Wednesday, October 31, 2012

Doa Buat Suami Tersayang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE- 28
PADA 31.10.2012
BUAT SUAMIKU TERCINTA


Doa Buat Suami Tersayang

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu
Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati

Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku
Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia

Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah
Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku
Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya

Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku

Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil
Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka

Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan

Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi

Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku

Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan

Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha
Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku

Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah

~ Ya Allah, panjangkan lah umur suamiku, agar dapat kami bersama-sama mendidik Anugerah dari-Mu  & meniti usia tua bersama. Ya Allah, berikanlah nikmat kesihatan yang baik untuknya agar dia dapat mencari rezeki buat kami sekeluarga & melindungi kami sekeluarga.. Ya Allah,Kekalkanlah HATInya hanya buatku hingga ke Jannah & lindungilah suamiku daripada segala tipu muslihat dunia ni. Amin ~

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, October 30, 2012

Ibadah Korban 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Selamat kembali bekerja...atau masih ada yang sambung cuti raya?? Hari pertama raya Aidiladha xde langsung ambik gambar kenangan.. X berbaju raya pon.. just petang tu beraya ke shopping mall & petang tu ke rumah mak sedara Fain kat Kerteh.. Jadi, nothing special di hari raya pertama tu. Hari raya je dua lak ambik bahagian dalam ibadah korban yang diadakan di ofis. Macam biasa, every year kat ofis memang akan buat ibadah korban & setiap pekerja diberikan 1 bahagian. Syukur alhamdulillah, tahun ni dah tahun ke-4 dapat sempurnakannya... Tahun pertama dulu buat Akikah untuk Asya..dan tahun-tahun seterusnya ibadah korban.. Tahun ni just 5 ekor lembu di korbankan.. Tahun-tahun sebelum ni memang lebih, sebabnya 2 ekor lembu dah dikorbankan pada raya pertama. 

Ibadah Korban Selamat Disempurnakan Pada
27.10.2012
*entri ini mengandungi banyak gambar*
Semua pic ni via HP Cap Ayam je.... kamera x bawak pon...

Ibadah korban di lakukan kat salah satu bengkel repair/building kapal yang ade.. Masa ni dah selesai disembelih & lembu diangkat gna cradle kren & forklif ke bahagian ni.

Kerja-kerja melapah giat dilakukan



Saya ok je tengok keadaan ni ..xdela mabuk darah ke. Malah rasa seronok kerana jadi sebahagian yang dapat melakukan kerja-kerja melapah ni.Tapi time ni x join lag..just pemerhati... Walaupun letih, tp seronok sangat.

Dan saya pon x sangka asya xde rasa takut langsung tengok lembu2 ni semua.. Dia ok je.. dan ralik sangat tengok orang buat kerja ni.




Sebagai kenangan, asya bergambar berlatarbelakangkan kerja-kerja melapah daging korban.. Rasanya bagus bawak anak ke tempat macam ni, bagi yang tak takut la.. sebab banyak perkara dia boleh belajar & kt boleh terangkan perlahan-lahan .. At least, dalam banyak-banyak info pasti ada y melekat di mindanya..

Ha ha.. Jangan pandang ku sebelah mata..
Hanya kerna aku wanita!


uissshhh.. sungguh... bukanlah senang melakukan kerjakerja n.. Bayangkan sampai lebam kaki saya & sembab tangan. Memang perlukan tenaga yang kuat.. Bayangkan baju saya yang puth habs dpenuh darah..Tap mujur bla rendam semuanya tertanggal. Apa-apa pun seronok lakukannya berama-ramai. Syukur alhamdulillah, harini dapatlah 11kg++ daging sahaja setiap bahagian. Belum termasuk tulang. Daging ni saya just ambk 1 bahagian & 2 bahagian lagi bagi pada sedara mara & jiran-jiran. Cuma tulang2 saya simpan untuk majlis asya hari Sabtu n. Insyallah..

