Friday, November 30, 2012

"SEGMEN:6 pekara tentang saya II"

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebenarnya dah lama sangat2 nak join segmen Kina ni. Lagi pon segmen ni menarik, iaitu berkaitan dengan diri kita sendiri. Dah lama tersimpan dalam draf, tapi kerana kekangan masa tu..asyik tertangguh.. Sampailah tadi baru terperasan dateline segmen ni 30.11.12. Yang duk tangguh2 tu sebab mencari masa yang betul2 lapang untuk fikir idea apakah 6 perkara yang nak dikongsikan.. Tapi nampaknyer, dalam ruang waktu yang sedikit ni, cuba untuk siapkan entri ni.


6 PERKARA TENTANG
 L.Y.A.F.R.I.N.A

1. Asal usul nama LYAFRINA
Saya tak pasti sama ada saya pernah ceritakan ke idak tentang asal usul nickname saya ni. Kalo ada pon, maybe dalam entri tahun 2009 dulu kot. Sebenarnya semasa mula2 create blog dulu, macam2 nama yang saya fikirkan... Tapi saya nak "satu" nama tu yang 1 dalam sejuta.. hehe.. eyhh.. ada ke blogger lain nama lyafrina ye? Selain tu, saya nak nama yang senang disebut & diingati.. Dan saya nak juga nama nickname blog ni simbolik disebalik HATI kami bertiga. Akhirnya dapat nama LYA-F-RINA. LYA   adalah nama penulis blog ni... saya lah. F pula untuk penyokong setia blog ni, iaitu FAIN a.k.a papa asya. Dan RINA daripada nama AFRINA yang merupakan pemilik blog ini sebab dalam blog ni adalah sejarah yang disimpan buat dia. Kenapa F mesti diantara LYA & RINA? Sebabnya LYA & RINA sama2 memerlukan F & F akan sentiasa ada diantara kami berdua. Sebelum orang tanya pasal AFRINA tu, meh saya jawab dulu. AFRINA tu adalah asya.. nama penuhnyer NUR FASYA AFRINA. Saya pasti setiap blogger mesti mempunyai maksud tersirat disebalik nama samaran kan. Dan, lama kelamaan, saya semakin sebati dengan nama ni & memang serasi dengan saya. 

2. Lya Cinta Fotografi
Saya amat mencintai fotografi, sejak dari kecil.. Sejak di bangk sekolah lagi, kalo kemana-mana mesti sentiasa bawa kamera, walau ke sekolah. Ingat lagi masa zaman guna negatif filem dulu,,, sebulan saya akan sediakan 2 gulung negetaif. Memang kawan-kawan baik saya sejak azali lagi dah tahu saya ni suka bergambar, sampai ke zaman u...& hingga sekarang. Kat rumah saya ada bertimbun koleksi gambar2 sejak dlu lagi.. Kalo kawan2 sekolah lama cari gambar masa zaman belajar dlu, mesti dia orang akan tanya saya sebab saya memang ada banyak sangat koleksi gambar dari zaman2 sekolah rendah+menengah+belajar. Cuma bila bergelar blogger ni, saya leh sharekan hobi saya kat sini. Dan lagi membuatkan saya teruja bila ada anak.. setiap perkara tentang asya mesti saya nak rakam... 

3. Biru + Hijau
Saya sangat sukakan warna biru & hijau... Sebab warna biru memberikan kedamaian...dan warna hijau memberikan ketenangan.. BIRU & HIJAU juga merupakan warna alam... warna yang begitu mempersonakan.

4. Tidak Boleh Memandu
Percayakah anda... saya tidak boleh memandu. Inilah hakikatnyer. Sebenarnya dulu saya boleh je memandu. Tapi sejak saya sakit+lumpuh dan bila keadaan makin pulih.. saya tak mampu buat semua tu. Dan saya doc sendiri pon x benarkan saya memandu sebab risiko terkena serangan sangat tinggi yang boleh membahayakan nyawa sendiri & orang lain. Sejak itulah, walau kemana saya pergi, Fain yang akan hantar ambik. Kadang2, saya rasa kesian... saya nak cuba belajar semula.. tapi dia tak izinkan.. Katanya, selagi dia hidup biar dia je hantar kemana-mana saya nak pergi. Tapi, saya harap sangat2 suatu hari nanti Fain bukakan pintu hati dia untuk beri pelang saya memandu....

