Friday, November 30, 2012

"SEGMEN:6 pekara tentang saya II"

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebenarnya dah lama sangat2 nak join segmen Kina ni. Lagi pon segmen ni menarik, iaitu berkaitan dengan diri kita sendiri. Dah lama tersimpan dalam draf, tapi kerana kekangan masa tu..asyik tertangguh.. Sampailah tadi baru terperasan dateline segmen ni 30.11.12. Yang duk tangguh2 tu sebab mencari masa yang betul2 lapang untuk fikir idea apakah 6 perkara yang nak dikongsikan.. Tapi nampaknyer, dalam ruang waktu yang sedikit ni, cuba untuk siapkan entri ni.


6 PERKARA TENTANG
 L.Y.A.F.R.I.N.A

1. Asal usul nama LYAFRINA
Saya tak pasti sama ada saya pernah ceritakan ke idak tentang asal usul nickname saya ni. Kalo ada pon, maybe dalam entri tahun 2009 dulu kot. Sebenarnya semasa mula2 create blog dulu, macam2 nama yang saya fikirkan... Tapi saya nak "satu" nama tu yang 1 dalam sejuta.. hehe.. eyhh.. ada ke blogger lain nama lyafrina ye? Selain tu, saya nak nama yang senang disebut & diingati.. Dan saya nak juga nama nickname blog ni simbolik disebalik HATI kami bertiga. Akhirnya dapat nama LYA-F-RINA. LYA   adalah nama penulis blog ni... saya lah. F pula untuk penyokong setia blog ni, iaitu FAIN a.k.a papa asya. Dan RINA daripada nama AFRINA yang merupakan pemilik blog ini sebab dalam blog ni adalah sejarah yang disimpan buat dia. Kenapa F mesti diantara LYA & RINA? Sebabnya LYA & RINA sama2 memerlukan F & F akan sentiasa ada diantara kami berdua. Sebelum orang tanya pasal AFRINA tu, meh saya jawab dulu. AFRINA tu adalah asya.. nama penuhnyer NUR FASYA AFRINA. Saya pasti setiap blogger mesti mempunyai maksud tersirat disebalik nama samaran kan. Dan, lama kelamaan, saya semakin sebati dengan nama ni & memang serasi dengan saya. 

2. Lya Cinta Fotografi
Saya amat mencintai fotografi, sejak dari kecil.. Sejak di bangk sekolah lagi, kalo kemana-mana mesti sentiasa bawa kamera, walau ke sekolah. Ingat lagi masa zaman guna negatif filem dulu,,, sebulan saya akan sediakan 2 gulung negetaif. Memang kawan-kawan baik saya sejak azali lagi dah tahu saya ni suka bergambar, sampai ke zaman u...& hingga sekarang. Kat rumah saya ada bertimbun koleksi gambar2 sejak dlu lagi.. Kalo kawan2 sekolah lama cari gambar masa zaman belajar dlu, mesti dia orang akan tanya saya sebab saya memang ada banyak sangat koleksi gambar dari zaman2 sekolah rendah+menengah+belajar. Cuma bila bergelar blogger ni, saya leh sharekan hobi saya kat sini. Dan lagi membuatkan saya teruja bila ada anak.. setiap perkara tentang asya mesti saya nak rakam... 

3. Biru + Hijau
Saya sangat sukakan warna biru & hijau... Sebab warna biru memberikan kedamaian...dan warna hijau memberikan ketenangan.. BIRU & HIJAU juga merupakan warna alam... warna yang begitu mempersonakan.

4. Tidak Boleh Memandu
Percayakah anda... saya tidak boleh memandu. Inilah hakikatnyer. Sebenarnya dulu saya boleh je memandu. Tapi sejak saya sakit+lumpuh dan bila keadaan makin pulih.. saya tak mampu buat semua tu. Dan saya doc sendiri pon x benarkan saya memandu sebab risiko terkena serangan sangat tinggi yang boleh membahayakan nyawa sendiri & orang lain. Sejak itulah, walau kemana saya pergi, Fain yang akan hantar ambik. Kadang2, saya rasa kesian... saya nak cuba belajar semula.. tapi dia tak izinkan.. Katanya, selagi dia hidup biar dia je hantar kemana-mana saya nak pergi. Tapi, saya harap sangat2 suatu hari nanti Fain bukakan pintu hati dia untuk beri pelang saya memandu....