Sesi photogedik
Asya & kakak Pearl Yasmin Iman

Asya & adik Aina Shuhada.. 
Nampak sama besar je kan??padahal beza usia 2 tahun ni,..
alahai..kecik moleknyer anak mama nI

Last but not least,
saya & ofismate... keduanya pon blogger.. tapi dah tak aktif..

***terima kasih atas semua ucapan sempena ulangtahun perkahwinan saya yang ke-6.. & saya mohon maaf sebab masih x dpt bw sepenuhnya.. semuanya slow2.. nak update blog pon.. entah....***

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, October 25, 2012

Aku Terima Nikahnya : 26.10.2006

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Entri in advance, sebab hari Jumaat ni dah cuti raya Aidiladha.. Syukur alhamdulillah, 26.10.2012 genaplah 6 tahun usia perkahwinan saya & Fain. Tiada apa yang saya inginkan melainkan agar hubungan kami suamisteri sentiasa dibawah lindungan-Nya & akan kekal bersama hingga ke Jannah. Setiap ujian yang muncul dalam kehidupan kami berdua berjaya ditempuhi bersama kerana dalam HATI kami penuh dengan rasa CINTA & SAYANG. Dan, semoga ujian-ujian yang menimpa dalam kehidupan kami berdua ni, akan terus mengeratkan hubungan kami & akan membuatkan kami berdua lebih menghargai masa yang ada buat kami demi puteri hati kami, Nur Fasya Afrina.

~ x sempat cari pic nikah... jumpa pic tahun lepas~

Kisah Cinta Saya & Dia
(saya just copypaste dari entri contest y pernah saya join tahun 2011 dulu)

Kisah kami selalu ada kebetulannya... Pada tahun 2002, ketika itu saya mewakili sekolah utk pertandingan Kawat Kaki & muncul juara hingga mewakili Daerah. Sempena sambutan kemerdekaan pada tahun 2002, saya harus buat persembahan kawat kaki di Hotel Impiana & ketika itu si dia pula terlibat dgn acara Family Day tempat dia bekerja. Setelah, penat... saya & kawan2 lepak2 kat belakang sambil tgk acara sukaneka. Dan ketika itulah saya & kawan melihat si dia sedang main acara berlari dalam guni.. Selalu terjatuh, sampaikan saya suka terbahak-bahak.. Terhenti sampai situ... "

Pada tahun 2003, selepas selepas exam SPM, saya ambil kursus di PTPL Shah Alam sementara tunggu result keluar. Dan, xlama saya di situ, saya jatuh sakit teruk hingga saya lumpuh. Dan ketika itu saya brpisah dgn seseorg itu kerana keadaan saya ketika itu y mungkin x berguna. Setelah berbulan-bulan di hospital, saya cuba mencari kekuatan dalaman y saya sendiri xtau dimana. Tapi objektifnya hanya satu, ingin PULIH & KEMBALI NORMAL untuk memiliki semula hidup saya yang hilang. Lama kelamaan, saya mula boleh berjalan sedikit demi sedikit.

Hingga pada suatu malam, kawan semasa zaman sekolah saya ( lelaki ) ingin menziarahi saya. Dan tanpa diduga, si dia menemani sahabat saya . Dan terjadi lagi pertemuan y x disengajakan. Antara terkejut @ tidak, tapi apa y pasti si dia nampak pelik sangat. Nampak berdebar... bila ingat saat tu mmg kelakar. Gelas y dipegangnya terketar-ketar. Dan dia asyik tenggok saya. CERITA INI TIDAK TERHENTI DISINI.

Pada keesokannya saya terima panggilan dari seseorg y ingin mengenali saya dgn lebih dekat. Tapi saya x layan. Hingga pada suatu hari ada hp baru muncul dirumah saya. OMG.... dia tinggalkan hp dia kerana ingin bercakap dgn saya. Tapi saya x layan & pulangkan semula hp itu. Saya x bersedia utk membuka semula hati saya y terluka, lg pun saya bukan lagi sempurna ketika itu. Masih dikerusi roda.. Kalo berjalan pon sikit2 ajer. 

