Thursday, November 22, 2012

Kaedah Perancangan Keluarga : IUCD

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari Khamis muncul jua... Bagi saya yang d pantai timur, memang melonjak hepi la bila tiba hari Khamis ni. Ye la.. eskkan weekend. So, plannyer nak bawak asya tengok wayang citer Rise Of The Guardian. Harap menjadi la plan ni. Berbalik pada tajuk, arini just nak share sedikit sebanyak tentang IUCD. IUCD merupakan sejenis perancang kehamilan tanpa hormon. Disebabkan masalah kesihatan saya yang kronik & saya memang tidak dibenarkan mengandung , jadi untuk menghalang kehamilan saya memilih untuk memakai IUCD. Kenapa tak makan ke pil perangcang atau cucuk perancang??? 

Jawapannya, kerana masalah kesihatan & ubatan yang saya harus ambik seumur hidup terlalu banyak + kuat ( walhal... tanpa pgetahuan doc, dah hampir setahun saya tak makan ubat nieyh.. ngeh2.. Darah pon patut ambik setiap bulan, tp dah lama saya x pegi & checkup bulanan pn saya myepikan diri. Ingat, start next year nak samb balik walaupon saya tahu, masakla kena bebelan nanti ), jadi hormon - hormon ubat perancang akan berlawanan dengan ubat2 saya. Selain tu, kerana masalah Injap Jantung Berlubang, memang xleh sebarang jenis ubat yang berhormon.. sebabnyya ianya akan memudaratkan diri saya. Seperti apa yang berlaku tahun 2009 dulu.. Bermula trajedi 2009 dulu, selepas operation sepatutnya doc akan terus ikat peranakan saya. Tapi, sehari sebelum tu, hasil luahan hati ke hati saya dengan doc pakar o&g waktu tu, dia suggestkan saya pakai IUCD.. Sebab dia pon kasihan kan saya, sebab usia saya terlalu muda (24 tahun) waktu tu u ikat peranakan.. Dan, saya pon takut sebenanrnya... sebab dalam HATI ni sentiasa mengharapkan keajaiban. So, selepas operation tu, doc terus masukkan IUCD dalam rahim saya. Jadi, tahun ni, 2012 adalah tahun ke-3 IUCD berada di dalam rahim. Kalo ikutkan bulan 12 ni cukup tempoh expired. Tapi, saya cabut awal, iaitu bulan Oktober aritu. Kenapa awal??? Ade cerita dibebaliknya..

Al-kisahnya, waktu tu badan saya selalu tak sihat + demam & macam-macam lagi. Tambahan lak waktu tu saya sesak nafas + muntah + loya. Saya jadi konfius.. Adakah saya mengandung lagi??? Bila pegi klinik katanya darah saya terlalu rendah + masalah jantung ( pgalaman saya sbg pesakit jantung--> selalu rasa mual+muntah+sesak nafas). Tapi, sampailah satu pagi salah seorang ofismate (lelaki + bujang) bersuara " k.lya dah sihat ke??? biasa org ade darah rendah ni pregnant.." Terus masa tu saya terfikir, adakah saya mengandung?? Kebetulan ofismate saya ramai y mengandung. Salah sorang ofismate beli UPT, dan ade 1 lebihan... ( ofismate +ve mgandung), terus test..memang nerves sangat2... Dan hasilnyer.... 2 line ( 1 line terang, 1 line terlalu kabur). Masa tu saya rasa nak menangis... memang happy sangat! Masa tu terus saya cakap pada ofismate, kalo betul mengandung...saya terus nak beli barang baby+ baju mengandung sebab saya nak sangat rasai pengalaman tu.. Sebab semasa saya mengandungkan asya dulu, saya x pernah rasai semua tu.. Sejak awal hingga ke akhir mengandung asya dulu saya koma + terlantar di hospital. Bayangkan, sewaktu menyambut kelahirannya xde apa2 kelengkapan pon, melainkan 2 helai baju yang sempat tok ma asya belikan.. Memang saya sedih sangat ingat saat tu. So, dengan penuh harapan.. saya terus sms Fain & dia happy sangat. Terus tulis status kat FB, mesti dia happy sangat. Saya dah gtau kat dia... kalo sahih saya mengandung saya nak terus beli barang-barang baby sebab saya takut xde kesempatan macam sewaktu saya mengandungkan asya dulu. Sebab saya tahu, keadaan saya akan menjadi kritikal bila kandungan mula membesar. Sebab itulah pengalaman saya sewaktu mengandung ke tiga-tiga kandungan.. Semuanya saya koma + masuk ICU.. Cuma, asya seorang yang berjaya diselamatkan dengan keajaiban Allah swt.  

