Thursday, October 25, 2012

Aku Terima Nikahnya : 26.10.2006

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Entri in advance, sebab hari Jumaat ni dah cuti raya Aidiladha.. Syukur alhamdulillah, 26.10.2012 genaplah 6 tahun usia perkahwinan saya & Fain. Tiada apa yang saya inginkan melainkan agar hubungan kami suamisteri sentiasa dibawah lindungan-Nya & akan kekal bersama hingga ke Jannah. Setiap ujian yang muncul dalam kehidupan kami berdua berjaya ditempuhi bersama kerana dalam HATI kami penuh dengan rasa CINTA & SAYANG. Dan, semoga ujian-ujian yang menimpa dalam kehidupan kami berdua ni, akan terus mengeratkan hubungan kami & akan membuatkan kami berdua lebih menghargai masa yang ada buat kami demi puteri hati kami, Nur Fasya Afrina.

~ x sempat cari pic nikah... jumpa pic tahun lepas~

Kisah Cinta Saya & Dia
(saya just copypaste dari entri contest y pernah saya join tahun 2011 dulu)

Kisah kami selalu ada kebetulannya... Pada tahun 2002, ketika itu saya mewakili sekolah utk pertandingan Kawat Kaki & muncul juara hingga mewakili Daerah. Sempena sambutan kemerdekaan pada tahun 2002, saya harus buat persembahan kawat kaki di Hotel Impiana & ketika itu si dia pula terlibat dgn acara Family Day tempat dia bekerja. Setelah, penat... saya & kawan2 lepak2 kat belakang sambil tgk acara sukaneka. Dan ketika itulah saya & kawan melihat si dia sedang main acara berlari dalam guni.. Selalu terjatuh, sampaikan saya suka terbahak-bahak.. Terhenti sampai situ... "

Pada tahun 2003, selepas selepas exam SPM, saya ambil kursus di PTPL Shah Alam sementara tunggu result keluar. Dan, xlama saya di situ, saya jatuh sakit teruk hingga saya lumpuh. Dan ketika itu saya brpisah dgn seseorg itu kerana keadaan saya ketika itu y mungkin x berguna. Setelah berbulan-bulan di hospital, saya cuba mencari kekuatan dalaman y saya sendiri xtau dimana. Tapi objektifnya hanya satu, ingin PULIH & KEMBALI NORMAL untuk memiliki semula hidup saya yang hilang. Lama kelamaan, saya mula boleh berjalan sedikit demi sedikit.

Hingga pada suatu malam, kawan semasa zaman sekolah saya ( lelaki ) ingin menziarahi saya. Dan tanpa diduga, si dia menemani sahabat saya . Dan terjadi lagi pertemuan y x disengajakan. Antara terkejut @ tidak, tapi apa y pasti si dia nampak pelik sangat. Nampak berdebar... bila ingat saat tu mmg kelakar. Gelas y dipegangnya terketar-ketar. Dan dia asyik tenggok saya. CERITA INI TIDAK TERHENTI DISINI.

Pada keesokannya saya terima panggilan dari seseorg y ingin mengenali saya dgn lebih dekat. Tapi saya x layan. Hingga pada suatu hari ada hp baru muncul dirumah saya. OMG.... dia tinggalkan hp dia kerana ingin bercakap dgn saya. Tapi saya x layan & pulangkan semula hp itu. Saya x bersedia utk membuka semula hati saya y terluka, lg pun saya bukan lagi sempurna ketika itu. Masih dikerusi roda.. Kalo berjalan pon sikit2 ajer. 

Rupanya dia sungguh keras kepala... terus berusaha... Ok... saya mula terimanya sebagai kawan. Lama kelamaan saya mula terhibur sbb dia selalu ada disaat saya perlukan seseorg. Namun hati saya masih biasa. Dia terus berusaha memiliki saya. Saya xtau apa y dilihatnya?? Saya x ada apa2 y special... saya lumpuh. Hinggalah pada tanggal 16.8.2003, sekali lagi dia lafazkannya. Dia ingin miliki hati saya. Saya xtau lagi... Akhirnya, saya setuju. Hanya sekadar memberi peluang. 

Dan, x lama selepas itu, saya jatuh sakit hingga lumpuh & x mampu bercakap. Lama terlantar di hospital. Dan dia masih setia disisi saya. Selalu berulang alik jauh semata-mata ingin menziarahi saya. Dan saya mula nampak keikhlasannya apabila, si dia membawa keluarganya berjumpa saya & meluahkan isi hati utk menjadikan saya isterinya agar dia boleh menjaga saya. Namun, saya terlalu muda ketika itu & saya menolaknya. Namun dia terus memberi sokongan sepanjang tempoh saya menerima rawatan. Dia menemani saya menangis, ketawa & saat kesakitan. Tiada siapa tahu, akhirnya saya mampu milik kehidupan saya semula. Saya mampu berjalan semula setelah bertahun . Dan, sebaik saja sihat saya mula menyambung pelajaran saya.