Rupanya dia sungguh keras kepala... terus berusaha... Ok... saya mula terimanya sebagai kawan. Lama kelamaan saya mula terhibur sbb dia selalu ada disaat saya perlukan seseorg. Namun hati saya masih biasa. Dia terus berusaha memiliki saya. Saya xtau apa y dilihatnya?? Saya x ada apa2 y special... saya lumpuh. Hinggalah pada tanggal 16.8.2003, sekali lagi dia lafazkannya. Dia ingin miliki hati saya. Saya xtau lagi... Akhirnya, saya setuju. Hanya sekadar memberi peluang. 

Dan, x lama selepas itu, saya jatuh sakit hingga lumpuh & x mampu bercakap. Lama terlantar di hospital. Dan dia masih setia disisi saya. Selalu berulang alik jauh semata-mata ingin menziarahi saya. Dan saya mula nampak keikhlasannya apabila, si dia membawa keluarganya berjumpa saya & meluahkan isi hati utk menjadikan saya isterinya agar dia boleh menjaga saya. Namun, saya terlalu muda ketika itu & saya menolaknya. Namun dia terus memberi sokongan sepanjang tempoh saya menerima rawatan. Dia menemani saya menangis, ketawa & saat kesakitan. Tiada siapa tahu, akhirnya saya mampu milik kehidupan saya semula. Saya mampu berjalan semula setelah bertahun . Dan, sebaik saja sihat saya mula menyambung pelajaran saya.

Perjalanan saya masih penuh liku, saya sakit lagi & lagi... Dan dia masih disisi saya. Tak pernah sekali tinggalkan saya. Walaupun penuh kesusahan, saya cuba habiskan pengajian saya. Hinggalah saya berada di sem 5, selepas saya keluar wad.. Dia dgn sepenuh hati bertemu keluarga saya utk jadikan saya isteri supaya lebih senang utk menjaga saya tanpa ada batasan. Dan setelah berfikir panjang, akhirnya saya setuju. Pada 16.32006 kami selamat ditunangkan & kami sah bergelar suami isteri pada 26.10.2006. Syukur alhamdulillah, disebalik kesakitan & dugaan mu ini, kau hadirkan seorg insan y ikhlas & menerima diri ini seadanya supaya hati ini sentiasa senang & tenang.

Pelbagai lagi ujian y menimpa hubungan kami. Antaranya, pada tahun 2008 saya koma utk tempoh y panjang ketika mengandungkan anak kami. Syukur alhamdilillah, benih cinta kami berjaya diselamatkan di atas kehendakNya. Dialah kekasih hati y diciptakan Allah utk menjadi tempatku berlindung & menerima kasih sayangnya. Terima kasih diatas kesabaranmu sepanjang mengenali diri ini. Dan kini sudah 9 tahun kita saling mengenali & cintanya , layanannya masih seperti dulu. Dan..... tiada lelaki lain y mungkin merelakan dirinya diabadikan utk wanita y sakit seperti ini melainkan dia MOHD FAIN BIN ARIFFIN. Terima kasih atas segalanya :-)

" SAYA MENGEJAR CINTA SEJATI, 
NAMUN TANPA DISEDARI IA HANYA DI DEPAN MATA"
*
*
*
*
*
*
*
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
Terimalah lagu hari raya dari Asya
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, October 23, 2012

Kemana Menghilang??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Haii... xtau nak mula dari mane... Inilah akibat terlalu lama bertapa kan. Kemana saya menghilang??? Tak hilang mana2 pon... ade je. Cuma, menyepikan diri seketika bagi memberi ruang pada diri. Lama gak x buka blog ni... hampir 2 minggu. Wahhhhh.. TQVM buat Cma yang sudi sapu habuk-habuk kat blog ni ye & terima kasih juga untuk doa itu.. Dan tak lupa buat semua rakan-rakan geng SGF, pembaca blog & FB yang terus memberikan kata-kata semangat serta sokongan disaat saya tersungkur. Sekarang saya slow-slow nak baca komen-komen & cuba BW setakat mampu..

~ pic last month, odwy ke Pantai Chendor..via hp cikaiii ~

Apa yang terjadi sepanjang saya menghilangkan diri ?