5. Pernah Kehilangan Penglihatan, Suara & Lumpuh 
Pernah melali detik-detik kegelapan dalam kehidupan. Pernah kehilangan kekuatan... dan melalui hari-hari yang begitu sukar dan menyedihkan.. Di usia 18tahun, saya akur kehilangan nikmat untuk melalui hari-hari yang indah seorang remaja. Ya... hingga ke hari ini semuanya masih teasa & terkilan di hati. Di usia itu, saya harus terima hakikat yang saya kehilangan segalanya... kehilangan sebelah penglihatan, kehilangan daya untuk bercakap & lumpuh dari pinggang hingga ke kaki. Ya allah, mengingatkan saat itu, amat menikam jiwa. Betapa payahnyer untuk menerima kenyataan.. Namun syukur kepada-Mu Ya Allah, berkat kesabaran ku menempuhi ujian mu.. walaupon hampir bertahun menyembunyikan diri dari manusia, akhirnya hambamu ini mampu mendapat semula sinar kehidupan untuk kembali berdiri sama tinggi dengan insan lain. 

6. Suka SENYUM ;-)
Perkara ke-6 tentang saya... Biarlah sesuat yang indah... Saya suka senyum..akan sentiasa senyum tak kisah pada saat tu saya diuji ata dalam kesedihan... saya akan sentiasa senyum. Kerana senyuman itlah penawar HATI. Dan, saya pon paling suka tengok orang senyum... bagi saya senyuman itu terlalu indah .. Senyuman itu dapat menghasilkan 'nur' pada wajah. 

Dengan itu, saya menjemput mereka untuk join segmen ini:

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, November 29, 2012

Pengalaman Asya Jumpa Dentist

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lokasi :
Klinik Pergigian  Batu 2 1/2

Tarikh :
26 . 11 . 2012

Rutin wajib buat asya, 6 bulan sekali memang saya akan bawa asya jumpa dentist. Selain penting untuk pemeriksaan gigi, tapi ianya penting untuk kesihatan mulut. Mana tahu, ada berlaku apa-apa infection ke. Saya mula bawa asya jumpa dentist sejak umur dia nak masuk 2 tahun. 1st time bawak dulu, memang risau gak.. manatau kot2 dia takut & fobia dengan dentist. Tapi mujur... kali pertama bawak dia dulu, memang dia bagus sangat & tak menangis walaupon time tu gigi dia kena tampal. Ok je dia.. Jadi, bila saya nampak dia maintain & memang tak takut, terus saya jadikannya rutin. 

Untuk pertemuan kali ni, kalo diikutkan dentist nak cabut gigi depan bahagian atas, sebab dah mereput. Tapi, masing-masing kata tak sampai hati sebab asya still kecil. Tapi bila tanya asya, dia ok je nak cabut gigi.. Walaupon sebelum tu dia dah tengok ada seorang kakak menangis lepas jumpa dentist, tapi mujur tak beri kesan takut pada dia.. Dentist gtau, kalo nak cabut pun tunggu asya besar sikit. So, kali ni dentist just sapukan sejenis ubat untuk kuatkan gigi.. Ubat ni memang kat klinik gigi je ada. So, dia suruh datang setiap 6bulan untuk sapukan ubat ni. Lepas sapu ubat...asya tak dibenarkan makan + minum selama setengah jam. Kali ni, dentist xde pon tampal gigi asya, sebab 6 bulan lepas dah tampal. Saya tanya asya, sedap tak ubat tu... Dia kata sedap... rasa angin + pedas-pedas cam ubat gigi. Ekceli asya dah tak guna ubat gigi kanak-kanak, dah hampir setahun++ dia gunakan ubat gigi colgate orang dewasa.

Sempat gak rakam kenangan asya jumpa dentist. 
lets picture talk





Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. So,appoitment seterusnya 6 bulan akan datang iaitu pada bulan Mei, 2013 . Bagi saya, penting dari kecil kita biasakan anak-anak kita dengan dentist, bila besar dia takkan ada rasa fobia bila jumpa dentist. Maybe, appoitment akan datang, dentist nak cabut gigi asya.. Sebenarnya berdebar gak, ntah camner reaksi dia nanti. Tapi mama pasti, anak mama kuat & tak takut sebab asya dah hadapi pengalaman yang lebih teruk lagi sebelum ni kan, sewaktu asya berjuang untuk hidup.. Hari tu, masa tangan dia bengkak kena gigit binatang apa ntah, bawak g emergency room,, terus doc masukkan drip.. mula-mula nampak gak dia cam nak nangis, mengalir air mata. Terus saya usapkan kepala dia & suruh asya tarik nafas kalo sakit. Dan memang dia tak nangis, tai muka dia berkerut tahan sakit kena cucuk drip. Sejak peristiwa tu.. kalo  asya mesti dia akan tarik nafas u melegakan diri . Saya ajar asya camtu, sebab ianya adalah pengalaman saya sendiri.. Bila saya sakit & berada dalam permasalahan.. itulah yang akan saya lakukan. So, ini saja pengalaman asya jumpa dentist untuk kali ni... mama dia asyik bawak anak.. tapi untuk diri sendiri penakut... aduyaiiii... 