5. Pernah Kehilangan Penglihatan, Suara & Lumpuh 
Pernah melali detik-detik kegelapan dalam kehidupan. Pernah kehilangan kekuatan... dan melalui hari-hari yang begitu sukar dan menyedihkan.. Di usia 18tahun, saya akur kehilangan nikmat untuk melalui hari-hari yang indah seorang remaja. Ya... hingga ke hari ini semuanya masih teasa & terkilan di hati. Di usia itu, saya harus terima hakikat yang saya kehilangan segalanya... kehilangan sebelah penglihatan, kehilangan daya untuk bercakap & lumpuh dari pinggang hingga ke kaki. Ya allah, mengingatkan saat itu, amat menikam jiwa. Betapa payahnyer untuk menerima kenyataan.. Namun syukur kepada-Mu Ya Allah, berkat kesabaran ku menempuhi ujian mu.. walaupon hampir bertahun menyembunyikan diri dari manusia, akhirnya hambamu ini mampu mendapat semula sinar kehidupan untuk kembali berdiri sama tinggi dengan insan lain. 

6. Suka SENYUM ;-)
Perkara ke-6 tentang saya... Biarlah sesuat yang indah... Saya suka senyum..akan sentiasa senyum tak kisah pada saat tu saya diuji ata dalam kesedihan... saya akan sentiasa senyum. Kerana senyuman itlah penawar HATI. Dan, saya pon paling suka tengok orang senyum... bagi saya senyuman itu terlalu indah .. Senyuman itu dapat menghasilkan 'nur' pada wajah. 

Dengan itu, saya menjemput mereka untuk join segmen ini:

Sekian....
Coretan ikhlas dari H.A.T.I Mama Asya

46 comments:

N.Aima K said...

lya...saya kagum dngn awak!!

Solehah Shamsuddin said...

selamat bersegmen kak :)

wanie amerie said...

wa suka fotografi ekk...sbb tu lah semua gmbr lya cntik2 belako..hehe
betul kata lya..senyum tu penawar duka..kita mestilah sentiasa tersenyum walaupun hati sedang berduka..apatah lg kalo sedang berbahgia..kan?
saya pun kalo bergmbar senyum adalah satu kemestian..x reti dah kalo x senyum sokmo..

Chic Na said...

oo baru tau pasal nama tu. patutla asya suka snyum. ikut mama dia ya. seingat cikna, tak pernah lg tgk gambar lya yg tak senyum. :)

haney said...

besarnye dugaan yg u alami. kalau hani, x taw la kuat ke x utk hadapi semua tu.

Deq's Qienz said...

Wahhh best la rentetan lya. Btw slmt bsegmen n gud luck.

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

hmm...interesting~~saya pon minat ambik gambar..tpi malas sikit nk mengusung kamera sana sini sejak anak dua ni

Lya Colours said...

bagus segmen ni. membuat kita lebih kenal dengan pemilik blog ni =)

Mrs Velentine said...

MV pun suka hijau..done maxis

etuza said...

etuza dah join..tahniah akhirnya ikut juga ..apapun moga ada blogger lain terjah dan membaca di blog kita ..
salam pagi jumaat

fiza said...

Owh...baru tahu ☺☺

SangRatoo said...

moga Lya berjaya ok :) peluk cium utk Asya juga :)

ieda said...

gud luck dik ! ;)

mummY daniSha said...

tambbah satu lg!lya seorang yg cekal dan tabah =)

Nyue said...

wahhhh...dr segmen ni bnyk yg nyue boleh dapat thu psl akk lya :)

Qhaifa Nur said...

luahan dari hati....
moga LYAfrina sentiasa senyum.....

Nens Collection said...

terbaiklah!..gud luck lya!