Macam biasa.. late ni  masalah kesihatan saya menjadi-jadi (injap jantung berlubang). So, kebanyakan masa saya x bermaya.. Tapi, terus cuba bertahan.. Untuk itu, saya rilekskan diri saya.. jauhkan tekanan yang boleh memburukkan lagi keadaan saya.. Sakit saya on/off.. Dia datang & pergi sesuka hati.. Kadang-kadang kat ofis, pagi tu ok je.. T/hari tu dah mula nak pitam la, sesak nafas+sakit dada.. dan sembab tangan+kaki+muka.. Ni kes jantung la ni. Tapi.. mujurnya saya mampu bertahan. Dan, bila saya mula beransur OK.. Sekali lagi diuji. Tapi kali ni saya betul-betul terasa patah sayap & gelap dunia.. Suami saya (Fain), tempat saya bergantung sepenuhnyer jatuh sakit. Asalnya, just demam-demam.. Melarat-larat+tonsil lagi. Sampai la hari Ahad lepas, pagi tu Fain hantar saya ke ofis, saya dah tegur muka dia sangat-sangat pucat & suh dia berehat. Tapi degil nak keje gak, sebab sebelum tu dia dah MC. Saya nak kemana-mana memang bergantung sepenuhnya pada Fain, saya dah x boleh memandu sendiri macam dulu.. Jadi memang sepenuhnya harap kat dia je.. Dalam pukul 10am gitu, saya dapat call dari MIL.. Memang terasa luruh jantung.. Fain pengsan kat ofis dia. Mujur MIL & FIL ade.. so dia ambik Fain & bawak ke klinik. Saya lak, ofismate tolong hantarkan saya. Rupanya... dia ada masalah lemah jantung. So, ini memang agak mengejutkan. Tapi.. inilah ujian untuk kami. Bila berlaku perkara macam ni kita akan lebih menghargai pasangan kita. Dan apa yang paling dirisaukan, semestinya satu-satunya permata HATI kami.. 

Semoga Allah Swt memberikan kami kekuatan & dipanjangkan umur untuk terus menjaga anugerah ini sehingga dia benar-benar berjaya ke jalan Allah Swt.. Bila terjadi keadaan macam ni, saya memang terasa nak memandu semula.. Nak ambik semula lesen... sebab bila jadi perkara macam ni, senang.. Tapi, apakan daya... dia sampai sekarang masih xlepaskan & izinkan saya.. Katanya   " selagi abang ade.. biar abg je yang bawak sayang kemana-mana".. Erm.. saya akur, dia buat macam tu sebab dia menjaga keselamatan saya.. Sebab, saya tahu kalo saya memandu saya boleh membahayakan diri & pengguna jalanraya lain. Tapi, ade ketikanya..kita tiada pilihan... Terpaksa ketepikan segala kesakitan. Saya cuma kesiankan Fain.. bayangkan, walaupon dia MC+sakit, dia tetap kena gagahkan diri untuk hantar saya bekerja.. Sampai hari dia pengsan baru2 ni pon, dia gagahkan diri untuk hantar saya ke pejabat. Lepas kejadian tu.. saya cuti 2 hari sebab nak jaga dia. Lagi pon, saya x sampai hati nak biarkan dia yang dalam keadaan lemah hantar saya kerja. Mungkin ini masanya untuk saya lak berjasa.. Sebab dia pon dah bertahun menjaga saya semasa sakit. Mujur, syarikat tempat saya bekerja amat memahami situasi saya & kebetulan pada hari saya cuti saya ada external audit ISO. Tapi.. saya nak terus cuba pujuk, bagi izin saya memandu semula..just untuk time2 kecemasan je......