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, November 28, 2012

Asya & Pantai

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

* W.o.r.d.l.e.s.s  W.e.d.n.e.s.d.a.y *

Lokasi :
Pantai Chendor,
 Sempadan Kemaman-Kuantan

Tarikh :
End Of September 2012









~ sori tak sempat bw habis semalam ~

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, November 27, 2012

Rise Of The Guardians

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Entri pertama untuk minggu ni. Kelmarin xde entri sebab malam tu tak terdaya nak update + buka blog.. Sakit kepala + dada + sesak nafas gara2 makan durian tak hengat dunia. Ye la, dah hampir nak masuk 2 tahun kot tak makan durian ni. Teringin nak makan, ingatkan cam dah ok.. rupanya still x sihat sepenuhnya. Las makan durian dulu, beberapa jam lepas tu terus tak sedarkan diri & masuk ICU. Lepas tu serik & hanya mampu telan air liur je.. Tapi mujurlah tak melarat.. Berbalik pada tajuk,weekend baru-baru ni sempat bawa asya tengok wayang citer RISE OF THE GUARDIAN kat TGV Mesra Mall lepas settlekan kerja. Sebelum tu 2 cerita terlepas nak tengok, iaitu BRAVE & HOTEL TRANSYLVANIA.. Memang frust gak... lepas ni ada lagi citer animasi THE CROODS, tapi xtau bila tayangannya. Sejak ada anak ni, kalo masuk panggung tengok citer kartun animasi je la.. Tapi oke je, sebab saya memang suka tengok citer2 animasi camni.

Tayangan cerita ni start pukul 3.45pm. Tapi sampai sana dalam pukul 3.30pm camtu, saya turun dulu nak beli tiket sementara tu Fain g parking kereta. Kebetulan hari tu penuh umat manusia.. Sampai-sampai terus ke kaunter tiket. Memang penuh, just ada 4 seat yang tinggal.. 2 seat jauh-jauh.. ishhh.. x sesuai.. Dan 2 seat lagi ada barisan no. 2 dari depan.. Nak tak nak terpaksa la pilih barisan depan tu, coz xkan nak duk asing2 kot. Asya duk atas riba Fain. Sakit gak la  leher....

Si dia yang sangat happy lepas tengok certita ni. Bagi saya perjalanan cerita ni memang best + animasi dia yang cantik. Dan saya tengok asya sendiri pon enjoy & tak bosan layan citer ni. Berbanding dia tengok ICE AGE 4 dulu, siap menguap & nampak bosan ( saya pon rasa agak bosan citer Ice age 4 tu)..  Yang lucunyer, saya leh mengalir air mata masa tgk citer ni... Tapi rasanya Fain pon x perasan, cz gelap.. cepat2 ambik sapu tangan asya & lap mata.. Adala part2 sedih yang menyentuh hati.. Pendek kata, memang enjoy dengan cerita & karekter dalam movie ni. Tayangan citer ni dalam 1 jam 45 min je..

Karekter-karekter dalam Rise Of The Guardian:

* alamakk.. tertingal lak watak Tooth Fairy *
Memang enjoy dengan wataknyer. Kisahnyer Jack Frost terpilih sebagai ahli Guardian baru untuk melindungi kanak-kanak di dunia dari Boogeyman. Dan, ada watak-watak comel dari kanak-kanak dunia.. Alamak, tak ingat nama... tapi satu je yang ingat , nama watak tu "CUP CAKES"...

Selepas keluar panggung, pusing-pusing dalam Mesra Mall.. Lalu je kat kedai Popular terus asya ajak masuk kat dalam. Saya dan Fain dah agak, confirm kena tax ni... Aduyaiii.. kemana-mana, memang wajib la tax untuk dia.

Let's picture talk :-




Lepas beli buku tu, terus bertolak balik... Sebelum balik rumah, isi perut dulu.. Singgah kat Chahaya Mesra Seefood ( dulu dikenali Bangkok Kitchen). Kat sini memang sedap + harga sangat murah.

Menu pilihan untuk kami ber-3, Tom Yam Pok Tek , Ikan Kerapu 3 Rasa , Telur Dadar & nasi putih. Asya makan sikit je... beberapa sudu nasi + telur dadar tu. Mujur la kalo dia makan banyak. memang susah nak bagi dia makan.

Orang sibuk makan, dia lebih asyik belek buku yang baru di-ngappnyer tadi. Tapi buku ni memang bagus, sebab setiap muka surat dia, gambar dia leh buka-buka & dari situ anak leh berfikir, belakang gambar tu ada apa.... Takpe la asya, mujur asya ni jenis sukakan buku.. Better la habiskan duit untuk buku-buku berfaedah daripada mainan kan.. 