Perjalanan saya masih penuh liku, saya sakit lagi & lagi... Dan dia masih disisi saya. Tak pernah sekali tinggalkan saya. Walaupun penuh kesusahan, saya cuba habiskan pengajian saya. Hinggalah saya berada di sem 5, selepas saya keluar wad.. Dia dgn sepenuh hati bertemu keluarga saya utk jadikan saya isteri supaya lebih senang utk menjaga saya tanpa ada batasan. Dan setelah berfikir panjang, akhirnya saya setuju. Pada 16.32006 kami selamat ditunangkan & kami sah bergelar suami isteri pada 26.10.2006. Syukur alhamdulillah, disebalik kesakitan & dugaan mu ini, kau hadirkan seorg insan y ikhlas & menerima diri ini seadanya supaya hati ini sentiasa senang & tenang.

Pelbagai lagi ujian y menimpa hubungan kami. Antaranya, pada tahun 2008 saya koma utk tempoh y panjang ketika mengandungkan anak kami. Syukur alhamdilillah, benih cinta kami berjaya diselamatkan di atas kehendakNya. Dialah kekasih hati y diciptakan Allah utk menjadi tempatku berlindung & menerima kasih sayangnya. Terima kasih diatas kesabaranmu sepanjang mengenali diri ini. Dan kini sudah 9 tahun kita saling mengenali & cintanya , layanannya masih seperti dulu. Dan..... tiada lelaki lain y mungkin merelakan dirinya diabadikan utk wanita y sakit seperti ini melainkan dia MOHD FAIN BIN ARIFFIN. Terima kasih atas segalanya :-)

" SAYA MENGEJAR CINTA SEJATI, 
NAMUN TANPA DISEDARI IA HANYA DI DEPAN MATA"
*
*
*
*
*
*
*
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
Terimalah lagu hari raya dari Asya
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

63 comments:

Che Rosliza Che mat said...

Kenangan lalu memang indah di kenangkan kembali...Selamat Hari Raya Aidil Adha Lya...Semoga terus tabah dan kuat...di samping fain..

pnsusu said...

tahniah..happy anniversary.....
Moga bahagia sentiasa milik lya n family....

kasihredha said...

Semoga bahagia hingga akhir hayat..
Selamat Hari raya haji

mummY daniSha said...

epi annv lya....semoga berbahagia ke akhir hayat =)

inazamri said...

akak baca kisah lya ni ,terasa naik bulu roma akak...terus rasa sejuk.Betapa tabahnya kalian.Akak tetap doakan lya fain dan asya bahagia hingga ke syurga.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

happy anniversary in advance utk lya dan suami....wah dah 6y kan..wani doakan semoga ikatan perkahwinan antara lya n fain berkekalan hingga ke syurga bersama asya tercinta....dah mcm2 suka n duka yg lya n fain lalui kan..semoga kalian lebih tabah untuk mengharungu liku-liku kehidupan di masa akan datang..Insyaallah...Amin <3

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam Lya..

hmm..terharunye baca..
tahniah lya & fain..
selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 6 thn :)

semoga ijabkabul kalian berkekalan hingga ke jannah.. untung asya dpt papa & mama yg penyanyang..asya jaga mama& papa elok2 tau :)

comey sungguh mek nyayi :)

salam aidiladha juga.. :)

umialya said...

hiba akak membaca nukilan Lya.. Insya Allah kebahgiaan sentiasa bersama kalian, selamat ulangtahun..

Cik Nur said...

Sweetnya suami Lya..bukan senang nak jumpa lelaki yg betul2 mcintai kitakan.. :)

Nur doakan moga hubungan Lya dan suami kekal hingga ke Syurga bersama putri tersayang..Amin..!


Selamat ulangtahun perkhawinan Lya.. :)

mama aini said...

assalam lya..`hepi annivesary dear`..semuga berbahagia selama2nya..amin..mama ucapkan dulu bolih !!.. :)
ia lya..lelaki yg hadir waktu kita kesakitan & terluka adalah lelaki yg mampu merawat luka & menjaga waktu kita dlm kesusahan..beruntung lya punya suami yg berkorban segala2nya demi lya..alhamdulillah..en.papa juga spt suami lya..dia juga ada ketika mama ketawa.,menangis & kesakitan..dan dia juga berkorban wang ringgit tanpa berkira utk memulihkan penyakit mama dan dialah juga insan yg sering menangis bersama mama waktu mama `down`..sob2x.. slm sayang & salam aidiladha dr mama buat lya & family..

Deq's Qienz said...