Hingga keesokkan harinya, perut saya terlalu memulas + sakit teramat sangat. Selepas tu keluar banyak darah. Masa tu hati saya dah mula rasa sedih... Saya ke klinik & tunjukkan UPT test tu.. Dan doc kata memang nampak line tu.. Tapi xleh nak confirm saya mengandung ke tak. Sekali lagi doc buat UPT test, dan resultnyer memang -ve... ;-( patah seribu hatiku....... So, terus doc suruh tukar baru IUCD yang kat dalam rahim saya ni. Memang saya akui, hati sedikit kecewa. Tapi, saya pasti semuanya ada hikmahnya. Saya redha.. sebagaimana saya telah kehilangan 2 orang anak sebelum ni... sehinggalah kehadiran asya. Ujian ini sungguh indah di akhirnya.

So, untuk kali pertama nak merasai proses membuang + memasang IUCD memang menakutkan. Sebab semasa tahun 2009 dulu , IUCD dipasang selepas melakukan pembedahan dalam keadaan saya x sedar. So, memang saya tak ada apa2 rasa. Untuk kali ni, memang mendebarkan... Masa terbaik untuk buang IUCD ialah hari pertama period.. so, doc terus buangkan IUCD haritu. Untuk pasang lak hari ke3-4 period. 

Apa rasa semasa cabut IUCD?
Sape2 yang pernah buat pap smear, rasanya same aje.. Xde menyakitkan pon... Cuba rasa macam sesuatu tercabut semasa doc tarik IUCD dalam rahim.

Apa rasa semasa pasang IUCD ?
Masuk hari ke-3, saya jumpa doc untuk pasang IUCD. Tapi ujian buat saya sebab doc memang x dapat masukkan IUD. Saya tak tahu kenapa?? Katanyer rahim saya ape ntah... Saya di refer pada O & G.. hasil scan katanyer rahim saya berliku-liku sket. Katanya, normal cuma yang saya berliku so memang pakar je yang boleh pasangkan. Kalo ikutkan, semasa pasang IUCD saya patut masuk dewan bedah + bius sebab takut effect pada masalah kesihatan saya. Memang saya takut & berdebar. masa tu dalam hati terus berkata... " sebab apa semua susah untuk aku?? orang lain x perlu lalui azab macam aku untuk perkara yang simple ni".. memang sedih sangat kat hati ni. Untuk menyedapkan HATI... " aku redha, sebab aku seorang yang istimewa" ...  Hasil pemeriksaan pakar O&G aritu, dia nak cuba masukkan secara biasa tanpa masuk dewan bedah.. sebab penyakit saya ni banyak mende yang risiko, termasuk dengan ubat bius. So, saya berserah sepenuhnya pada Allah untuk permudahkan segalanya. Walaupon saya terpaksa melalui kesakitan yang luar biasa waktu, tapi saya bersyukur akhirnya IUCD ni berjaya menempatkan diri dalam rahim. Buat kawan-kawan semua, jangan takut untuk memakai IUCD, sebab iannya xdelah menyakitkan.. cuma saya ni special kes.. so prosedur dia sangat2 special+meyakitkan.

Apa Yang Rasa Lepas Pasang IUCD ??
Rasanya, biasa aje.. Xde rasa sakit atau rasa rasa bendasing. Semuanya rasa normal seperti biasa. Cuma, baru saya tahu rupanya pakai IUCD ni akan membuatkan sengugut makin perut & selalu krem kaki+perut tiap kali period. Kalo x period pon selalu krem.kadang2 rasa cam kontaksi . Selain tu, darah period banyak sedikit. Tapi saya tak tahu la orang lain camner..