** Kualiti gambar yang x seberapa sebab just gunakan HP **

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Friday, November 23, 2012

Penyelesaian Untuk Blog Yang Tidak Boleh Upload Gambar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dari semalam, kebanyakan blog yang saya bw menghadapi masalah untuk upload gambar. Sebenarnya, ianya pernah terjadi pada saya dalam tahun lepas kot. Tapi mujur jumpa penyelaian. Dan, saya pernah buat tutorial cara untuk upload gambar bila kes ni terjadi kat entri ini. Untuk pengetahuan semua, sebenarnya setiap blog ada limit tertentu untuk upload pic, jadi sampai masa memory penuh.. Tapi, xkan kita nak buang pic kat entri lama kan?? sebab itu semua kenangan.. Jadi buat apa tulis blog kalo xleh myimpan kenangan ( bagi blog personal mcm saya ). Dan semalam, ada beberapa blogger yang mengambil langkah untuk detele pic di picasa. Ekceli cara tu menimbulkan masalah lain di blog, iaitu keluar tanda awas. Terus merosakkan penampilan blog. Sebenarnya ada caranya, iaitu just tambahkan author blog. Dan, ramai yang pening kepala bila rujuk tutorial lama saya sebab tutorial tu merujuk pada dashbord blogspot yang lama. Sekarang dashboard dah berubah rupa kan. So, saya ambik risiko untuk cuba tutotial ni menggunakan dashbord blogspot baru. Tapi saya gunakan blog Almari Asya sebagai ujikaji.. Tak berani nak pertaruhkan blog personal ni. Alhamdulillah..berjaya... 

So.... inilah penyelesaian bagi mana-mana blog yang menghadapi masalah untuk upload pic.

pic dari entri lama saya
Jika keluar macam ini, bermakna dah cukup limit untuk upload pic.. Kalo x nak ikut tutorial ni, leh je klik kat purchase more storage. Tapi.. sanggup ke habiskan duit untuk bayar ni??? So kita gunakan cara mudah, just add author.

Sebelum teruskan tutorial ni.. Sila createkan satu acc gmail baru. Ingat, acc gmail sahaja..
selepas create acc baru gmail, just log out & sign in blogspot seperti biasa. 

LANGKAH 1
Buka dashbord blog anda

LANGKAH 2
Klik SETTING yang berada di bahagian kiri blog

LANGKAH 3
Sebaik sahaja masuk ke ruangan setting, terus ke bahagian PERMISSIONS


LANGKAH 4
Klik ADD AUTHORS dan masukkan email gmail yang baru di create tadi. Dan klik INVITE AUTHORS

LANGKAH 5
Sebaik sahaja anda klik INVITE AUTHORS akan tertera seperti pic diatas. Seterusnya, sign out daripada acc asal blogspot.

LANGKAH 6
Dan, sign in dengan acc baru gmail  & anda akan terima email seperti diatas. Klik sahaja line biru tu & secara automatik akan masuk ke bahagian dashbord. Ini bermakna anda telah berjaya tambah author.

LANGKAH 7
So, nampak tak ALMARI ASYA dah ada kat dashbord ni. Ekceli untuk tutorial ni, saya gunakan acc gmail yang sedia ada untuk blog My Only One, malas nak create baru sebab buat just untuk tutorial kan. Kalo yang create acc baru, xde la nampak 2 blog camni. Saya ada 3 blog & ketiga-tiga blog saya gunakan acc yang berlainan.

LANGKAH 8
Tapi kelemahannya bila add new author ni,  sebaik sahaja buka DASHBORD hanya akan tertera ikon2 seperti diatas sahaja. Dimana anda hanya boleh upload pic & create post sahaja. Lain2 setting yillekkkk! Jadi susah sikitkan, xkan setiap kali nak buat post buka blogspot kot acc baru & bila nak komen+approve komen buka acc blogspot lama.. cerewet kan??? So, jangan risau ada penyelesaiannya.. Just follow step dibawah.

Untuk dapat kesemua fungsi blogspot, just hanya perlu tukar kan AUTHOR kepada ADMIN

LANGKAH 9
1. Sign out dari acc baru blospot
2. Sign in pada acc asal blogspot
3. Klik SETTING ---> PERMISSIONS---> BLOG AUTHORS

 LANGKAH 10
Just  klik pada anak panah AUTHOR & pilih ADMIN

LANGKAH 11
Acc email fasyafrina berjaya ditukar kepada ADMIN. Seterusnya, sign out dari acc blogspot yang asal & sign in kepada email blogspot yang baru di create tadi.

LANGKAH 12
Dan hasilnya... dapat semua fungsi blogspot, boleh tulis post, komen, publish komen dll. So, selepas ni terus gunakan acc yang baru di create tadi untuk login blogspot. TETAPI jangan buang acc asal blogspot, takut jadi apa2... ( simpan email lama+p'word dlm diari utk rujukan masa depan)  Acc lama terus kekalkan je sbg admin. So lepas ni , jika admin ke-2 ni dah mengcukupi limit untuk upload pic. Teruskan dengan cara yang sama , iaitu add author yang ke-3 hingga ke seterusnya. Kalo x silap, sesebuah blogspot leh add sehingga 100 author. Bila dah cukup 100 author tu, xleh buat ape r..Nampaknyer, buka blog baru la.. Tapi, xdenyer sampai lebih 100 author kan.... 

