukkan pukul 3.21 am.. Fuhhh, mata dah sangat mengantuk.. Tapi kerana mu kawan2, bersengkang mata untuk BW mana2 yang termampu je.. Settle bw terus create entri ni. Mula-mula blurr sgt, xtau nak coretkan kisah mana dulu, sebab banyak sangat dah delay.. Ikutkan plan nak share citer hari merdeka aritu.. tp punyalah banyak pic nak kena pilih2 lak..huhu.. malas la.. Tup..tup, jumpala koleksi pic ni yang sepatutnya hanya untuk koleksi saje, sebab pic nyer x banyak..so terusla up jadikan story mory untuk hari ni.... Pic ni xde la basi sangat, sebab xtvt ni masa 5 atau 6 Syawal... Zassss.....Petang-petang wak kepok getel, kita singgoh Kuala Kemamang!

Muka dia masham cetum! Huhu..pasrahnyer tiap kali tengok pic yang ada rantai asya ni.. Ermmm siapalah yang dapat rantai ni ye??
Ermm..xpela, walausiapun yang mengambilnya, saya HALAL kan... 

Xtvt wajib cik abe.. every weekend sokmo nok cari kepok lekor ni. Maka ke Kuala Kemaman ler kiter. Tapi kadang2 tu beli kat gerai2 gitu aje... Hehe.. tajuk tu gimik je.. xdenyer nak getel-getel kepok.

Menu sampingan... otak-otak! 
memang marveles!

Cik abe kepok!
gane bohhh?? serius ngat muke tu..

Ini mek kepok... pon nurun papa dia..
suka makan kepok.. bayangkan org sibuk nok makan KFC, dia sibuk nok kepok.
Dia yang suka ber-drama.. Agaknyer drama apalak kali ni?

So, inilah puncanye drama asya tu..
Hanya kerana mama dia minum sikit air lemon T ni...
Marah...xnak kongsi dengan mama....

Hohoho..sampai sini dulula..sebab mata dah berat nanang.. jap g nak bangun pagi lak.. Aduyai! Next week la marathon cerita-cerita yang tertinggal yek.. Masa sekarang berlalu begitu pantas..x nyempat nak mengejarnya.. Jadi, happy weekend buat semua di pata timor & Selamat Hari Malaysia! Yezzaaaa.. cuti 3 har untuk rileks2kan minda.... ;-)


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (138) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (61) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)