Anugerah yang amat beharga.... dia yang sejak kecil selalu berdepan dengan situasi cemas , sekarang dah terbiasa bila saya sakit & amat memahami. Cuma, bila papa dia sakit, lagi nampak kesian sangat-sangat kat dia. Kena bawa diri sendiri....Selagi mama ada... mama akan terus melindungi kamu sayang.. Walaupun mama sakit. Tapi, mama akan terus berikan yang terbaek buat asya. Mama pasti, walaupon mama sakit, mama x pernah lepas memberikan yang terbaek buat asya.. 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, October 10, 2012

Drama Di A&W

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah... kelmarin dapat melakukan kerja-kerja ofis seperti biasa walaupon dalam keadaan sakit sikit-sikit. Dan syukur, dikurniakan ofismate+bos yang amat memahami. Ni la salah satu sebab saya still kekal kat ofis saya ni, walau banyak peluang lain yang baik di luar sana... Sebab kat ofis saya sangat2 flexibel... Kerja dalam suasana bebas tekanan walaupun kerja2 agak stress..cuma stress penat je kot.. Stress dengan orang sekeliling xde langsung. Bukan senang bagi orang sakit seperti saya untuk kekal kerja, melainkan masuk gov.... sakit-sakit pon still dapat keistimewaan kan.. 

Tp saya bersyukur, sebab bos amat memahami keadaan saya sejak dulu, saya rasa..kalo la saya kerja kat tempat lain bila sakit berbulan-bulan dan banyak MC+cuti mesti dah lama kena tendang.. Macam tempat saya kerja semasa saya koma mengandungkan asya dulu, pon... diberhentikan.. Kalo x diberhentikan... saya akan tetap berhenti sebab masa tu saya ingat lepas dah sedar pon, saya akan selamanya lumpuh.. Tapi rezeki asya, dalam pantang dia saya dipanggil kerja kat tempat saya sekarang ni. Semasa interview.. saya cerita kan semua masalah saya & memang rezeki asya, x lama lepas tu saya dapat kerja. Elok-elok habis pantang terus start kerja. Inilah rezeki namanya kan?? Dan lepas tu, bila masuk kerja walaupun selalu sakit, alhamdulillah.. bos sungguh bertimbang rasa. Sebab tu saya berazam untuk kontrol kesihatan saya.. Itulah, bila dah sihat saya akan melakukan sebaiknya kerja saya.. Terima kasih kerana syarikat terus memberi kepercayaan kepada saya.. & saya pon melakukan yang terbaik bila keadaan saya sihat. 

Uishhh.. panjangnyer mukadimah.. ni la kes menulis dari HATI... coret tanpa henti apa yang terlintas di HATI ni... hehe.. Terima kasih ye kawan-kawan yang tak jemu2 mendoakan kesihatan saya.. Saya pasti, sekurangnya salah satu doa yang baik-baik pasti akan dimakbulkan Allah Swt... Berbalik pada tajuk, ekceli ni kisah minggu akhir puasa dulu.. Masa ni asya asyik berdrama... sebab dia x sihat sangat time ni.. SErba tak kena.. Kali ni dia buat hal nak masuk A&W... Tak nak bagi dia mengamuk..folo je.. just minum Rootbeer float je pom.. Sebelum masuk tu, sempat lagi kena tax kat kedai RM2 sebelah A&W tu..mujur dia nak mende2 yang berfaedah la jugak.. xdelah yang mengarut...


Hi kawan-kawan...
nama saya acaaaaa..... masa ni saya demam... 
so inilah masa terbaek nak kenakan mama+papa..
Kali ni dapat menan ABC ni + duk kat meja comel dalam A&W

Tengok la tu muka asya...asyik nak nangis je kerja dia,,
Mujur si papa tu sabar je layan anak dara dia ni..
Ha.. bila besar nanti asya tengok la peel asya ni ye...
Sabar mama+papa layan asya ni.

Mama maintain nak senyum
Tapi si asya dengan muke mashamm cetum dia tu

Ok...
teruskan berfikir....

Masuk sini semata-mata nak maen ni..
ishhhh..  macam kat rumah xleh ye???
Apa-apa pon.. sebagai mana mama bersabar menanti kelahiran mu... begitu gak, mama akan terus bersabar melayan kerenah mu..

Dah tunjuk muker dia..
Bila dia xleh jumpa abjad-abjad ABC yang berpadanan tu.