Deqla manjew said...

best nama lyafrina tu dear.. wlupun byk dugaan yg mendatang dlm hidup, deqla tabik spring kat lya sbb masih mmpu tersenyum..dan suka senyum..senyum2 sokmo tau sbb senyumanmu 1 dlm sejuta..sweet sgt.. :)

are_lin@yu said...

besar dugaan lya kan..mmg lya seorang yg kuat...moga sinar bahagia trs jadi milik lya...yg warna biru tu kita samalah dear..hihi

el said...

ooo baru ku tahu hehe
apa plan wiken ni lya

Imah Dinor said...

wah uniknya segmen tentang lyafrina...

Cik Nur said...

bila kita teringatkan sejarah lalu, tiba2 terasa kerdil dirikan..!

sekali gus mengingatkan kita agar sentiasa bersyukurr.. :)

minat kita sama, nur juga suka amik gambar..heee... :)

apapun, selamat bersegmen ya..!

♥ Cmª shIemª ♥ said...

lya tu nick name la ye..
baru cma tahu nama panjang lya.. hihih.. :p
kite sama.. suka kaler biruuuuu..

seronok bc tentang lya ni..
teruskan senyum2 selalu..... ^_^
gud luck!

ANIM said...

No. 4 tu,mudah2an dibukakan hati fain. iyalah..kalau ada kes kecemasan, senanglah kita bertindak.

p/s keseluruhannya..dpt kenal Lya dgn lebih mendalam..

munna said...

dah lama tak join segmen mcm ni....

Dayana Bahar said...

Selamat bersegmen lya

ct rahani said...

plg sedih baca yg no 5 tuh lya.. & sy sgt kagum dgn ketabahan lya menghadapi segala dugaan.. take care ye dear.. :)

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

suke senyum tu yg best tu,hehe manis je kak =)

Mimie said...

baru dpt kenal lya dgn lebih dekat

::NureeN:: said...

tq lya jemput nureen...
wah pjg n3 lya..
nureen ntah la klau rajin nureen join yerr.. :)

izan mama mia said...

rasa lebih mengenali lya lepas baca ini

kinara kinatara said...

thanks sudi join kak:)

kina kagum dengan ketabahan akak:)

moga segala yang akak cita2 kan akan tercapai..:)

amin...

Misz Mieza said...

Lya, mana gambar kita yang Lya kata kat hostel skolah tu ? Teringin nak tengok.. =)

Che Rosliza Che mat said...

Singgah sini...Selamat Bersegmen..

mama aini said...

gud luck lya..

Haryati Faizal said...

selamat bersegmen lya!

LiLy @ MaMaQiStInA said...

All the best Lya...

Lama dah tak join mana² segmen/contes..

Cik Aini said...

untung asya dpt mama mcm LYa..mama setabah lya..ai kagum dgn semangat lya..kekuatan Lya mnyebabkan ai bepikir berkali2 jika lau lah dugaan itu dtg pada ai..
Ya allah,mampukah ai nk hadapinya setabah Lya..

**bertuah dpt kenal dgn Lya :)

Huda Ahsin said...

Kagum sungguh bila membaca kisah-kisah Lya...
Semoga terus tabah dan dapat menjalani hidup dengan baik di masa akan datang...

(Lizz) http://www.mummycute.com/ said...

lya sangat tabah harungi segala dugaan...

oo lya suka fotografi yer...samala kiter...

Ema Blog said...

good luck dear

Mrs Lurve said...

dpt tahu serba sikit..hebatnya dugaan yg lya hadapi,

dya bunga said...

dya kagum dgn lya..lya kuat..

patutlah pic2 yg lya letak kt blog cntk2.

mama aryan said...

lya seorg yg cukup kuat & tabah..terharu baca kisah hidup lya..semoga lya terus berbahagia disamping fain & asya...

semoga berjaya

lelamaisara said...

kagum dengan ketabahan Lya.. moga Allah permudahkan urusan Lya..:)

sya tak sempat join segmen ni...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

sekarang dh tau 6perkara pasal lya...wani kagum dgn ketabahan lya..harap wani pun dpt jadi setabah lya