Sekian tutorial ringkas ni. Gigih saya buat ni demi untuk membantu blogger-blogger semua. Yela, gambar kan penyeri blog & blog gak ibaratkan album online. Bagi saya, blog ni lah tempat untuk saya menyimpan & menceritakan setiap detik pembesaran asya tersayang untuk tatapannya bila dewasa nanti.

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Thursday, November 22, 2012

Kaedah Perancangan Keluarga : IUCD

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari Khamis muncul jua... Bagi saya yang d pantai timur, memang melonjak hepi la bila tiba hari Khamis ni. Ye la.. eskkan weekend. So, plannyer nak bawak asya tengok wayang citer Rise Of The Guardian. Harap menjadi la plan ni. Berbalik pada tajuk, arini just nak share sedikit sebanyak tentang IUCD. IUCD merupakan sejenis perancang kehamilan tanpa hormon. Disebabkan masalah kesihatan saya yang kronik & saya memang tidak dibenarkan mengandung , jadi untuk menghalang kehamilan saya memilih untuk memakai IUCD. Kenapa tak makan ke pil perangcang atau cucuk perancang??? 

Jawapannya, kerana masalah kesihatan & ubatan yang saya harus ambik seumur hidup terlalu banyak + kuat ( walhal... tanpa pgetahuan doc, dah hampir setahun saya tak makan ubat nieyh.. ngeh2.. Darah pon patut ambik setiap bulan, tp dah lama saya x pegi & checkup bulanan pn saya myepikan diri. Ingat, start next year nak samb balik walaupon saya tahu, masakla kena bebelan nanti ), jadi hormon - hormon ubat perancang akan berlawanan dengan ubat2 saya. Selain tu, kerana masalah Injap Jantung Berlubang, memang xleh sebarang jenis ubat yang berhormon.. sebabnyya ianya akan memudaratkan diri saya. Seperti apa yang berlaku tahun 2009 dulu.. Bermula trajedi 2009 dulu, selepas operation sepatutnya doc akan terus ikat peranakan saya. Tapi, sehari sebelum tu, hasil luahan hati ke hati saya dengan doc pakar o&g waktu tu, dia suggestkan saya pakai IUCD.. Sebab dia pon kasihan kan saya, sebab usia saya terlalu muda (24 tahun) waktu tu u ikat peranakan.. Dan, saya pon takut sebenanrnya... sebab dalam HATI ni sentiasa mengharapkan keajaiban. So, selepas operation tu, doc terus masukkan IUCD dalam rahim saya. Jadi, tahun ni, 2012 adalah tahun ke-3 IUCD berada di dalam rahim. Kalo ikutkan bulan 12 ni cukup tempoh expired. Tapi, saya cabut awal, iaitu bulan Oktober aritu. Kenapa awal??? Ade cerita dibebaliknya..

Al-kisahnya, waktu tu badan saya selalu tak sihat + demam & macam-macam lagi. Tambahan lak waktu tu saya sesak nafas + muntah + loya. Saya jadi konfius.. Adakah saya mengandung lagi??? Bila pegi klinik katanya darah saya terlalu rendah + masalah jantung ( pgalaman saya sbg pesakit jantung--> selalu rasa mual+muntah+sesak nafas). Tapi, sampailah satu pagi salah seorang ofismate (lelaki + bujang) bersuara " k.lya dah sihat ke??? biasa org ade darah rendah ni pregnant.." Terus masa tu saya terfikir, adakah saya mengandung?? Kebetulan ofismate saya ramai y mengandung. Salah sorang ofismate beli UPT, dan ade 1 lebihan... ( ofismate +ve mgandung), terus test..memang nerves sangat2... Dan hasilnyer.... 2 line ( 1 line terang, 1 line terlalu kabur). Masa tu saya rasa nak menangis... memang happy sangat! Masa tu terus saya cakap pada ofismate, kalo betul mengandung...saya terus nak beli barang baby+ baju mengandung sebab saya nak sangat rasai pengalaman tu.. Sebab semasa saya mengandungkan asya dulu, saya x pernah rasai semua tu.. Sejak awal hingga ke akhir mengandung asya dulu saya koma + terlantar di hospital. Bayangkan, sewaktu menyambut kelahirannya xde apa2 kelengkapan pon, melainkan 2 helai baju yang sempat tok ma asya belikan.. Memang saya sedih sangat ingat saat tu. So, dengan penuh harapan.. saya terus sms Fain & dia happy sangat. Terus tulis status kat FB, mesti dia happy sangat. Saya dah gtau kat dia... kalo sahih saya mengandung saya nak terus beli barang-barang baby sebab saya takut xde kesempatan macam sewaktu saya mengandungkan asya dulu. Sebab saya tahu, keadaan saya akan menjadi kritikal bila kandungan mula membesar. Sebab itulah pengalaman saya sewaktu mengandung ke tiga-tiga kandungan.. Semuanya saya koma + masuk ICU.. Cuma, asya seorang yang berjaya diselamatkan dengan keajaiban Allah swt.  