Dah puass... dekat sejam gak kat sini. Pastu ajak papa keluar. Lepas tu saya nak silau-silau kasut kat Butik Vern, sekali kena sound dengan asya " sudoh..sudoh la tu mama ".. Opssss....! 


~ Dalam H.A.T.I selalu merintih & menangisi nasib diri.. Tapi.... untuk apa ditangisi?? Inikan tanda sayang dari-Nya.. Wake-up LYA ! ~

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, October 9, 2012

Jom Mandi Pantai Dengan Asya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Setelah hampir seminggu bertapa di rumah & berulang ke hospital.. Hari ni saya dah start masuk kerja.Biasalah... apa-apa pun yang berlaku, hidup harus diteruskan.. Uwaaa... walaupon dalam HATI ni terasa perasaan sedih+sebak yang saya tak tau nak tafsir camner.. Tapi xpe.. saya dah biasa dengan situasi ni, biasalah..bila tubuh badan kita x sihat, jiwa kita pon jadi sakit jugak.. Insyallah...ianya akan bertambah baik dari hari ke hari.. Hey lya...... terus pandang ke depan!  

Kenangan 2 minggu lepas kot (atau lebih)...
Tunaikan permintaan asya nak main air pantai.. Buat kali pertamanya selepas 2 tahun kot.

LOKASI : 
PANTAI CHENDOR,
(Sempadan Kemaman-Cherating)

Masa ni xplan nak ke pantai.. Jadi memang x de bawak baju mandi pom.. Hujung minggu lepak2 kat rumah MIL.. Asya tuntut janji dia sebelum ni nak mandi laut. Jadi petang tu, bawak dia + anak-anak sedara Fain.

Yang berbaju oren tu adik pompun Fain.. Muke dia same je dengan Ain Hawani (Nadiya Nisaa..hehehe).. Tang dagu panjang, lesung pipitnyer, sebijik.... Muka pon iras-iras....Dan yang lain-lain tu, cousin2 asya.

Memang nampak jakun kemain...
Macam baru 1st time jumpa pasir.. Eyhh..memang dia x pernah main pasir pon... Ni baru dapat peluang main pasir pantai... ha...ambik..semua kauk...

Muke eksited kemain lagi...

Time ni papa dia kejar nak ajak naik ke darat,.
Tapi..dia x nak lagi... nak main air lagi.. tu...

Hahah..
takot ombak rindu rupenyerrr

Yeahhhh!!! seronoknyer asya!
haha.. kan dah terkantoi gigi asya kat siti... cun tak gigi asya?? nanti nak g cabut semua gg depan dia tu..mereput sebab bagi sangat dia minum air glukos masa kecik2 dulu...

Asya & sepupunyer eril
eril kelakar giler.. takut duk dalam air time ni.. pijak pasir pon menangis kemain lagi.. Jadi, last2 asya main sorang-sorang je

Bakal menjadi kanak-kanak pertama menyeberangi Laut China Selatan??

*
*
*
*
" Hi kawan-kawan... saya mandi pantai... 
Kawan-kawan nak mandi pantai tak?? Nak??!! "



~ Terima kasih atas semua sokongan & doa daripada kalian semua... Saya mintak maaf sebab x smpat BW kat semua blog.. saya BW mgikut kemampuan je setakat ni.~


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Monday, October 8, 2012

T.A.K.D.I.R

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam bersua kembali buat semua sahabat yang terus memberi sokongan disaat saya jatuh tersungkur... Hanya tuhan mampu membalas diatas setiap doa yang dititpkan buat saya. Tiada apa yang terindah melainkan doa-doa seorang sahabat. Hari ni saya akan jumpa pakar lagi.. dan.. saya berharapkan agar semuanya berjalan lancar, sebab saya dah tak sanggup menanggung kesakitan. Doakan agar dipermudahkan segalanya.. Saya xtau nasib saya hari ni.. sama ada perlu masuk operation room atau x nanti.... ;-( Baik atau buruknya perkara yang akan berlaku hari ini... saya akan terus pandang ke depan.. terus melangkah... dan tak kan menyesali takdir ini.... Mulai esok... insyallah... saya akan terus tersenyum walau dalam kepahitan.