Sampai bila saya nak pakai IUCD??
Ntah, saya tak mampu menjawabnya. Sebab saya sentiasa mengharapkan keajaiban.. Saya xde pilihan lain untuk merancang melainkan pakai IUCD , KONDOM dan IKAT PERANAKAN. Kalo ikutkan doc, nasihatkan saya terus ikat je.. sebab katanya.. memang keadaan kesihatan saya ni xleh mengandung. Tapi, saya masih berat HATI nak ikat rahim. Takut akan menyesal. At least, saya mengharapkan ade sekali lagi peluang. Tempoh expired IUCD ni tahun 2015.. So, saya akan cuba untuk tahun 2016 kalo ditakdirkan umur panjang. Mana tahukan kalo ade keajaiban tu?? Atleast kalo apa2 berlaku pada saya waktu tu, asya dah besar & mampu berdikari. Apa-apa pon saya xleh penting diri demi memuaskan hati ni. Masih ade insan yang perlu saya fikirkan, iaitu asya yang sentiasa memerlukan saya.  Kalo lepas tu, memang itu takdir buat saya, saya akan ikat terus peranakan ni.

Kat Mana Nak Dapatkan IUCD ni??
IUCD ni just ambil di klinik ibu mengandung... Dan pasang di klinik swasta. Kosnya kalo kat sini dalam RM30. Kalo ambik alat ni kat klinik swasta memang kos melambung mahal... so, ambik kat klinik kerajaan ibu mengandung aje. Cam saya special, ketua pakar o&g hosp kerajaan y pasangkan kat saya.. Untuk buang dan pasang selepas ni pon, sy akan direct ke klinik pakar O&g.. Bagi y sihat & normal.. dia orang just bekalkan alat tapi untuk buang & pasang kat klinik swasta..

Sedikit info tentang IUCD
( Ni 1st time tgk rupa IUCD depan mata, sebab semasa pasang IUCD tahun 2009 dulu saya dalam ward + tak sedarkan diri.. )

Apa itu IUD?
IUD ialah satu alat plastik kecil yang diletakan didalam rahim wanita sebagai cara untuk mengelak dari hamil. Terdapat 2 jenis IUD di Malaysia. Satu jenis mengandungi ubat progestogen yang dipanggil MIRENA dan satu lagi IUCD yang mengandungi kupur didalamnya.


Kesan sampingan?
IUD selalunya jarang memberikan masalah tetapi kadang kadang ia boleh menyebabkan haid yang banyak, sakit belakang semasa haid dan spotting ditengah kitaran haid. Jarang jarang ia menembusi rahim dan berada diluar rahim. Kesan sampingan dengan MIRENA pula ialah aliran haid menjadi kurang dan kadang kadang tiada haid langsung bagi sesetengah orang.


Takat mana keberkesanan IUD?
Satu hingga dua dalam 100 orang mungkin hamil dengan memakai IUD cooper. Bagi MIRENA pula ia adalah lebih efektif iaitu 1-2 dalam seribu orang
Bagaimana pemakaian IUD dibuat?

IUD dimasukkan oleh doktor, biasanya diklinik dan memakan masa selama 5 minit sahaja. Sebaik sahaja IUD dimasukkan ia akan berkesan serta merta. IUD boleh dipakai sehingga 5 tahun bergantung kepada jenis IUD anda.


Bagaimana IUD bertindak?

Bagi IUD yang mengandungi kupur ( copper ), kehamilan dielakkan dengan menghalang sperma dari memasuki rahim dan bersenyawa dengan telur. Ia juga bertindak dengan menghalang telur yang sudah tersenyawa dari melekat di dinding rahim seterusnya menghalang implantasi dari berlaku.

MIRENA pula ialah IUD yang mengandungi hormon progestogen, bertindak lebih kurang sama dengan IUD biasa tapi dengan satu tindakan tambahan iaitu menipiskan dinding rahim seterusnya menyebabkan rahim tidak bersedia untuk implantasi berlaku. MIRENA sangat sesuai untuk mereka yang mengalami haid yang banyak kerana aliran darah haid menjadi lebih sedikit dari biasa dengan memakai MIRENA.