Hingga keesokkan harinya, perut saya terlalu memulas + sakit teramat sangat. Selepas tu keluar banyak darah. Masa tu hati saya dah mula rasa sedih... Saya ke klinik & tunjukkan UPT test tu.. Dan doc kata memang nampak line tu.. Tapi xleh nak confirm saya mengandung ke tak. Sekali lagi doc buat UPT test, dan resultnyer memang -ve... ;-( patah seribu hatiku....... So, terus doc suruh tukar baru IUCD yang kat dalam rahim saya ni. Memang saya akui, hati sedikit kecewa. Tapi, saya pasti semuanya ada hikmahnya. Saya redha.. sebagaimana saya telah kehilangan 2 orang anak sebelum ni... sehinggalah kehadiran asya. Ujian ini sungguh indah di akhirnya.

So, untuk kali pertama nak merasai proses membuang + memasang IUCD memang menakutkan. Sebab semasa tahun 2009 dulu , IUCD dipasang selepas melakukan pembedahan dalam keadaan saya x sedar. So, memang saya tak ada apa2 rasa. Untuk kali ni, memang mendebarkan... Masa terbaik untuk buang IUCD ialah hari pertama period.. so, doc terus buangkan IUCD haritu. Untuk pasang lak hari ke3-4 period. 

Apa rasa semasa cabut IUCD?
Sape2 yang pernah buat pap smear, rasanya same aje.. Xde menyakitkan pon... Cuba rasa macam sesuatu tercabut semasa doc tarik IUCD dalam rahim.

Apa rasa semasa pasang IUCD ?
Masuk hari ke-3, saya jumpa doc untuk pasang IUCD. Tapi ujian buat saya sebab doc memang x dapat masukkan IUD. Saya tak tahu kenapa?? Katanyer rahim saya ape ntah... Saya di refer pada O & G.. hasil scan katanyer rahim saya berliku-liku sket. Katanya, normal cuma yang saya berliku so memang pakar je yang boleh pasangkan. Kalo ikutkan, semasa pasang IUCD saya patut masuk dewan bedah + bius sebab takut effect pada masalah kesihatan saya. Memang saya takut & berdebar. masa tu dalam hati terus berkata... " sebab apa semua susah untuk aku?? orang lain x perlu lalui azab macam aku untuk perkara yang simple ni".. memang sedih sangat kat hati ni. Untuk menyedapkan HATI... " aku redha, sebab aku seorang yang istimewa" ...  Hasil pemeriksaan pakar O&G aritu, dia nak cuba masukkan secara biasa tanpa masuk dewan bedah.. sebab penyakit saya ni banyak mende yang risiko, termasuk dengan ubat bius. So, saya berserah sepenuhnya pada Allah untuk permudahkan segalanya. Walaupon saya terpaksa melalui kesakitan yang luar biasa waktu, tapi saya bersyukur akhirnya IUCD ni berjaya menempatkan diri dalam rahim. Buat kawan-kawan semua, jangan takut untuk memakai IUCD, sebab iannya xdelah menyakitkan.. cuma saya ni special kes.. so prosedur dia sangat2 special+meyakitkan.

Apa Yang Rasa Lepas Pasang IUCD ??
Rasanya, biasa aje.. Xde rasa sakit atau rasa rasa bendasing. Semuanya rasa normal seperti biasa. Cuma, baru saya tahu rupanya pakai IUCD ni akan membuatkan sengugut makin perut & selalu krem kaki+perut tiap kali period. Kalo x period pon selalu krem.kadang2 rasa cam kontaksi . Selain tu, darah period banyak sedikit. Tapi saya tak tahu la orang lain camner..

Sampai bila saya nak pakai IUCD??
Ntah, saya tak mampu menjawabnya. Sebab saya sentiasa mengharapkan keajaiban.. Saya xde pilihan lain untuk merancang melainkan pakai IUCD , KONDOM dan IKAT PERANAKAN. Kalo ikutkan doc, nasihatkan saya terus ikat je.. sebab katanya.. memang keadaan kesihatan saya ni xleh mengandung. Tapi, saya masih berat HATI nak ikat rahim. Takut akan menyesal. At least, saya mengharapkan ade sekali lagi peluang. Tempoh expired IUCD ni tahun 2015.. So, saya akan cuba untuk tahun 2016 kalo ditakdirkan umur panjang. Mana tahukan kalo ade keajaiban tu?? Atleast kalo apa2 berlaku pada saya waktu tu, asya dah besar & mampu berdikari. Apa-apa pon saya xleh penting diri demi memuaskan hati ni. Masih ade insan yang perlu saya fikirkan, iaitu asya yang sentiasa memerlukan saya.  Kalo lepas tu, memang itu takdir buat saya, saya akan ikat terus peranakan ni.