Tahniahh. Hapi aniversary..Bestt kisah pecintaan lya..bkn mudah org nk trima kite kalo tau kite sakit tp tidak pd fain..mg kalian kekal bahagia hingga akhir hayat..ohya tarikh korang betunang genap sy 17thn..hihii.

Rosidah Binti Muhamad said...

selamat menyambut ulang tahun perkahwinan lya..

izan mama mia said...

akak doakan mg kalian bahagia sampai syurga... selamat ulgtahun perkahwinan..

Asfaliza Mohd Yatim said...

selamat ulang tahun perkahwinan my dear fren. semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa

Chic Na said...

lya beruntung sangat dpt suami yg betul2 ikhlas menyayangi lya tau. moga kasih sayang tu kekal selamanya.

Happy anniversary. :)

.:fyzz:. said...

Kdg2 kita x myedari cinta sejati hadir sekali dlm hdup kita...dia. .Suami lya amt cintakn lya..moga kalian terus bsama.dunia akhirat.amin

Si Matatajam said...

Terharu dan sebak M baca entry ni...semoga bahagia hingga ke Jannah..Bertuahnya Lya dianugerahkan Allah insan bergelar suami seperti Fain...

kinara kinatara said...

engalir air mata baca entry akak nyh..masih adakah lelaki seperti suami akak di dunia ni..


kina doakan semoga akak dan suami terus bahagia kekal sampai syurga..insyaallah..:)

selamat ulang tahun perkhawinan:)

Kesuma Angsana said...

tahnaih moga kekal bahagian hingga ke syurga ye

Deqla manjew said...

HAPPY ANNIVERSARY buat lya dan suami.. moga kekal bahagia hendaknya sampai syurga..tacing betol baca kisah cinta lya..untung lya punya dia yg sentiasa di sisi lya waktu ssh sng mahupun skt dan sht..

rieda_ffya said...

tahniah both of u...happy annivesary. semoga lya n fain kekal hingga akhir hayat...dia terbaik buatmu..

Deqla manjew said...

owh yer, salam aidiladha buat lya dan sefamily.. :)

Arina Shamsul said...

pergh...tetiba mama sebak baca kisah cinta ini dear..

begitu tabahnya dia..

tahniah buat kamu yang sudah memiliki hati si dia :)

moga jodoh dan kebahagiaan berkekalan dunia akhirat..amin~

ieda said...

indah ...
selamat hari raya aidiladha dari akak buat lya dan keluarga ..
akak sentiasa mendoakan agar lya sihat dan dpt meneruskan kisah kehidupan ini .. insyaallah
dan
selamat ulangtahun perkahwinan dik !

Lelaki Ini said...

swwwt sgt2!
semoga kekal hingga akhir hayat

Cik Awin said...

hepi anniversary lya... 6 tahun melayari bahtera rumahtangga, bermacam dugaan, halangan , kenangan pahit juga kenangan manis diharungi bersama....

LydSunshine said...

Bila baca kisah Lya ni, saya semakin yakin bahawa Allah itu benar-benar Maha Adil dan Maha Bijaksana. Dia uji Lya dgn kesakitan, dengan derita dari segi kesihatan, tapi dia anugerahkan untuk Lya, cinta suami yang bagi saya memang sangat jarang ada di zaman sekarang ni. Lya beruntung sangat. Semoga hubungan Lya dgn suami akan dirahmati dan diberkahi Allah. InsyaAllah. Tak lupa jugok utk semek Asya tu. Semoga tercapai cita2nya untuk menjadi seorang doktor. Sakit Fain cemana? Teruk tak?

suhaina laui. said...

tahniah lya....semoga terus bahagia n kekal abadi....

Mama Zharfan said...

happy anniversary utk lya & fain :)

Wak Gelas™ said...

slmt ulgtahun perkawinan kamu dn slmt ariraya qurban jugakk..

Totie@Tomy said...

happy anniversary...semoga cinta itu abadi samapai surga amin....

Haryati Faizal said...

selamat ulangtahun perkahwinan lya n fain...

semoga ikatan antara lya ngan fain terus berkekalan hingga ke akhirnya... Amin...

Nafira usof said...

Tahniah untuk lya dan fain..
Moga kebahagiaan ini kekal hingga ke syurga..

Tersentuh sangat bila baca kisah cinta lya dan fain nih... Lya bertuah sgt dikurniakan suami sebaik fain.. Susah nak carik lelaki yang ikhlas zaman sekarang ni.

Cinta Misteri said...

Ya Allah....inilah bukti cinta sejati, kamu berdua mmg sudah ditakdirkan bersama.

CiM doakan agar Lya & hubby bahagia selamanya.

You deserve it, he is your prince charming :)

Yana Libra said...

happy anniversary kak..moga akak ngan suami bahagia hingga ke syurga~ :)

MulutPayau said...

Salam aidiladha dear...