~ owh..panjangnyer entri ni..tanpa  sedar . xpela... one day... asya mesti tak jemu baca kisah mama ni kan~

HASIL BW, SAYA DAPATI RAMAI  SAHABAT BLOGGER HADAPI MASALAH UTK UPLOAD GAMBAR SEBAB DAH CUKUP LIMIT. SO , ADA YANG BUANG PIC2 LAMA DLM ENTRI HINGGA MEMBERI KESAN LAIN. EKCELI ADA CARA LAIN JIKA MASALAH NI BERLAKU.. JUST ADD NEW AUTHOR. KALO X SILAP SATU BLOG BLH ADA SAMPAI 100 AUTHOR... SO INI TUTORIAL BUAT SAHABAT-SAHABAT YANG ADE MASALAH UNTUK UPLOAD GAMBAR DISEBABKAN  MELEBIHI HAD MAKSIMUM----> http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2011/01/tutorial-upload-gambar-bila-melebihi.html
Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

70 comments:

wanie amerie said...

jgn ikat lya,mana tahu kuasa Allah Dia nak bg dpt ank sorang lagi ke.. kan??
kalo lya mmg perlu amik alat2,sbb sakit..
tp sy yg sihat ni mmg x pernah telan sebijik pil perancang pun sejak kawen,apatah lagi nak pakai alat2..
sbb jenis susah nak peknen..
smp skrg msih belom ada rezki nk tambah zuriat..huk huk..

Chic Na said...

sedih lak baca. takpela lya. syukur ada asya kan. pengubat hati lya & suami.

pernah belajar dulu IUD tp dh lupa. skrg dah refresh balik. :)

Aisy Nasiha said...

Kuatnya awak, tabah menghadapi dugaan ni..smoga prcubaan seterusnya pd tahun 2015 nati akan bjaya. banyakkan doa ye..byk info sy dpt dr entry ni. IUCD ni mmg antara pilihan yang saya plan sejak bersalin anak kedua ni.

Karukord Jagau's said...

semoga kamu tabah dgn ujian ini. buatlah pilihan yg terbaik ye

Solehah Shamsuddin said...

Sungguh tabah akak. Sungguh hebat dan ajaibnya kekuasaan Allah kerana Asya terselamat.Akak still nak preggy lagi ke? Solehah risau dgn akak. Kalau akak xok,xpayahla preggy lg

محمد رازيق said...

moga tabah kak. moga sihat-sihat selalu.

Si Matatajam said...

Ya Allah tersentuh sesangat hati Kak M bila baca pengalaman hidup Lya...tabahnya Lya hadapi semua ni...Semoga Allah permudahkan urusan Lya... Ngilunya bila baca pasai IUD ni..

Misz Mieza said...

Menanti keajaiban.. In Shaa Allah pasti ada hikmah di sebalik segala kepayahan hari ni.. =)

Cik Aini said...

owg baru mcm nk phm2 ckit ttg IUD nih..

sedih bila baca entry Lya..kdg2 rs kalo ai yg kat Lya mampu ke ai hadapi suma ni..senang cakap kat org sabar..sabar..tp kita yg nanggungnya kan..hari ni ai kagum dgn kekuatan Lya,kesabaran Lya hadapi suma ni tuk Asya & Fain..demi mereka yg Lya syg..hrp Lya stiasa tabah demi meneruskan pjalanan hidup ini..

**Asya mesti berbangga dgn mama nya bila satu hari nti dia dh dpt mbaca semua kenangan2 & pengalaman2 mama nya ni..be storng dear :)

doa ai stiasa ada tuk Lya & fmly.amin

Mamamya said...

info yg sgt2 b'guna utk akak.. sbnrnya akak plan mmg nak merancang slps b'salin aritu tp smpi skrg period x dtg2 lagi mungkin sbb menyusukan harraz...

byk juga akak baca ttg perancang kehamilan ni tp x tau nak pilih yg mana satu sbb mmg x penah ada pengalaman merancang keluarga...dulu akak lambat nak dapat bby tu yg x berani nak merancang.tp skrg alhamdulillah dah dapat sepasang boy/girl tu yg nak plan...

selama ni akak takut nak pilih IUD sbb byk dgr citer2 yg menakutkan tp bila baca n3 lya ni rasa mcm confident plak nak guna.. :)

thanks lya...