Kat Mana Nak Dapatkan IUCD ni??
IUCD ni just ambil di klinik ibu mengandung... Dan pasang di klinik swasta. Kosnya kalo kat sini dalam RM30. Kalo ambik alat ni kat klinik swasta memang kos melambung mahal... so, ambik kat klinik kerajaan ibu mengandung aje. Cam saya special, ketua pakar o&g hosp kerajaan y pasangkan kat saya.. Untuk buang dan pasang selepas ni pon, sy akan direct ke klinik pakar O&g.. Bagi y sihat & normal.. dia orang just bekalkan alat tapi untuk buang & pasang kat klinik swasta..

Sedikit info tentang IUCD
( Ni 1st time tgk rupa IUCD depan mata, sebab semasa pasang IUCD tahun 2009 dulu saya dalam ward + tak sedarkan diri.. )

Apa itu IUD?
IUD ialah satu alat plastik kecil yang diletakan didalam rahim wanita sebagai cara untuk mengelak dari hamil. Terdapat 2 jenis IUD di Malaysia. Satu jenis mengandungi ubat progestogen yang dipanggil MIRENA dan satu lagi IUCD yang mengandungi kupur didalamnya.


Kesan sampingan?
IUD selalunya jarang memberikan masalah tetapi kadang kadang ia boleh menyebabkan haid yang banyak, sakit belakang semasa haid dan spotting ditengah kitaran haid. Jarang jarang ia menembusi rahim dan berada diluar rahim. Kesan sampingan dengan MIRENA pula ialah aliran haid menjadi kurang dan kadang kadang tiada haid langsung bagi sesetengah orang.


Takat mana keberkesanan IUD?
Satu hingga dua dalam 100 orang mungkin hamil dengan memakai IUD cooper. Bagi MIRENA pula ia adalah lebih efektif iaitu 1-2 dalam seribu orang
Bagaimana pemakaian IUD dibuat?

IUD dimasukkan oleh doktor, biasanya diklinik dan memakan masa selama 5 minit sahaja. Sebaik sahaja IUD dimasukkan ia akan berkesan serta merta. IUD boleh dipakai sehingga 5 tahun bergantung kepada jenis IUD anda.


Bagaimana IUD bertindak?

Bagi IUD yang mengandungi kupur ( copper ), kehamilan dielakkan dengan menghalang sperma dari memasuki rahim dan bersenyawa dengan telur. Ia juga bertindak dengan menghalang telur yang sudah tersenyawa dari melekat di dinding rahim seterusnya menghalang implantasi dari berlaku.

MIRENA pula ialah IUD yang mengandungi hormon progestogen, bertindak lebih kurang sama dengan IUD biasa tapi dengan satu tindakan tambahan iaitu menipiskan dinding rahim seterusnya menyebabkan rahim tidak bersedia untuk implantasi berlaku. MIRENA sangat sesuai untuk mereka yang mengalami haid yang banyak kerana aliran darah haid menjadi lebih sedikit dari biasa dengan memakai MIRENA.

~ owh..panjangnyer entri ni..tanpa  sedar . xpela... one day... asya mesti tak jemu baca kisah mama ni kan~

HASIL BW, SAYA DAPATI RAMAI  SAHABAT BLOGGER HADAPI MASALAH UTK UPLOAD GAMBAR SEBAB DAH CUKUP LIMIT. SO , ADA YANG BUANG PIC2 LAMA DLM ENTRI HINGGA MEMBERI KESAN LAIN. EKCELI ADA CARA LAIN JIKA MASALAH NI BERLAKU.. JUST ADD NEW AUTHOR. KALO X SILAP SATU BLOG BLH ADA SAMPAI 100 AUTHOR... SO INI TUTORIAL BUAT SAHABAT-SAHABAT YANG ADE MASALAH UNTUK UPLOAD GAMBAR DISEBABKAN  MELEBIHI HAD MAKSIMUM----> http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2011/01/tutorial-upload-gambar-bila-melebihi.html
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Wednesday, November 21, 2012

Asya & Amsyar

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

~ Wordless Wednesday ~

Tarikh Gambar Diambil :-
Februari 2012
( punyela lama peram)




* Amsyar, cucu kepada jiran... Muda 2 tahun dari asya. *


Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

Tuesday, November 20, 2012

Happy 4th Birthday : Asya & Family

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ok... ni last part untuk entri Majlis Hari Lahir Asya yang ke-4 pada 3.11.2012 yang lalu.. Dah lama tertangguh sebab kekangan masa dan macam hal yang berlaku. Entri kali ni just untuk menyimpan kegembiraan asya meraikan usia yang ke-4 bersama insan-insan yang amat menyayanginya. Mama pasti, bila asya besar nanti & tengok semula gambar-gambar ni mesti asya tersenyum & happy. Asya sayang, mama doakan moga asya sentiasa dibawah lindunganNya & membesar bagaikan juara seta berjaya di dalam setiap perkara yang asya lakukan. Mama doakan moga asya dijauhi daripada segala tipu daya dunia..