Hanya Asya yang ditakdirkan menemani kehidupan saya+fain setakat ini... Dia tak mungkin akan ada adik lagi..melainkan betul-betul ada keajaiban itu.. Sebagaimana keajaibannya, sewaktu asya hadir dalam kehidupan kami suamiteri.. Itulah hakikat yang harus diterima... Sekali lagi, doc ingatkan saya " kita bukan x bagi awak mengandung.. tp keadaan awak membahayakan nyawa awak"... Ya... saya akur dengan takdir ini. Keadaan saya tidak stabil.... apakah lagi nak membawa satu nyawa dalam rahim saya.. Tiada jaminan langsung untuk saya, kalau saya mengandung keadaan saya stabil. Jadi... ini adalah yang terbaik, andai saya mengandung... keadaan saya mungkin memburukkan baby yang bakal saya kandungkan.... dan mungkin buat diri saya sendiri.. yang nyawa mungkin di hujung jari.. Sedangkan saya ada asya yang perlukan kasihsayang saya sebagai mamanya.... Jadi, saya tak perlu tamak & pentingkan diri... Cukuplah... hargai dengan apa yang telah pun Tuhan hadirkan buat saya.. Melainkan...benar-benar berlaku keajaiban..sebagaimana keajaiban yang pernah berlaku sewaktu membawa asya ke dunia. Hanya tuhan yang mengetahui segalanya..

Kata Asya :
" Mama... bila besor saya nak jadi doktor mama... Saya sayang mama saya "




Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, October 3, 2012

Mungkinkah ada keajaiban untuk saya...?


Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Terima kasih atas segala doa & sokongan. 
Hanya tuhan mampu membalasnya... Di entri lain saya akan ceritakan apa yang terselit disebalik entri ini..

"Ketika Tuhan mengambil sesuatu daripada genggamanmu, sedarlah bahawa Dia hanya buka tanganmu untuk menerima sesuatu yang lebih baik.." 

Saya redha... Kerana inilah yang terbaik untukku... 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, October 2, 2012

Ketenangan Di Pantai Chendor

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Dah masuk bulan Oktober...dan merupakan entri pertama untuk bulan ni.. Bulan yang memberi sejarah tersendiri dalam hidup ini. 1st, saya ucapkan jutaan terima kasih buat semua sahabat blogger+fb yang mendoakan kesihatan saya... Saya amat hargainya. Malam ni gigih nak update blog ni, setelah berhari x jengguk ke sini kerana faktor kesihatan. Syukur alhamdulillah, saya makin OK.. Dan apa yang berlaku pada saya baru-baru ni adalah disebabkan masalah jantung saya  sehingga tekanan darah saya terlalu low... dan kaki+tangan saya sembab.. Pernafasan tercungap-cungap.... Khamis hari tu just ke klinik.. Katanyer, dia xleh buat apa2..nak bagi oksigen pon xboleh... just bagi ubat tahan sakit utk kurangkan..dan dinasihatkan saya ke hospital dengan segera. 

Mengikut rekod , akhir tahun lepas, mengalami simptom yang sama... doc nasihatkan saya segera ke hospital.. tp masa tu x sempat ke hospital pon, ambulan ambik terus kat rumah.. Dan, saya x sedarkan diri...terus masuk ICu + intubate. Tapi kali ni, saya cuba survive..saya x tau nak buat macamana..tapi caranya..dari HATI...cuba survive dari dalam diri.. Saya rasakan dalam diri kita ubat terbaek.. alhamdulillah... makin ok..walaupon.. saya xtau apa yang akan berlaku lepas ni. Tapi, bagi saya bila dah hilang simptom & sakit pada jantung tu maknanya sakit saya terkawal.. Buat pembaca baru blog saya, saya adalah pesakit Jantung..dimana injap pada jantung saya berlubang/bocor ( Mitral Valve Proplapse)... dan ada banyak lagi penyakit lain.. Tapi masalah kesihatan saya baru2 ni adalah berkaitan dengan jantung. Saya suspek la... saya start sesak nafas bermula selepas makan cendawan. Rasanya stop kat sini dulu citer pasal ni sebab saya nak tunggu kesahihan satu lagi perkara petang ni...dan... sebelumtu saya nak sambung cerita tertunggak..2 minggu lepas.. 