Semoga benih cinta yg tumbuh terus subur dan mewangi hingga ke akhirnya.......Selamat ulang tahun prkhwinan dear....

fiqkbe said...

so sweet.. ;) hepi anniversary ;D

Tihara said...

as salam

terharu baca kisah awak..moga bahgia duni dan akhirat..alhamdulillah ada puteri yg comel..moga sihat selalu dan dirahmati :)

mamalieyna said...

hAPPY ANNIVERSARY BUAT LYA N FAIN..KEKAL TABAH & BERBAHAGIA SELAMANYA ~

HEHE..COMEL ASYA NYANYI.. PANDAI~ ^_^

Mrs Velentine said...

selmat ulang tahun perkahwinan,,,kisah cinta buat sya sedih..

mama aryan said...

semoga ikatan perkahwina,kasih & sayang itu terus berkekalan..

dya bunga said...

happy annivesary lya..:)

Kakzakie said...

Tahniah Lya dah 6 tahun melayari bahtera sebagai pasangan dan dikurniakan cahayamata idaman. Moga terus bahagia...

Selamat ulangtahun perkahwinan dari kakak buat Lya dan Fain.

CikNana said...

Selamat UlTah perkahwinan.:)semoga bahagia selalu..

PinkUmmi said...

Happy Anniversary dear :)

Sedih saya baca kisah awk nih...Sesungguhnya suami awak seorang yg benar2 menyayangi dan menyintai awk seikhlas hati...bukan senang cari lelaki yg sgup menerima keadaan kita yg sakit kan...Syukur, awk dipertemukan dengan insan yg benar2 ikhlas...

ct rahani said...

happy anniversary lya n fain.. semoga bahagia sentiasa jadik milik kalian berdua.. amin..

Karukord Jagau's said...

moga bahagia selamanya.....amiiiiinnn

C'Jai said...

Barakallah..semoga Lya tetap menjadi bisasari Fain hingga ke syurga...berbahagialah kalian mengharungi kehidupan ini... setiap orang mampu memiliki kebahagiaan dengan cara mereka sendiri... :)

Zie said...

Semoga berkekalan lya.. hepy aniversary zie pun akan sambuat ulangtahun tak lama lagi

QA's ~ mamapapa said...

subhanallah..beruntungnya Lya ;)...mana mgkin dpt kita jmpa lelaki sbaik Fain lg kt dunia ni..Lya betul2 brtuah,sis...semoga terus brbahagia & kekalla hendaknya keharmonian,kasih sayang & keikhlasan sesama kalian berdua,insyaAllah :)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Happy anniversary Lya...
Moga Kekal bahagia hingga ke syurga...~

amirah said...

happy anniversary lya dan suami....dah 6 tahun tu..lagi lama dr akak..semoga kekal hingga ke syurga ye

wan nurul hezrina said...

hepi belated aniberseri lya...nurul baru nak ucap..korang nie mmg pasangan Allah bagi.pasangan sejati..semoga kekal bahagia bersama=)

Masya said...

happy anniversary lya.. moga kekal hingga kesyurga...

Ema Blog said...

selamat hari ulangtahun untuk Lya dan Fain..moga berkekalan hingga ke syurga..

sal ya said...

happy belated anniversary. Allah itu lebih tahu...

Julianazriana Jaafar said...

sangat terharu dengan kisah ini.
saya sering tertanya-tanya sebelum ini adakah cinta sebegini. rupanya memang ada dan membuatkan saya semakin yakin bahawa ada jodoh saya diluar sana :)
selamat ulang tahun perkahwinan ke 6.

im your new reader:)
www.julianazriana.com

N.Aima K said...

alhamdulillah happy belated anniversary

QasehnyaRania said...

selamatulangtahun lya..

su doakan yang trrbaik buat lya skeluarga

shuhadaothman said...

lap air mata bce kisah akk. semoga bahagia sampai ke syurga :)

Cik Aini said...

tetiba rs sebak bila bc entry Lya nih..
rs sgt mencabar kehidupan lya.rs x mampu nk menanggungnya tp Allah tahu Lya mampu..kalo x,xkan ujian sebenar ni diberikan tuk Lya..mmg betulkan..pasti ada hikmah di sebalik kejadian..Allah hadirkan Fain dlm hidup Lya dan anugerahkan Asya permata x ternilai tuk Lya & Fain..lengkap hidup Lya wpun byk cabaran yg Lya tempuh sblm ni..
harap Lya stiasa kuat & tabah demi Asya & Fain..

9n0L4 said...

sgt kagun dgn kisah cinta ni. kalau buat novel atau filem, mesti menyentuh hati sume orang. :)

Eca Dwinky Asha said...

membaca kisah ini di tahun 2016...tiba2 rasa nak mengalirkan airmata...agungnya sebuah cinta tu kannn?