Lets picture talk :-

My Small family
BUT
Full with L.O.V.E

Asya & her Cousin :
Penyeri majlis kecil-kecilan tapi meriah 
Tudung hitam- Nek ma asya ( MIL )

Ni memang aksi spontan.. Tiba-tiba eril kiss asya...

Berselera asya makan kek pingu dia.
*
*
*
*
*
*
Surprise buat asya dari Mama + Papa
*
*
*
*
*


Mama happy bila tengok asya happy. Dia begitu teruja bila dapat Mini Kitchen idaman dia.. Selama ni dia asyik tengok kat youtube aje.. Dan untuk hari lahir dia, memang saya buat surprise untuk asya. Selama ni saya x pernah beli mainan utk birthday dia. Saya lebih suka hadiahkan sesuatu yang berguna.. Kebiasaannya, tiap2 tahun saya bagi hadiah baju. Tapi kalo ni saya berikan dapur mainan idaman dia. Memang dia sangat2 teruja !


Syukur alhamdulillah.. majlis untuk asya berlangsung dengan lancar walaupon hanya kehadiran adik beradik saya & sepupu asya. Untuk tahun ni, memang x panggil kawan-kawan , hanya sekadar meraikan dengan keluarga. Walaupon begitu, saya tetap buatkan yang terbaek untuk asya. Menu hidangan pada hari tersebut ialah Nasi Putih, Daging Masak Putih, Sup Tulang, Sayur Lemak & pelbagai lagi lauk + kuih muih sampingan. Majlis ni lebih kepada makan-makan family.


Kenangan Ulangtahun Kelahiran Nur Fasya Afrina Yang Ke-4 Pada 
3.11.2012 :-

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

KiSah HiDup KiTa :

My Girl (199) Asya's Story (137) WEEKEND (115) in N.A.T.U.R.E (99) Kata HATI LYA (98) MyHappyFamily (80) About Me (77) M.A.K.A.N.A.N (75) AIDILFITRI OR AIDILADHA (72) INFO (67) Asya's School (59) MACAM2 ADA (57) Friend (56) M.E.M.O.R.Y (53) CAREMONY (51) Ramadhan (51) Sinopsis (51) DapurLyaBerasap (49) Shopping (47) Birthday (46) Love IS Cinta (46) PERISTIWA (46) H.A.D.I.A.H (45) Jom Singgah (45) Photoshoot (44) Singgah Rasa (44) Blogger (40) C.O.N.T.E.S.T (40) F.A.M.I.L.Y (40) My L.O.V.E (39) CINEMA (35) Check-Up (33) D.I.A.R.I (33) Let's Eat (33) NuFF (33) XTVT (31) OFFICE GSSB (30) SPECIAL DAY (30) Asya's Friend (29) H.O.L.I.D.A.Y (29) MamaAsya (28) Tempat Makan Best Di Kemaman (27) Tempat Makan Best Di Terengganu (27) Video (27) S.A.N.T.A.I (26) TenangJiwaBatin (26) Blog Cahaya Hatiku (25) I love ISLAM (25) mama+papa+fasya (24) Beauty N Health (23) Isu (20) PLAYground (20) Throwback (20) Do It Yourself (19) Villafasyafrina (19) Jom Jalan-Jalan (17) My Hobby (17) I care..U Care.. We Care (16) Bento Asya (15) Novel (15) Artis (14) Fotografi (13) Pregnant (13) Membesar Bagaikan Juara (12) Papa Asya (12) fasyafrinatraveltales (12) Medical (11) TUTORIAL (11) DecobyLya (10) Deko VillaCintaku (9) Ganu's Word (9) Kata2 Hikmah (9) KuMeowww (9) PETUA (9) Idea Bento (8) Travel (8) Parenting (7) mama+papa (7) Tempat Makanan Best Di Kuantan (6) Ulangtahun Perkahwinan (6) L.U.C.K.Y (5) Ofismate (5) Lyafrina's Instagram (4) Family Day (3) Mamalovefasyafrina (3) Public Holiday (3) DIALOG (2) HOTEL (2) T.A.G (2) BekalMama (1) KamarBeraduFasyafrina (1) MY JOBs (1) de (1)