***jgn lupa jaga kesihatan yer.. :)

QasehnyaRania said...

mornink lya :D
jgn ikat lagi..in Shaa ALLAH kita harapkan keajaiban dari ALLAH..
lya seorang yg tabah..semoga lya terus diberi kekuatan utk semua ini. amin

Kak Izan said...

kita semua Allah uji berbeza2 mengikut kemampuan masing2.. semoga kita semua kuat menghadapinya...

Dayana Bahar said...

penerangan detail dah tu lya... huhu patutlah ari tu lya down skjp...

Deqla manjew said...

owhh...deqla mmg x digalakkan la guna kan..sbb deqla nk anak...hihi...ish nape x check up? jgn la cam tu dear...utk keshtn awk jugak kan...lepas ni jgn monteng2 check up lg tau..huhu..wlu apapun, lya ada asya..jantung hati lya kan..anugerah yg terindah dari Allah. :)

Lya Colours said...

scary plak membayangkan masuk benda tu. huhu

Mrs Velentine said...

xpe nnt ada rezeki juga lya...sya pakai pil perancang jer...

nuyui a.k.a miss YUI said...

moga akk sntiasa kuat ya..

are_lin@yu said...

bru ayu tahu..huhu..moga ada keajaiban dear..kuasa Allah kan...ayu doakan yg trbaik ;-)

intan_blur said...

salam wahai HATI..
terima kasih penerangan ttg iucd tu..
dulu kwn intan penah sarankn gune tu..
tp smpi skrang intan rase takut2 nak pakai..hehhehe
so intan pakai inject jek skrng nih..mungkin suatu harinnt nak cube pakai nih..sbb x larat la nak pegi tiap2 3 bln g klinik amik injection.. ;(

nurul atikah said...

Lya... bila bacani akak tau Lya memang kuat semangat.. akakni memang lemah.. baru ujian kecik akak dah mengalah.. kalau akak ditempat lya entahler.. tapi Allah maha kuasa Dia tidak akan menguji kita melebihi dari kemampuan kitakan..
Apapun Lya pada akakler kesihatan Lya lebih penting... jaga kesihatan demi yang tersayang...

Psss... kalauler Lya dekat KLni akak dah nak jumpa Lya nak belanja makan... dengan tutorial yang Lya bagi akak dah dapat upload gambar.. terimakasih tidak terhingga... Malam semalam tidur tak lena akak mengenangkannyer.. nak delete gambar tentuler lecehkan.. nak bukak account baru pulak sedih nak tinggalkan account lama.. Lya hanya Allah yang dapat membalas jasa Lya... terima kasih bebanyak, masalah akak dah selesai...

Allene said...

lya, sedih lin baca... tak pe, Allah sayang kamu, sebb tu dia bg sakit.
Lin pun mendoakan keajaipan untuk lya.. nak sangat lya bahagia... :) tak pe, nnt kita kongsi anak ye... bby dalam perut ni pun membesar dengan cerita2 lya... ;) love u...

Nens Collection said...

bagus info lya bagi ni details..sesuai bg ibu2 yg nk ranvang kehamilan die..

buat lya..jgn skip2 checkup okeh..jaga kesihatan tauu..;)

maszull said...

assalamualaikum ...takut juga nak pakai benda mcm ni sbb mama x pernah guna apa2 pun perancang keluarga dulu...:)

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

sharing is caring tq..kita hanya merancang tapi ALLAH sebaik2 Perancang jua

LydSunshine said...

Huhu.. ini la masalah Lya yang lama lya tak update blog dulu ek? Saya dok baca status kat FB pun tertanya2. Kenapa dgn Lya ni? Sakit lagi ke? So, ini la puncanya ye? Apa-apa pun bersyukur kerana Lya sihat.