Lokasi:
Pantai Chendor, 
Sempadan Kemaman+Cherating

3 of us
Sebenarnya...kedatangan ke sini adalah secara spontan.. dan saya sendiri xtau Fain nak bawak saya ke sini.. Rasanya last datang sini awal tahun 2011 dulu kot.. Dah banyak berubah bentuk muka bumi pantai ni,... Tujuan ke sini sebab Fain nak ambik pasir pantai nak letak kat rumah..

My pretty girl
Dia yang selalu menceriakan HATI mamanyer. Masa mama sakit, sibuk je dia.. risau mama masuk spital. Asyik kata " Mana nak tdo spital ke"...padahal nak ke klinik je pom..

Rasanya... ini kali pertama asya sentuh air pantai setelah 2 tahun kot..
ishh..ishhh..memang nampak teruja sangat..

Si comel mama..yang mula-mula ala2 geli2 nak jejak pasir ni.

Akan sentiasa memimpin mu menuju ke jalan yang benar

Asya seronok...belajar perkara baru..
Mengenal makhluk Allah yang berkongsi bumi dengannya.

Aksi comel + spontan dari 2 beranak...
Mama la mangsanyer tu...

Suka pic ni walaupun blur-blur....
terbongkok2 saya nak ambik pic ni

Tetap nak letak pic ni..
ntah...rasa cantik je dimata saya

Asya...Temanilah mama sehingga mama menutup mata....

Kaki di-blurkan sebab saya lipat kaki seluar ni.. 
ye la ..nak masuk dalam air kalo x basah habis...

Ramai yang kata..senyuma asya copypaste saya...
senyum tutup mulut... sama gak dengan tok ma asya.. pon senyum cam ni.. agaknyer keturunan saya memang suka senyum camni.. ala2 sopan santun+malu-malu kucing.. hihihi.. Muka saya nampak sangat bulat kan.... Ok..sedapkan hati... " Dalam gambar, badan akan 10x ganda besar dari saiz normal".. huhu..leh terima tak?

Last capture!
Saya suka sangat hasil pic ni....... Selepas balik dari pantai.. sekali lagi asya request nak ke sini sebab nak mandi.. ye la time ni datang sini xde plan2 pon..Saya pun ter-surprise lak dengan Fain.. Dia x gtau pon nak ke sini.. Dalam kete, bla tanya nak kemana... just kata " ader..la...."...

~ Hari ini adalah hari yang penuh debaran..... Saya akan berjumpa doc....Mungkinkah ada keajaiban untuk saya...? Ada 2 kemungkinan.....Walauapaun, Allah itu maha mengetahui apa yang terbaek untuk hambanya.. Insyallah... walauapupun keputusannya nanti... akan terima dengan redha... ~

update 11.11 am
Baru balik dari klinik.. belum dapat confirm lagi... petang ni jumpa doc utk kepastian.. Insyallah..apa pon ianya adalah y terbaek buat diri ini.. Hari ni, sekali lagi MC.. sementara jumpa doc kul 3pm ni, layan SAM dulu kat astro 1st.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (138) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (82) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (74) INFO (67) Asya's School (61) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (50) Birthday (49) Love IS Cinta (47) Shopping (47) Jom Singgah (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) F.A.M.I.L.Y (41) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) H.O.L.I.D.A.Y (32) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) Tempat Makan Best Di Terengganu (29) mama+papa+fasya (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (28) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) fasyafrinatraveltales (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Papa Asya (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) mama+papa (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) Ulangtahun Perkahwinan (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) TERENGGANU (1) de (1) fasyafrinavacationtime (1) ma (1)