IUCD tu memang tali dia akan terkeluar mcm tu ke? Masa 'bersama' tak rasa ke tali tu? Heheh.

Kesuma Angsana said...

tq berkongsi ye. KA pown x berani ni hehe

rieda_ffya said...

Lya...pjg entri ari ni tp x bosan pon bace...setiap orang ade dugaan berbeza cuma cara diuji tu berbeza...sy pernah menerima dugaan yg agak teruk suatu masa dulu dan percaya la miracle selalu ade...maybe hikmahnye yg datang pada Lya lbih baik dari orang lain...oh ye, pgi td sblm bce entri lya..sy de post entri psl xleh nak upload gambar psl da limit....tut2 lya da bg info psl add author... miracle jgk kan....tq

el said...

hehehe hi lya..lama x mai sini...
sihat ke tu..hope semua sihat sokmo ok
ermmm el pun tgh plan nak bb ni..xde rezeki lagi..hahaha

PinkUmmi said...

bru sy fhm IUCD..saya ambik pil perancang....

syiela said...

tak payah ikat la mana tau rezeki Allah nak bagi nanti...

Mogadapat terus bersabar dengan dugaan yang di beri..

Saya pun guna kaedah IUCD sebabnya kalau makan ubat saya mesti diserang asthma...

tapikan selaiun IUCD bukan ke ada kaedah implan.. bolah tak lepas ni try yg tu

Asfaliza Mohd Yatim said...

harap lya bersabar ye dgn dugaan Tuhan ni. sekurang2 nya ada asha buat pengubat luka. dia lah madu, dia lah racun. semoga asha jadi anak yg solehah yg boleh jaga mama nya nanti.

Nyue said...

sedih akk... akk sgt tabah...bru nyue tahu..akk pernh mgandung sbelum ni..tp allah swt itu maha kaya, dia berikan akk dan suami..asya sebagai pengubat....

jangan lupa jaga kesihatan yea akk..

Asyifa Mustaffa said...

Tersentuh juga hati membacanya.....setiap orng lain2 masalahnya kan....yg penting..tabahkan hati...insyallah ada rezeki di lain masa....

Harap sis tabah mengharungi setiap dugaan dari Nya....ya...hanya insan2 terpilih mcm sis je myb mmpu diberi ujian begitu......

Nafira usof said...

info yang sangat berguna.. thanks yer Lya.. zura mmg tahu pasal IUCD nih cuma x tahu sedetailnye laa..

kalo Pakai IUCD tu terbaik utk kesihatan Lya.. pakai jer~ kalo tuhan nak bagi rezeki.. pakai IUCD pon peknen jugak..
betol kata Lya.. Asya masih perlukan Lya.. so kena pikir banyak kali utk amik risiko lagi..

ape2 pon.. zura sentiasa doakan yang terbaik buat Lya sekeluarga..
take care k~

deQna said...

asya adalah anugerah yg sgt2 indah kan.........mudah2an akan ada peluang lagi untuk akk...be strong...ALLAH jadikan akk lalui semua ni sebab Dia sayangkan akk dan Dia tahu akk antara yang paling kuat antara banyak-2 hambanya.....

hainom OKje said...

Tabahnya HATI....Semoga awak terus redho dengan ujianNya.... Ketiga-tiga anak OKje ceaser so now dah ikat dah!

eima said...

aku paham ... tak pe lya ... akde hikmah semua ni ...aku rasa asya dah cukup bg ko ... jgn la bahya kan diri lagi ...cukuplah ... hargailah asya ,,,jgn amik risiko ..klu jd ape2 cam ne ngan asya ...

aku paham hati seorg ibu ....mesti ko nk lebih dr satu cahaya mata....tp asya lebih dr mencukupi .....

TiranaAduka said...

salam sis
Semoga sis dikurniakan kesihatan dan setiasa dirahmati oleh allah.doa ta pada sis. Amin amin amin

eB said...

tq sudi berkongsi lya...
eB dh x pikir APER2 DH... SLAMAT SUDA... TAPI TTP ADER 1% FAILURE RISK TUH... ;P

Liza said...

Lya, yg penting jaga kesihatan rezeki. Kalau membahayakan, better jgn la mengandung lg. InsyaAllah, ada hikmah semua ni.

Liza pun psg IUD, baru lg. Masa psg mmg xsakit. Lps psg, sakit perut, sengal semua ada... Period jd lebih lama.. Xbest tul. tp demi merancang terpaksa la akur.

Lya, Liza dah restrict blog. Just follow another blog. Leave your email add kat lixayati@gmail.com. Keep in touch kay. Will miss all ny blogger friends!!

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Lya mmg betul2 tabah...xper lya asya sorang dh cukup untuk melengkapkan hidup lya dgn fain..tacing pulak baca entry ni

Hilmirda Daud said...

Pertama kali tengok IUD ni.. barulah tau apa bendanya hihihi.
Sabarlah ye menghadapi dugaan... mesti ada hikmah disebaliknya. Semoga sihat selalu.

wan nurul hezrina said...

banyak kepayahan yang lya hadapikan...Allah sayang lya..sbb tuh dia uji=)tq bg penerangan ttg icud..seram lak nurul tgk.mcm nurul amik noridayjer..oklah setakatnie..harap tak termengandung.huhu

Deq's Qienz said...

mcm takut je..dq pon ada plan tp makn ubat je..cm takut plak nk guna bnda alah nih..hihi..apapon smg smuanya selamat ya :)

Zie said...

Betul tu jangan ikat lagi.. Mana tahu semua tu kuasa Allah... akak pun tengin nak pasang ni tapi macam seriau ja.. hehehe
tapi kalau rasa macam pap smear ok lah memang tak sakit

Afasz said...

sedih plak sy bc cite awak yg first tu ...

harap awak tabah. moga da rezeki awak nanti

Rai Ourkizuna said...

ada jugak kawan yang pakai iucd ni.. katanya ok je..tapi saya risau jugak bila dengar orang kata period pain jadi makin teruk dan pendarahan tu..

sedih baca kisah awak (korek entry lama2.. :D)

(Lizz) http://www.mummycute.com/ said...

saya memula nak pakai jugak icud tapi asyik menangguh jer..

moga lya terus tabah k...

mummy_ayu said...

pernah dgr pasal alat nie..tapi memang tak pernah pakai & tak nak pakai..Ayu merancang sendiri jer...

m.u.l.a.n said...

stay strong...!!! ada hikmah di sebalik semua ini.. sabar ya lya..

Puan Siti said...

sabar jela wak..lau saya di tempat awk..oowwhh memang sedey jugak..pepun tabahkan hati...
p/s: TQ vote sy...

dya bunga said...

tersentuh dya baca entry..kalau dya tentu xsekuat lya..

sal ya said...

in shaa Allah. doakan yang terbaik buat lya.

CiKPuaNLawA said...

Salam awak,

saya tersentuh baca kisah awak....
saya simpati...
InsyaAllah ada rezeki Allah bagi...

owhh... saya pon guna pencegah kehamilan yang sama dengan awak...

(tetiba saya ter komen formal kat blog awak..hehe)

9n0L4 said...

kakak ipar dh kne buang sblh. tapi skrg tgh pregnen anak kedue. kuasa Allah. :)

Ain Dzaya said...

ain baru kenal kak lya..baru taw kisah hidup kak lya..patut selama nie ramai blogger gsf..macam prihatin je dengan kak lya..ain ta perasan pape pun masa tu..sebab kak lya nampak ceria je ...tp lepas dapat taw cerita sebenar baru ain taw peritnya hidup kak lya...tp Tuhan tu adilkan..dia bagi Asya sebagai penyeri hidup kak lya :')

proud of u!

♥ Cmª shIemª ♥ said...

huhu..first time tgk mende alah ni..& fhm apekebende fungsi die.. :)
LYA..
keajaiban itu akan berlaku..cuma kita x tahu bila?
jgn sedih2 ye..
insyaAllah..umur kita masih panjang untuk lalui kehidupan ini..just follow the flow..

u are great women,mom & wife. strong! :)

EmA said...

Lya, hati-hati juga bila pakai IUCD ni..sebab kakak kawan akak terpaksa buang IUCD selepas ada jangkitan kuman dan bernanah di bahagian rahim..Alhamdulillah doktor cepat mengesannya..

mrs kayrul said...

harap akan ada keajaipan untuk lya dan family..kita merancang allah yg menentukan

Masya said...

jelasnya awak terangkan.. baru tau.. selama ni dok tertanya² jugak... sbb dulu amik pil jer...

N.Aima K said...

kagum dngn awak lya!! !sob !sob

C'Jai said...

Lya ngeri akak baca tau..moga Allah permudahkan segala-galanya ye..InsyaALLAh mudah2an berlaku satu keajaiban nati..ALLAH Maha Mendengar permohonan hambanya..

Cinta Misteri said...

Jgn ikat dulu yep lya, jgn putus harap. Moga ada miracle nanti.

Itulah, haritu masa n3 miracle lya, CiM di ingat lya pregnant lg. Tkpe la, lom rezeki lg. Kesihatan lya lg penting.

TiranaAduka said...

melihat back post sementara menunggu adzan magrib..

Jue a.k.a Ibu 2F said...

Mana tahu ada keajiban Nanti...jgn ikat dulu...
n3 yg panjang tapi penuh ilmu
10q lya

Sukma Haron said...

Ikat peranakan merupakan langkah terakhir dan usia yang meningkat boleh ler dipasang. Cuba ubat tradisional dulu mana tahu berkesan seperti jamu-jamu....
suka baca entry nie...experience...
Tapi akak dah ikat coz dah 3X operation...(so tak sedar ler ikat tu macam mana) hu hu hu...

fara md.saleh said...

As salam. tq utk info yg berguna dan pengalaman awak yg sungguh berharga..
Cuma jaga lah kesihatan awak dgn jaga pengambilan ubat jantung tu. jgn miss..
skdr kongsi pengalaman arwah kakak ipar saya yg lalai mkn ubat jantung.. kesannya kuman senang attack dan dia meninggal semasa anak tunggalnya berumur 5 thn.. sedih sgt.. walaupun dah 12 thn citer ni, saya tetap terkesan bila tgk anak saudara saya tu..mmg ajal di tgn Allah ttpi berusahalah..
Saya doakan awak cpt sembuh..amin..

fara md.saleh said...

As salam. tq utk info yg berguna dan pengalaman awak yg sungguh berharga..
Cuma jaga lah kesihatan awak dgn jaga pengambilan ubat jantung tu. jgn miss..
skdr kongsi pengalaman arwah kakak ipar saya yg lalai mkn ubat jantung.. kesannya kuman senang attack dan dia meninggal semasa anak tunggalnya berumur 5 thn.. sedih sgt.. walaupun dah 12 thn citer ni, saya tetap terkesan bila tgk anak saudara saya tu..mmg ajal di tgn Allah ttpi berusahalah..
Saya doakan awak cpt sembuh..amin..

http://bahteracintaa.blogspot.com said...

sabar ye yunk..ujian itu mnghapus dosa dan mnambah pahala..bersangka baik pada Yang Maha mncipta..hnya dia yg tau setiap sesuatu kjadian...oh ya apakata sy sajes kan OMEGA GUARD SHAKKEE ia mmg bgus utk org yg mngalami masalah jantung..insya allh..setiap penyakit ada penawarnye...setiap penyakit.yg Allah turunkan Allah juga beri penawarnye..blh pm di fb sy MARSYAH KOBOI

Firzalilla Amar said...

sy salah seorang yg bernasib mcm awk..slpas mnjalnkn opertion injap jantung..sepnuhnya sy kna pakai iud.atau pon ikat pranakn..tp alhamdulillah kes sy..slpas sy mlahirkn ank no 3 bru doc bg tau sy ada mslh injap bocor..tp manusia...hnya merncg..klu blh sy trigin nk sgt ada bby lg wlupn hrapn tipis..ape2 syg syukur sekurg2 sy dh ada 2 boy 1 girl..perncgan Allah lg indah..